Mayday Wednesday!
Sudah hampir dua bulan (atau lebih rasanya) fenomena jerebu ni. Seingat saya, semasa abah berada di IJN awal September dulu, jerebu ni baru nak melanda. Sehingga ke hari ini, saya rasa ini bukan lagi jerebu biasa-biasa. Ini memang sebuah bencana yang bukan menjejaskan satu bahagian pihak tertentu sahaja. Semua pun terjejas. SEMUA!
Dari tingkap rumah, saya tak dapat lihat apa-apa kecuali kabus. Masa duduk di Daejeon dulu pun tak macam ni- Masih boleh tengok pokok-pokok walau pada waktu pagi dalam waktu sejuk. Ini Malaysia, lebih teruk wei~!
Paling saya tak boleh terima, media kita asyik 'pujuk' rakyat marhaen ni dengan mengatakan jerebu berada di tahap A (contohnya), tapi sebenarnya dah cecah tahap C. Get the point? Macam di PJ ni lah...Saya tak percaya IPU di sini 187 (as per this morning report). Melihatkan keadaan kabus yang teruk sampai tak nampak Lebuhraya Persekutuan dan Menara TM tu, saya yakin IPU PJ sudah cecah 200++ sampai dah bau asap.
KPM mengambil langkah yang bijak apabila memutuskan untuk tidak meneruskan sesi persekolahan untuk tiga hari dalam minggu ini akibat jerebu. Tapi yang saya tak boleh hadam adalah apabila saya jumpa adik-adik, anak-anak sekolah ini bermain basikal, bermain bola di padang malah saya pernah jumpa di IKEA (sewaktu saya ada meeting di Surian dulu). Maknanya apa? Sekolah ditutup akibat jerebu dan bimbang akan kesihatan pelajar, tapi mereka boleh enjoy cuti sekolah dengan buat perkara lain yang sama saja risiko kesihatannya :(. Kalau macam tu, lebih baiklah mereka ke sekolah. Duduk dalam kelas lebih baik dari berjalan-jalan di Mid Valley :p
Kalau nak ditimbang tara, bukan pelajar sekolah saja terdedah kepada ancaman kesihatan akibat jerebu, ramai lagi yang bekerja di luar sana yang menerima risiko yang sama, baik seorang jurutera mahupun seorang tukang sapu sampah.
Rasanya pak menteri perlu lebih protective terhadap rakyatnya. Kasihan sangat kepada orang ramai yang bekerja dan terpaksa keluar dari pejabat. Sesak nafas, sakit mata. Nak tarik nafas pun tak mampu sebab macam sedut asap.
Jadi kawan-kawan terutamanya yang tinggal atau bekerja di Lembah Klang, jagalah kesihatan kita baik-baik, ya. Saya yang duduk di rumah pun kadang-kadang lemas. Tinggi cita-cita saya untuk bercakap terus dengan pak menteri supaya dia lebih peka dan simpati dengan kesakitan rakyat. Lihat sendiri penderitaan rakyat. Tapi iyalah...Kita ini timun je. Kena gelek ke, menggelek ke- Memang kita yang binasa.
Jaga diri, kawan-kawan!
Dhiya
No comments