Bingkisan Aidiladha 2012


الله اكبر! الله اكبر! الله اكبر! ولله الحمد
Seinfiniti syukur atas nikmat ini. Buat pertama kalinya Allah izinkan saya untuk mengambil bahagian dalam ibadah Qurban. Wang hasil titik peluh sendiri. Puas. Moga tsabat dan tetaplah kebergantungan kita kepadaNya. Insya Allah.
Raya Haji kali ini paling mudah. Saya memilih untuk tidak menyarung baju raya. Nak melapah daging tak boleh ayu ayu~
 Usai abah pulang dari solat sunat Aidiladha, kami terus ke tempat penyembelihan. Wah. Kali ini lebih meriah. Saya dimaklumkan ada 20 ekor lembu menanti untuk dikorbankan. Banyak kan? Alhamdulillah!
Tempat sembelihan
Dibawa keluar dari tempat sembelihan dan sedia untuk dilapah
20 ekor tau! Kena tungu giliran
Ayam bukan haiwan korban
Korban: Haiwan ternakan berkaki empat.
Menunggu giliran
Saya tak tengok. Hanya lens kamera yang bekerja
...
Tok Imam sedang berbincang. Ini kumpulan sembelihan abah.
Banyak nama
1
2
3
4
5
6
7
8
Penduduk sedang melapah daging bahagian masing-masing.
Abah tengah asah parang. Kami sedang berkelah. Patut?
Menangis nak tengok lembu
Meriah. Rasanya tahun depan bagus kalau buat macamni lagi
...
Lapah
Gigih sebab nak mengejar solat Jumaat!
Siap. Tak tahu siapa punya. Laju la sebab ada 7 orang. Kalau lembu abah, lambat sebab ada 4 orang je (-.-)
Rambut adik
Ekor lembu
Kuih raya
Siap!
Paling bangga sebab dapat bagi makan lembu
Budak bandar yang baru nak jadi budak kampung. Habis setiap pelusuk kandang lembu dia masuk
Hadoi!
Kalau boleh nak masuk dalam, katanya
Ni sorang lagi.
Kuih raya kami. Siap bawak ketupat lemang segala buat bekal. Berkelah bawah pokok sawit. Orang lain tak buat, kami buat. Lantak!
Terima kasih Allah. Saya dikurniakan keluarga yang sangat menggembirakan. Biarpun tidak punya wang ringgit yang melimpah rumah, tapi kami masih mampu untuk senyum. :)

Sekian bingkisan Aidiladha...

Salam sayang,
Dhiya

No comments