Resepi Kerabu Pucuk Gajus


Bismillah

Ini kes lepas balik kampung sempena CNY baru-baru ini. Banyak sangat bekal dan buah tangan yang dikirim untuk 'orang bandar' macam kami ni.

Pucuk gajus ni- Kalau makan macam tu je, agak kelat dan kena cicah dengan sambal belacan. Untuk menjimatkan masa, saya groom daun gajus ni supaya rasa kelat tu sekata dengan rasa-rasa lain dalam satu mangkuk yang sama. Malas yang mambawa kepada kreativiti kononnya!

Maka dengan itu terhasillah kerabu pucuk gajus ikut dan saya ni. Heheheh!
Kerabu pucuk gajus 

Bahan-bahan: 
1. Secekak pucuk gajus dihiris halus
2. Sebiji tomato dipotong dadu ( kalau suka boleh tambah nanas atau mangga muda)
3 1-2 biji cili merah ( saya hiris je. Kalau tumbuk takut pedas sangat)
4. 3 ulas bawang merah, sedikit garam dan belacan, sedikit gula.

Cara-cara:
1. Tumbuk: Bawang merah dan belacan 
2. Masukkan perahan air limau nipis, gula dan garam dalam lesung batu yang ada bawang tadi. Gaul semua dan rasa masam manisnya. Adjust kasi sedap . 
3. Masukkan ke dalam hirisan daun gajus tadi. Gaul rata
4. Sedia untuk dihidang. 

Selamat mencuba.

Dhiya

No comments