Pengalaman Menunaikan Umrah Sewaktu Pandemik - Disember 2021 (Makkah)


Bismillah

Ini adalah sambungan dari entri aku sebelum ini. Kali ini, aku kongsikan cerita kami di Makkah.

Day 6 (9 Dec 2021)

Mak abah kami dapatkan tukang tolak (kami upah pada harga SR450 seorang). Bukan kami tak mahu tolak sendiri, tapi mak abah yang suruh upah orang sebab aku dan F pun ni pengalaman pertama buat umrah. Jadinya biarlah masing-masing dapat fokcus pada ibadah umrah masing-masing. Syukur Ya Allah mak abah supportive sangat nak tengok aku dan F melalui pengalaman umrah yang sebaiknya. Aku juga yakin orang yang menolak mak abah pun dah buat yang terbaik dan sempurna. 
Untuk upah tukang tolak, kena beritahu mutawif awal tau. Jangan dah sampai Mekah baru nak order tukang tolak. Memang tak adalah jawabnya. Tapi jangan bimbang, mutawif dah tanya awal-awal kalau perlu tukang tolak. So decide cepat, dah sediakan wang tambahan ya.

Kami sampai Hotel Anwar Deafah lebih kurang 11malam juga. Mutawif bagi naik bilik sekejap selepas makan malam (beg masih bertebaran di aras lain) untuk selesaikan hajat, rehat sekejap tapi mesti turun balik ke bawah jam 12 malam untuk bergerak ke Masjidil Haram bagi menunaikan umrah pertama kami. Kebetulan, hari tu adalah Khamis. Di Saudi, Khamis malam Jumaat mereka meriah macam kita Jumaat malam Sabtu. Esoknya cuti. So Jemaah agak ramai dan masjid agak padat.

Kami berjalan menuju ke dataran masjid. Sampai di main enterence kena tunjuk umrah booking slot di apps Eatmarna pada polis yang jaga. During our time, ada satu je pintu yang membawa Jemaah ke dataran. Khas untuk yang berihram saja. Jemaah yang nak solat fardu, ada pintu lain yang bawa anda ke tingkat atas. Maksudnya, siapa yang pakai ihram (lelaki) je dapat masuk mataf (dataran). Jemaah perempuan macam linient sikit. Ad masa polis tak cek, kau boleh masuk cepat-cepat dan dapatlah solat di dataran. tapi kalau kena tangkap dengan polis sebab tak ada umrah slot, kau akan kena hambat keluar juga. 
Malam tu, rombongan kami masuk dengan tenang. Mak abah dah terpisah sebab laluan mereka berbeza. Mutawif pun dah pesan, jangan panik. Mak abah dalam jagaan orang yang amanah. Kat pintu masuk belah dalam, laluan lelaki dan wanita dipisahkan sebab polis nak cek beg. Aku dah cuak sebab terpisah dengan F. Tapi aku dah pesan kat F, tunggu aku kat depan. Aku kena tahan dengan polis wanita berjubah hitam. Dah cuak ni kenapa Ya Allahhh. Rupanya dia tanya aku sambal cek beg aku: Malizi? Aku angguk. Dia ajak aku angkat tangan sambal berdoa: 
F tanya aku kenapa lama sangat? Aku jawab polis tu doakan kebaikan untuk aku. Kami terus berjalan, menuruni tangga. Di anak tangga terakhir, aku angkat muka dan pandang depan. Nah, aku nampak Kaabah depan mata aku. Indescribable feelings. First time buat umrah, first time tengok kaabah depan mata sendiri. Allahu Akbar. Mata aku bergenang je mengenangkan kecilnya aku ni nak dibandingkan dengan izin dan peluang aku untuk sampai ke sini harini. 

Umrah malam tu- Walau padat, tapi aku boleh melangkah dengan tenang. Tak ada tolak menolak, tak ada tertinggal dari kumpulan malah aku dapat sentiasa dekat dengan F. Habis tawaf, kami dapat bersolat di belakang Maqam Ibrahim dan berjumpa balik dengan F dan ahli kumpulan kami sebelum menunaikan sa'ie. Kami naik ke tingkat 2 (masa tu, tak semua level dibuka sebab Jemaah tak ramai). Kami bersa'ie di atas perlahan-lahan dan chill-chill je sebab agak terasa penatnya. Yelah. datang dari Madinah dah 5 jam perjalanan lepas tu uruskan check-in hotel and non stop terus buat umrah. Fuh, mencabar. Tapi Alhamdulillah kami dapat siapkan umrah sebaik bertahallul dia tingkat 2 tu. Masa tu dalam pukul 2 pagi jugaklah. Mutawwif kata, siapa yang nak stay untuk solat Jemaah subuh, boleh stay sini dan jangan keluar. Sebab nak masuk balik takut dah tak boleh. Tapi aku dan F decide nak balik hotel sebab nak uruskan mak abah. Mereka mesti penat seharian berjalan. Aku nak cari beg kami (yang masih berada di mana-mana) lagi sebab dalam tu lah semua ada baju segala.

Sampai je di hotel, aku nampak mak abah dah bersandar di sofa lobi hotel. Cepat juga selesai. Mak abah cakap, puas hati lah bayar tukang tolak. Tenaga habis kat baca doa je. Alhamdulillah terima kasih Allah jagakan mak abah.
View perjalanan kami dari Madinah ke Makkah

Sebaik sampai, tukang tolak dah standby dengan wheelchair. Tukang tolak mak abah adalah orang Indonesia. Baik, ramah. Sembang-sembang, rupanya pernah duduk Pahang. 



View Kaabah selepas tawaf. Ni kira padat ni sebab menjelang hujung minggu



Sai'e. Alhamdulillah lapang. Tak sesak

Dapat beg, dapat masuk bilik- masing-masing tersadai kepenatan!

Bilik kami twin sharing. Mak + Abah satu bilik, aku + F satu bilik. Again, bilik kami sebelah-sebelah saja. Senang sangat nak urus mak abah.  Tapi as compared to hotel in Madinah, kau jangan expect bulan bintang sangat la ya. Bilik hotel di Makkah (Anwar Deafah ni) basic je. Kami duduk tingkat 10, dining hall kat M. Dalam bilik, kettle pun tak ada. Mujur aku bawa thermos untuk mak tapau air suam from dining hall tiap-tiap malam sebab mak memang sejenis minum air panas malam atau awal pagi.
Tapi yang paling aku syukuri, Anwar Deafah is just a walking distance from Masjidil Haram. Wallahi dekat walau tak sedekat Safwah Royal Orchid.

Day 7 (10 Dec 2021)

Free and easy 

Maksudnya apa? Maksudnya aktiviti bebas. Tak ada ziarah luar ke mana-mana. Jemaah boleh pergi masjid setiap kali waktu solat, boleh melontar (read=berbelanja), atau explore kawasan sekitar Masjidil Haram sendiri. 

Mak abah memilih untuk berada di bilik saja kecuali pada waktu solat. So apa kami laki bini buat? Biasalah kan. Kami explore kawasan Masjidil Haram ni seharian. Bila masuk waktu solat je, kami berlari ke masjid untuk solat. Waktu makan, kami balik sebab nak ensure mak abah makan. 
Lepas tu kami keluar lagi explore sungguh-sungguh. Masa ni kalau tengok step tracker aku, pernah cecah 30k steps/day sebab kerjanya berjalan je. Tapi Alhamdulillah tak ada rasa penat atau sakit apa. Alhamdulillah Allah beri izin.
View menghala ke dataran masjid. Banyak sangat burung. Lepas ni kalau nak pergi umrah, bawaklah makanan burung dan makanan kucing dari Malaysia. Beli kat sana maheiiii

TV dalam bilik hotel akan view ni je. Tak ada Netflix ya. 



View malam di dataran. Masa ni kami baru balik dari clock tower


Tempat lepak kami berdua. Dapat kopi secawan, kebab kebungkus- setel

Kami ke Clock Tower dan masuk ke mall dan kedai-kedai yang berjual makanan, jubah dan pelbagai barangan. Tapi to be honest, aku lebih suka membeli belah di Madinah, sama seperti banyak review yang Jemaah lain pernah cakap. Aku hanya beli sehelai jubah dan tiga helai sejadah di Makkah. Selainnya aku dah siap melontar di Madinah. 

Day 8 (11 Dec 2021)

Hari ni kami ada ziarah luar Kota Makkah dan sesiapa yang nak buat umrah sunat (umrah kedua), boleh bawa kain ihram sebab nanti bas akan singgah di masjid untuk bermiqat. Kami tak buat umrah sunat ni sebab nak buat keesokan harinya. 

Ziarah luar ni merangkumi beberapa lokasi termasuklah Jabal Tsur (singgah je dan Mutawwif akan kongsi sedikit sejarah), masyair Haji (Arafah, Mina, Muzdalifah) dan terakhir adalah masjid untuk miqat sebelum kami masuk ke Haram semula. Macam aku cakap tadi, kami tak buat umrah ni sebab kami plan nak buat esoknya. 


Dataran Jabal Rahmah. Kat sini ramai juga orang menjual macam sejadah, kopiah, tudung dll. Boleh beli sebab agak murah. Maksudnya kalua tak membeli di Madinah, boleh consider beli kat sini masa ziarah luar sebab hargany alebih murah berbanding di kawasan Masjidil Haram



Melawat masya'eer haji



Balik ke Haram, ke mana lagi kalau bukan ke tempat kegemaran 


Mak abah


Kami solat di dataran je sebab mak macam tak larat masuk dalam




Mak abah sebaik pulang dari masjid. Beginilah mereka hari-hari. Untuk orang tua, jauh juga rasanya Anwar Deafah ni ke masjid. Orang muda maybe tak rasa apa-apa. Banyakkan bersabar Insya Allah.
Sampai di hotel, kami terus ke masjid untuk tunggu masuk waktu Zohor dan balik untuk makan tengahari dan berehat. Bear in mind, aku bawa mak abah dan aku sangat pentingkan keselesaan mereka. Kalau mereka cakap penat, tak larat- Memang balik hotel terus jawabnya. Takde aku nak paksa-paksa duduk di masjid.
Kadang tu, aku balik hantar mak abah, kemudian kami patah balik ke dataran masjid berdua dengan F dan explore lagi sampai masuk waktu makan seterusnya baru kami balik ke hotel untuk makan dengan mak abah.
Begitulah rutin kami selama di sini. Aku juggle sebaiknya masa dengan mak abah dan juga dengan kekasih hati aku. Penat? Wallahi aku tak rasa pun malah aku rasa seronok sangat. Cuma, pastikan kesihatan kau terjaga dulu sebab nak kena jaga orang lain. Kau akan berjalan banyak. Macam aku, berulang hotel ke masjid dalam 3-4 kali sehari sebab hantar/ ambik mak abah. So carilah kasut yang selesa dan sesuai. 
Selebihnya aku dan F jadi explorer je. Seluruh ceruk area Masjidil Haram tu kami jelajah dan seronok dapat tengok suasana baru dan budaya orang. Paling penting, dapat rasa qahwa (kopi) yang perbagai rasa di sana. Tak dilupa, Bin Dawood Masjidil Haram!
          
Day 9 (12 Dec 2021)

Seawal 8am, kami dah berkumpul di depan hotel untuk bermiqat. Umrah harini dibuat waktu pagi sebab tak ada ziarah ke mana-mana. Mutawwif kata, kalau siap umrah pagi, petang boleh chill-chill di masjid. Jadi kami keluar ke tanah halal untuk miqat sahaja. Selesai miqat, kami terus ke masjid untuk menunaikan umrah. Umrah di awal pagi (around 10am) was great. Sejuk je rasa. Orang pun tak ramai sebab kebanyakan Jemaah balik hotel lepas solat Subuh dan akan slowly masuk balik menjelang waktu Zohor. 
Kami decide untuk berlama sikit di mataf. Kami beritahu Mutawwif yang kami akan gerak sendiri ke Safa untuk sai'e nanti. Aku duduk sorang-sorang depan Kaabah me-time situ. Ada masa aku senyum, ada masa air mata aku mengalir. Sengaja melayan perasaan sendiri sambil sebut doa-doa yang aku nak sebut.
Kami aim habis umrah around 11am dan nak solat Zuhur di mataf sebaik tawaf. Tapi bila dicongak-congak, takut lambat pula habis umrah sebab lepas solat nak kena sai'e dulu. Takut kelaparan pulak mak abah haha! So F cakap kita selesaikan sai'e dan tahallul dan solat Zohor dalam tempat sai'e. Lepas solat kita boleh terus balik hotel. Jadi taklah lambat sangat. 
Aku redha je walau dalam hati teringinnyyaaaa nak solat depan Kaabah. Tapi demi mak abah dan ikut cakap suami, aku lapangkan dada. At least aku masih solat jemaah di dalam masjid. 

Bas kami di Masjid Tana'im, berhenti untuk miqat. Kena ambik gambar sebab takut lupa. 

Bismillah. Umrah kedua









Umrah kedua ni, kami berdua je. Seronok sangat sebab dapat beribadat dan jalan berdua


Odw balik ke hotel. Bagi makan burung dulu



Another night view of Masjidil Haram




Rasanya semua jenis minuman dan makanan kami dah rasa, cuma tak ada rezeki nak makan Al Baik. Al Baik ni macam KFC di Malaysia tapi katanya lagi sedap dan selalu sold out
Petang selepas asar, kami bawa mak abah jalan-jalan membeli belah dan terus ke masjid untuk solat Maghrib dan Isya'. Aku tak bawalah mereka sampai ke Clock Tower sana sebab jauh. Kesian mak abah kena jalan jauh nanti. Pergi balik ke masjid pun mereka jalan slow je, dan biar jemaah lain balik dulu. Takut kena tolak katanya.

Yang kelakanya, lepas hantar mak abah balik Isyak tu dan makan di dining hall, F ajak aku keluar lagi. Katanya nak mengopi! Maka kami pun berpatah baliklah ke mall di Clock Tower untuk mengopi dan bersembang. Aku rasa happy sangat sebab rasa macam dapat spend masa dengan F kat sini sembang tentang benda yang kadang kami tak sempat sembang pun ketika di rumah. Thanks Allah for this opportunity. Kiranya ni macam masa untuk kami align balik family kecil kami Alhamdulillah!

Day 10 (13 Dec 2021)

Umrah kami hampir ke penghujungnya. Pagi ini adalah sesi free and easy. Petang membawa ke malam nanti kami akan mendaki Jabal Nur di mana terletakkan Gua Hira' yakni tempat Nabi SAW menerima wahyu pertama.

So pagi tu macam biasalah.Hotel-masjid-hotel-Clock Tower mencari pahala. Selebihnya kami rehat (sebab malam nanti nak guna tenaga) dan mula mengemas beg untuk pulang ke Malaysia.

Pendakian bermula lewat waktu Asar. Mak abah kami tinggalkan di hotel. Aku dah pesan pada pekerja dining hall untuk siapkan dinner mak abah dan minta dihantar ke bilik. Aku tak harap mak abah turun sendiri ke dining hall sebab mereka macam mamun lagi dengan lif. Orang tua kan. Mana nak familiar dengan benda-benda gitu. All this while, mereka memang turun naik dengan aku.
Mutawwif kata kita kena sampai ke puncak sebelum waktu Maghrib supaya kita boleh solat di sana on time dan tidak gelap. Ya Allah pendakian ini tak mudah ya bagi seorang Dhiya yang tak aktif. Aku hampir fade-up sebab tinggi sangat dan anak tangga batunya besar-besar, lebih kurang 600 anak tangga. Kaki aku lenguh woi! Along the way, macam-macam benda positif aku terpaksa ulang dan sebut untuk naikkan motivasi aku untuk sampai ke puncak. Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke puncak di mana Nabi pernah berdiri dan bersendirian di situ menerima wahyu. Masuk waktu Maghrib, kami solat berjemaah di atas sana. Thanks F juga sebab bersabar dengan aku.
View dari atas. Ni baru separuh pendakian tau. 
The top

Night view


Inilah dia Gua Hira'. Lokasi dia macam menurun sikit dari pelantar top tu. Aku tak turun sebab ramai orang dan agak berhimpit-himpit. F je yang pergi
Tips: 
1/ Kalau nak minum air, minum untuk basahkan tekak saja. Kat atas sana tak ada tandas untuk buang air kecil. Nanti tak selesa pula nak solat sambil tahan kencing. Nak turun pun sepasal juga.
2/ Bawa botol spray untuk ambil wuduk.
3/ Bawalah makanan ringan dan minyak urut. Kat atas sana ada satu gerai jualan. Ada jual buah dan air kalau rasa lapar tak boleh tahan. Tapi harga dia mungkin agak mahal sebab premium service- Makan atas bukit. Hahaha!
4/ Bawa headlamp untuk persediaan waktu turun nanti. Laluan turun gelap dan bertangga. Salah step boleh jatuh tercium batu. Kalau boleh jangan guna lampu  handphone untuk suluh jalan turun sebab dikhuatiri phone tu jatuh dan tak dapat dijumpai lagi sebab jatuh jauh ke jurang.

Hala balik, kami makan nasi unta dan singgah di kedai jus.

Sampai bilik, aku tengok mak abah dulu. Alhamdulillah dinner mereka sampai ke bilik. All good. Malam ini adalah malam terakhir kami di Makkah. Esok adalah hari kami akan tawaf wada' dan akan meninggalkan Makkah Al Mubarakah.

Day 11 (14 Dec 2021)

Last day of our umrah trip. Pagi tu macam biasa saja. Masih ada  masa untuk membeli belah sebelum semua beg perlu disiapkan dan dihantar ke lobi untuk dimasukkan ke dalam bas.

Kami menunaikan tawaf wada sekitar jam 11pagi dan balik ke hotel untuk makan tengahari, bersiap (tukar baju), solat Zohor di bilik dan terus turun masuk ke dalam bas. Untuk makluman, lepas tawaf wada' kita tak boleh stay dalam Masjidil Haram untuk solat jemaah dan kena bersegera meninggalkan Makkah. Along the way pun, dah tak boleh nak berlewah-lewah nak selfie ke nak sedekah ke apa. 

So selesai semuanya, kami masuk ke perut bas lebih kurang jam 3pm, untuk ke Airport Jeddah untuk penerbangan jam 11 malam. 
Tunggu bas untuk ke airport

Hotel Anwar Deafah kami. Alhamdulillah walking distance untuk ke masjid

View menuju ke airport. Padang pasir je. Masa ni sayu sangat sebab dah keluar dari tanah Haram

New Jeddah Airport


Urusan di airport Alhamdulillah dimudahkan. Take off was on time, 11 malam. Perjalanan mengambil masa 8 jam + 5 jam. Kami sampai di ruang udara Malaysia sekitar 12 tengahari. SOP di KLIA agak ketat. Macam-macam kena declare termasuklah kena buat swab test. Alhamdulillah asbab aku bawa mak abah, kami dapat fast lane. 

Masya allah. Umrah kami selesai. Kami selamat sampai dan ada transporter ambil kami ke kereta kami dan kami balik ke Pahang untuk berkuarantin di rumah mak abah. Masa tu hujan dah mula lebat sebelum bermulanya banjir teruk Dec 2021. Kami hampir tak dapat pulang ke KL selepas hoem kuarantin sebab jalan ke KL banyak yang rosak. Tapi Alhamdulillah kami dapat juga balik tapi guna jalan jauh- Jalan Muadzam.

Demikianlah sedikit perkongsian umrah kami pada Dec 2021 sewaktu pandemic dan masih banyak restriction oleh kedua-dua negara- Malaysia dan Saudi.
Semoga memberi manfaat dan Insya Allah ada satu lagi entri aku akan tulis untuk summarize tips sewaktu di sana.

Terima kasih kerana sudi membaca. Doakan aku dapat ke sana lagi.

Dhiya

Berdamai Dengan Situasi

Bismillah

Lately focus kerja aku agak terganggu. 

Team aku sekarang tak ada HOD sebab dia dah resign sejak dua bulan lepas. Tapi ada satu manager from another department yang gi-pang (gila pangkat) dok micromanage team aku sekarang ni. FYI, manager gipang ni bukan bos atau top management pun, tapi dia punya belagak bukan main sampai dia rasa kami semua ni duduk bawah dia.

Clock in/out kami dia check, takde kat depan laptop- laju je macai dia turun cek kitorang. Padahal ke tandas je pun. Last week, team mate aku kena verbal warning (bukan written warning letter ya) sebab banyak ambil EL sebab anak dia sakit padahal sebelum ni takde isu pun. Semua orang tau EL is mean for emergency thingy and anak sakit kita boleh rancang ke? Aku hanginnn je kenapa dia ni nak tunjuk power sangat ni. Dia tak kena kat batang hidung dia, boleh la berlagak. Aku sampai satu tahap doa agar dia rasa struggle tu one fine day nanti. 

Punyalah stress, aku pernah rasa nak resign. Tapi bila fikir-fikir balik, aku nak resign sebab geram kat si gipang tu je ke? Apa untung aku? Takde dol! Sakit hati, memang sakit hati. Tapi aku dengar big bos cakap soon kami akan dapat HOD kami dan harap HOD kami baik dan boleh shield kami macam HOD lama dulu. 
Lama aku berfikir, in the mean time aku nampaknya kena berdamai jelah dengan situasi. Sampai bila? Sampai Allah bagi aku kerja lain atau sampai F dapat offer kerja kat Saudi and aku akan migrate ke sana sambal flip hair kat gipang tu!

1/ Datang kerja, balik kerja ikut masa. Jangan kurang, jangan lebih. No charity work.
2/ Buat je kerja sendiri. Avoid gossips and politics at workplace. Kurangkan bercakap unless perlu. Salah cakap boleh jadi punca kau kena fitnah.
3/ Create your own happiness. Kalau agak-agak dah stress menghadap laptop- Take five dan buatlah apa yang kau suka. Nak browse FB sekejap ke, nak berangan ke, silakan.
4/ Be firm. Jangan biarkan orang cuba-cuba nak pijak kau atau nak drag kau into their shit. Kalau ada, sila counter balik dengan cara paling bermaruah. Kalau boleh biar nampak dia kantoi dan malu sampai dia yang kena resign. Aku tau ada manager yang suka buat orang bawah macam ni end up staff tu fade up dan resign. No. Kalau boleh, kita yang buat dia resign.
5/ Be yourself. Jangan fake dan try hard sangat nak masuk into a certain group. Kau tu gagak je. Jangan gedik-gedik nak jadi team merak. 

Tapi betul, aku cakap kat F yang aku takkan lama hadap gipang tu. It's either aku yang blah atau aku akan tengok dia jatuh tersungkur dan karier dia tamat depan mata aku. All this while dia sangat arrogant dah macam polis company. Anak buah dia sendiri pun dia tak boleh nak manage, ada hati nak micromanage team kami. Yihhhh. 

"Bila manager micromanage, dia akan akan kacau kerja org bawah tapi kerja sendiri tak siap."

May be an image of text that says "What micromanage means? A micromanager is a boss or manager who gives excessive supervision to employees. A micromanager, rather than telling an employee what task needs to be accomplished and by when-will watch the employee's actions closely and provide frequent criticism of the employee's work and processes."
Proven sangat quote kat atas ni. Aku, kalau nak londeh incompetency dia, banyak je. Hidden sabit anak buah dia tolong cover je. 
Tapi macam aku cakap tadi, aku akan bertahan ikut point 1-5 dan berdamai dengan situasi. Dan aku berharap, aku dapat tengok kerja-kerja dia yang tak sudah tu (sebab sibuk micromanage orang)- kantoi dengan big bos!

DD

Writing for Social Media by British Council


Writing class

Bismillah

Aku nak share ni Alhamdulillah management pilih aku untuk attend kelas writing for social media by British Council!

Kawan-kawan rapat aku semua tahu yang aku passion dalam menulis. Kerja pun in marketing department yang kerjanya membaca, menulis dan sangatlah banyak story telling. Aku memang fanatik dengan kerja aku. Jadi bila dapat peluang ni, aku happy sangat sebab boleh apply both in my carrier and hobby.
Lagi pula sekarang kan zaman digitalization, semua benda mesti go beyond paper and pen. We must appear out of space!

Kenapa aku excited sangat tentang kelas ni?

Bak nak cerita:

Kelas ni sepatutnya diadakan pada 26 Mac 2020. Tapi masa tu kan tengan lockdown, jadi semua pun tak boleh. 
Terbaru, bos minta PIC contact balik British Council untuk conduct balik kelas ni. Tapi nama aku tak ada dalam list. Aku sedih la kenapa Y2020 nama aku ada, tapi Y2022 nama aku digugurkan. Aku tak competent ke apa? PIC tu pun macam kerek dengan aku, nampak pilih kawan-kawan dia. Bila sampai kat bos, bos sendiri tulis nama aku dalam list yang dia nak suruh attend tu. 
Apa lagi, melompat kegembiraan lah aku!

Bila bekerja, dapat peluang pergi training dan belajar sesuatu yang baru adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Adik-adik newbie sila dengar nasihat aku ni betul-betul. Percayalah cakap aku. Masa kat university kau rasa menyampah nak masuk kelas kan? Ha nanti masa kerja, kau akan menagih simpati dengan bos untuk attend kelas-kelas intensive macam ni sebab ni je peluang untuk kau grow, gain knowledge. Kalau tak, hidup kau dormant je kat kerusi pejabat tu sampai pencen. Eh

Ok berbalik kepada kelas ni. 
it's conducted by British Council. Bukan calang-calang organization ya. Trainer dia semuanya certified. Itu yang aku seronok. Kita nak cedok ilmu, kena berguru dengan orang yang betul-betul pakar dalam bidang tu kan. So peluang ni sangatlah aku hargai sebab sangat membantu aku untuk tingkatkan kualiti penulisan professional aku. Yea aku tau penulisan aku di sini agak santai, tapi aku buat begitu sebab aku dah penat be so serious dalam bidang aku. Hahahaha!

Untuk yang tertanya-tanya, aku bekerja dalam bidang farmaseutikal. Banyak baca pasal produk, science behind the products dan boleh menyelam sedalam dan sedetail physiology, anatomy, pharmacology ehhh dah macam subjek university dulu. Aku bukan bekerja di hospital, aku terjun ke dalam industri sebab aku rasa kerja kat hospital terlalu stagnant. 
Kalau orang tanya aku sebenarnya kerja apa? Entah. Tapi aku orang sains yang bercakap tentang kesihatan, ubat dan industri farmaseutikal. Life aku bertambah menyeronokkan selepas Covid-19 sebab industri aku antara industri yang hot. Haha! Aku hot wei!

Nanti lepas attend course ni, aku akan apply elok-elok untuk blog aku ni. Blog ni pun berdebu sangat adududu sebab kekangan kerja aku buat aku tak boleh nak santai-santai kat pejabat. 
Ya, aku hutang entri Makkah. Masih dalam draft, aku menulis perenggan demi perenggan. Semoga boleh publish sebelum tahun depan. Maafkan aku.

Dhiya
Workaholic dan sangat suka menulis, cuma tak sempat!

Pengalaman Menunaikan Umrah Sewaktu Pandemik - Disember 2021 (Madinah)


Bismillah

Perjalanan kami bermula pada 4 Disember, penerbangan SV3842 Saudi Airline jam 1.30 petang. Kami keluar dari rumah di PJ awal pagi. Alhamdulillah urusan di airport dimudahkan. Andalusia punya working flow was flawless. Dari urusan ambil dokumen dan passport sehinggalah ke check-in, semuanya lancar.

Waiting bay di departure hall tu agak padat tapi Alhamdulillah semua orang baik-baik. Elderly semua dapat seat termasuklah mak abah. Allah didik hati aku seawal di sini lagi dan aku terus-terus berdoa janganlah aku diuji dengan sikap kurang sabar berdepan dengan orang especially mak abah sendiri. 
Paling menyentuh hati, semasa kami sedang beratur untuk masuk ke dalam perut kapal terbang, ada seorang jemaah pitam dan keadaan jadi agak kelam kabut. Aku sempat tengok ada staff airport yang buat CPR. Tak banyak yang kami boleh buat melainkan berlalu dengan doa dan air mata je sebab semua orang dah nak masuk kapal terbang.
Khabarnya jemaah tu meninggal sehari selepas itu akibat serangan jantung. Masa aku tahu ni, kami dah di Madinah. Sekali lagi aku menangis mengenangkan betapa- Walau selangkah dekat menuju Haramain, kalau Allah kata tidak maka tidaklah ia menjadi milik kita. Moga Allah rahmati almarhum jemaah tersebut. Innalillah.

Penerbangan mengambil masa 8 jam. To be honest aku ni dah lamaaa tak naik airplane so gentar jugak heh! Tapi Saudi Airlines memberi pengalaman yang baik untuk aku. Alhamdulillah take-off dan landing were smooth, penerbangan lancar (cuma ada sedikit turbulence di sekitar laut Hindi yang buat aku tak tenang sikit) dan kami tiba seperti yang dijadualkan.
Depart : 1.30 pm (waktu Malaysia)
Arrival: 9.30 pm (waktu Malaysia) - 5 jam beza waktu, maksudnya 4.30 petang waktu Saudi.

Upon arrival in Jeddah Airport, kami antara orang terakhir yang turun, mak abah jalan agak lambat. Kami tak arrange wheelchair sebab mak abah cakap boleh jalan. Tapi siapa sangka jarak berjalan boleh tahan jauh. Sedang kami berhenti di tandas, ada satu gerombolan jemaah India/Bangladesh yang Masya Allah ramai gilaaaaaaaaaaaa sampai nak menenggelamkan kami. Masa ni nak beratur untuk tunjuk dokumen, memang kami kena tolak je. Aku dah nak menangis dan rasa macam inilah ujian pertama aku sebaik sampai di Haramain. Tapi mujurlah mutawwif dapat track kami dan bawa kami ke fast lane untuk jemaah Malaysia. Masa tu haa lajulah sikit pergerakan kami. Kalau nak kena beratur dengan jemaah Bangladesh tadi, memang boleh buat pengsan.

Proses immigration dan collect luggage ambil masa sejam lebih juga. Penat memang penat. Orang pun ramai. Tapi ada lane khas untuk jemaah umrah. Definitely kena bersabar banyak-banyak untuk lalui process ni lagi-lagi kalau bawa mak ayah yang berumur. Keluar je ke gate arrival, kami dengar azan Maghrib (around 5.30 petang). Dah ada wakil Andalusia yang menunggu untuk bawa kami ke bas yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, dapat seat. Kesian mak abah. Banyak sangat berjalan. 

Dalam bas, kami mula kenal kumpulan kecil kami. Tapi sebab masing-masing kepenatan, tak adalah bersembang sangat. Mutawwif kami pun dah perkenalkan diri. Perjalanan mengambil masa lagi 5 jam untuk ke Madinah. Tapi biasalah, nak menunggu semua orang cukup dan beg-beg semua masuk ke dalam bas, kami mula bergerak lebih kurang pukul 7 malam juga. In between, ada wakil dari syarikat telecommunication yang naik ke dalam bas dan bantu kami beli dan masukkan simkad Saudi. Proaktif jugalah sebab kalau nak tunggu kami sampai Madinah baru nak beli simkad, agak lambat. 

5 jam perjalanan, mutawwif bercakap sekejap je. Selebihnya kami melayan mata. Kami hanya dikejutkan sekejap untuk berhenti makan malam dan toilet break. Masa tu rasanya dalam 12 malam. Delayed a bit sebab orang simkad tu tadi ambil masa kami lama juga. Lauk sedap dah- Nasi arab lauk ikan goreng. Tapi dah tengah malam, kami tak lalu sangat nak makan. Mak abah minta hot drink je which was luckily ada dijual di kedai berdekatan.

Tips: 
1. Penerbangan dan perjalanan dengan bas (especially jemaah ke Madinah) adalah sangat panjang. Bawalah makanan macam protein bars ke, coklat atau roti yang mengenyangkan. Kalau bawa mak ayah yang berumur, lagilah penting untuk ada makanan macam ni. Prepare for toilet break juga. 
2. Tandas kat R&R sana tak sama macam di Malaysia ya. Ada yang kena beratur panjang (iyalah, jemaah rombongan kan ramai), ada yang tak ada air pun. Banyakkanlah bersabar dan kalau nak ambil wudhu' saja, boleh la gunakan botol atau spray.

Kami sampai di Hotel Royal Inn Madinah jam 4.30 pagi. Proses ambil kunci dan beg Alhamdulillah dimudahkan. Leganya dapat duduk, meluruskan pinggang dan dapat bersihkan diri. Bilik kami twin sharing dan bersebelahan je dengan bilik mak abah. Jadi mudahla aku nak uruskan keperluan mereka. Kami tak tidur pun sebab kurang dari sejam, azan Subuh akan berkumandang. Istimewanya, azan Subuh di Madinah Kota Nabi. Lainnya rasa tu. Tapi kami tak ke masjid lagi pagi tu sebab mak abah masih kepenatan. 
Day 1 (5 Dec 2021)

Kami keluar sekitar jam 8.30 pagi selepas sarapan menuju je dataran masjid Nabawi. Alhamdulillah jemaah yang guna muassasah ada hand band khas jadi kami boleh masuk ke masjid tanpa banyak soal oleh askar yang mengawal pintu masuk. Madinah waktu ni sejuk sangat. F sentiasa berbaju lengan Panjang. Mungkin ini winter di Saudi kut. 
Day 2 (6 Dec 2021)

Ziarah Masjid Quba'. Masjid Quba' adalah masjid pertama yang dibina Rasulullah ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah.
Rasulullah bersabda yang bermaksud;
"Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba' dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalamnya, ganjarannya adalah satu pahala umrah"
Dan ya, mutawwif kami guide dengan baik. Dia dah remind kami awal-awal supaya berwuduk siap-siap dari hotel supaya kita boleh melakukan sunnah ini. Kami tak lama pun di Masjid Quba'. Kebetulan hari tu hari Sabtu so mutawwif cakap kena datang awal atau nanti orang akan mula ramai. Dan memang masa kami sampai tu, kami adalah rombongan paling awal so dapat solat dengan tenang sangat.

Next adalah ziarah ladang kurma. Jemaah boleh membeli kurma di sini. Tapi mutawwif bagitahu awal-awal yang harganya lebih mahal. Jadi kami beli sedikit saja, selebihnya kami beli di kedai sekitar hotel saja, lebih murah dan boleh tawar menawar.
Kebun Kurma Majed ni popular betul di kalangan rombongan Malaysia. Pekerjanya ramai orang Indonesia so kau akan rasa macam pergi pasar kat Malaysia je.
Ziarah seterusnya adalah ke Bukit Uhud. 

Pernah dengar perang Uhud? Ya, di sinilah perang itu berlaku. Bukit Uhud ni dia stand alone tau, maksudnya dia tak bersambung dengan mana-mana bukit berdekatan, makanya dipanggil 'bukit menyendiri' yang menjadi saksi bisu kepada perang Uhud. Mutawwif kami ada buat sedikit perkongsian sirah. Masa kat sini, dapatlah bayangkan macam mana perang tu berlaku. Dapatlah bayangkan kudrat dan keringat tentera Islam menentang musuh yang akhirnya mengorbankan ramai sahabat Nabi. Baginda sendiri pun cedera teruk sehingga dikatakan Bukit Uhud bergegar kerana sangat marah dengan tentera musuh yang mencederakan Baginda.

Kerana itulah, ada satu hadith dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya. (HR Bukhari dan Muslim)

Turun dari bukit memanah yang bertentangan dengan Bukit Uhud, kami dapat beli ais krim yang sangat sedap. Katanya dulu ramai peniaga di kaki Bukit Uhud ini tapi masa kami pergi tu kan tengah Covid, jadi tak ada jual-jualan pun. Sayang kan?

Malam- Slot ziarah Raudhah melalui muassasah. FYI, muassasah ni macam ejen yang serve Andalusia. So muassasah ni macam ada lesen yang boleh dapat priority untuk bawa jemaah masuk ke Raudhah tanpa perlu jemaah book slot melalui Eatmarna.  
So malam tu kami berkumpul di depan hotel untuk tunggu muassasah datang dan iring kami. Alhamdulillah kami tak perlu beratur dan menunggu lama. Syukur sangat sebab all this while aku dok baca nak masuk Raudhah ni kena berebut dan tolak menolak. Worst case scenario, kena redha je kalau memang dah tak ada rezeki untuk masuk ke Raudhah. Tapi aku tak sangka Allah beri izin untuk aku masuk ke Raudhah dengan cara yang sangat tenang dan mudah.

Day 3 (7 Dec 2021)

Free and easy. Tapi pagi tu kami ada program ceramah panduan umrah dan bacaan Yasin dan tahlil di dewan makan hotel. Selepas itu kami masuk ke dalam masjid Nabawi dan bawa mak abah naik wheelchair pusing keliling masjid, ala-ala ziarah dalam tapi kami berempat saja.

Jenuh juga nak menghabiskan pusing satu masjid ni tapi best lah. Sebaik selesai pusing, azan Zuhur pun berkumandang. So aku dan mak solat di luar, sayap kiri masjid, sebelah Baqi' while F dan abah masuk ke dalam masjid.
Semoga kucing ni bersaksi pada Allah yang aku pernah bagi dia minum kat Masjid Nabawi. Kesian dia haus. 
Lepas Zuhur, kami balik ke hotel untuk makan tengahari dan rehat. Sebab malamnya kami dapat book slot ziarah Raudhah guna apps Eatmarna. Kami plan nak bawa mak abah guna wheelchair.
Alhamdulillah asbab kami bawa mak abah dan wheelchair tu sebagai alat, kami dapat masuk guna fast lane. Masya Allah tak perlu langsung beratur tunggu turn yang lama tu.
Kalau aku tak bawa mak guna wheelchair, inilah barisan Panjang untuk aku beratur dan tunggu giliran masuk ke Raudhah.
Ini semua Jemaah dengan wheelchair bersama pengiring mereka. Alhamdulillah terima kasih Allah izinkan aku dan mak masuk Raudhah!
Once dapat masuk, polis akan atur jemaah wheelchair untuk duduk satu row paling dekaaaaaaat dengan maqam Nabi. Tengok gambar tu. While pengiring akan diatur untuk ke tengah sedikit tapi Masya Allah dapat depan sangat. Aku dapat solat di saf ketiga paling depan. 
Macam mana nak tau kawasan Raudhah? Tiang Raudhah ada kelopak bunga emas tu. (Tengok gambar)
10 minit yang diberi sangat berharga. Aku biar mak di ruang wheelchair. Cukup 10 minit, kami kena bangun dan patah balik ke wheelchair area untuk ambil waris masing-masing. Kasihan mak sebab dia tanya"dah habis masa ke?" Aku jawab; "Ye mak. nanti kita datang lagi" Mata kami berdua berkaca. 
Kami keluar di pintu 40 ni, terus nampak F dan abah dah menunggu. 
FYI, ruang Raudhah untuk jemaah wanita sangat kecil. So once dapat masuk, berusahalah untuk terus ke ruang hadapan dekat dengan penghadang. Situ dah memang yakin kawasan Raudhah. Kat kawasan belakang tu macam kau kena pastikan betul-betul itu adalah Raudhah atau tidak. Macam mana nak tau area tu adalah Raudhah? Dulu orang cakap Raudhah ditandai dengan karpet hijau. Tapi sekarang satu masjid Nabawi pun dah berkarpet hijau.
So sekarang, kalau nak tau di mana Raudhah dalam kawasan wanita, tengok tiangnya. Tiang yang ada kelopak bunga emas itulah Raudhah. 
Kita hanya boleh berada di dalam Raudhah 10 minit saja. Ada jam besar yang buat countdown 10 minit tu. Cukup masa, polis wanita akan 'halau' keluar. Jangan ingat kau buat-buat solat dan sujud lama, kau selamat. Polis tu boleh duduk sebelah kau dan dia akan tempik suruh kau keluar. "Sudah ibu, sudah! Cukup ibu, cukup!

Dulu-dulu orang cakap; kita tak boleh tadah tangan kalau berdoa. Nanti kena halau. Sekarang tak lagi. 10 minit yang diberi tu, kau boleh guna untuk tadah tangan berdoa. Tiada siapa akan kacau melainkan 10 minit itu telah tamat.

Allah akan mudahkan urusan korang juga, ya! Amin!

Day 4 (8 Dec 2021)

Free and easy. Mak abah kami rehatkan saja di bilik. F ajak aku merayap ke Bin Dawood mencari kopi Arab. Seronok juga masuk Bin Dawood ni, dapat tengok super market Arab. Hahahah!
Harga barang keperluan dan ubat ubatan agak mahal di sini ya. Take it as RM1 = SR1. So sabun ni harga dia dekat RM30 hahaha!

Petang, kami bawa mak abah ke masjid lagi. Alhamdulillah seronok berjemaah di masjid Nabawi ni. Tapi tulah, baru rasa nak dapat rentak dan nak mula seronok, esoknya dah nak ke Makkah dah :(
Nuha kami. Ini sepatutnya jadi gambar name tag dia tapi tak ada rezeki untuk dia ikut kami ke Haramain. Jadi kami guna gambar ni untuk ambil dengan semua landmark Haramain.

Seronok. Tak ramai orang. Lapang.
Marghrib kami pilih untuk solat di luar. Nak tengok langit malam sebab kebetulan bulan tengah terang.

Day 5 (9 Dec 2021) - Day 6 (10 Dec 2021)

Hari terakhir di Madinah. Selepas Zuhur kami akan bergerak ke Makkah untuk umrah wajib. Perjalanan ke Makkah mengambil masa 5 jam (macam patah balik ke Airport Jeddah dulu, sebab airport memang lebih dekat dengan Makkah sebenarnya) dan kami bertolak lebih kurang jam 2 petang.
Perjalanan kali ni kami semua perlu memakai pakaian ihram (bagi jemaah lelaki) sebab sebaik keluar dari Madinah, kami akan terus bermiqat. 

Sayunya Ya Allah meninggalkan Madinah. Rasa macam taktau bila lagi akan kembali walau dalam hati berazam akan datang lagi. Perjalanan 5 jam penuh dengan pengisian mutawwif. Ada masa kami pause rehat dan tidur. Ada masa kami berhenti toilet break dan solat. Tentatively, slot umrah wajib kami dalam Eatmarna adalah pada jam 12 malam- 3 pagi. Kiranya sempat lah sampai ke Makkah, check-in hotel dan makan dulu. Tak adalah kelam kabut dan kepenatan sangat.

*************************

Demikianlah perkongsian pengalaman kami di Madinah. Subhanallah Madinah ni bandar yang sangat 'lembut'. Cuacanya pun sejuk dan suasananya damai je. Peniaga-peniaga di sini sangat baik, lemah lembut percakapan dan boleh dibawa berjenaka dan tawar menawar. Mungkin inilah barakah yang Allah turunkan kepada bumi yang memeluk jasad kekasih kita, Nabi Muhammad SAW. 

Tips:
1. Hotel di Madinah kebanyakannya dekat-dekat je dengan masjid. Kalau dengar azan di masjid, korang masih sempat bersiap dan berlari ke masjid.
2. Hotel di Madinah lebih proper kalau nak dibandingkan di Makkah. Akan tetapi, kalau datang dengan pakej, bersabarlah dengan lif sebab orang sentiasa ramai terutamanya pada waktu solat dan selepas pulang dari masjid. Sabar, sabar. 
3. Kalau nak membeli belah terutamanya kurma, kismis dan kekacang, belilah di Madinah. Harga lebih murah, senang tawar menawar dan banyak pilihan.
4. Aku banyak beli jubah di Madinah. Harganya lebih murah dan banyak pilihan. Alhamdulillah aku rasa ini adalah pilihan yang paling tepat. Hanya sehelai jubah aku beli di Makkah.
5. Tandas di dalam masjid Nabawi lebih mesra pengguna terutamanya untuk mak ayah kita yang berusia. Jarak tandas dengan dewan solat agak dekat. Ada tandas yang ada lif dan boleh diakses dengan wheelchair. Insya Allah mudah untuk warga emas.
6. Untuk anak-anak muda yang bawa mak ayah berumur, kalau perlukan wheelchair- Boleh ambil yang diwaqafkan di masjid dan bawa pulang ke hotel. Boleh guna selagi kita ada di Madinah. Bila nak pulang atau tinggalkan Madinah, bolehlah pulangkan semula ke dataran masjid untuk kegunaan jemaah lain.
7. Masa kami pergi, hotel masih banyak yang tidak beroperasi kerana Covid-19. Sedih sangat bila tengok situasi ni. Jadi aku tak tahu sangat mana nak cari makan. Lagipun kami makan kat hotel je. Street food macam kebab tu sepatutnya banyak je. Insya Allah rasanya sekarang dah banyak. Tapi depan masjid ada Starbucks. Bawah Hilton ada KFC dan boleh ke Bin Dawood juga kalau nak cari roti atau jus. Nyummy!

Now let's go to Makkah!
Jom baca sharing aku di Makkah pula di entri seterusnya.