Bismillah
Ever since giving birth to Nuha, sejujurnya aku dah lupa macam mana gaya hidup aku masa berdua dulu. Hidup aku sekarang sentiasa penuh dengan agenda dan masa rehat aku hanyalah masa tidur aku. Tak. Aku tak merungut. Aku enjoy dengan apa yang aku ada sekarang. Tipu lah kalau tak penat kan, tapi aku cuba positifkan diri dan enjoy dengan apa yang aku buat.
Bangun Pagi
Aku bangun seawal 4.30 pagi. Paling lewat, aku kena bangun 5 pagi just untuk pam susu. 5.30 pagi aku dah kena mandi. Ini ideal condition tau. Kalau tak ideal bila Nuha join bangun sekali samada menangis atau bangun dengan ceria sambil bergelak ketawa di pagi hari. Lagi tak ideal kalau kadang-kadang aku terlajak tidur dan hanya terbangun pukul 6 pagi atau waktu azan Subuh berkumandang. Memang nangehhhhhhh!
Selalunya lepas solat Subuh, aku akan sibuk di dapur, pek makanan dan susu Nuha. Semua benda kena ready to go by 6.55 pagi. FYI, makanan Nuha aku sediakan malam, selang sehari. Aku memang tak ambil risiko nak sediakan pagi-pagi. Takut kelam kabut. Yeaa I'm not a good mother because I don't cook everyday. Tapi aku beri real food pada anak aku. Nestum ke cereal ke tak pernah masuk dalam rumah ni.
7 pagi dah kena gerak ke rumah Mama. Haritu masa dalam perjalanan ke rumah mama, tayar kereta pecah dan drag the whole story of the day. Aku bagitahu HR yang aku mungkin lambat tapi rupanya being nice to them didn't give you any good things pun. HR cari pasal dengan aku dengan tolak half day pagi aku padahal aku managed to arrive office before 10 in the morning.
Maknanya pagi aku kena flawless. Kalau ada unforeseen circumstances macam ni lah yang buat hari aku 'musnah'. Hahahahha! Tapi so far oklah. Kereta problem tu baru sekali tu jadi.
At work
Aku bekerja sebagai seorang executive di sebuah syarikat farmaseutikal. Nature of work aku adalah 90% di pejabat, 10% aku keluar. It's a bless! Being in the office, aku boleh pam susu 3 kali di pejabat. Ini pun ada yang cakap curi waktu kerja (bukan team aku yang cakap, department lain yang cakap). Hello aku pakai BP dengan handsfree okayhhh! Aku invest teruk supaya aku dapat yang terbaik dalam karier dan tanggungjawab aku sebagai seorang ibu. Aku boleh menaip, berjalan dan attend meeting sambil pam. Cuma aku akan tumpang stor untuk urus susu dan simpan dalam fridge. Itu pun tak sampai 10 minit.
Balik pukul 5 petang, aku sempat pam sekali lagi di stesen LRT sementara menunggu suami aku ambil aku dan seterusnya ambil si kenit. Again, this is the default ideal routine kami. Kadang-kadang suami aku balik lambat sebab ada kerja atau dia outstation, things will change a bit. Tapi Nuha akan balik ke tangan kami paling lambat pukul 6 petang.
Sebak sebenarnya mengenangkan pengorbanan Nuha ni. Aku congak-congak, masa dia lebih banyak dengan Mama daripada masa dengan aku. Dengan aku waktu malam je. Itupun most of the time is her sleeping time. Around pukul 8-9 malam macam tu je lah masa dia nak main dan bermanja dengan kami. Tapi time tu jugalah kami nak dinner dan kadang-kadang aku sibuk di dapur untuk sediakan makanan dia untuk esoknya.
Nuha, if one fine day you read this, please know that we love you so much. Ummi kena kerja sebab nak tolong babah. Ummi ada hutang MARA sikit lagi nak habis. Hutang PTPTipu ummi dah bayar lump sum last year. So dah senang hati sikit. Babah kena kerja sebab dia nak sediakan keperluan keluarga kita. He's really a good man sebab dia selalu fikir kita, bukan dia seorang. Nuha doa, nanti kalau babah ada career improvement and our life is getting better, ummi akan resign dan jadi WAHM supaya Nuha akan sentiasa ada depan mata ummi. Ini memang cita-cita ummi dan babah pun tahu.
At Night
Kalau beli makanan, selalunya kami siap makan dalam pukul 8 malam. Lepastu dapatlah bergumpal dengan anak. Kalau suami aku cakap dia nak memasak, selalunya dalam 8.30 malam baru makan. Yup, my husband cook for the family. Itu pun kalau kami sampai rumah awal let's say around 6.00 petang. Aku akan urus kain baju, kemas rumah, suap Nuha makan dan lain-lain tugas selain memasak. Selalunya slot suami aku memasak tak boleh bertembung dengan hari yang aku nak guna dapur untuk masak makanan Nuha. Jemmmmm.
Kain baju Nuha, pakaian kerja kami, beg pam susu aku mesti siap sedia malam. Kalau esok pagi baru nak iron baju, baru nak masak makanan Nuha, baru nak buat semua benda, heh- Memang tak sempat.
9.30 is Nuha's bedtime. Sementara nak main geletek-geletek, panjat-panjat, bersilat bergumpal, dalam pukul 10 malam jugaklah dia tidur. Itu pun kalau on time. Kalau dia terlebih bateri, lambat jugak dia tidur tapi masih sebelum pukul 12 malam lah.
Tengah malam kadang-kadang dia terjaga. Kadang-kadang menangis, kadang-kadang tersengih gelak ajak main, kadang-kadang sleep through the night. Tapi aku memang tak berkompromi la bab bangun malam ni. Aku akan pastikan dia tidur balik dengan apa cara sekali pun dan cara yang paling sesuai adalah bagi susah lah. Hahahahah!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
An the cycle goes round everyday except during weekend. Heh. Tanpa disedari, I've been doing this for 9 months and I'm very proud of myself. Aku sangat-sangat berterima kasih dengan suami aku yang sangat helpful even kadang-kadang kena guide satu-satu. Hahah. Don't worry, aku faham yang kadang-kadang spesies lelaki memang macam tu dan aku okay.
Aku ni jenis kalau nak minta tolong, aku cakap direct tolong buat apa-apa. Aku bukan sejenis perempuan yang expect lelaki faham semua dan bila lelaki tu tak fulfil your expectation, aku hempas-hempas barang. Kalau tak ada bantuan dari suami aku, aku memang tak menang tangan nak handle keluarga.
Still, aku bukanlah seorang ibu yang sempurna. Aku pun manusia yang ada rasa penat, down dan kadang-kadang mood swing. To make myself happy, selalunya aku akan fikir benda-benda yang buat aku happy. This is what I call positive visualization. Aku bayangkan benda yang best-best je dalam fikiran aku. Contoh, di saat kau sedang berkitai di dapur memasak, cuba bayangkan yang kejap lagi kau nak keluar dan pergi Mr. DIY dan beli barang bakery yang comel-comel kat sana. Happy, kan?
Being a mom is not easy, but enjoy it. Alhamdulillah I really enjoy it!
Didoakan juga semua ibu di dunia ini gembira, senang hati dan sentiasa tersenyum dan semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.
Dhiya
A mom
No comments