I Really Need a Vacation and How About Bangkok?


Menguap je kerja nya

Aku taknak makan
Aku taknak shopping
Aku taknak tengok movie

Aku nak bercuti.
Menggigil je post bercuti lalu lalang di FB aku.

Terbaru, aku macam jatuh cinta dengan Bangkok. Yeaa Bangkok. Ni akibat baca banyak sangat travelog orang sampai jatuh cinta dan terus rasa nak pujuk suami aku untuk book tiket dan hotel.
Bangkok ni salah satu destinasi yang boleh korang datang untuk bercuti kat Thailand selain dari Krabi, Koh Samui, Hatyai dan Phuket. So kali ni aku nak share dengan korang apa yang korang boleh buat kat ibu negara Thailand ni. Ada banyak tempat bersejarah yang ada kat Bangkok ni.
Tapi tapi tapi, sebelum apa-apa, pastikanlah cari hotel siap-siap. Aku ni memang sejenis manusia yang well-planned. Kalau kata nak travel bulan March, hujung bulan 12 haritu aku dah secure bilik hotel lagi-lagi kalau nak travel jauh atau luar negara. Jadi, korang kena buat Bangkok hotel booking dulu sebelum pergi. Kalau tak, kau menangis je lah tepi pintu lobi.
Kat Bangkok, Grand Palace adalah lokasi bersejarah yang wajib korang singgahi walau sepadat mana pun waktu korang di sini. Istana yang dibina pada tahun 1782 ini pernah digunakan sebagai tempat tinggal keluarga diraja. Berkeluasan sekitar 214,000 kaki persegi, untuk melihat kesemua pelusuk kawasan istana ini mengambil masa lebih daripada satu jam. Bukan mudah nak dapat mendekati ruang istana kan? Alang-alang dah dapat masuk tu, teroka habis-habisan ya?
Sumber: Pinterest
Majoriti penduduk Thailand menganut agama Buddha, jadi tak hairanlah kalau kat Thailand ini kaya dengan tokong-tokong dan lokasi patung Buddha. Yang menariknya tentang tempat-tempat macam ni adalah kerana usianya yang kadangkala boleh mencecah ratusan tahun, dengan keadaan yang masih well conserved. Salah satu tokong Buddha klasik ini adalah Wat Pho ataupun Tokong Buddha Berbaring. Kalau nak dibezakan dengan umur tokong yang lain, Wat Pho adalah yang paling tua di Bangkok. Tokong yang dibina oleh King Rama I ini juga merupakan universiti Thailand yang pertama di mana sesiapa yang nak belajar teknik urutan dan rawatan terapi yang lain boleh attend kelas-kelas yang diadakan kat sini. (Oh patutlah orang Thai pandai mengurut. Ada kelas rupanya)

Sathorn Unique Tower ini diberikan nama begitu kerana kondisi menara ini yang terbengkalai setelah 80 peratus siap akibat krisis ekonomi yang melanda Asia pada tahun 1997. Menara berketinggian 49 tingkat ini telah dibina di tengah-tengah bandaraya Bangkok. Bagi pelancong yang berjiwa ekstrem dan ingin menikmati pemandangan yang memuaskan pandangan mata sekitar Bangkok, tak salah untuk korang cuba menawan bangunan tinggi ini. Namun begitu korang perlu membayar beberapa Baht terlebih dahulu kepada pengawal yang menjaga menara ini. Aku? Memang tak teringin lah nak ke tempat tinggi ni. Gayat wehhh!
Terletak berdekatan dengan banyak tarikan menarik kat Bangkok seperti Wat Pho, Wat Phra dan Grand Palace, Khao San Road pula dikatakan sebagai pusat berkumpulnya ramai kaki backpackers kat Thailand. Kat sinilah korang dapat jumpa ramai orang yang berjiwa traveler terutamanya dalam golongan mat-mat saleh. Antara yang terdapat kat sini adalah kafe, hotel bajet, kedai-kedai buku dan banyak lagi. Kat sini jugalah mungkin kau boleh jumpa jodoh kau. Eh~
Wat Arun ataupun digelar Temple of the Dawn ini telah wujud sejak zaman peperangan antara Siam dan Burma lagi. Dalam peperangan ini Siam telah dikalahkan, namun begitu mereka yang tidak gugur dalam peperangan menentang Burma termasuklah general angkatan perang, General Taksin, telah membina tokong ini. Kat sinilah juga raja Thailand kemudiannya mula membina istana. Tokong yang  berketinggian sekitar 79 meter ini terletak bersebalahan dengan Sungai Chao Phraya. Waktu yang paling menarik untuk melawati Wat Arun adalah sewaktu sebelum matahari terbenam kerana korang akan disajikan dengan pemandangan yang menakjubkan matahari terbenam kat sebalik Sungai Chao Phraya.
Sumber: Google
Pada sekitar tahun 1950-an, East Asiatic Company telah membeli sebidang tanah kat sekitar sebuah tokong. Salah satu daripada perjanjian pembelian tersebut adalah untuk membuang sebuah patung Buddha yang dibuat daripada plaster yang terletak di tanah ini. Namun begitu, ketika patung ini cuba diangkat menggunakan kren, kabelnya putus kerana beratan patung ini yang agak luar biasa. Kerja-kerja pembuangan patung ini pun dibiarkan semalaman. Dikatakan pada waktu itu musim hujan sedang melanda Thailand, esok paginya, beberapa orang sami telah melalui kawasan patung Buddha ini dan terlihat kilauan cahaya daripada lapisan plaster patung ini. Lapisan ini kemudiannya dibuang mendedahkan sebuah patung Buddha yang berketinggian 3.5 m yang diperbuat daripada 5.5 ton emas asli, inilah dia Wat Traimit, sebuah tokong dengan patung Buddha emas yang tidak diketahui asal-usulnya walaupun setelah banyak kajian dilakukan. Sisa-sisa plaster patung ini juga turut dipamerkan di sini.
Banyak lagi sebenarnya cerita Bangkok ni… Tapi cerita je mana best. Memang kena pergi sana~ Kalau korang ada plan ke sini nanti aku nak try book Baiyoke Sky Hotel online sebab hotel ni salah satu hotel yang selesa sesuai dengan budget aku (personally) dan senang nak pergi ke mana mana. Lagipun aku kena consider Nuha dalam setiap langkah perjalanan aku. Sekarang ni dah tak boleh book hotel cabuk-cabuk. Kena yang proper sebab aku nak Nuha selesa. Aku tengok-tengok gambar hotel ni pun...Hm...Boleh tahan. Kau tunggu situ nanti aku datang!
Tunggu tau!
Dhiya

No comments