Korea: Makanan Halal @ Daejeon- Ali Baba's Treasure


Bismillah...

Kali ini saya nak kongsikan pengalaman mendapatkan makanan halal di sebuah restoran di Daejeon. 

Perkara yang kami paling suffer sekali selama berada di Daejeon adalah makan! Yep, makan! 

Daejeon bukanlah sebuah bandar besar seperti Seoul yang boleh memenuhi semua kehendak penghuninya. Tetapi identitinya sebagai salah sebuah bandar ilmu telah mengumpulkan ramai pelajar, penyelidik dan ilmuwan bagi mengisi pejabat dan pusat penyelidikan di sana. 
Di tempat saya, setiap hari kami dibekalkan kupon makan yang merangkumi sarapan, makan tengahari dan makan malam seperti yang saya pernah ceritakan dahulu. Itu sebenarnya sudah cukup baik dan kami dikira sangat bernasib baik kerana kos makan kami ditanggung oleh penaja. Tetapi kami tidak boleh meletakkan expectation yang tinggi tentang menunya dan cabaran dalam masa yang sama, kami perlu memenuhi tuntutan syarak iaitu mencari makanan halal.
Kadang-kadang, kami hanya makan nasi dan sayur sahaja kerana main course yang disediakan adalah daging. Memang mencabar.

Setelah beberapa minggu di sana, kami berpeluang menjalin ukhuwwah dengan komuniti kecil pelajar Malaysia yang terdiri daripada pelajar-pelajar PhD. Merekalah yang banyak membantu saya dan rakan-rakan Muslim termasuklah menemukan restoran halal, Islamic Center (macam masjid untuk solat Jumaat) dan bahan mentah halal seperti ayam dan daging yang semuanya terletak di Yuseong.

Setelah sebulan di Daejeon (24 Oktober 2013), kami mengambil keputusan untuk meraikan diri sendiri dengan mengunjungi salah satu restoran halal di sini. Mengambil masa lebih kurang 40 minit berjalan kaki, kami mula melangkah lebih kurang jam 5.30 petang dan merancang untuk bersolat Maghrib di Islamic Center. 
Cuaca sangat sejuk hingga saya dan beberapa orang rakan terpaksa berpatah balik untuk menambah ketebalan baju sejuk. Subhanallah, sejuk sangat!

Cuaca cerah kan? Masa ni kalau tak silap dalam pukul 5.30 petang, tapi suhunya sangat sejuk hingga buat badan menggigil!
Perjalanan bermula. Ini adalah sebahagian dari kami. Macam biasa, saya tidak termasuk dalam gambar. Masa ni asyik sangat mengambil gambar pemandangan dan daun pokok yang sedang bertukar warna. Menjelang hujung autumn, jam 5.30 petang je, hari dah gelap. Memang agak susah untuk evening walk dan ambil gambar sekitar. Sebab tu saya lebih suka morning walk :)
Baru minggu lepas warna hijau. Sekarang dah bertukar merah semuanya!
Ini adalah pathway kami menuju ke pagar KAIST, jalan pintas untuk ke destinasi. Sebenarnya boleh je naik bas. Tapi rasanya macam renyah sebab perlu tukar bas. Lagipun kami semua suka pemandangan ni. Jadi tak rasa letih pun berjalan jauh :)
Sebaik sampai di Islamic Center, kami dapati pintunya masih berkunci. Waktu solat belum masuk, maka begitulah. Islamic Center ni macam pejabat, jadi tak bolehlah pintunya sentiasa dibuka macam masjid di Malaysia. 
Kami ambil keputusan untuk terus ke restoran dan bersolat di sana.
Sebenarnya kawasan Yuseong ni banyak kedai-kedai makan dan kedai runcit yang menjual barang keperluan harian pada kadar yang agak murah. Restoran halal pun ada dalam 2-3 buah bagi memenuhi keperluan pelajar KAIST yang datang dari Timur Tengah. Ya, KAIST sangat dekat dengan pekan kecil ni. Rakyat Malaysia pun ada yang menyewa di sini.

Sebaik sampai, kami terus mengambil tempat. Ali Baba's Treasure ni terletak di tingkat dua bangunan. Kena naik tangga. Tapi kalau dari luar, memang ada papan tanda besar. Jadi Insya Allah boleh jumpa punya.
Restoran ni tak ada bilik untuk solat pun. Dan itulah yang kami dah expect sedari awal. Pada kami, dapat solat tepi-tepi rak buku atau ruang membaca di sini pun dah cukup bagus. Nama kata nak keluar dan berpatah balik ke Islamic Center, memang tak, sebab cuaca sejuk. Tuan punya kedai ni pun sangat memahami keperluan kami. Jadi mereka suami isteri (Tunisia) segera lapangkan kawasan membaca tu dan tunjukkan kami arah kiblat. Tandas pun dekat. Jadi Alhamdulillah urusan solat Maghrib kami benar-benar dimudahkan :)
Pekerja yang ambil order kami adalah rakyat Korea. Bahasa Inggerisnya pun lemah. Jadi kami beramai-ramai menggunakan segalam macam kebolehan untuk berkomunikasi dengan pelayan tu. Kalau tak, kita tak akan tahu ayam yang kita minta tu half ke quarter (contohnya laa). Sekali dia hantar seekor ayam, ha...naya tu!
Suasana dalam restoran. Waktu ni hanya kami sahaja dalam restoran ni. Tak lama lepas tu, ada satu pasangan Korea dan seorang pelajar Malaysia datang untuk makan malam. Hujung kanan tu adalah kaunter bayaran.
Yang sedang duduk tu adalah pemilik restoran. Saya sempat bertanya kepada wanita yang tolong alihkan meja untuk kami solat tadi. Katanya mereka berasal dari Tunisia dan menetap di sini. Hiasan dalaman restoran ni pun menerapkan budaya setempat mereka. Kalau di Malaysia, feeling dia macam makan kat restoran nasi Arab.
Punyalah seronok dapat jumpa sudu dan garfu. Iyalah...Kalau di cafe, hari-hari makan dengan chopstick. Terseksa jiwa. Ada rakan saya siap cakap nak makan guna tangan di sini. Er..tapi tak pun...
Hiasan yang unik menjadikan kedai ni terasa sangat high-class dan romantik!
Tengoklah kerusinya. Kalau di Malaysia, restoran dengan tempat duduk macamni, tak sah kalau tak billed RM50++ untuk makan biasa-biasa. Saya dah pernah kenalah~
Chicken Tikka pilihan saya. Tak larat nak communicate panjang-panjang dengan onni pelayan tu. Jadi saya tunjuk gambar dan buat tempahan. Mula-mula takut juga kalau sekali datang ayam panggang seekor ke...Tapi melihatkan kesukaran berkomunikasi tu sebagai suatu yang membazir masa (sebab lapar), jadi saya minta saja. Sekali datang dalam rupa ini. Alhamdulillah boleh makan, dan cukup-cukup untuk perut saya sahaja.
Ayam saya tadi turut disajikan dengan nasi dan roti. Ya Allah...punyalah nikmat- Setelah sebulan tak dapat makan macamni! Masa makan, semua pun diam melayan perasaan dan fokus pada makanan. Kelakar sangat kalau diingat balik!
Menu terakhir saya. Salad. Yep, memang sayalah manusia yang minta makanan paling banyak malam tu. Aras marah betul dengan saya. "Kalau kau tak habis, D, aku sumbat-sumbat semua makanan ni dalam mulut kau!". Ces~

Selesai makan, kami ambil masa dan menonton rancangan tv sekejap. Hahaha~
Tak lama lepas tu, terasa ramai pula pelanggan yang datang dan kami pun bangun untuk buat bayaran. Rasanya menu dan harganya berbaloi (dengan matawang KWN) lah~Saya tak ingatlah berapa harga semuanya. Tapi memang worth it. Saya puas hati dan gembira.
Cumanya memikirkan nak berjalan balik untuk lagi 40 minit, rasa-rasa lapar balik tak?

Demikianlah cerita 'kenduri' makanan halal dari Timur Tengah kami.

Alhamdulillah...

Selepas tu, kami dah tak menyebut-nyebut lagi ayam atau daging. Hajat dah tercapai kononnya!

Salam sayang,
Dhiya

Macamana Fakta Matematik ni Boleh Salah?


Bismillah...

Saya merupakan pelajar sains tulen.
Sampai sekarang pun saya masih mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik yang merupakan subjek asas dalam bidang ini.

Semasa di Tingkatan 4, saya paling benci subjek Matematik Tambahan.
Bermula dari perasaan kenapalah aku kena belajar matematik yang susah gila hinggalah memperoleh gred A dalam peperiksaan, saya mula sebati dengan subjek kira-kira ini. 
Rasa dia macamni tau- Bila dapat selesaikan satu masalah matematik (terutamanya yang susah dan panjang)- gembiranya tu sampai rasa bertingkat-tingkat dan rasa termotivasi nak buat lagi. (Eh korang pernah tak rasa macamtu?)

Banyak la math law yang tak pernah saya tahu- Tapi dek kerana belajar- Saya jadi tahu. Bila ambil bidang kejuruteraan, lagilah. Tak larat nak prove semua persamaan, kita serap je semua yang ada hingga macam dah jadi darah daging!

Baru-baru ini saya menerima satu mesej dari seorang kawan lama:

"D, dunia kita akan berubah. Aku rasa apa yang kita absorb selama ni salah. Orang macam kau mungkin boleh buat kajian"

"Aku? Tak fahamlah~" Saya malas nak ambil pusing. Sahabat saya ni memang kuat bergurau sikit.

"Nah.." sambil dia menghantar satu imej


Haha!
Saya ketawa. Kelakar!
Benda ni rasanya dah lama tersebar di internet dan saya pun tak ambil kisah sangat. Tak sangka rakan saya ni betul-betul pula.

"Kau boleh buktikan yang lain pula, D. Ambil je mana-mana equation math yang kita belajar masa SPM dulu..."

Kalau tak silap, 0/0=E. Apa-apa nilai, kalau dibahagi dengan 0, akan jadi nilai infiniti. Begitulah seingat saya.
Sekarang macam kena fikir dua kali nak cakap pandai. Hihihi.

Saya tunjuk gambar ini pada Elis. Dia cakap saya dan terlebih pandai. Isk~!
Demi menjaga hubungan baik itu, saya diamkan sahaja dan dalam hati saya berkata;
"Engineer should be more careful on this. Hahah~"

Eh macamana sebenarnya ni? Boleh guna ke tak pembuktian 0/0=2 ni?
Macamana fakta matematik yang dulu boleh salah?

Hahah
Lariiii!

Ketawa,
Dhiya

Sabar Ketika Ditimpa Susah


Bismillah

Saya sedar saya bukan orang yang layak untuk bercakap tentang ini. Saya sendiri pun pernah ditimpa ujian susah pada tahun 2009 hingga ke 2010. Tambahan pula, ketika itu saya dalam tahun akhir pengajian. 
Kawan-kawan baik semua tahu. Betapa saya hampir saja menangguh pengajian kerana tidak dapat fokus ketika belajar. Kurus kering saya dibuatnya kerana terlalu banyak memikirkan kesedihan.

Empat tahun telah berlalu, saya masih terkesan dengan apa yang terjadi. Saya masih kesal dengan pointer yang saya raih ketika menamatkan pengajian saya ketika itu, walaupun dapat bergraduasi pada masanya. Saya masih terlihat bagaimana emak, abah dan seluruh keluarga dalam linangan air mata. Saya masih ingat segala yang berubah 360 darjah dalam sekelip mata, yang terus membawa kesan hingga sekarang.

Tapi, dendam benci saya tidak ke mana. Sakit hati itu kekal saya yang punya selagi tidak dibuang jauh. Biarlah kesedihan itu menjadi sebahagian dari warna hidup saya. Banyak lagi perkara lain yang menggembirakan untuk saya bangkit menjadi yang lebih baik.

Empat tahun...dan seterusnya saya akan terus mengingati peristiwa sedih itu. Tapi bukan untuk diratapi.

5 Cara Menguatkan Sabar Ketika Ditimpa Susah

KITA diminta sentiasa bersabar bila ditimpa ujian hidup. Ujian ini ialah kesusahan yang berbentuk ringan dan ada yang berat untuk dipikul.
Semua manusia akan diuji dengan kesusahan [setiap orang dengan bentuk ujian tersendiri] sepanjang kehidupan mereka. Baginda Nabi Muhammad SAW juga diuji sedangkan baginda maksum iaitu bersih dari dosa, inikan pula kita yang banyak dosa.
Kita diminta sabar kerana sabar dalam mengharungi ujian itu memantapkan iman. Meskipun ujian dapat memantapkan iman, kita tidak boleh dan ditegah meminta ujian datang kepada kita. Malah kita diminta memohon kepada Allah agar dijauhkan daripada bencana dan musibah.
Kita diminta untuk mendoakan perkara baik namun bila perkara sebaliknya yang datang, kita diminta bersabar.
Sabar bukanlah semudah berkata, “saya bersabar dengan ujian ini”. Sabar adalah sama seperti suruhan agama yang lain, iaitu kita mesti berusaha dengan cara-cara tertentu untuk mendapatkannya dan seterusnya menjadi sebahagian dari diri kita.
Contohnya, kita diminta untuk khusyuk dalam solat. Namun khusyuk tidak hadir begitu sahaja sebaik kita solat. Kita perlu usahakan dengan cara, mengambil wudhuk dengan sempurna, mata terus menerus memandang tempat sujud, gunakan sejadah satu warna yang lembut, jangan baca bacaan dalam solat secara laju, betulkan tajwid dan sebagainya.
Begitu juga dengan sabar. Imam Ghazali menyenaraikan 5 perkara yang bila kita selalu ingatkan 5 perkara ini ketika dalam kesusahan, insya-Allah kita dapat menempuh setiap ujian dengan kesabaran yang jitu.

Untuk menguatkan sabar ingat 5 perkara ini
Perkara#1

Ingatlah, sekalipun ujian yang menimpa kita itu dirasakan berat maka berat lagi ujian yang menimpa orang lain. Ada orang yang ditimpa ujian lebih teruk dari kita.
Contohnya bila kita kesulitan wang, bersyukurlah kerana kita mungkin masih ada kerja. Orang lain mungkin tiada wang dan tiada kerja! Kita patut sabar dan bersyukur kerana kita tidak ditimpa ujian yang lebih teruk.

Perkara# 2
Kita patut sedar ujian yang datang mungkin kerana kita kurang taat pada agama. Kita patut sabar dan bersyukur kerana Allah telah memberi ‘ingatan’ du dunia lagi. Kalau Allah biarkan sahaja kita hidup dalam kelalaian, kita akan celaka di akhirat nanti.
Dengan ujian yang menjadi peringatan ini, kita akan sedar dan insaf untuk tidak mengabaikan suruhan Allah dan rasul-Nya.

Perkara# 3
Apa yang ditakuti ialah ujian susah di dunia ini berterusan susah hingga ke akhirat kerana dosa-dosa kita. Jadi bersabarlah. Dengan sabar itu, pahala kita berganda dan dosa-dosa kecil kita terhapus. Ini dapat menyelamatkan kita di akhirat nanti.

Perkara# 4
Ujian ini sudah tercatat sejak azali lagi. Sedih, gelisah atau marah sekalipun tidak dapat menghalang ujian daripada menimpa kita. Kita hanya hamba yang tidak tahu apa maksud ujian yang diberikan oleh Allah ini. Namun percayalah, setiap apa yang Allah takdirkan ada kebaikannya kepada manusia. Hanya kita manusia yang tidak tahu.
Jadi bersabarlah dengan selalu berdoa agar ujian ini akan berakhir.

Perkara# 5
Kita patut tahu, pahala amalan yang kita buat semasa ditimpa musibah adalah lebih besar berbanding pada waktu kita senang dan lapang. Pahala solat ketika kita sakit adalah lebih besar daripada pahala solat ketika kita sihat. Pahala sedekah yang kita buat ketika kita sendiri kekurangan wang adalah amat besar berbanding pahala sedekah orang kaya yang banyak duit.
Kita bukan sahaja dapat pahala bersabar, tapi berganda pahala dari setiap amalan yang kita buat ketika ditimpa susah.
Inilah 5 perkara yang ‘wajib’ kita ingat bila kesusahan menjadi ujian yang perlu kita tanggung. Mudah-mudahan dapat menambah tahap kesabaran kita.

Salam Peringatan, 
Dhiya

Rutin yang Dirindui


Bismillah...

Accuweather saya masih setia memaparkan ramalan cuaca di Korea.

Pagi ini saya lihat, salji sedang turun di Daejeon. Saya pun terus menghantar email kepada pensyarah saya di sana. Memang benar. Kata pensyarah saya, - Saya pasti gembira kalau berada di sana sekarang.
Iayalah. Anak kampung, duduk ceruk desa di negara yang bukan empat musim, memanglah jakun dengan salji~
Saya masih ingat, setiap hari sebaik bangun tidur saya akan lihat ramalan cuaca pada hari tersebut. Accuwether memang sudah tahu tugasnya secara automatik. Iayah...Cuaca di sana bukan macam di Malaysia. Kalau cuaca cerah, tak semestinya suhu panas. Pernah je cuaca cerah ada matahari macam di Malaysia, tapi suhunya 3 darjah. Sebab tu perlu sangat tengok ramalan cuaca dan suhu.
Tambahan pula, orang kampung macam saya ni memang nak selalu dan setiap hari diisi dengan aktiviti. Duduk di rumah sahaja memang nampak loser dan nerd. (ops~)

Cerita hidup saya di Korea masih belum habis. Harap-harap taklah sampai setahun review pasal Korea ni. I owe the whole thing in there. Rasa nak cerita setiap saat kisah di sana.Walau sekejap, tapi sangat memberi inspirasi dan mengajar erti hidup berdikari.

Banyak.
Banyak sangat rutin di sana yang sedang saya rindui.

Salam sayang,
Dhiya Dahlia

Science Essay Competition for ASEAN Young Talents (ESTI 2013)


Good news here!

The ASEAN Academy of Engineering and Technology (AAET) is a non-profit Civil Society Organization (CSO) affiliated with the ASEAN Secretariat. The Academy’s mandate is to promote and support initiatives in Engineering, Science, Technology and Innovation (ESTI). Through ESTI, the Academy hopes to contribute to a stable, prosperous and highly competitive ASEAN.
Towards these objectives, AAET endeavors to launch various initiatives and programs from time to time, inviting members from various sectors of society to participate and contribute their efforts and ideas. The 2013 AAET ESTI Essay Competition is one of such initiatives.
Undergraduates, postgraduates and young engineers, architects, technologists, industrialist of ASEAN countries are invited to use their innovative ideas and analytical skills to compete for one of three ASEAN ESTI Essay Writing Prizes. The Theme for the Essay Competition is ‘The Importance and Challenges of Promoting Science, Technology and Innovation Education to The Young Children in ASEAN Region’. 

Rule , Regulations and Requirements of 2013 AAET ESTI Essay Competition

  1. Participation: 
The participation is for individual entry only. The Participant must be UNDER 30 years of age.
  2. Entries and Closing Date: 
The submission of the essay shall be not less than 2,000 words and not longer than 5,000 words in English. Each entry submission shall complete with Entry Form Part1 to 3 and shall be duly completed and signed by the Participant and verified by member of teaching staffs of higher learning institutions or member of professional institutions. 
Entries shall be sent by email, fax or post in digital or printed format to Country Representatives:
Dr. Heng Sokbil. No. 541, St. 1003 corner St. 1988, Phnom Penh Thmey, Sensok.
Tel: 855-23900049 H/P: 855-12891603 Email: hengsokbil@ppit-edu.com
. The closing date for the submission is extended to 31 January 2014. Late submission will not be entertained.

 Prizes

  1. Gold : USD 3,000 ( One only )

  2. Silver: USD 2,000 ( One only )
  3. Bronze: USD 1,000 ( One only )
  4. Merit: USD 100.00 ( Max. 10 )

For further inquiries, please contact:

  1. Mr. Fok Kuk Fai, No. 40, Jalan 2/109E, Desa Business Park, Taman Desa,58100 Kuala Lumpur, Malaysia, 
Office Tel: +60 3 79838088, Fax: +60 3 79809390, Mobile 6012 3787678, email: fokkukfai@gmail.com
  2. Dr. Heng Sokbil. No. 541, St. 1003 corner St. 1988, Phnom Penh Thmey, Sensok, Phnom Penh Cambodia Phnom Penh Institute of Technology (PPIT) – Country Representatives 
Tel: 855-23900049 H/P: 855-12891603 Email: hengsokbil@ppit-edu.com

References:

  1. 2013 AAET Engineering Science, Technology and Innovation (ESTI) Essay Competition – Phnom Penh Institute of Technology
  2. Essay Competition Rules and Regulations – PDF
  3. Essay Entry Form – PDF
  4. Photo by Andrew Huff/Flickr(CC).

Panduan melayan ibubapa dan mertua di rumah Gen Y


Sumber

Berikut adalah beberapa tip dan panduan untuk melayan ibubapa dan mertua yang bertandang ke rumah pasangan suami isteri Gen Y.
1. Objektif ibubapa dan mertua datang ke rumah pasangan anaknya ialah:
1.1 Untuk melepaskan rindu terhadap cucunya (jika dah bercucu)
1.2 Melihat sendiri suasana kehudupan anak dan menantunya di rumah mereka.

2. Apabila sahaja terdengar desas desus ibu, ayah atau mertua nak datang ke rumah, perkara yang wajib dibuat ialah:
2.1 Dapatkan pengesahan kedatangan mereka dengan telefon dan bercakap terus dengan mereka. Jangan gunakan SMS atau mana-mana pesanan laman sosial. Ini (bercakap terus) memberikan isyarat yang anda sangat teruja menerima kedatangan mereka.
2.2 Jika tarikh kedatangan mereka tidak sesuai kerana anda berdua ada urusan pejabat yang tidak dapat dielakkan, maka cadangkan tarikh-tarikh lain, supaya anda berdua lebih bersedia menerima mereka.
2.3 Jika ibubapa atau mertua ingin juga datang pada tarikh yang tidak sesuai itu, eloklah berterus terang yang anda berdua tidak dapat memberikan layanan yang sebaik-baiknya  melalui percakapan bukan dengan SMS. Hanya dengan lisan sahaja, maksud dan emosi dapat difahami oleh ibubapa dan mertua anda.
2.4 Jika telah dapat persetujuan, maka bincanglah suami isteri menyusun strategi agar kehadiran ibubapa atau mertua di rumah anda akan menambahkan pahala anda berdua dan peluang mencari redha Allah.

3. Hari perjalanan ibubapa atau mertua ke rumah
3.1 Awal-awal lagi, siapkan bilik tidur untuk mereka mengikut kemampuan yang ada.
3.2 Jangan aturkan tempat tidur mereka bersama-sama dengan cucu di dalam satu bilik melainkan mereka sendiri yang pelawa cucu tidur bersama.
3.3 Jangan pula minta mereka tidur di bilik tidur rasmi anda (master bedroom). Ini akan menyebabkan mereka tidak selesa.
3.4 Salah seorang daripada anda telefon mereka yang sedang dalam perjalanan dengan mengatakan, “Nanti sampai di rumah, kita makan sama-sama” walaupun waktu ketibaan mereka  bukan waktu makan tengahari atau makan malam. Ini bertujuan untuk menyatakan kegembiraan dia atas kesudian mereka datang ke rumah.
Jika mereka “berkeras” tidak mahu dilayan sebegitu kerana mereka kenyang atau sebagainya, maka sediakan juga minuman dan kudapan untuk majlis sambutan ketibaan mereka.  Sediakan juga walaupun dia sampai pada waktu tengah malam.
3.5 Jangan sekali-kali bertanya dengan menggunakan ungkapan ini, “Ayah dan mak dah makan ke?”. Sudah pasti mereka akan jawab, “Dah, tak perlu susah-susah”. Kebanyakan ibubapa mertua memang berniat nak makan bersama-sama semasa bertemu nanti.

4. Tiba di rumah anda
4.1 Semua hadirkan diri sambut mereka di ‘gate’ atau pintu utama rumah. Walaupun mereka sampai waktu tengah malam, suami isteri WAJIB bersalaman menyambut mereka. Sunat kejutkan anak-anak menyambut Atuk dan Opah mereka. Alangkah terhibur dan hilang penat lelah perjalanan seharian ibubapa atau mertua jika semua menyambut mereka.
4.2 Jika anda tidak dapat melayan lama-lama kerana tersangat mengantuk atau ada urusan yang lain, maka mintalah kebenaran daripada mereka dua. Mereka juga memahami.
4.3 Jangan tanya soalan ini, “Ayah dan mak nak balik bila?". Ini menyinggung perasaan mereka.
4.4 Ungkapan yang baik ialah “Kami ada banyak aturcara untuk mak dan ayah ni.. esok ke..... lusa ke.... tulat ke........” Tunggulah respon daripada mereka. Daripada jawapan mereka, anda berdua boleh mengagak tarikh mereka balik ke kampung. Maka, bincanglah suami isteri di dalam bilik untuk melayan mereka selama mereka ada di rumah anda.

5. “Duplicate” budaya seharian ibu ayah atau mertua di rumah anda untuk keselesaaan mereka
5.1 Jika ayah kebiasaan ke masjid untuk solat Subuh, sebelum tidur, ingatkan ayah itu yang anda akan kejut dia untuk persiapan ke masjid.
5.2 Pastikan anda bangun lebih awal daripada dia dan tunggu dia di dalam kereta anda untuk ke masjid.
5.3 Jika kebiasaan anda pergi kerja sebelum Subuh, maka beritahu kepada ayah atau mertua kedudukan kunci-kunci pintu dan atau ‘gate’ untuk memudahkan dia keluar rumah  sendirian ke masjid tanpa mengganggu orang lain di dalam rumah itu.
5.4 Jika kebiasaan ibu ayah makan pagi jam 7.00, maka usahakan bangun awal sama ada beli atau masak juadah untuk sarapan. Sebaik-baiknya makan pagi pertama di rumah ialah sarapan bersama-sama mereka.  Jika terpaksa tinggalkan mereka sebelum makan, eloklah nyatakan kemaafan tidak dapat bersama dan pastikan semua makanan tersedia untuk mereka.
5.5 Kebiasaannya ibu bapa atau mertua akan bawa makanan dari kampung. Maka eloklah dihidangkan juga makanan itu dan makan bersama-sama.
5.5 Semasa sembang pagi itu, eloklah ceritakan “Budaya Anda Berdua Seharian Di Rumah itu” kepada ibu ayah mertua agar mereka boleh menyesuaikan pula diri mereka untuk hari-hari berikutnya di rumah anda.

6. Disiplin Anak-anak Melayan Atuk Neneknya
6.1 Sehari sebelum ibu, ayah atau mertua datang, eloklah diberikan taklimat kepada anak-anak terutama sekali yang sudah mengerti dan memahami kerinduan orang tua kepada cucunya.
6.2 Beri mereka latihan menyambut datuk nenek mereka di pintu, bila makan bersama datuk nenek dan semasa bermain dengan datuk nenek.
6.3 Latih anak-anak itu agar tidak “MENGARAH” Atuk dan Opahnya itu ini mengikut kehendak mereka. Tingkahlaku cucu mereka ini juga boleh memberikan persepsi dan jawapan kepada objektif kedua mereka datang bertandang ke rumah anda.

7. Ibu, Ayah atau Mertua pulang
7.1 Sediakan buah tangan untuk mereka bawa pulang.
7.2 Jika anda “terlebih duit” hulurkan ala kadar kepada mereka berdua sebagai belanja tambang pulang ke kampung.
7.3 Ungkapkan berulangkali, “Nanti datang lagi ya”.
7.4 Semua turun melambai-lambai hingga mereka hilang daripada pandangan.
7.5 Berdoalah berdua kepada Allah agar layanan anda itu mendapat pahala dan keredhaan Allah dan doakan agar Allah mengasihi mereka berdua kerana telah menjaga anda berdua dari kecil lagi.

Selamat mencuba.

Ahmad Shafiai Uda Jaafar
(Pak Utih)

DIY: Bunga dan Reben Kecil


Bismillah...

Projek DIY saya masih berjalan. Projek skala besar ini juga merupakan sebahagian dari azam tahun 2014 saya yang perlu disiapkan secepat mungkin! (tarik rambut)

Alhamdulillah bunga dan reben kecil-kecil ni sudah siap sepenuhnya semalam. Betullah DIY ni (terutamanya dalam kuantiti besar) memerlukan kesabaran dan kegigihan yang tinggi. Saya pun banyak kali hampir putus asa, ditambah dengan rehat panjang selama ke Korea tempoh hari.
Insya Allah 100 pcs bunga telur pertama akan siap dalam tempoh sebulan ini. Cuma please, please and please jangan tanya kenapa warna ni. It was really an unplanned plan. Boleh? Hahaha!

Gambar penuh? Hm...Memandangkan perkara ini masih dalam proses, jadi gambar penuh belum boleh dikongsikan. Sample ada lah satu, dok terpacak depan cermin muka tu. Tapi...alah biarlah jadi rahsia sikit~

Saya tak bercadang untuk menulis satu entri khas berkenaan dengan tutorial. Rasanya apa yang saya buat ni sangat simple dan saya yakin anda di luar sana lebih hebat dan kreatif dari saya. Tapi kalau ada yang berminat dan saya menerima respon positif, Insya Allah saya akan kongsikan tutorialnya :)

Saya nak tekankan sekali lagi, semua ni adalah DIY untuk sepokok bunga telur dan setakat ini (yang saya congak), kosnya adalah malu nak cakap oi~ +- RM 0.50. Rasanya ini adalah maksimum setelah saya kira segala bahan asas dan aksesorinya termasuklah buluh (sate), bunga, pelilit, reben, bunga kecil dan lain-lain. 

Ini paling banyak ni!. Dekat 700 pcs saya buat sendiri. Puas duduk bersila, bersimpuh dan siap buat sambil baring pun ada!
Ok ni nak bagitahu satu rahsia ni. Bunga-bunga ni adalah ZERO COST, sebab saya gunakan kertas yang memang dah sedia ada dalam simpanan saya sejak lama dulu. (kira tak ada kos lah kan~)
Bunga free yang saya buat tu saya akan letakkan di tengah simpulan reben ni untuk tutup simpulan tersebut. Oh ye. Simpulan reben tu pun rasanya saya discovered sendiri (rasanya laaa) sebab tak ada belajar dari mana-mana tutorial termasuklah Youtube. Bila tengok lawa je, jadi tak ada risiko pun untuk proceed. Yeay!
 Being a DIY B2B is not easy.

Betul wei~! Hanya keazaman yang tinggi sahaja akan membawa kita terus dengan apa yang kita dah mulakan.
Same goes in our life. Kalau tak ada keazaman tinggi, nak suap makanan ke mulut pun tak mampu. Memang bergelimpanganlah manusia yang tak layak menjadi khalifah mati  kerana tak ada usaha nak makan. Betul tak?

Masa saya baca cerita kegigihan B2B buat macam-macam DIY untuk majlis mereka, saya rasa mustahil sangat untuk saya buat benda yang sama. Tapi apabila sampai ke tahap saya juga menulis cerita macam mereka, saya sedar yang memang- Kalau kita nak, kita akan sungguh-sungguh buat biar siap, bagi dapat!

More DIY stories soon...

Salam Gigih,
Dhiya :)

Perkongsian: Perkara-Perkara Bertentangan Islam Dalam Majlis Kenduri Kahwin


Sumber

Perkara-Perkara Bertentangan Islam Dalam Majlis Kenduri Kahwin |

Dari semasa ke semasa saya juga diminta terlibat apabila saudara mara mengadakan majlis kenduri kahwin. Kini saya merasakan begitu ngeri sekali apabila melihat betapa umat Islam hari ini telah lari jauh dari ajaran Islam dalam menjalankan majlis kenduri kahwin.

Kali ini saya ingin membincangkan perihal majlis perkahwinan ini di kalangan umat Islam di Malaysia.

Perkara 1:

Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?
Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang  ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, duit, besi atau sekadar bacaan dari Al Quran.

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

” Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka “. ( Surah An-Nisaa’ – Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .” ( Riwayat Bukhari )

Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur’an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas  persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

” Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

” Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. ( Riwayat Ahmad )

Mas kahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulamak tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin.

Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu RM adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin.

Perkara 2:

Adakah bersanding dan berinai merupakan ajaran Islam?

Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar yang berasal dari ajaran Hindu  masih lagi dikekalkan pada hari ini.

Apa yang saya lihat dari majlis bersanding dan berinai ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam Al Quran dikatakan orang yang membazir Tuhan mengatakan mereka itu adalah kawan-kawan syaitan.

Disini kita faham, membazir itu sangat dibenci Tuhan, sehingga Tuhan kata “Siapa yang membazir itu adalah kawan syaitan”. Mari kita belajar apa itu membazir? Erti membazir itu ialah menggunakan nikmat Tuhan, bukan kerana  Tuhan. Menggunakan nikmat dari Tuhan iaitu wang ringgit untuk disedekahkan kepada anak yatim bukan membazir kerana ia dilakukan kerana Allah.

Menyewa dan memasang peralatan pelamin lengkap dengan pelbagai lampunya bukan dapat RM400. Sudah pastinya ini adalah satu pembaziran.

Perkara 3:

Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?

Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang, beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya ke tong sampah! Adalah jauh lebih baik bawa pizza barang 5 keping yang bersaiz besar untuk sama-sama makan iaitu ahli rombongan pengantin lelaki dan pihak tuan rumah. Kalau tak nak makan, tak payahlah bawa pizza.

Sirih junjung sah barang membazir dan menyusahkan sahaja.

Perkara 4:

Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan bermake up di majlis persandingan ini?

Antara jawapannya mungkin ialah:

1. Supaya aku kelihatan cantik menarik

2. Supaya orang ramai memuji aku bahawa sesungguhnya aku memanglah cantik

3. Agar aku dapat menarik perhatian orang ramai dengan kecantikan aku

4. Mungkin untuk menutup kecacatan di muka saya seperti jerawat dan jeragat

5. Engkau ingat aku ni tak cantik ke?

6. Supaya orang tertawan dengan aku melalui kecantikan wajah aku ni.

Apa yang jelas dari bermake up adalah satu dosa sebagaimana artikel Tabarruj di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/54 dan melakukan sesuatu untuk mendapat pujian adalah riak. Semua perkara ini adalah perbuatan mungkar yang membawa dosa dan musibah dari Allah. Takutilah azab Allah dan sesungguhnya azab Allah itu perit.

Membuat sesuatu perkara semata-mata untuk mendapat dosa dan azab adalah sesuatu kezaliman dan ke****han.

Tambahan pada 23 Ogos: Saya ada satu tambahan cerita sebagai iktibar. Ayu seorang anak yang baik dan kelihatan baik. Ayu menjaga auratnya serta bercampur dengan kaum lelaki secara sopan. Ayu belajar di sekolah aliran agama hingga tingkatan 5. Sambung pelajaran di luar negara dan berjaya mendapat pekerjaan yang baik. Ayu cukup menjaga sentuhan yang tidak perlu sehingga mengelakkan dari bersalam dengan pakcik sebelah suami adek beradek ibu ayahnya. Namun apa yang sangat saya kesalkan ialah demi untuk kelihatan cantik anggun bergaya dengan berbagai solekan make up terkini, sewaktu berinai dan bersanding, seorang jurusolek khas dari kaum lelaki mengandamkan Ayu. Juru andam lelaki inilah yang menghiaskan Ayu. Waktu ini agaknya bersentuhan dengan kaum lelaki sudah berubah hukum dari haram kepada sunat agaknya!! Begitulah seperti diajarkan oleh arwah guru, satu dosa akan menggamit dosa-dosa yang lain.

Perkara 5:

Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?

Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:

Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin sebagaimana mafhum hadis berikut. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”

Namun kini manusia melakukan majlis kenduri kahwin ini dengan pelbagai tujuan antaranya:

1. Memberitahu masyarakat bahawa aku mampu membuat majlis kenduri dengan penuh kemewahan dengan belanja melebihi RM20,000.00

2. Aku ini orang berduit. Lihatlah majlis kenduri kahwin ini.

3. Orang yang lebih miskin dari aku pun berani belanja lebih RM20,000.00 untuk majlis kenduri kahwin. Tak kan aku dengan gaji lebih besar dari dia tak sanggup belanja lebih RM20,000.00 untuk kenduri kahwin!!!

4. Majlis mewah seperti ini barulah sesuai dengan status saya sebagai orang berduit di kawasan perumahan ini.

5. Anak aku bukan janda atau minah kilang, kenalah buat majlis yang grand habis.

6. Biarlah orang asyik bercerita tentang kehebatan majlis kenduri saya ini. Barulah seronok.

7. Kalau aku keluar belanja RM20,000.00 tetapi dapat sumbangan RM25,000.00 bolehlah dapat keuntungan dari majlis kenduri kahwin ini.

Perkara 6

Mengapa hantaran belanja perlu dibayar dengan bayaran yang tinggi?

Bayaran hantaran belanja yang tinggi tidak pernah disarankan oleh Islam. Sebagaimana telah saya jelaskan dalam perkara 1 di atas, Islam menggalakkan mahar yang rendah semoga memudahkan proses perkahwinan.

Antara tujuan mengenakan bayaran hantaran belanja yang tinggi mungkin ialah:

1. Menilai status keluarga dan pekerjaan anak dara yang ingin dikahwini. Lagi  tinggi status keluarga, lagi mahal hantaran belanja. Kalau anak dara yang ingin dikahwini ini sekadar minah kilang, murahlah sikit hantaran belanja. Kalau ada degree apatah lagi kalau berjawatan tinggi seperti doktor atau jurutera atau pensyarah, kenalah letak hantaran belanja yang tinggi. Kalau artis kenalah lagi tinggi.

2. Boleh bermegah dengan masyarakat sekeliling. Maklumlah kalau hantaran belanja sekadar RM5000.00, macam mana nak bermegah.

3. Lagi tinggi hantaran belanja, lagi mewah majlis kenduri boleh diadakan. Baru ada kelas!!

4. Boleh beli set bilik tidur yang ada kelas. Nanti kalau orang masuk bilik pengantin, taklah malu atau koman sangat.

5. Aku sudah membelanjakan sekian banyak duit untuk membesarkan dan mendidik anak perempuan aku. Siapa nak kahwin dengannya kenalah sanggup keluar duit yang tinggi. Nak beli lembu seekor pun sudah lebih dari RM2000 ini kan pula anak aku!

Sebenarnya dengan meletakkan hantaran belanja yang tinggi, inilah dia tujuan  sebenarnya yang tidak disedari atau dengan disedari:

1. Agar orang Melayu Islam semakin sukar dan melewatkan untuk berkahwin secara sah.

2. Menggalakkan maksiat, maklumlah nak kahwin tak mampu

3. Melatih calon menantu satu latihan yang amat penting iaitu BERHUTANG UNTUK KAHWIN.

4. Agar anak lelaki lupa tanggung jawab kepada ibu bapanya yang telah membesarkan dan mendidik untuk sekian lama. Tiba-tiba bila baru dapat degree nak kahwin, nak beri duit kepada ibu bapa sudah tiada lagi maklumlah kena menabung untuk membayar kos berkahwin yang gila habis. Bukan cukup  RM15,000.00 untuk kahwin. Itu belum masuk lagi duit ansuran kereta, sewa rumah dan potongan PTPTN.

5. Agar belajar untuk AMBIL RASUAH DAN AMBIL KOMISYEN di tempat kerja agar memudahkan urusan untuk berkahwin

6. Mendidik anak Melayu dengan budaya BIAR PAPA ASAL BERGAYA

7. Agar selepas kahwin pasangan ini hidup melarat maklumlah hutang keliling  pinggang. Bolehlah kelak selalu berperang suami isteri bila dah bengang.

Perkara 7

Bagaimana untuk mempastikan hari kenduri kahwin cuaca adalah baik tanpa hujan.

Bila kos makanan tetamu sahaja sudah mencecah lebih daripada RM15,000.00, tuan rumah mulalah naik risau kelak kalau waktu majlis kenduri kahwin hujan ribut dari pagi sampai petang, orang ramai tak datang, macam mana dengan makanan yang berlebihan dan paling penting tentunya duit sumbangan pun tak masuk, rugi besarlah. Bagi mempastikan hari kenduri kahwin tidak mengalami hujan ribut maka:

1. Pergi berurusan dengan bomoh atau dukun yang boleh menahan hujan.

2. Mengamalkan pelbagai petua orang Melayu seperti membuang pakaian dalam pengantin ke atas bumbung, meletakkan payung secara terbalik lalu meletakkan air ke dalam payung terbalik tersebut

3. Berbagai amalan karut marut lain

Mudahnya orang Melayu untuk sesat. Allah berikan rahmat dengan diberiNya menantu dibalas pula oleh manusia dengan melakukan pekerjaan syirik. Memanggil bomoh tolak hujan adalah sesat dan mengamalkan pelbagai petua seperti di atas juga adalah sesat.

Baru-baru ini saya menghadiri majlis kenduri kahwin saudara saya. Pada pukul 11.45, semua keluarga, saudara mara, penanggah dan tuan rumah makan maklumlah tetamu dijangka akan datang pada pukul 12.00 tgh sebagaimana tertera dalam kada jemputan. Saya turut makan bersebelahan tuan rumah. Cuaca ketika itu memang terang benderang. Tuan rumah dalam keseronokan dapat menantu berkata “bagus betullah petua dari kak chik pakai payung diterbalikkan, cuaca hari ini cukup cantik”.

Astagfirullah… saya berkata-kata dalam hati. Nak dihujah, keadaan tidak sesuai. Saya berkata-kata di dalam hati “kalau macam ini sunnatullahnya tak lama lagi memang hujan nak turun di majlis ini”. Perbuatan tuan rumah ini bagi kata bidalan diberikan susu dibalas tuba.

Dengan kuasa Allah, mulai pukul 1.00 tengahari gerimis halus sudah mula turun. Kira-kira pukul 1.45 tgh hujan lebat turun sehingga pukul 2.30 ptg. Dalam hati saya berkata “Inilah satu pengajaran yang sangat baik kepada orang yang mensyirikkan Allah. Percaya benar payung terbalik ada kuasa untuk mengelakkan hujan turun. Sama sebiji macam orang kafir berharap kepada patung yang dibuat daripada batu, Astagfirullah…”.

Secara mudahnya tetapi sukar untuk dilaksanakan ialah untuk Allah memberikan rahmatNya dengan tidak mengirimkan hujan pada hari kenduri kahwin ialah dengan pelbanyakkanlah solat sunat terutama sekali solat malam. Mintalah kepada Allah secara terus, insya Allah majlis tersebut tidak turun hujan.

Perkara 8

Majlis kenduri kahwin adalah majlis untuk berbuat maksiat, Astagfirullah…

Majlis kenduri kahwin adalah majlis memberi makan kepada orang miskin dan tetamu lain sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Kalau tak mampu buat kenduri besar, buatlah sekadar saranan Islam iaitu sekadar sembelih seekor kambing. Jemputlah orang yang perlu sahaja seperti jiran terdekat dan saudara mara terdekat. Inilah latihan yang baik dari Islam sebagaimana majlis aqiqah apabila dapat anak.

Kini dalam majlis kesyukuran majlis kenduri kahwin sudah menjadi pesta maksiat dan antaranya ialah seperti berikut:

1. Membayar wang yang banyak kepada DJ, PA system, sistem karaoke, kugiran dan penyanyi. Ini namanya mengeluarkan duit untuk membeli dosa. Sila baca artikel berkaitan muzik bertajuk Hukum bermain muzik dan nyanyian  menurut Islam di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/40. Membazir sudah satu dosa. Bermain muzik dan nyanyian apatah lagi nyanyian oleh orang perempuan adalah juga dosa. Tak takut sungguh manusia dengan dosa.

2. Bergilir-gilir anak dara belajar buat dosa iaitu menyanyi secara karaoke. Inilah platform yang amat cantik untuk menjadi penyanyi macam Siti Nurhaliza, tok guru buat dosa dengan menyanyi.

3. Orang lelaki pula seronok mendengar nyanyian secara karaoke oleh anak dara. Redha dengan perbuatan ini adalah dosa dan kelak di akhirat Allah tuang besi cair ke telinga.

4. Inilah masa bagi anak dara menayang body dengan pasang badan agar dapat menarik perhatian lelaki dan lebih baik lagi kalau dapat boyfriend. Mereka pakai pakaian yang ketat, tidak menutup aurat, bermake up, berminyak wangi dengan lengang lengguk badan dan punggung untuk mendapatkan perhatian. Astagfirullah….

5. Bagi wanita yang sudah berkahwin, ada yang menjadikan majlis ini untuk menunjukkan bahawa badannya masih cantik walaupun sudah ada anak dengan memakai pakaian pelbagai fesyen yang jauh dari kehendak Islam.

6. Menjadikan majlis kenduri kahwin sebagai majlis pesta fesyen pakaian. Ada yang terbelah mendedah peha, ada yang low cut mendedahkan buah dada yang membulat dan sebagainya.

7. Pesta bagi wanita menunjukkan kekayaan dengan memakai pelbagai barang kemas yang mahal-mahal untuk menjadi kayu pengukur kemewahan masing-masing. Allah membenarkan barang kemas tetapi bukan untuk tontonan semua orang!!!! Ada wanita yang sanggup meminjam barang kemas untuk hadir ke majlis kenduri kahwin keran takut dimalukan.

8. Kalau dikampung dimana masak memasak diadakan secara gotong royong, inilah satu pesta yang amat seronok iaitu PESTA KATA MENGATA DAN MENGUMPAT terutama sekali dikalangan orang perempuan, Astagfirullah….

9. Tidak cukup dengan muzik dan nyanyian, diadakan pula majlis tari menari joget lambak. Yang muda dan yang tua tak sedar diri berjoget antara lelaki dan wanita, Astagfirullah….

10. Disetengah tempat, majlis kenduri kahwin adalah majlis mengajar kanak-kanak lelaki untuk merokok kerana tuan rumah memang menyediakan banyak rokok secara percuma untuk semua penanggah. Hisaplah seberapa banyak yang diingini asalkan sanggup menjadi penanggah.

Saya mengalu-alukan pandangan balas lain dari pembaca agar isu ini dapat ditangani dengan sewajarnya berlandaskan Islam.

Islam menyarankan majlis kenduri kahwin tetapi realitinya majlis kenduri kahwin kini menjadi satu majlis yang mengundang pelbagai dosa, bagaimanalah Allah nak memberikan rahmatNya kepada pengantin yang baru berkahwin ini.

Sekian wassalam wallahualam

Tunggu!


TUNGGU!

Cerita dan pengalaman saya berkelana di Korea masih belum tamat. Masih ada beberapa tempat dan cerita menarik untuk saya kongsikan.

Tahun baru 2014 saya sudah punya perancangan sendiri. Jadi masa yang ada perlu dibahagi-bahagi, sama rata, sama adil :)

Insya Allah akan terus menulis.

Salam sayang, 
Dhiya

Dhiya Jual: ViTAMiNDA - Gula-Gula Untuk Minda


Bismillah...

Kali ini saya nak kongsikan produk ViTAMiNDA keluaran KiTANi yang sudah mula menerima sambutan di kalangan pengguna.
ViTAMiNDA merupakan gula-gula kunyah yang membantu meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan anak-anak. Ia juga membantu dan menyumbang kepada kecerdasan minda.

Produk: ViTAMiNDA- Gula-gula Untuk Minda
Pengeluar: KiTANi
Harga: RM39 (Penghantaran PERCUMA!)
Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Tablet ni macam gula-gula yang kita makan masa kecil-kecil dulu. Ala....ada......Sekarang pun ada lagi. Yang perisa susu tu~
Kunyah pun bukan sebarang kunyah. Ada manfaat di sebaliknya. Tablet ini mengandungi Omega-3 DHA yang membantu mengoptimumkan memori dan keonsentrasi (perhatian) anak-anak. Memandangkan Omega-3 DHA ini memang tidak dihasilkan oleh badan, jadi pengambilan makanan tambahan yang mengandung Omega-3 DHA adalah cara yang paling tepat, terutamanya untuk kanak-kanak :)

Selain Omega-3 DHA, tablet ini juga mengandungi ekstrak Gingko Biloba, Bacopa Moniera, Kismis, Gotu Kola, Kurma, Madu dan susu kambing yang sangat membantu peredaran darah dan imunisasi kanak-kanak. Memang. Memang bukan gula-gula biasa. Daripada dok kunyah gula-gula 3 seposen, lebih baik ditukarkan dengan tablet ni :)

Mix flavor of chocolate and strawberry!
Halal, buatan Malaysia
Fakta nutrisi juga ada di bahagian belakang kotak.
Satu botol ada 30 biji. Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, sehari sebiji. Atas 12 tahun, 2 biji sehari.
Jadi bergantung kepada umur, samada sebulan atau 15 hari sebulan. Insya Allah berkat usaha dan doa, anak-anak kita akan memberi perubahan positif dalam sesi persekolahan tahun baharu ni.
Anak-anak ligat di sekolah, moga-moga ViTAMiNDA dapat membantu memberi kecergasan kepada mereka untuk mengharungi aktiviti seharian.

Saya dah order untuk anak-anak akak. Hadiah sesi persekolahan lah katakan~ Masih menunggu consignment tiba di depan rumah :)

Berminat?

Tawaran istimewa kepada anda:
Harga: RM39 (Penghantaran PERCUMA!) 

Emailkan pertanyaan dan tempahan anda kepada:
diahalida@gmail.com  

Cepat sebelum terlambat, 
Dhiya Dahlia

2014: Merencana dan Merancang


Bismillah

Ini adalah entri pertama dalam tahun 2014. Saya tidak sempat untuk menulis pada 1 Januari dek kerana tuntutan komitmen anak-anak saudara yang akan memulakan sesi persekolahan. 
Tambahan, anak sulung akak sudah melangkah ke sekolah menengah dan kami sekeluarga menghantarnya ke asrama.

Masih, seperti tahun-tahun sebelumnya, saya mengalu-alukan kedatangan tahun baharu dengan apa adanya. Tahun ini saya melangkah ke tahun baru di kampung, masih bercuti sejak pulang dari Korea tempoh hari. Paling pasti, tahun baru ini saya menggalas cabaran dan komitmen sebagai seorang pelajar.
Matlamat utama saya adalah untuk menempuh tahun ini dengan baik dan menamatkan pengajian ini dengan jayanya. Amat!

Insya Allah tentatif tahun 2014 telah disusun dengan baik sekali dalam planner saya. Selebihnya saya serahkan kepada Allah untuk menjadikannya yang terbaik dalam hidup saya.
Dapat ambil masa mengemaskini perancangan tahun 2014. Tarikh cuti, tarikh penting semester pengajian, tarikh istimewa, tarikh cadangan- semua dah ada. Mudah-mudahan Allah bantu. Amin!
Banyak yang emosional dalam diri saya apabila memasuk tahun baru ini. Banyak!
Sudah lama juga saya tidak menangis atas semua kesedihan itu. Tapi Allah lebih banyak membelai saya dengan kegembiraan berbanding kedukaan. Jadi tak adil rasanya kalau saya meratapi sangat kekurangan itu.

Insya Allah, semoga Allah berikan yang terbaik untuk saya dan orang di sekeliling saya dalam tahun ini.

Banyak azam dan perancangan yang terlalu peribadi untuk dikongsikan di sini. Tapi azam yang menjadi kenyataan, Insya Allah akan dikongsikan di sini buat tatapan dan perkongsian.

Doakan!

Salam sayang,
Dhiya Dahlia