Bismillah
Ini mungkin jadi entri yang panjang (bergantung kepada mood saya) dan kuantiti gambar yang banyak dan menarik yang terasa hendak ditayang semuanya :~
Cuti kali ini kami buat banyak benda. Selain bercuti berdua, kami lajak ke Taiping dulu bersama emak dan abah yang datang dari Pahang lebih awal kerana ada kenduri. Sejak menjalani pembedahan bypass, abah tak balik ke kampung melawat tok. Nak beri 'lesen' memandu sendiri, masih belum percaya sangat sebab jauh. Jadi inilah peluang untuk kami raikan mereka berdua sambil jalan-jalan makan angin.
30 Jan 2016
Kami (ada mak dan abah sekali) ke rumah Along di Bukit Merah Taiping sempena majlis pernikahan sepupu saya di Parit Buntar. Singgah di Ipoh sebab signal kereta suami saya tiba-tiba tak berfungsi pula. Bahaya kalau tak dibaiki. 'Berkat' bawa mak dan abah agaknya, mudah saja kami mendapatkan kedai yang boleh menukar relay signal ni.
Sebelum sampai, kami makan tengahari di Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Sedikit kecewa sebab harganya sudah naik. Dulu RM9++ sekarang dah jadi belas-belas. Itu yang biasa. Malas nak sebut yang special. :(
Sampai di rumah Along, kami berehat sebentar. Petangnya kami ke Masjid Parit Buntar untuk majlis akad nikah. Makan-makan ala kadar, kami ke Pasar Kemboja dan kemudian minum-minum sambil makan kerang bakar di Kuala Gula.
Balik rumah Along- Semua tumbang kepenatan!
31 Jan 2016
Sarapan nasi lemak 60 sen di rumah Along. Kemudian kami ke tasik berdekatan dengan Bukit Merah sekejap. Berdating-dating katanya sambil menunggu matahari terbit. Pemandangan di situ cantik sebab ada tasik dan ada laluan ETS merentas tasik tu.
9 pagi, kami bersiap dan terus ke Dewan Seri Kerian untuk majlis kenduri. Jadi adik beradik ni tak lain tak bukan adalah menunggu saudara mara. Saya sendiri pun bukanlah kenal sangat atok-nenek sedara di Perak ni sebab saya banyak membesar di Pahang dan keluarga sebelah tok dan tok wan sangat besar. Jadi kami duduk sebelah emak dan abah dan mereka akan kenalkan kepada kami.
Jam 3 petang, kami bertolak ke Lumut untuk misi bulan madu. Itu pun dah lewat sebenarnya. Takut juga kalau reservation kami dibatalkan. Tapi saya sudah call dan maklumkan late check-in kami.
Dalam perjalanan, kami ligat bersembang. Sedar-sedar saja, kami sudah terlajak hingga ke Kuala Kangsar! Uwaaaaa! Patah balik dengan penuh macho dan sebaik sampai di Lumut, sesat pula. Ya Rabbi. Badan penat, mata mengantuk---Sesat pula! Memang kesian sambil gelakkan diri sendiri.
Sebaik dapat bilik, sedang elok masuk waktu Maghrib dan terus tersadai kepenatan.
1 Feb 2016
Seharian di Pulau Pangkor
Sewa motor RM30 dan berpusing-pusinglah kami di pulau itu di hari biasa.
Pulau tu sudah jadi macam pulau kami sendiri sebab tak ramai orang. Nak ambil gambar pun senang bahagia. Weeeehu! Sungguh tak ada siapa yang heran dengan ke-loq-laq-an kami hari tu.
2 Feb 2016
Di hotel saja. Kami turun ke private beach hotel sambil bergambar. Upacara wajib sebelum check-out adalah terjun ke dalam swimming pool sampai lebam. Tambah pula orang tak ramai, jadi bukan main seronoklah kami berkepak dalam kolam hotel tu macam budak-budak.
(Review penuh tentang percutian di Swiss Garden Lumut ni akan saya tulis dalam masa terdekat. Sabar, ya)
Cukup jam, kami pun meninggalkan hotel dengan penuh sayu. Tunggu bajet bulan depan pula supaya dapat berjalan-jalan macam ni lagi.
Sampai di rumah sebaik azan Isyak. Mana tidaknya. Kami lalu ikut jalan lama dan menyinggah banyak tempat termasuklah makan mentarang dan pasar malam di Shah Alam. Sampai rumah- Mandi- Tolak luggage ke tepi- Tidur. Penat hohoi!
Wrap-up cerita bercuti ke Perak. Semoga ada rezeki lagi :)
Dhiya