Random: Mira Filzah Dah Kahwin
Tuesday, 22 September 2020
Bismillah
Hey what kind of topic is this? Hahahaha!
To be frank, aku bukanlah peminat MF sangat. Aku just suka tengok dia sebab lembut dan manis je. And another reason is dia feminine sampai boleh jadi host Nona.
Bila dia announce dia nak kahwin, aku dengan tiba-tiba rasa nak follow dia ni dengan lebih rapat. Platform apa lagi yang ada kalau bukan IG. Hahaha!
Malam nikah dia, aku ignore F dan Nuha sebab nak tengok live streaming kat YouTube. Esok dan lusanya pulak kan bertandang. Yang tu aku tak mampu nak follow rapat sangat sebab takut F merajuk dengan aku. Yelah. Weekend kut. Frust la kawan tu kalau tak spend masa bersama, alih-alih sibuk dengan MF kahwin macam MF tu adik aku.
Tapi kan, ada few things yang buat aku impress dengan MF ni yang buat aku rasa nak tau je pasal dia.
She's smart and soft.
Orang kata dia buat-buat ayu. Tapi aku rasa tak. Dia memang dibesarkan dengan cara begitu which is great parenting skills by her parents. Adik beradik dia pun bukan biasa-biasa. Semuanya well-educated dan ada kehidupan.
She's humble.
Aku perasan, kesemua 3 majlis perkahwinannya, dia guna servis yang berlainan - Dari event planner, pelamin, baju, make up dan lain-lain lagi. Pada aku she's just want to be fair. Dia tak ambil mana-mana sponsor dan guna duit sendiri untuk majlis dia. Yelah, kalau sponsored - Semua kena ikut cakap sponsor sedangkan tu majlis kita sendiri, sekali seumur hidup. Takkan nak pasrah jadi patung cendana je. She's humble and yet so smart!
Sepadan
I personally think that both of them are meant together. Macam dilahirkan untuk berjodoh berdua. Ya ya jodoh tu memang aturan Tuhan. Tapi aturan yang satu ni aku rasa macam sempurna sangat. Eh entah la. Taksub sangat ke aku ni. Tak tak.
But looking at them, memang betullah sekufu tu penting.
F 'marah' aku:
"Abang ingat orang lelaki je frust MF kahwin. D pun patah hati dan tak boleh move on ka?" Hahahhahahaha!
Bukan macam tu kut. Aku cuma rasa macam...'Bestnya jadi MF'
But this is human.
Selalu tengok apa yang ada di tangan orang lain hingga lupa apa yang ada di genggaman sendiri. But it's okay. It's kind of inspiration too. For me tak salah tengok orang lain supaya lebih bermotivasi untuk jadi lebih baik. Kan?
To MF (dia tak baca pun aih blog aku)...Congratulations and wish you a happy marriage! Aku berazam untuk jadi my very own MF to my family. Thanks husband for always accepting me as who I am.
Dhiya MF
Tiberrrr :p
Blogger New Features
Tuesday, 15 September 2020
Bismillah
Aku baru sedar yang Blogger sekarang dah update dia punya features and button function. Banyak juga penambahbaikan yang dibuat. Bingung jugak aku dibuatnya.
Iyalah, dah la jarang menulis. Sekali menulis, butang nak justify text pun tak jumpa. Belum lagi cerita nak edit image. Hahaha terasa tak pandai nye aku padahal rasanya dah menulis kat Blogger for more that 10 years.
Talking about the edit image kan, aku realize yang butang add caption on image dah tak ada. Tapi diganti dengan add title. Kalau korang write anything on that space, it will become the photo caption. Dan caption ni tak akan appear bawah gambar macam selalu. Tapi it will appear once you click the image masa tengah baca posting.
Tengok gambar di bawah atau baca psoting Colmar Tropicale aku. Posting tu dah apply new features of Blogger.
Menarik kan. Aku rasa aku dah mula suka part ni. It encourages me to put more images and make your posting less wordy. Aku suka aku suka.
Other than that, still exploring. Nampaknya aku kena banyak menulis lagilah untuk tahu lebih banyak new features of Blogger. Hahahahah.
Korang pun jangan la jemu baca write up aku ya. Semoga penulisan aku bermanfaat dan berguna untuk orang lain. Insya Allah.
Jumpa nanti
Dhiya
Review: Colmar Tropicale Bukit Tinggi 2020
Monday, 7 September 2020
Bismillah
This is my 3rd visit to Colmar Tropicale Bukit Tinggi (CT). Sekali masa bujang, kali kedua waktu anniversary perkahwinan Y2017 and recently was during Merdeka last week dan lebih istimewa, kali ni ada Nuha!
Tarikh check-in: 29 Ogos - 30 Ogos (Sabtu - Ahad). Biasanya on long holiday aku dah book hotel sebulan awal. But this time aku tak taulah kenapa aku tak book. Only one night before, F ajak aku jalan-jalan dan dia mention CT. Bila aku buka Booking.com, semua bilik dah sold out. Tapi aku tak putus asa, malam tu bila semua orang dah tidur, aku stay up dan survey kat Traveloka. Alhasil, dapat secure satu one-bedroom suite pada harga 20% lebih mahal. Iyalah, esok nak check-in, malam ni baru terhegeh-hegeh. On peak season pulak tu. Padan muka aku. So moral of the story, kalua nak bercuti kenalah book awal.
Lepas book, aku terus kemas beg dan barang nak bawa esok sebab sure kitorang akan gerak pagi.
Easoknya, while F packing everything in the luggage, aku memasak laju-laju makanan Nuha. Jam 7.30am kami dah keluar. Itu pun dah start jem kat Tol Gombak. Inilah Malaysia. Hahahah! Kami sengaja naik awal sebab nak ke Taman Jepun dulu. But before that, kat enterance kena scan My Sejahtera dan semak suhu serta buat bayaran RM14/pax tau. Kalau korang check-in, that RM14/pax tu akan dipulangkan balik upon check-out.
(p.s: Dulu RM12 je / pax)
Kat Taman Jepun ni tak ada apa pun. Cuma aku suka ambient dia yang redup, hijau dan sejuk. Ada satu kolam ikan cetek yang korang boleh beri makan. Makanan ikan ada dijual di atas sana RM1/pek. Kat sini juga ada khidmat sewa Kimono baju tradisi orang Jepun. So bolehla bergambar dengan pemandangan yang cantik tu.
Habis je pusing Taman Jepun, korang akan tembus kat Botanical Garden. Botanical Garden ni boleh tahan juga luasnya. Kami just play around kat bahagian luar je, tak masuk dalam sangat sebab takut.
Peta Botanical Garden:
Masuk je Botanical Garden, korang akan nampak café and toilet. Kalau rasa nak menjelajah the whole Botanical Garden, pergilah toilet siap-siap ya. And below is the photo taken during my stroll. Pokok dia cantik-cantik, smells fresh and sejuk je. Lagi pulak kebetulan masa tu lepas hujan.
Kami masuk Taman Jepun ni dalam pukul 10pagi, keluar je dari Botanical Garden dah pukul 12 tengahari. Masa kami lepak-lepak kat luar tu, kami tengok orang dah mula makin ramai. Ada yang bawa stroller. Alahai...Nasihat aku, janganlah bawa stroller walau secanggih mana pun stroller korang sebab tak boleh bawa pun naik ke Taman Jepun atau Botanical Garden sebab jalan berbukit bukau dan berbatu-batu. Bawa carrier je dah okay
Turun je kat kereta, OMG ramai gila orang kat bawah. Samada yang menunggu shuttle bas untuk balik ke hotel atau yang baru datang samada naik kereta sendiri atau naik shuttle. Siap ada security lagi yang jaga. Padahal masa kami sampai pagi tu, tak ada orang jaga pun in fact boleh terus dapat petak parking.
So nasihat aku, datang awal okay!
Next destination is Rabbit Land tapi aku frust sangat sebab sejak MCO ni, arnab-arnab dah tak dibenarkan bebas dalam kandang. Mereka dikurung dalam sangkar. So dah tak boleh la nak bagi makan dah. Pity Nuha.
(p.s: Dulu enterance fee ke rabbit land was RM3 tapi sekarang dengan RM14 yang korang dah bayar awal-awal tadi, all are inclusive)
Selesai di rabbit land, it's check-in time! Masa tu dah pukul 1 petang. Aku faham yang check-in time is 3 pm dan kitorang just plan nak jalan-jalan jelah kat area hotel tu. Sekali ya Rabbi ramainya orang! So aku terus try luck tanya receptionist dah boleh check-in ke belum. Luckily our room is ready and yeah! 7301 here we come!
Alhamdulillah dapat top unit, view padang. Kalau view laman hotel, bising yakmat!
Lepas check-in dan solat ni, sebenarnya kitorang bantai tidur sampai pukul 4 petang. Hahaha! Yelah. Kalau keluar ke bawah tu, ramai orang- Buat apa? Bising, sesak dan tak akan dapat view lawa pun nak bergambar. Baik aku tidur dan biar day-visitor yang datang tu balik dulu.
Kami hanya turun main kat bawah tu around 5.30 petang. Orang masih ramai tapi macam dah surut sikit. Kenapa ramai? FYI, CT ni allow orang yang tak payah check-in pun boleh datang sebab mereka ada tarikan lain seperti Botanical Garden dan Taman Jepun. So orang akan datang pagi, balik petang. Kita yang check-in ni dapatlah silent moment around 6 atau 7 petang sebab deorang dah balik. I bet you deorang tak akan berani balik 7-8 malam sebab jalan nak turun ke Highway KLK tu macam ular kena palu, gelap dan curam.
So back to our strolling story, kami jalan-jalan sekitar hotel yang banyak view cantik-cantik. Hotel tu sendiri mempunyai rekaan senibina yang cantik. And then kalau keluar dari pintu gerbang tu, korang boleh bergambar dengan view enterance CT dan pemandangan hutan menghijau yang kadang-kadang ada kabus. Angin petang was so nice. Sejuk dan segar walaupun tak hujan. Tanah tinggi, kan?
Kat kawasan tengah-tengah tu ada banyak restoran dan café untuk korang duduk-duduk dan lepak-lepak sambil makan. But please expect no cheap food in their café okay? Kalau nak murah sikit, ada Seven-Eleven baru bukak (I think so sebab dulu datang tak ada lagi)
So boleh la korang makan sambil duduk kat fountain layan ragam orang.
Tak dilupa, kedai cenderahari pun ada.
Di bawah bridge CT, ada kolam yang menempatkan dua (dulu tiga) ekor swans. Yang hitam tu macam dah mati agaknya. Kat bawah tu juga ada Mini Dinasour RM15 dewasa dan RM12 kanak-kanak kalau tak silap. Tapi kami tak masuk pun sebab macam tak menarik.
We got a chance to have dinner at one of the restaurant. Menu dan price dia macam Kenny Rogers. Masa tu dah nak malam around 7 pm. Orang tak ramai so kami dapat makan dengan aman. Lepas dinner, kami naik untuk solat dan turun balik untuk menikmati view malam pulak. View malam kat sini pun cantik juga sebab they play around with LED.
around 8 pm, ada orang lead Zumba kat fountain tu.. Mula-mula dia dengan geng dia je ( I think they are the CT team) tapi lama-lama eh ramai pulak yang mengikutnya.
Dulu ada performance tarian kat atas pentas yang memang dah tersedia kat tepi 7-11 tapi I think due to COVID, persembahan tu dah tak ada. Bagus juga sebenarnya tak ada sebab dancers dia kemain seksi nak mampus~
On the next day, kami turun breakfast di tingkat bawah, the restaurant next to 7-11. Aku nak puji system breakfast di CT. They are very efficient! Makanan dah siap dihidang dan diletak di kaunter. Guest just datang, ambik makanan dan duduk makan. Cepat kan! So korang tak payah nak bersiar-siar from one station to another station, fikir nak makan apa, terhegeh-hegeh nak ambil makanan and whatsoever. They already provide the food for you. Tahniah! Tahniah! Good job!
It's not easy travelling during peak season and long holiday. Orang ramai. Tapi as long as korang dah secure booking, you're safe. Jangan sekali-sekali mencuba untuk datang menonong konon nak try luck. Memang jawapannya adalah no luck sebab selalunya musim-musim macam ni, bilik hotel fully booked.
Aku sendiri pun last minute book jugak sebab nak secure the room. Tak berani nak datang sondol je.
So this CT is highly recommended sebab dekat je dengan KL. Tak sampai sejam drive pun. Cuma my advice is, bawak la makanan / kudap kudapan sebab makanan kat atas sana agak mahal. Aku masih setia bawa multi cooker sebab ada Nuha kan. Walaupun dia dah boleh makan family food, tapi aku macam dah terbiasa. Paling-paling pun nak juga bawa macaroni dengan telur rebus. Eh mak-mak sangat la aku ni.
Dan yang paling penting, isi minyak siap-siap kat bawah ni sebelum mendaki sebab kat atas sana tak ada petrol pump.
Jangan cakap aku tak warn ya!
So overall:
- Bilik 10/10 puas hati!
- Harga 6/10 mahal sikit sebab book last minute (ok ni memang salah aku) dan it's peak season
- Makan 8/10 breakfast is well arranged. Café and 7-11 are available if you are hungry
Selamat bercuti!
Preparation for Learning Kit Nuha
Friday, 4 September 2020
Bismillah
Nuha is growing and this entry is all about her.
One of my passion now is to develop her skills via Montessori edu-play at home. Senang kata, aku macam buat ala-ala home school dan banyak DIY learning materials untuk dia. Ni aku akan cerita nanti satu-satu apa material yang aku buat untuk dia. Tapi this entry is all about macam mana aku buat persediaan dan mana aku dapat bahan.
1. Materials
Materials are widely available on the web. Kau Google je, semua ada depan mata, tinggal lagi nak pilih. Cuma tips nya adalah gunakan keyword atau kata kunci yang betul. Antara keywords yang boleh digunakan dalam mencari materials pembelajaran untuk anak-anak adalah;-
- DIY baby playing kit
- DIY learning for kids
- Learning materials for preschool
- Printable learning activities toddlers
Ha ni contoh je la. Korang boleh play around dengan keyword tu asalkan berkaitan dan nanti korang akan jumpa macam-macam bahan yang menarik untuk anak-anak.
Website yang menjadi kegemarana aku adalah Pinterest. Tapi Pinterest ni korang kena pandai cari link download dia di sebalik write up entry blog authors yang panjang. Hahahha. But once dah jumpa, memang best men-download.
Tapi kalau korang malas atau tak convenient guna Pinterest, guna jelah Google tu. Jumpa je bahan menarik dan kadang-kadang it will be linked to Pinterest jugak.
2. Printer
Kalau korang memilih untuk buat printable materials, printer adalah device yang wajib ada. Aku tak ada printer tapi aku hantar je kedai. Ala takat 4-5 ringgit, takde hal sangat lah. Tapi kalau berkira sangat, korang kena pilih la material yang betul-betul berguna untuk di print supaya berbaloi dan anak suka main. Jangan dah print, terperam je macam pekasam.
Tips kalau nak print di kedai, carilah kedai-kedai yang dekat dengan kolej atau university. Macam aku kan duduk KL, sanggup je cari kedai print murah. Kalau di kawasan UKM dan UPM, korang boleh ke Flat Ikan Serdang untuk khidmat fotokopi, print dan laminate yang lebih murah. Tak pun, di sekitar KL dan PJ, boleh cari kedai percetakan Bormas yang ada beberapa cawangan.
3. Laminate
Talking about laminating just now, this is the part yang boleh tahan jugaklah mahalnya. Kadang-kadang print RM1 je, tapi laminate dah sampai RM4 untuk saiz A4. Aku sebagai seorang yang cheapskate dan dalam masa yang sama wants things to happen, terfikir satu idea modal rendah, tapi korang masih boleh laminate bahan pembelajaran anak macam kat kedai.
Bahan yang diperlukan:
- Laminating pouch / film. Yang ni je lah korang kena keluar modal pun. Tak mahal. RM20 dapat 100 keping pouch.Kalau nak beli, beli yang 100 micron dan ke atas. Laminating pouch ni ada je dijual di mana-mana kedai alat tulis. Confirm ada.
- Iron (seterika baju yang jenis gosok ya)
- Kain batik
Cara-cara:
- Print material atas kertas A4
- Masukkan material tu ke dalam laminating pouch. Letak elok-elok jangan senget benget.
- Lipat dua kain batik. Ratakan elok-elok supaya hilang kedut
- Masukkan laminating pouch yang ada material korang tadi di celah kain batik yang dah dilipat dua tadi
- Iron permukaan kain batik yang ada laminating pouch di bawahnya tu
- Mulakan menggosok dari penjuru atau tepi supaya boleh keluarkan angin yang terperangkap di dalam laminating pouch tu
- Perlahan-lahan laminating pouch tu sedang mengeras. Tapi awas jangan pegang direct sebab panas
- Sambil iron tu sambal boleh tengok kot ada kawasan yang tak melekat. Just put some heat and pressure there supaya plastic laminate tu melekat elok
- Kalau dah puas hati, keluarkan dari kain batik dan biarkan sejuk
-Taraaaa siap!
* Kenapa aku guna kain batik? Sebab kain batik tebal kalua nak dibanding dengan fabrik lain macam shawl ke apa. Kalau diseterika pun, kebarangkalian untuk hangus tu macam kurang.
4. Others
Nak buat learning kit anak-anak ni kena kreatif. So tempat kegemaran aku untuk dapatkan bahan-bahan lain untuk materials pembelajaran anak adalah kedai Eco (Kedai RM2.10) dan juga MR. DIY. Aku kalau masuk dua kedai ni memang lupa pintu keluar.
Tak cukup dengan keperluan Nuha, aku bawak sekali sudu garpu periuk yang macam tak cukup-cukup di rumah tu.
Mak-mak begitulah~
5. Kesungguhan
Kita nak anak kita belajar, kita kena sediakan medannya. So kesungguhan tu kena ada. Rumah aku memang dah macam rupa tadika. Poster ABC, numbers and animal di dinding dan buku-buku sebakul. Itu belum mainan lagi.
Kita sebagai parents kena ada kesungguhan dalam menyediakan bahan belajar dan mengajar mereka. Apart from that, kena sabar banyak banyak dan selalu berlapang dada kalau anak buat sepah. Hhahahahah!
* And this is one of the reason aku dah tak terima tetamu last minute sekarang. Rumah aku tak lawa. Tak ada ID macam rumah korang. Rumah aku penuh mainan, buku dan poster Nuah yang kadang-kadang bersepah kalau dia tengah bermain.
Kalau cakap kasarnya, aku tak nak orang luar dating rumah aku sebab di dalamnya ada anak yang sedang bermain untuk membesar.
Insya Allah in the future aku akan kongsikan few materials yang aku buat untuk Nuha. Benda simple je. Korang boleh buat better dari aku. Tapi tulah, aku just bagi idea je. Huhu
Pen Off now,
Dhiya
Subscribe to:
Posts (Atom)