Y2021 dan Seluruh Isinya

Bismillah 

To be honest, aku tak boleh recall langsung apa yang terjadi di awal-awal tahun 2021 sebab aku rasa monotone je. Covid masih menjahat, lock down masih berkuat kuasa, rentas daerah dan rentas negeri masih tak boleh. 
So aku tak ada memori sangat sebab life aku banyak di rumah bergumpal dengan keluarga.

Yang aku ingat sikit, di saat kes Covid sangat tinggi, dan keadaan fasiliti kesihatan kita sangat teruk- Aku kehilangan beberapa orang rakan disebabkan virus ni. Ada yang tengah hamil 5 bulan, ada yang anak masih kecil, malah ada pergi sekelip mata tanpa pesan.

Jun- Aku Berjaya set-up IG business aku yang bernama @oh.nuha. Jemputlah follow sebab aku menyediakan custom made kids and adult apparel from premium knit fabrics. Aku sekarang dah tak beli baju kat mall, jahit sendiri je. Nuha laa paling untung. Sebab baju-baju dia kebanyakannya aku jahit (invoiced to her dad, of course) and at the same time jadi bahan promosi IG aku.

Sebaik rentas negeri dibenarkan menjelang Oktober, aku tenang sikit sebab dah boleh balik kampung. Itu pun tak kerap sangat sebab masih mahu menjaga mak abah aku di kampung. Kitaran hidup aku masih tak banyak berubah sehinggalah sesuatu yang istimewa datang pada aku seperti anugerah.

November- Aku buat keputusan untuk pergi menunaikan umrah (yang tertangguh sejak April 2020 kerana lock down). Tarikh yang kami (aku, F, mak dan abah aku) pilih adalah pada bulan Disember. Tak tahulah kenapa sebegitu cepat dan nekad aku buat keputusan. Banyak perkara yang adhoc dalam tempoh kurang sebulan persiapan umrah kami. Aku pun macam tak percaya apa yang aku buat sebab semua orang especially F, parents dan kawan-kawan tahu aku ni seorang yang well planned.
Umrah story aku akan update kat entry lain ya. Tapi just nak bagitahu yang umrah ini adalah benda paling besar dan indah dalam Y2021 aku, Alhamdulillah.

December- Umrah kami. Aku tak tahu nak mula macam mana cerita umrah ni. Sangat complicated yet so important to be documented. Doakan aku update cepat-cepet sebelum aku lemau k!

Balik Dari Umrah, aku Dan F menerima email yang VP rumah kami dah sedia dan akan diserahkan segera. Ya Allah, masa ni aku tak tahu nak cakap apa. Allah bagi rumah pulak lepas balik Umrah. Aku malu Dengan Allah tapi dalam masa yang sama aku bersyukur. Kami dapat semua ni selepas macam-macam ujian yang datang. Aku bukan terus senang. Masa tak ada duit, ramai je yang menjauh- Tapi Allah selalu ada dengan aku.

That's my Y2021 story yang nampak macam tak menarik tapi adalah juga sikit-sikit kenangan indah untuk dikongsi. Insya Allah nanti aku akan tulis lagi in details tentang umrah dan new business aku untuk korang terus support aku.
Readers setia aku mesti tahu yang aku tak pernah reveal muka. Aku just nak korang appreciate sharing aku ni je sebab sometimes aku rasa idea aku betul (walaupun maybe tak tepat) and deserves an appreciation and I strongly believe blogger is the best place for it. Aku tak betah di media lain sebab aku tak suka tengok dan baca komen-komen jelik dan penuh negative condemn orang lain. 

Semoga korang semua terus setia di DDD, aku akan terus menulis.

Dhiya

No comments