Bismillah dan Alhamdulillah
Hari ini hari Jumaat!
Secara
psikologinya, hari Jumaat memang hari yang ditunggu-tunggu oleh saya
(dan anda juga). Entah, mungkin pada fikiran saya esoknya adalah Sabtu
walaupun hakikatnya esok adalah SSB saya. Hee~
Istimewanya setiap Jumaat, kami akan pulang dari pejabat seawal 5 petang! Eh. Kira awallah tu kan. :p
Seminggu ini tidak ada sekali pun saya stay back
selepas waktu pejabat. Tepat 5.30 petang, saya angkat kaki- Seperti
kebiasaannya. Saya tak kisah kalau orang kata saya berkira atau apa.
Saya ada method saya sendiri dan saya yakin dengannya.
Tipsnya?
Setiap
pagi, sebelum mula waktu kerja, saya akan mengambil beberapa minit
untuk merancang kerja yang hendak dilakukan untuk satu hari. Saya rasa
semua orang pun begitu. Tips ini pun dicedok dari rakan-rakan dan teman
sepejabat.
Checklist saya tidak pernah pendek, itu belum lagi ditambah dengan tugas yang tak disangka-sangka. Tapi saya percaya apabila kita ada guideline apa yang perlu dibuat, kita akan sentiasa on track ,mengikut perancangan dan keutamaan. Saya gembira menggunakan software dalam talian yang membantu saya menyenaraikan kerja-kerja yang perlu dilakukan. :)
Lagipun jika kerja saya sudah disiapkan, untuk apa
saya tunggu lagi? Sejak menggunakan kaedah ini, saya dapati kerja saya
lebih efisyen dan teratur. Ini terbukti apabila saya berjaya pulang
tepat jam 5.30 petang hampir setiap hari tanpa meninggalkan tunggakan
kerja dalam checklist saya. Secara peribadi saya gembira dengan pencapaian itu. Malam saya lebih tenang dan tidur saya lebih nyenyak.
Ini bukan iklan. Ini adalah hakikat. Kalau dulu saya tolak tepi
artikel-artikel tentang pengurusan stres dan bebanan kerja di pejabat.
Tapi kini saya kembali belajar bagaimana untuk menangani semua itu. Ini
bukan soal remeh. Kegagalan mengurus stres dan bebanan kerja di pejabat
mungkin menjadikan kita tidak gembira apabila pulang ke rumah dek
terkenang-kenang tugas yang tertunggak. Kesihatan juga boleh terjejas
kalau selalu tertekan!
Kalau saya claim OT pun, belum tentu lagi kewajarannya di sisi Allah sebab duit yang saya dapat tu adalah duit-goyang-kaki-tak-buat- kerja. Saya masih ingat pesan emak dan abah- Jujur dalam setiap perlakuan.
Tapi iyalah. Sempurna manalah manusia biasa seperti saya ni. Lebih
kurang, mesti ada juga tirisnya di mana-mana. Orang lain mungkin tidak
kisah dengan claim OT dan segala tuntutan wang lain yang kita
buat. Mereka boleh ikut apa yang tertulis di atas kertas. Tapi telus
atau tidak, semuanya terserah kepada diri sendiri. Bak kata bos BEMS
saya dahulu: Kita mahu makan wang (nasi) atau api (neraka)? Ya Allah!
Balik awal
Saya betul-betul tak kisah kalau orang mahu mempertikaikan mengapa saya selalu balik on time. Sifirnya mudah:
Saya datang untuk bekerja dan kerja saya siap.
Insya Allah setakat ini saya masih boleh mengawal lambakan tugas
ini walaupun kadangkala tertekan juga. Tapi saya sedar dan maklum:
Tugas-tugas ini kalau dilakukan secara paksa rela maka paksa dan relalah
hati tanpa ikhlas. Tapi kalau semunya dimulakan dengan niat yang ikhlas
(Insya Allah), semoga Dia memberi sebaik-baik ganjaran untuk kita!
Dan sejak seminggu ini juga, saya sudah tidak lagi berdepan dengan kesesakan lalulintas di Lebuhraya Persekutuan. :) Saya akhirnya memberanikan juga diri melalui 'jalan belakang' itu. Ternyata masa pulang saya semakin dapat dijimatkan. Kalau dulu ia boleh mencecah 30 minit, kini saya bersyukur kerana hanya mengambil masa 15 minit tanpa perlu marah-marah separuh gila di Lebuhraya Persekutuan tu
90-10
Konklusinya, tidak semua perkara dalam dunia ini adalah ideal untuk kita. Pasti ada complimentary set untuk sesuatu yang kita ada. Kita mungkin hebat di lapangan kita, tapi belum tentu lagi jika kita terjun ke bidang orang lain.
Saya gembira berada di sini. 90% nature of work saya adalah memberikan perkhidmatan dan berjumpa dengan eksekutif mahupun profesional dalam bidang kejuruteraan. Saya gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya belajar meningkatkan nilai diri di samping menghargai network atau bonding yang tercipta antara saya dengan orang di sekeliling. Saya belajar berurusan dengan banyak orang- Bermula dari orang bawahan syarikat hinggalah ke top management mereka. Ini satu cabaran dan pengalaman yang sangat berharga. Ia tak boleh dibeli kecuali hanya untuk dihadapi. :)
10% baki inilah pula yang dipanggil mehnah dan tribulasi dan hampir keseluruhannya berkaitan dengan kerenah dan sikap. Nilai profesionalisme yang rendah akan memberi kesan kepada produktiviti. Terbukti. Memang terbukti. Dan inilah yang sedang menjadi cabaran saya. 10% pun, tapi ia tetap mengganggu performance saya!
Ya. Dunia ini tak semuanya sempurna. Ideal condition is never exist!
Salam sayang,
Dhiya

No comments