This Week

Bismillah

Lately aku sangat sibuk. Orang cakap "Amende wei hujung tahun pun sibuk. Betul ke sibuk?" Hah. Aku maafkan orang yang ada pemikiran macam tu. Aku anggap dia pegawai tinggi yang duduk atas kerusi empuk dalam bilik air-conded sambil tengok YouTube je~
Our first CM will be on January 2020. So aku sangat sibuk untuk confirmkan venue dan agenda. Now boleh ambil nafas sikit sebab baru je secure venue. Next, kena buat payment dan work closely untuk agenda, materials dan aktiviti. Bunyi macam senang kacang, tapi since CM ni adalah KPI aku, aku kena buat elok-elok supaya during appraisal, aku boleh cakap yang CM is one of my top pitch of the year.

Insya Allah weekend ni kami akan bercuti. Mak abah dan Biha pun dah ada di rumah aku sejak semalam. Nuha pulak aku cutikan dari ke rumah pengasuh sebabMak cakap, kesian pagi-pagi dah diangkat ke pengasuh. Lagipun kalau dia taka ada, kami sunyilah~
'Biar je kat rumah ni. Mak boleh jaga. Hang siapkan je makanan dia' 
Bila aku text Biha, tanya Nuha buat apa- Main je kerjanya sampai tak tidur. Untuk rekod, semalam (Isnin) she only took her nap at 12.40 pm and woke up at 4.30 pm. Pukul 5 pm baru lunch.
Ya Rabbi~
Takpelah Nuha, at least you are at home in a good hand too :)

Minggu ni memang aku relaks sikit Alhamdulillah. Since mak di rumah dan aku tak kalut nak pack makanan Nuha ke rumah pengasuh, aku macam agak tenang. It's good to have mak and abah and also Biha at home, even for only one week. Those yang memang duduk dengan parents, balik kerja dah ada makanan terhidang- Kalau tak bersyukur lagi, memang taktau nak kata apalah~ 
Semoga Allah panjangkan umur mak dan abah dan nanti boleh duduk di rumah baru kami. Amin :)

Real food Nuha masih on, cuma aku jarang ambil gambar dan buat entri. Busy tau! Tak sempat nak fikir benda-benda remeh. Lepas CM nanti Insya Allah aku free sikit, aku tulis entri makanan Nuha, ok! Btw, she's 18 mo now. Memang banyak sangat akalnya. Aku pun jenuh perah akal nak grow her talent and skills yang aku nampak ada dalam diri dia.  Real parenting is on board, D!

Esok aku ada meeting 2 hari di Hilton. Meeting hujung tahun untuk set target awal tahun. Takut oi, tapi dalam kepala otak aku nampak lunch buffet Hilton, hati jadi riang. Eh lantaklah orang nak cakap aku dating for food pun. Bos aku tahu the struggle that I've faced throughout the year and she know I deserve for this reward. Hahahah!

Lots of thing to share. Jangan bimbang, aku akan susun elok-elok dan buat entri untuk korang baca. Aku rindu untuk menulis secara teratur dan berjadual. Tapi tulah, aku bukan fulltime blogger. Jadi tak boleh nak menghadap blog selalu.
Doakan aku jadi pekerja, blogger, amak, isteri yang berjaya di dunia dan di akhirat, memberi manfaat kepada orang ramai dan nilai tambah yang memotivasikan orang lain. Amin.

I'll be back in no time!
Dhiya :)

2 comments

  1. releks. amik masa yg sesuai :)
    sama la kita.
    masih x dpt nak blogging secara teratur.
    azam tu ada. tak tertunai aje :)

    ReplyDelete