Hai semua.
Ini adalah 2 kisah uncivilized yang betul-betul terjadi kepada saya baru-baru ni. Nak tegur depan-depan, kadang-kadang orang ingat kita ni sengaja nak malukan dia atau kita ni perasan baik. Tambah-tambah sekarang ni trend viral sangatlah popular. Terasa sangat takut lagi berbahaya.
Uncivilized #1- Membeli roti Murah
AEONBIG dekat dengan rumah kami ni suka sangat buat 50% off di kedai rotinya menjelang pukul 8 ke 8.30 malam. Sejak kahwin, memang kami suami isteri suka 'melayan' roti 50% ni sebab. Rumah pun dekat. Kadang-kadang, lepas makan malam, kami akan ke sana semata-mata untuk roti (dan kadang-kadang sushi). Mereka jual murah bukan sebab apa pun- Just nak buat fast selling sebab dah nak tutup kedai. Kalau datang tepat pada masanya, dapatlah kami grab Mexican Bun, Chiken Floss dan roti-roti lain yang sedap pada separuh harga which is sangat berbaloi pada kami. Kadang-kadang bukan nak beli banyak pun, tapi seronok dapat merasa roti yang sedap-sedap :)
Suatu hari ketika di dalam kedai itu untuk meraikan fast selling, ada satu insiden yang buat saya geleng kepala. Ada seorang kakak (berusia sedikit dari saya) kelihatan sangat gelojoh memasukkan roti ke dalam plastik. Paling saya geram, di saat suami saya tengah buka cover satu bekas roti (roti sosej je pun~), dia boleh datang dari tepi dan ambil semua roti sosej yang suami saya nak ambil tu.
Di bekas roti yang seterusnya, perkara yang sama terjadi. Nampak macam takut betul kalau roti tu orang lain yang ambil :P
Gelojoh gila kau, kak~ bisik dalam hati penuh geram.
Suami saya pula masih terkebil-kebil sebab terkejut dengan kakak yang potong line tu.
Di kaunter, kakak tu beratur di hadapan kami. Akhirnya semasa proses meletak harga oleh jurujual, banyak plastik berisi roti yang dia ambil tadi akhirnya dia tolak sebab tak jadi beli. Jurujual lain pula tanya sebab ingatkan semua tu roti kami.
Jadi apa? Janganlah tunjuk sangat sifat tak bertamadun tu. Simpan sikit buat bekalan di masa hadapan. Sampai sekarang, kalau kami ke sana- Terlihat atau sebaik masuk saja ke kedai roti tu, kami akan tergelak mengingatkan sifat kakak tu. Suami saya siap berpesan: Ingat, D. Jangan jadi macam kakak tu especially kalau ada Gucci sale or whatsoever. Hahahah!
Saya harap kakak tu tengah kenyang sekarang.
Uncivilized #2- Telekung di surau awam
Anda biasa menyinggah solat di surau awam, pusat beli belah atau stesen minyak? Saya antara pengguna tegar surau awam. Satu hal yang paling saya tepuk dahi adalah tentang kebanyakan telekung di surau ini yang terbiar- Kotor, busuk dan berbau (loya tekak!)
Atas sebab inilah, saya telah terbiasa membawa telekung sendiri setiap kali berjalan. Paling kurang, bawalah tudung telekung tu saja. Kain boleh lagi la pinjam surau tu punya.
Suatu masa dulu- semasa saya hendak solat di satu surau awam yang agak ramai, saya pun keluarkanlah telekung saya. Tiba-tiba bahu saya ditepuk oleh seorang
"After, ya" Tanda dia ingin menggunakan telekung selepas saya
"Tapi ini telekung saya sendiri"
"Oh, Ok. Saya memang tak bolehlah nak guna telekung kat sini. Kotor dan busuk"
Sebaik saya solat, saya lihat gadis tadi juga sudah siap bersolat menggunakan telekung 'kotor' tadi tapi malangnya dia hanya membentangkan telekung itu di atas sejadah tidak berlipat di lantai. Jadilah ia- Sudahlah kotor, bersepah pula dek tangan-tangan yang dipanggil uncivilized.
Kut ye pun tak mampu nak bersihkan telekung milik awam tu, janganlah tambah masalah dengan buat sepah pula. Silalah amalkan konsep- Kat mana hang ambik, kat situ hang pulang~
Saya yakin anda juga banyak kisah sebegini kan? Di jalan raya (yang ini memang sangat banyak!), di pasar raya, di medan selera dan macam-macam tempat dan senario lagi lah~
Semoga kita tak jadi macam mereka, dan menjadi 'duta kecil' dalam mengubah attitude ke arah yang lebih baik.
Konon-konon macam pesanan khidmat masyarakat
Dhiya

singgah sini
ReplyDeletesebenarnya aku malu bila nampak group member aku kaut makanan sampai melimpah. Aku selalu cakap, 'tak baik buat macam tu, ambil sikit dulu nanti tambah lagi' pastu alasan dorang malu nak tambah lagi... whaaat?
ReplyDelete