Aku yakin, apa pun nukilan aku dalam entri ini- Ianya adalah kisah sebuah persahabatan. Kahwin is kahwin. Kawan is kawan. Kau tak boleh kahwin dengan kawan (sama jantina). Tapi kahwin dan kawan matlamatnya sama- Selama-lamanya. Forever kata orang Jawa. Titik.
The moment kau rasa kau perlukan seseorang (atau beberapa orang lain) selain keluarga, kau tak akan cari kakak jual ikan kat pasar, kau tak akan tahan baya jual roti atau kau tak sanggup nak pergi sandar bahu dekat mak cik tukang cuci kat pejabat. Tapi kau akan sanggup cari kawan baik kau walau dia jauh beribu batu terpisah.
Saat aku dapat tarikh untuk majlis kahwin, antara perkara pertama yang aku fikir sampai nak pecah kepala adalah siapa akan jadi pengapit aku. Siapa lagi kalau bukan kawan.
Apabila aku dah lock session dengan bridal, pakej aku ada sekali make-up saja iaitu untuk bersanding. Jadi aku fikir aku kena cari orang untuk tolong aku make-up nikah. Siapa lagi bukan kawan.
Aku antara yang 'bongsu' di kalangan kawan-kawan dalam bab nikah kahwin ni. Yan sudah ada beg tangan kulit warna biru, namanya Iman Ultraman. Dayah pula dapat beg tangan kulit warna pink, namanya Aisyah. Olin, walau tak ada beg tangan, tapi dia mengusung backpack hampir setiap hujung minggu. Aku tak boleh ambil hati dengan keadaan mereka, sebab kalau aku kat tempat mereka pun- Aku pun tersepit dengan keadaan.
Pengapit; aku sudah cop Nabil nun jauh di Pulau Pinang sebaik selepas bertunang lagi. Masa tu dia tengah tunggang terbalik siapkan tesis. Aku pun separuh nyawa di makmal solar sambil tulis tesis. Walaupun aku tahu dia ada 'beg tangan berjenama komitment', tapi aku 'pegang' juga dia kemas-kemas. Apatah lagi kami pun dah lama tak jumpa. Selain minta tolong jadi pengapit, hajat peribadi aku adalah untuk menemukan dia dengan Iqa, sebab kami kawan yang dah lama tak jumpa.
Ok berbalik kepada isu make-up nikah. Aku dengan rendah hati telah minta Iqa dan Nabil yang 'kerjakan' aku malam nikah tu. Iqa ni pun ada beg tangan kulit (baca: anak) juga, tapi aku sengaja buat pekak tuli. Hahaha!
Aku bukan ambil kesempatan terhadap kawan. Aku cuma nak yang sederhana. Kalau boleh aku tak nak pun make-up bagai sebab aku bukan orang yang macam tu.
Iqa dan Nabil pun- The moment aku minta tolong tu, aku rasa mereka suka sangat sebab dapat praktiskan kemahiran dan bakat terpendam kat muka aku ni.
Majlis nikah bermula jam 9 malam. Iqa sampai sedang elok azan Maghrib berkumandang. Nabil memang sudah berada di rumah aku sehari sebelum majlis lagi. Sampai-sampai je- Peluk cium ala kadar- Terus solat.
Sebaik solat, mereka berdua dengan rakusnya 'mengerjakan' muka aku. Kenapa aku percaya sangat dengan dua orang ni? Satu- Sebab mereka kawan aku. Dua- sebab aku tau mereka boleh dalam bab ni. Dalam pada percaya pun, ada juga yang aku tepis tangan-tangan mereka ni sebab aku memang tak betah mengenakan apa-apa di muka sebelum ini. Jadi haruslah aku rasa janggal dan pelik dengan muka sendiri. Memang jenuh juga kami 'bersilat' sebab mereka betul-betul buat muka aku macam kanvas untuk Upin dan Ipin conteng guna krayon :P
Make-up nya tak lama pun. Tapi hasilnya memuaskan dan aku gembira dengan muka aku.Halahaiii tebal-tebal pun sekejap lagi aku menangis luntur juga make-up tuuuuuu~
Majlis nikah diadakan di rumah abah dan berjalan dengan baik. Cerita majlis nikah ni, eloklah aku buka satu entri khas yang lain sebab emosinya agak berbeza. Aku tak nak tulis dalam entri ini sebab entri ini adalah tribute untuk sahabat-sahabat aku.

Make-up nya tak lama pun. Tapi hasilnya memuaskan dan aku gembira dengan muka aku.
Majlis nikah diadakan di rumah abah dan berjalan dengan baik. Cerita majlis nikah ni, eloklah aku buka satu entri khas yang lain sebab emosinya agak berbeza. Aku tak nak tulis dalam entri ini sebab entri ini adalah tribute untuk sahabat-sahabat aku.
***************************
Panjang korang baca, mesti tertanya-tanya- Siapa Iqa dan Nabil ni? Siapa Nabil dan Iqa ni?
Korang nak cerita versi panjang keeeeeee, versi pendek?
Dipendekkan cerita, kami memulakan persahabatan semasa di PASUM. Bukan pejabat pas. Yang peliknya, kami bukanlah satu kelas. Kalau tanya macam mana boleh rapat- Wallahi aku tak ada jawapan. Kalau dikenang dalam-dalam, jawapan terbaik ada dalam air mata kami. Mungkin inilah yang dikatakan bersahabat Lillahi Ta'ala. Benda ni macam magic yang Allah hadiahkan kepada kami masing-masing supaya bersemangat membawa diri di tempat orang dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.
Kami pernah terpisah jauh dalam perjuangan masing-masing. Ada yang merantau ke Sabah, ada yang hampir 10 tahun di Utara, ada juga yang jadi 'mandom' sebab mendalami ilmu perubatan. Tapi setelah 10 tahun, kami berjumpa balik dengan pencapaian peribadi masing-masing. Alhamdulillah kami menjadi 'manusia'. Mungkin juga berkat siput babi dan spageti stokin. Mungkin laaa kan~
Objektif utama entri ini adalah untuk aku cakap yang aku guna kawan sendiri untuk make-up kan muka aku untuk majlis nikah yang hanya beberapa jam tu. Maaflah kalau dah tersasar jauh. Saka menulis tengah merasuk, begitulah...
Banyak pro & cons atas pilihan yang aku buat ni.
Baiknya
1. Aku dapat buat penjimatan. Tak payah hire orang dan bayar harga pro. Kawan-kawan aku punya hasil pun aku dah puji. Majlis nikah je pun...Belum bersanding lagi. Kata cheapskate~ (Ni pendapat aku laa)
2. Aku ada kawan di sisi aku
3. Aku selesa dengan adanya kawan-kawan
4. Aku rasa selamat dengan mereka (Rujuk #3)
5. Aku tak gemuruh atau gelabah sangat (Rujuk #4)
Yang tak baiknya
1. Tak bagus untuk orang yang high taste.
2. Mungkin korang rasa tak yakin dengan penampilan pada majlis nikah korang
3. Aku tak boleh fikir
4. Aku tak nampak apa yang tak baiknya minta khidmat kawan baik sendiri untuk make up kan kau
5. Rujuk #3 dan #4
*Tips
a) 'Pegang' kawan baik kau kemas-kemas- Samada dia akan jadi pengapit, jadi dayang, jadi tukang solek atau gadis dulang. Haa..masa inilah baru kau tahu apa gunanya kawan. Bagi mereka yang selalu jadi 'najis' dalam persahabatan, tak kasar kalau aku cakap masa ni lah kau tak ada kawan. Maaf cakap.
b) Communicate dengan kawan tu dari masa ke masa supaya dia tak rasa lost
c) Pastikan kawan tu tahu itinerary majlis. Kalau dia tukang solek, kau bagilah idea-idea make up yang kau berkenan. Kalau tidak, nanti kalau dia make up lain- Kau sentap pulak. Lepas tu merajuk putus kawan.
d) Kelengkapan make up- Bincang dengan kawan tu samada guna seadanya apa yang kau dan dia dah ada, atau kau yang kena sediakan, atau apa-apa sajalah. Jangan nanti kau expect dia ada semua, dan dia pun expect kau siapkan semua. Sampai masa, apa pun tak ada. Pakai lip balm je lah~
e) Mintak tolong pun memang la mintak tolong. Kau selit la sikit bayaran atau apa-apa penghargaan untuk mereka.
Memandangkan polisi DDD tidak berkongsi wajah penulis, jadi aku tak dapatlah kepilkan hasil solekan mereka berdua ke atas wajah aku pada malam majlis nikah tu. Tapi apa yang aku boleh cakap, aku rasa sangat jelita. Ehm...
Iqa dan Nabil, terima kasih seinfinitinya sebab sanggup susah payah ada dengan aku pada saat-saat tu. Terima kasih untuk setiap inci keberadaan kalian. Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi lah. Yang pasti, aku sanggup tukar tune kata ganti nama 'saya' kepada 'aku' sebab nak feeling habis sampai basah bantal aku dengan air mata.

Ni kalau suami aku (erk~!) baca, silap-silap dia boleh cemburu dengan hangpa
Sekian
Sekian
Dhiya
No comments