Working


Bismillah

Sebenarnya aku dah masuk ofis 12 May lepas Nuzul Quran haritu. Tapi sebab pengasuh Nuha masih tak bersedia untuk buka perkhidmatan, aku dan suami setuju untuk dia cover Nuha di rumah sementara aku masuk kerja minggu 12 May tu dan dalam masa yang sama cuba apply WFH untuk minggu yang berikutnya. Alhamdulilah permohonan aku disokong. Aku bekerja dari rumah sampai 29 May 2020.

To be honest, WFH is thing yang aku nak sangat dari dulu. Tapi setelah hampir 3 bulan WFH dengan urusan keluarga di sisi (termasuk anak dan house chores), aku akui yang aku tak kuat untuk selamanya kekal begitu. Aku perlu masa sendiri, keluar ambil angin dan bercakap dengan orang for the sake of my mental health.
Memanglah kalut; bangun pukul 4.50 pagi setiap hari untuk sediakan makanan anak ke pengasuh. Tapi aku rasa emosi aku lebih stabil dan focus bila berada di pejabat. Di rumah, aku 'penat' dalam banyak perkara: mental, fizikal, emosi ahhhhhhhh.

Tapi peluang WFH hari tu bukanlah negatif semuanya. Satu sisi positif yang aku sangat sangat sayang moment tu adalah moment kebersamaan kami 3 beranak. Aku boleh tengok F dan Nuha depan mata. Kami berjemaah dalam kebanyakan urusan dan paling penting aku boleh serve them and unite as a family. 

Aku memang respect lah WFH mom yang buat freelance ke, yang buat business online ke, atau apa saja kerja di rumah dengan komitmen keluarga lagi- 
Orang tak nampak struggle kita. Orang hanya nampak luaran kita - Mata panda, baju selekeh macam makcik-makcik sebab tak sempat bersiap nak jadi hijabista and orang just simply judge you based on that. Unfair ya memang. Kejam sebab penilaian orang tak menyeluruh. Tapi apa-apa pun, kongsilah struggle tu bersama pasangan. Biar orang luar tak tahu derita bahagia kita asalkan kita suami isteri saling memahami dan rukun menjalani kehidupan berumahtangga.

Emotional health must be a concern. Internal health will reflect your physical appearance. Bagi aku, kesihatan emosi aku adalah work-life-balance. Ya aku sedar tempat aku adalah di pejabat. Tak mampu 100% WFH demi kesihatan emosi. I have to accept this. Aku hanya akan berada di rumah bila F betul-betul kaya sampai tak tahu nak buat apa dengan duit yang dia ada (Hhahahah!)
So on this 1 June 2020, I am back to the office. Berebut di jalana raya, berebut lif, mengejar masa untuk thumb print and what not. Tak apalah. Rezeki aku memang begini dan aku gembira. Weekend kan ada untuk kita semua saling bermanja :)

To F and Nuha, thanks for the opportunity. MCO tu sekali dalam seumur hidup je dan kita dah buat yang terbaik untuk utilize moment tu. Let's back on track and regrow to become stronger!

Dhiya

2 comments

  1. kami start keje 5May. Kami memang suka kalau dapat WFH bukan sebab takdeanak kacau, tapi sebab office jauh. so boleh jimat masa/minyak/tol/tenaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ofis saya pun considered jauh. balik makan masa. sampai rumah dah lemau. kesian anak nak perhatian kdg tu.

      Delete