Nuha Food Journey: Bubur Sum Sum Sos Buah Naga


Bismillah

Amak Nuha lamaaa menghilang tenggelam ke dasar laut dalam. Kalau mood takde, kau janganlah suruh aku cerita apa-apa kat blog ni. Material ada, tapi terperuk 'duduk kau kat situ diam-diam'. Tunggu ada mood baru boleh cerita macam-macam. So hari ni mood tengah ada la ni~

So kali ni aku nak share menu pencuci mulut Nuha iaitu bubur sum sum. Bubur sum sum ni antara kegemaran Nuha dan aku jugak. Kalau aku, aku suga akan dengan kuah gula merah. Tapi untuk Nuha, lain-lain sos lah kecuali sos cili dan air gula. 
Bahan-bahan

1. Tepung beras
2. Santan
3. Daun pandan
4. Sos depends pada keinginan. Contohnya; sos manga, sos buah naga, atau puree kurma

Cara-cara

1. Masukkan tepung beras, letak air sikit, masukkan santan
2. Tips: buka api perlahan dan kacau jangan berhenti. Part ni kena sabar
3. Kacau sampai adunan likat, berkilat dan bau lemak-lemak
4. Letak dalam bekas
5. Untuk sos: blend kan sahaja buah pilihan dan tuang ke atas bubur sum sum tu. Tapi untuk buah naga, aku tak suka blend sebab rasa dia pelik. aku suka potong dadu je.

Bubur ni tahan dua ke tiga hari je sebab bersantan. Jangan buat stok sampai seminggu ya. Aku selalu simpan bubur sum sum je. Sos buah tu aku blend waktu nak makan.

Simple!

Selamat mencuba
Dhiya

Travel Tapi Masih Boleh Memasak Untuk Anak


Bismillah

Aku menerima request agar menulis tentang tips memasak ketika travel bercuti. Nahhh macam tau-tau je amak Nuha ni memang kaki travel. Mana tak nya, selain post tentang menu Nuha, amak juga aktif menulis tentang review hotel dan tempat-tempat yang best :p

Jadi dalam entri ni, aku kongsikan 3 tips utama untuk panduan rakan-rakan ibu di luar sana supaya dapat menyediakan makanan kepada anak-anak dan dalam masa yang sama dapat menikmati percutian bersama keluarga.
1. Don't overthink
Dengar je nak travel, kau dah fikir nak bawa macam-macam. Kalau boleh satu peti ais kau nak bawa kan, kan, kan? Elelele mengaku je la sebab dulu aku pun macam ni. Tapi lama-lama kau akan rasa penat dan tak seronok nak travel. Tak ke dah lari matlamat nak bercuti untuk berseronok? Sebab tu jangan overthink dan tolonglah bertenang.
Matlamat utama bercuti adalah untuk bergembira dan meluangkan masa dengan suami dan anak. Jadi jangan musnahkan matlamat asal ni dengan sibuk memasak.

2. Rancang, rancang dan rancang
Dalam banyak entri aku yang lepas-lepas, memang aku emphasize tentang pentingnya merancang. Rancang berapa hari nak pergi bercuti, rancang menu dan rancang alat apa yang perlu dibawa, bahan mana yang perlu dibawa dari rumah dan bahan mana yang boleh dibeli di kedai berdekatan dengan tempat bercuti.
Kami memang kaki travel. Sejak Nuha boleh makan hujung tahun 2018, merata negeri dalam Malaysia kami jelajah. Naik kapal terbang je belum lagi. Insya Allah soon. Bermacam-macam hotel kami masuk dari yang murah sampai la yang boleh tahan harganya.

Benda basic yang wajib ada dalam travel kit (sebuah bakul anyam berbentuk segi empat tepat) aku adalah:
- Mini multicooker Cornell
- Sudip kayu yang boleh mengacau dan cedok kuah sekali (beli kat Daiso)
- Mangkuk stainless steel untuk kukus nasi
- Sepasang sudu & garpu
- Tipuware (bawak dah lapiskan dalam 2-3 macam tu je) Itu pun kadang-kadang aku isi dengan bahan kering
- Papan pemotong nipis beli kat Eco dan 1 pisau
- Food jar. Aku guna yang jenama Tesco je
- Sebotol kecil minyak masak
- Sebotol kecil sabun pencuci dan span kecil

Bahan yang boleh dibawa dari rumah
- Bawang-bawang untuk menumis. Aku tak bawak banyak pun. Kena kira berapa hari nak pergi bercuti.
- Beras, oat, bihun baby semua letak dalam zip lock plastic kecil paket-paketkan kepada portion kecil untuk sekali guna. So senang nak grab
- Serbuk bilis
- Lobak merah, tomato, atau apa-apa sayur segar bergantung pada menu apa yang nak dimasak (keluarkan dari peti, biar kering, jangan ada wap air dulu baru masukkan dalam plastic untuk travel). Sampai je hotel, cepat-cepat masukkan dalam mini bar. Kalau tak ada mini bar, aku letak je di luar suhu bilik. Insya Allah tahan je sebab bilik ada air cond kan.
- Kentang
- Susu full cream kotak kecil

Bahan-bahan yang boleh dibeli di kedai-kedai runcit berhampiran tempat bercuti
- Roti
- Telur. Telur ni memang penyelamat la kalau lets say susah nak menyimpan isi ayam atau daging sebab hotel tak ada peti atau mini bar.
- Buah-buahan on the go macam pisang, buah oren, buah naga, kiwi dll
- Isi ayam (kalau hotel ada mini bar) Ini protein paling senang nak masak compared to daging lembu atau ikan.
- kalau kedai runcit kampung, lagi best. Boleh beli sweet potato, labu dan sayur hijau sikit-sikit. Tak perlu beli sepaket besar.

3. Be simple
During travel, kau janganlah beria nak masak ayam masak lemak kuning berserai, paprik atau kari ayam bersantan segala. Be simple. Even masa Nuha masih baby pun, aku tak bawa hand blender during travel. Aku cuma bawa hand mesher je. Senang~

Contoh travel ke Melaka 3 hari 2 malam.
Day 1: Masak dari rumah; nasi goreng, gulai ayam + kentang simpan dalam food jar (untuk lunch dan dinner), roti telur, buah-buahan sebagai finger food.
Day 2: Sarapan: Roti telur. Lunch dan dinner: Nasi + Sup ayam dengan telur
Day 3: Sarapan: Sweet potato steam, Lunch dan dinner: Nasi + Sayur lemak labu + telur

Contoh travel ke Cameron Highland 3 hari 2 malam
Day 1: Masak dari rumah; roti telur, ikan masak lemak kuning + nasi (untuk dua kali makan, lunch dan dinner), buah-buahan
Day 2: Oat + pisang, nasi + sup telur (untuk dua kali makan), finger food seperti buah-buahan
Day 3: Nasi goreng telur hancur, nasi + masak lemak labu (untuk dua kali makan), finger food seperti buah-buahan

lain-lain menu travel:
- Oat dimasak, lenyek dengan pisang
- Tumis bawang, pecah telur, masukkan oat yang sudah direndam dan serbuk bilis
- Bihun goreng pecah telur dengan sayur
- Nasi goreng telur lenyek dengan labu
- Sweet potato dikukus

Benda simple, buat apa nak complicated sampai serabut kepala. Bawak barang biar cukup-cukup je. Yea aku faham mak mak ni selalu fikir 'Eh biar lebih takpe. Just in case...' Tapi disebabkan pemikiran macam nilah yang akan membuatkan kau bawa the whole peti ais ketika travel. Ingat; Rancang elok-elok. Insya Allah selebihnya akan senang.

So far aku survived dengan cara ni. Antara destinasi percutian kami termasuklah Melaka, Perak, Cameron Highland dan banyak lagi lah. Semuanya stay hotel. Hotel di Cameron Highland masa pergi dengan mak abah aku; takde peti. Tapi takde hal...Nuha masih boleh makan real food hasil kreativiti aku.

Untuk travel balik kampung raya; Kalau balik kampung sendiri, aku takde isu. Haritu yang mencabar sikit apabila kami balik ke kampung nenek sebelah suami aku. Tapi takde hallllllll…Aku kan guna multicooker, jadi taklah berebut dapur gas dengan mak cik-mak cik. Asalkan ada plug aku boleh hidup. Cuma kena pandai-pandailah bawak diri dan tahan telinga kalau orang tanya itu ini. One best part is, bahan basah macam ayam dan sayur tak ada isu sebab peti ais besar gedabak dan aku boleh tumpang atau mintak sikit. Kalau makcik-makcik buat sup tulang, aku akan menyibuk mintak sikit sup nya sebelum ditambah bahan perasa. Hahahahha. Demi anak, aku sanggup!

Demikianlah tips dan perkongsian aku yang diharapkan dapat memberi sedikit idea dan kelapangan dada kepada ibu-ibu di luar sana. Ingat, jangan stress-stress okay. Kita nak travel nak seronok-seronok. Kalau dok serabut otak pasal nak masak apa untuk anak sampai tak boleh senyum, kan dah tak best tu~

Enjoy!

Kalau ada apa-apa persoalan atau tambahan info, bolehlah tinggalkan komen ya.

Dhiya
Amak Nuha yang suka travel.

Nuha Food Journey: Potato Wedges


Bismillah

Rasanya dah pernah buat potato wedges ni untuk Nuha tapi aku malas nak double check samada dah ada resepi ke belum. So I just put the recipe again here for reference.
Insya Allah rasa macam potato wedges KFC, cuma aku belum discover lagi cheesy sauce dia. Tunggu la esok-esok aku bereksperimen untuk resepi tu pulak.

Bahan-bahan

1. 2 biji kentang dibelah 6 atau 8. Agak-agak je supaya jangan tebal sangat, jangan nipis sangat.
2. Tepung gandum Faiza : tepung jagung (4 sudu : 1 sudu)
3. Mixed herbs

Cara-cara

1. Steam kan potongan kentang. Aku guna periuk nasi je.

2. Bila dah lembut (make sure jangan lembut sangat, nanti hancur semasa digoreng), sejukkan sekejap.
3. In the mean time, masukkan tepung dan mixed herbs dalam satu bekas (aku guna tipuware) dan gaul sebati
4. Masukkan potongan kentang ke dalam campuran tepung tu. Ratakan tepung, make sure semua bahagian kentang disaluti tepung
5. Boleh ambil 4-5 ketul untuk digoreng. Goreng pun tak payah lama sebab kentang tu dah masak
6. Baki kentang dalam tepung tadi boleh disimpan untuk dibuat stok dan boleh digoreng esok lusa

Senangnya~
Dahlah senang, boleh buat banyak untuk stok 2-3 hari pulak tu. Bila nak masak, capai dan terus goreng je. 

Selamat mencuba, amak-amak sekalian!

Dhiya

Hectic Me


Bismillah

Towards end of the year, aku masih sibuk. 

5 Oct Aku kena kerja. Tapi kat KL je lah. 10 Nov aku kena fly ke Penang untuk satu malam. Wuuwuwuw. Apak Nuha dengan cool nye boleh cakap: "Pergi je lah. Get your me-time" Uwaaaaaa! Korang tak rindu ummi ke nanti??? Seminggu lepas tu akan ada alignment meeting (internal) yang akan membawa kepada appraisal. Takutnye~
Then Dec aku ada 3 hari conference di KLCC. Harapnya betul boleh attend conference dan rehat sikit sebelum betul-betul berehat dan bercuti.

Agenda Y2020 dah penuh sampai bulan Feb. Gila kan? Hahahha. Lagi pulak, Y2020 sangat kurang public holiday yang jatuh on weekdays. Mostly fall on weekend dan aku dah nampak, public holiday terdekat yang jatuh on weekdays (means it's a long weekend) will be on 1 May 2020, Labour Day. Sedih okay~
Walaupun busy, tapi Alhamdulillah aku masih boleh manage dan happy dengan apa yang aku buat sekarang. Doakan aku kuat dan sentiasa optimis dengan pekerjaan aku sekarang. Doakan juga aku dijauhkan dari manusia-manusia busuk hati dan dengki dengan hidup aku.

Husband aku pun agak busy lately. Aku tak merungut. Aku okay. So far aku boleh manage. Kadang-kadang kami balik je sekali dan ambik Nuha sama-sama. Cuma kalau busy, dia memang betul-betul busy takleh bawak bincang~

Aku tak sabar nak cuti hujung tahun ni. Aku dah book 3-room villa untuk aku, mak abah dan along. Aku buat sebab aku nak kumpulkan semua ahli keluarga yang aku sayang. Duit boleh cari. Moment tak boleh diganti kalau dah terlepas. Kan? Doakan kami semua sihat dan panjang umur ya~!

2019 indeed a hectic me. Tahun ni aku bertugas penuh dengan kehadiran Nuha yang semakin membesar. Tahun lepas aku rehat 2 bulan maternity leave dan Nuha pun masa tu masih kecil. So korang boleh agak tak mencabarnya macam mana tahun 2019. Huhuhu. Tapi cabaran 2019 dating sekali dengan banyak benda yang sweet-sweet. Doakan semua benda yang sweet-sweet ni akan dibawa terus ke tahun 2020 ya. Kalau jadi, ada sesuatu yang besar dalam hidup kami akan berlaku dalam masa terdekat. Insya Allah aku akan announce kalau benda tu dah sahih :)

Insya Allah aku akan terus menulis. Tunggu cerita lain ya!

Dhiya

Nuha Food Journey: Kek Pisang untuk Nuha


Bismillah

Dah beberapa kali aku buat kek pisang untuk Nuha. This time aku guna resepi yang berbeza pulak, saja nak tengok kemenjadiannya.
First disclaimer; Alhamdulillah menjadi. 
Second dislaimer; Aku guna blender je. Tak payah bukak mixer bagai~

Bahan-bahan

1. 2 biji pisang dilenyek. Aku guna pisang cavendish sebab tu je ada kat rumah. Orang cakap guna pisang emas atau berangan lagi sedap.
2. 2 biji telur
3. Sedikit madu (1 tahun ke atas)
4. 1 cawan tepung gandum Faiza
5. 1 sudu tepung jagung
6. 1/2 sudu baking powder
7. 1/2 cawan minyak jagung (aku guna minyak Mazola)

Cara-cara

1. Blendkan telur dan madu sampai kembang.
2. Masukkan pisang yang dilenyek tadi. Blend sekejap.
3. Dalam bekas lain yang ada tepung gandum dan baking powder, masukkan bahan blend tadi
4. Masukkan minyak jagung dan kacau sebati guna spatula je.
5. Masukkan ke dalam bekas aluminium, bakar dalam oven yang dah pre-heated pada suhu 170 deg, selama 20-25 minit atau sampai masak.
Demikianlah kejadian kek pisang untuk Nuha. Baru keluar oven, dia dah memekik nak nak nak nak. Aku tak sure dia ni memang lapar ke (padahal makan banyak) atau saja nak test vocal. Tapi kalau bagi, habis je. Oh my Nuha~

Mak mak, try la tau. Guna blender je ni. Mudah sangat!

Dhiya
Amak Nuha

Puding Kastard Jagung Versi Baby


Bismillah

Lamaaaa aku tak menulis tentang menu Nuha. Memasak masih, cuma tak sempat nak duduk dan bercerita je. Maklumlah 3 kali long weekend, berjalan je kerja. Dalam tempoh tu, kami sempat ke Cameron Highland dan memborong jagung. 

Oleh sebab banyak sangat jagung, aku buat puding kastard jagung tapi versi baby tanpa menggunakan tepung kastard dan gula. Insya Allah sedap dan lembut.
Bahan-bahan

1. Telur sebiji
2. Susu full cream (agak-agak je, dalam satu cawan). Nak guna santan pun boleh
3. Madu (untuk 1 tahun ke atas)
4. Isi jagung yang dikukus (ikut citarasa)
5. Tepung jagung 1.5 sudu

* Sukatan agak-agak je tau. So jangan la tanya 1.5 sudu tepung jagung tu bersamaan dengan berapa gram atau sudu apa yang aku guna. Hhahahaha! Adunan ni dapat 3 aluminium cup kedau Eco tu je. Just nice untuk aku yang nak try and error ni. Lepas ni boleh la double up adunan sebab menjadi.

Cara-cara

1. Blend telur dan susu hingga kembang
2. masukkan madu (atau kurma)
3. Masukkan jagung, blend sekejap tapi jangan sampai hancur sangat
4. Masukkan tepung jagung, blend lagi
5. Masukkan dalam aluminium cup atau acuan dan kukus hingga masak. Cucuk dengan garfu. Kalau tak ada tepung melekat pada garfu, masak lah tu maknanya.
Kuning ni memang warna original tau. Tak ada tambah pewarna pun.
Alhamdulillah malam tadi dah selamat satu ketul. Pagi ni dibawa satu ke rumah pengasuh. Tinggal satu je lagi dalam peti buat minum petang balik dari rumah pengasuh nanti. See, tiga ketul habis sehari je. Hhahahahahah!

Mak-mak, cuba lah. Senang sangat. Guna blender je.

Cuba tau~

Dhiya

Review: Cameronian Inn, Cameron Highland, 2019


Bismillah

Selepas sebulan, kami ke Cameron Highland lagi dan kali ni kami pergi dengan mak abah aku. Kali ni kami menginap di Cameronian Inn di Tanah Rata. 
The entrance
Masa nak cari hotel dulu, memang pening kepala sebab nak fit antara head count dan bajet. Aku tak nak ambik apartment yang ada dapur tu sebab nanti mak aku kerjanya memasak je. Aku bawak datang sini nak suruh dia rehat dan jalan-jalan. Akhirnya aku nampak Cameronian Inn ada bilik family pada harga yang berbaloi. Aku pun cepat-cepat la book. Macam biasa, aku book guna Booking.com

Perjalanan kami kali ni memang banyak beza. Since kami gerak dari Pahang, kami ikut jalan Sungai Koyan. Aku pernah naik Cameron ikut jalan Tapah dan Simpang Pulai. Aku boleh cakap yang Jalan Sungai Koyan ni adalah yang paling elok dan selesa berbanding lagi dua jalan tu. Tapi kalau kau dari Perlis, tak payah la gigih sangat nak ke Sungai Koyan tu. Naik je la ikut Simpang Pulai~

Perjalanan kami mengambil masa 4 jam. Gerak 8 pagi, sampai sedang elok azan Zuhur macam tu. Check-in pun senang. So dapat masuk ke bilik, masing-masing semua ketiduran! Tengah-tengah tidur tu, hujan pulak. Memang syiok la~
Pemandangan dari tingkat atas rumah kami. Masa ni hujan. Halaman ni lah yang aku cakap limited parking tu.
Check-in senang. Boleh bayar guna debit card dan tak ada deposit diambil. Ni kes aku lah. Aku tengok orang depan aku kena ambil deposit. 
Rumah ni dua tingkat. Mak abah aku pilih duduk di bawah sebab dekat dengan tandas. Kami naik ke loteng di tingkat atas. Tingkat atas agak luas, cuma jenuh berperang dengan Nuha lah sebab dia suka main tangga.

To be brief, Cameronian Inn ni kan macam small cottage, dengan pelbagai jenis bilik. Antara bilik yang ada termasuklah hostel with shared bathroom, twin room dan family room. Aku ambik family room dengan 2 queen bed. Harga bilik tak termasuk breakfast, tapi mereka ada café.
Dalam bilik tak ada water heater / kettle. Tapi air panas disediakan di receptionist from 7 am to 10 pm just a walking distance from the doorstep. Bilik air ada pemanas air, tuala disediakan. Lantai tiles so kalau tak tahan sejuk, boleh bawak selipar atas stoking. And because this is Cameron Highland, bilik memang tak de kipas, jauh sekali air cond. Memang sejuk semulajadi. 
Suasana sekeliling memang nyaman. Aku suka suasana macam ni dengan bunga kecil-kecil ditanam di tepi dinding. Segar sangat.
Tangga naik ke tingkat atas
Ruang di tingkat atas. Boleh lagi kalau nak bentang toto untuk dua orang tidur. Tak cramp.
Kami tak berjalan sangat pun. Mak abah aku tak layan sangat berjalan ni. Lagipun public holiday is jam day! Tapi aku senang hati tengok deorang duduk kat meja bulat depan bilik tu sambil hirup the panas cicah biskut. At least deorang ada depan mata aku dan mereka rehat. Oh ya. Kalau korang datang dengan family, korang boleh la bawak jug air, teh uncang dan gula sendiri. Boleh bancuh air teh sendiri dan minum sambil lepak depan bilik. Indahhhhhhhhhhh!
Receptionist counter. Ada café juga di sini
Kami stay bilik nombor 24. End lot dan sangat selesa. 
Out of 10, aku rate Cameronian Inn 8. Aku suka semua kat sini. Cuma ada la sikit-sikit yang aku nampak boleh diperbaiki antaranya; 
Takde plug kat tingkat bawah. Tak boleh nak charge phone. Ada satu kat TV tapi agak tinggi. Lepastu parking agak limited. Tapi takde hal. Boleh je block kereta penghuni lain tapi letak lah nombor. Kawasan halaman tu kecik je. Kalau bergaduh pun tak ke mana. Hahhaha! Lepas tu takde breakfast lah. Kalau deorang include breakfast yang simple-simple pun tak pe dah. Aku stay the Settlement Hotel Melaka dulu, breakfast dia simple and basic je. Tapi just nice. At least kita tak perlu kalut nak keluar pagi-pagi cari makanan.

Kalau korang ke Cameron dan rasa nak chill-chill je, bolehlah try hotel ni. Memang just nice especially for couple. Kalau nak senang, terus book kat sini je. 

Aku memang puas hati dengan Cameronian Inn ni. Thanks, Cameronian Inn!

Salam sayang 
Dhiya

Apps yang Berguna untuk Mak-Mak


Bismillah

Last few weeks, aku terima email bertanyakan macam mana aku urus masa and juggle with carrier and family. 
Ayat dia (konon-konon la):
"Saya tengok sis enjoy je kerja, memasak untuk Nuha dan bercuti. Macam mana sis urus kehidupan sis?"
Fuh berpeluh kejap. I am not the right person to answer this because I am not perfect. There're flaws here and there. Jujur aku cakap, kadang-kadang aku penat. Penat badan dan penat emosi. 
Tapi hidup yang kau lalui ni adalah pilihan kau sendiri. Apa yang kau buat adalah apa yang kau pilih.

Tak ada tips Kak Seri Siantan sangat. Jangan allow aku membebel panjang bab ni, nanti jadi lain~ 
a. Support system- Suami yang bertolak ansur, rajin menolong
b. Communicate- Suami yang menjadi pendengar setia, boleh dibawa berbincang
c. Teamwork- Suami (suami lagi? Hahahaha!) main peranan
d. Time management- Rancang semua benda dalam hidup!

Aku taknak hurai point a b dan c. Kalau dah dapat suami jenis biawak hidup, memang tak valid juga tips aku tu. So aku suka nak kongsikan apa yang aku buat dengan masa aku. Rasanya ada few entries yang aku tulis tentang planning and time management ni. Rasanya benda yang sama je. Tapi kali ni aku nak share something yang technical sikit. 

Sebagai wanita yang hidup di zaman on the go ni, sedikit sebanyak kita kena tahu juga tentang teknologi. Paling tidak pun kena ada satu smartphone yang basic. Ada dua apps yang aku guna untuk urus masa dan aktiviti aku iaitu Dropbox dan Google Keep. Jom baca in details kat bawah.

1. Dropbox

Sebenarnya Dropbox ni kebetulan aku 'kenal' masa buat master di UKM tahun 2011 dulu. It's kind of cloud storage je sebenarnya. Tapi apa yang menarik, ianya boleh dikongsikan di pelbagai peranti akaun yang sama.
Contohnya, kalau aku update nota (tesis) di laptop, ianya akan synced secara automatic di dalam phone juga dengan syarat kena ada sambungan internet. Kalau tak ada, sync process tu akan paused sehingga ada sambungan internet.
Macam mana nak dapatkan Dropbox? Dapatkan di apps store dan install di laptop dan juga phone. Aku install je kat laptop office supaya aku boleh terus update apa-apa yang aku teringat sambil buat kerja pejabat.
Apa yang aku buat adalah, aku create folder nama Nuha dalam dropbox tu. Dalam folder tu ada satu file je iaitu excel file yang aku buat banyak-banyak tab ikut kategori yang aku rasa sesuai.
So apa-apa aku update file excel tu je.
Entri lama aku tentang Dropbox kat sini
2. Google Keep (GK)

Korang tahu tak yang Google bukan setakat email je? Kalau korang explore, Google menawarkan pelbagai fungsi lain-lain juga. Contoh paling mudah adalah Waze yang kau dok guna tulah. Yang kadang-kadang buat kau sesat sampai ke jirat Cina. Hahahhahaha!
Tapi ada few apps under Google yang aku in love sangat, antaranya adalah Google Keep (GK). GK basically acts like a sticky notes on your phone. GK juga mengambil alih tugas mencatat nota dengan mudah, cepat dan berkesan. (kau kena godek sendiri GK ni baru kau tahu)

GK is built in apps, maksudnya memang dah sedia ada dalam phone. Tak perlu install. Kau cuma kena create kategori je. Mana-mana yang penting, boleh pinned to the top. Mana yang kau rasa nak kena jadikan reminder, boleh set alarm. Memang best GK ni.
Cukuplah dua apps ni je yang aku guna untuk atur dan urus hidup aku. Tak perlu banyak-banyak. Beli planner fancy-fancy sampai dekat RM100 tapi tak update buat apa. Lebih baik aku lenjan je benda free dalam phone ni. Personally GK itself is just enough. Tapi sebab aku dah lama guna Dropbox, it's no harm to use both for me. I love two of them so much.

So menjawab soalan sis yang email aku tu. It's all about the time management and planning. These two apps are the assistant for me to plan my life. Benda ni alat je. Yang melaksanakannya adalah kita. So kita adalah apa yang menggerakkan hidup kita. Kalau kau serabut, hidup kau pun akan serabut. And yea sometimes aku pun serabut tapi cepat-cepat get back on track. Kenapa kena plan? Supaya kau ada hidup yang seimbang untuk bekerja, berehat dan beribadat. Betulkan niat, okay?

Amak
Dhiya

Minggu Baru


Bismillah

It's a random post.

September 2019 ni agak 'baik' dengan aku. Ada tiga minggu berturut-turut dapat long weekend. 3 hari cuti, 4 hari kerja. Aku dapat rasakan yang work life balance aku sangat baik, emosi aku stabil dan hormon gembira aku sangat tinggi. Hhahahahahahaha!
Rasanya inilah yang orang Malaysia mahukan. Cuma tulah, attitude orang Malaysia ni; kerja nak sikit tapi gaji nak banyak, kualiti kerja tah pape. Eh~ So takpelah. Kerja jelah Isnin-Jumaat macam biasa. 

Minggu ni workload aku just moderate. Kadang-kadang aku terfikir; dengan nature of work aku macam ni, boleh tak HR allow aku kerja dari rumah je. (Haremmmmmmm) Sebabnya kan...Esok lusa kalau dah busy dengan CM, aku memang busy sampai nak kencing pun tak sempat. So patutnya boleh je compensate kat situ kan. 
Hujung minggu ni Insya Allah kami akan bawa mak abah aku ke Cameron Highland. It's my husband's suggestion. Beria dia nak bawa mak pak mertua dia berjalan. Aku agak terharu. Kalau ikutkan, taknak dah pun ke CH sebab kami baru je ke sana raya haji dulu. Tapi tak salah untuk buat benda yang sama demi menggembirakan perasaan orang lain lagi-lagi mak ayah sendiri kan. Doakan perjalanan kami selamat dan dimudahkan semuanya, ya.

Kami full sampai hujung September. Untuk Oktober, aku terikat dengan work-tour ke Melaka dan Pulau Pinang. Nervous pulak rasanya nak tinggalkan Nuha dengan babah dia. Pertamanya sebab dah lama aku tak tinggal dia outstation. Keduanya, walau Nuha dah tak fully BF, tapi dia seorang yang sangat pemakan. Boleh ke babah dia urus menu dia nanti? Huhuhu. (Buat muka tak percaya) Let's sit and discuss with him later. He needs an intensive hands-on training!

I'm looking forward for a good year of 2020. Ya Allah banyak sangat benda yang aku nak buat menjelang tahun baru, seiring dengan usia aku yang semakin singkat. Good things for me myself, for family and for my beloved ones, Insya Allah.
Doakan semoga aku sempat buat semua benda baik-baik yang ada dalam hati aku, sebab hidup ni bukan untuk hari ini je. Hidup kita ni adalah 'menanam' untuk hari esok juga. Amin ya Allah!

Have a good start, all.
Semoga September ini baik-baik saja. 

Dhiya

Nuha Food Journey: Panna Cotta Coklat


Bismillah

Selama hidup, tak pernah aku buat benda alah nama panna cotta ni. Tapi kerana Nuha, aku sanggup buat apa saja. Hahahahha!

Kali ni aku nak share resepi yang aku try semalam. Nama sangat gah; panna cotta. Tapi bila dah lihat kejadiannya, panna cotta ni dalam Bahasa Melayunya adalah agar-agar atau jelly je. Tapi takpe lah. Nama kena canggih, barulah bersemangat nak masak dan makan.


Bahan-bahan

1. Agar-agar tali
2. Air
3. Susu full cream
4. Unsweetened chocolate power (aku guna Van Houten). Dalam 2-3 sudu je. Jangan banyak, takut pahit.
5. Madu (1 tahun ke atas)

*Aku tak ada sukatan specific tau. Semua main agak-agak je. Tapi kalau guna agar-agar ni, satu benda yang kau kena selalu ingat adalah; biar banyak air, jangan kurang air. Kurang air akan jadikan agar-agar tu keras dan tak sedap / tak feel untuk dimakan.

Cara-cara

1. Rebus agar-agar tali dengan air. Air sikit pun tak apa masa ni? Eh tadi cakap kena banyak air? Ye betul. Tapi ingat, kita ada susu yang nak dimasukkan kejap lagi. So air + susu untuk dapatkan agar-agar yang just nice. Kalau tak ada intention nak letak susu, tak apa lah nak letak air banyak :)
2. Dalam bekas lain, bancuh susu + serbuk coklat + madu hingga sebati
3. Masukkan bancuhan susu, coklat dan madu tu ke dalam periuk yang tengah merebus agar-agar tu.
4. Kacau beberapa ketika hingga agar-agar hancur dan Nampak smooth
5. Biar mendidih, tutup
6. Biar sejuk sikit dan masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti dan boleh dimakan sejuk!

Malam tadi jugak kami dua beranak bedal satu bekas. Tak lena tidur aku dibuatnya sebab teringat panna cotta sendiri. Satu sudu masuk mulut Nuha, separuh bekas amak yang punya. Ups sorry Nuha sayang :p
Hahahahah!

Mommies, panna cotta ni sesuai untuk minum petang time cuaca panas. Indahnya hidup jadi Nuha!!!
Insya Allah senang je nak buat. Tak renyah mana pun.

Dhiya

Travel: Century Pines Resort Cameron Highlands


Bismillah

One of my big fans dah bising-bising hey mana review hotel kat Cameron Highland haritu?
Auch terasa sungguh dihargai dan terasa sangat penting dalam dunia blogging. Hhahahahaha!

Oklah. Bak sini aku mulakan cerita. Sebenarnya during Raya Haji holiday haritu, kami tak balik kampung. Kami naik ke Cameron Highland. Sounds cruel but this is the way we appreciate each other in our small family.
Bulan Ramadhan haritu, suami aku sibuk gila sampai boleh bilang berapa kali kami dapat duduk semeja berbuka puasa bersama. So kali ni kami decide untuk spend masa bersama dan 'berkorban' sedikit untuk tidak balik ke kampung. Alhamdulillah mak abah aku okay je. Orang lain nak bercakap- silakan. Mulut masing-masing~

Knowing that this is a super peak 3-days public holiday, kami tak expect much pun dari percutian ni. Kami just nak stay at the hotel and rest. Tu je. So aku cepat-cepat book hotel yang bagus sikit. Macam biasa, aku guna Booking.com untuk buat tempahan dan kami pilih Century Pines Resort (CPR) Cameron Highlands.

FYI, CPR ni bukan kat top peak of Cameron Highland tau. Dia dekat Mardi dan Taman Pertabalan je. Maksud aku dekat bandar cuma lokasi dia 'tersorok' sikit. Sebelum ni aku pernah stay kat Copthorne. Copthorne ni dekat Kea Farm (atas lagi).

On the day itself, it took 10 hours journey sebab jalan sesak semua orang nak balik kampung raya. Hahhahaha! Keluar je exit Tapah dan menghala ke Cameron Highland tu, dah tak jam pun. PLUS je yang jammed teruk hingga terpaksa check-in pukul 4 petang. Uwaaaa sayangnya hotel best check-in lambat!

The enterance. Berdepan dengan hotel ni adalah Taman Pertabalan. It's just a walking distance.
The lobby. Parking banyak so tak perlu bimbang.
Check-in was quite challenging. Kad tak boleh guna. Geram pulak rasanya. Mujur manager kat situ bantu guna card reader dalam ofis dia. Deposit pulak bukan main mahal RM200. Banyak-banyak hotel aku stay, tak pernah lagi kena deposit RM200.

Sebab kau ambik deposit mahal, aku suruh bellboy dia hantar semua barang-barang aku termasuk la basikal Nuha ke bilik. Hahahah! 
Alhamdulillah masuk je B02, terpana la juga. ID lawa macam dalam gambar tapi tapi tapi size dia kecil dan tak ada sofa macam dalam gambar. Toilet agak usang dan bath tub dia takde penutup. Macam mana Nuha nak swimming?! Aku upset la juga. 
Lain-lain semua ok. Kebetulan unit kami ni unit paling hujung jadi halaman belakang agak luas dan privasi. 
Bed, linen, bantal semua selesa. Buktinya, Nuha bukan main lena lagi tidur kat sini. Kalau kat rumah tu siap berpeluh-peluh lagi. Cuma aku rasa hotel kat CH ni sepatutnya kena guna carpet di lantai sebab sejuk. 
Teres belakang tu macam English cottage style. Comel dan cute je. Nuha pun suka main di belakang tu. Aku lantakkan je dia duduk atas rumput dan pegang-pegang pokok-pokok kat situ. 

No swimming pool (Ye lah..siapa yang nak berenang sejuk-sejuk tu kan). Breakfast is provided and included in the payment. Breakfast pun basic and just nice je. Tak adalah kau expect macam Hilton ke apa. Aku rasa semua hotel kat CH pun macam tu. Tapi sipping coffee in the morning kat CH memang best! Huhuhu

I won't talk more about the itinerary and our activities there. Pergi Cameron, ape je aktiviti kau kan? So it's all the same. This's Nuha's first experience in Cameron. Nampak well tolerated dengan cold temperature. So ummi boleh kempen babah beli tiket untuk kita balik Daejeon.

Overall:

1. Hotel cantik tapi macam old sikit
2. Bilik aku superior double room with garden, agak kecil tapi selesa. Halaman belakang tu memang aku in love sangat!
3. Breakfast included. Basic tapi sedap juga.Macam biasa aku bawa multicooker sebab nak masak makanan Nuha. Tapi boleh la join sekali steam sweet potato dan rebus jagung. Boleh makan di serambi belakang tu sambal tengok Nuha main basikal. Oh indahnya!
4. Makan tengahari dan dinner are accessible around. So tak delah kalut sangat nak naik ke Brinchang atau Tanah Rata.
5. Staff helpful, peramah dan tak ada yang buat aku upset. Aku bebel pasal bilik tak sama dalam gambar pun dia senyum dan mintak maaf je.

No harm for trying this hotel. Aku tak cakap hotel ni tak bagus. Just nice dengan suasana dan lokasi. Kalau ditanya samada kami nak datang balik ke hotel ni; aku akan jawab: WHY NOT?

Salam sayang, 
Dhiya

Nuha Food Journey: Steamed Cake Sweet Potato


Bismillah

Lamanyaaa tak menulis. Amak agak sibuk lately. Tak sempat nak buat stok entri. Hari ini digagahkan juga sebab teruja nak kongsi resepi steamed cake ni.
Bahan:

1. 100g sweet potato (tak kisah nak guna yang kuning atau ungu)- steam dan lenyek
2. 300g unbleached flour Faiza
3. 220ml air suam
4. 3g yis
*Aku guna kitchen scale digital

Cara-cara:

1. Masukkan yis ke dalam tepung, gaulkan
2. Masukkan sweet potato yang dah dilenyek
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menggaul
4. Masukkan adunan ke dalam bekas (aku guna aluminium container)
5. Balut dengan plastic wrap dan tunggu sekejap hingga adunan tu kembang
6. Bila adunan dah kembang, buka plastic wrap tu dan kukus selama 15-20 minit

 Bila dah masak, aku try potong satu slice. Texture dia macam apam. Lembut dan takde rasa tepung pun. Bila bagi kat Nuha, elok je dia makan. Ala Nuha tu apa je yang dia tak makan. Thanks Nuha I love you!!!


Senang, cepat dan sedap.

Try la buat. Memang puas hati!

Dhiya

Gadget Dapur yang Memudahkan Kerja


Bismillah

Kali ni aku nak share gajet dapur yang aku ada dalam memudahkan kerja seharian aku di dapur not only for Nuha sebenarnya tapi for the whole family.
As a working mom, banyak masa aku di pejabat. Balik rumah je rasa nak buat semua benda padahal aku penat sangat. Betul, kan? So gajet dapur ni harapnya sedikit sebanyak dapat mengurangkan kepenatan aku lah.
Entri ni bukan nak menujuk aku kaya ke ape. Barang biasa je ni. Most of the gajet dapur yang aku ada adalah basic tapi sangat praktikal. Aku boleh guna semua gajet dapur ni dalam satu masa je. Punyalah nak bagitau yang gajet-gajet ni sangat membantu. 

Ok let's have a look:

1. Dapur gas

Maaflah ye dapur tak berkilat. Ni baru lepas memasak.
Ini paling basic lah. Kalau tak ada dapur gas ni, aku syak kau memang sewa bilik je atau makan luar hari-hari. Hahahahah! Aku guna dapur gas dua tungku jenama Pensonic yang dibeli waktu jualan gudang. Harga tak ingat, tapi bawah RM200. Di tengah ada tungku dan chamber untuk grill. So membakar ikan atau ayam bukan lagi masalah. Jimat masa.

Semua okay kecuali satu ke kelemahan dia: Tungku dia agak licin. Kalau letak kuali atau periuk, kau akan rasa macam eeeeii ngeri nya periuk ni macam nak terjatuh. Suami aku pernah pergi kedai hardware untuk ganti tungku hitam tu kepada material yang lebih berat dan kasar tapi tak jumpa. So antara penyelesaian yang ada dan so far so good adalah letak dawai tungku (macam kat belah kiri tu). Beli kat kedai Eco je. So far Alhamdulillah periuk kuali aku stabil dan takde dah adegan menjerit sebab kuali nak terbalik. 

2. Periuk nasi

Aku guna mode rice steam je untuk masak nasi Nuha. Tak perlu pun tukar ke mode congee
Sejak kahwin, ini adalah periuk nasi kedua kami. Yang pertama tu jahanam masa aku dalam pantang. Apa yang suami aku buat, aku tak tahulah. Dulu aku nampak periuk nasi ni untuk masak nasi secara konvensional je. Sekarang sejak ada Nuha, aku lebih kreatif dengan masak nasi dia sekali dalam periuk nasi tu siap dengan pakej tak berkerak, lembut dan just nice.

Boleh rujuk entri ini untuk lihat cara aku masak nasi lembik Nuha

3. Slow cooker

Maaf slow cooker aku Nampak comot sebab tengah bekerja mereneh sup daging untuk Nuha
Slow cooker aku jenama Pensonic, beli time jualan gudang pada harga RM39 je. Ya Allah ini memang sangat berjasa dan sangat berbaloi. Dulu aku tak reti guna slow cooker ni. Tapi practice make perfect dan akhirnya aku dah expert reneh sup, buat stew dan macam-macam menu lagi untuk Nuha.

4. Multi cooker

Multi cooker ni aku beli tahun ni, jenama Cornell pada harga RM99 waktu jualan gudang jugak. Bare in mind, aku memang layan jualan-jualan gudang macam ni lagi-lagi pulak aku memang duduk around KL. Mula-mula ingat dah ada dapur gas dan slow cooker, problems are solved. Tapi akhirnya aku 'terpaksa' beli juga mini multi cooker ni untuk travel. Sebelum ni aku bawak slow cooker tu pergi travel tapi macam tak efisyen sebab nama dia pun slow kan~

Multi cooker ni boleh masak macam-macam di bahagian bawah dan boleh steam di bahagian atas. Mode memasak pun banyak; stir fry, boil, pasta, keep warm pun ada. Aku memang rasa berbaloi betul beli multi cooker ni.

5. Blender

Blender aku ada dua jenis. Hand blender dan blender yang bullet tu. Hand blender aku guna untuk blend bubur Nuha. Tapi sekarang dia dah tak makan blended food. Just makan nasi lembik je. Ada yang tanya aku; hand blander atau food processor? I op for hand blender sebab lebih kompak, ringan, efektif dan multipurpose, tak terhad untuk makanan anak saja. Kau nak blend adunan kuih pun boleh. Food processor is bulky, limited usage (kalau kreatif tu lain cerita lah) dan anak kau makan blended food takat umur 8-9 bulan je. Lepas tu dah slowly kena tukar texture makanan. Jadi macam tak berbaloi je beli food processor.

Hand blender aku pakai jenama Panasonic, dapat masa kahwin manakala blender bullet tu jenama Shimono Core X, nenek Nuha bagi. Blender bullet tu aku guna untuk blend smoothies, jus atau adunan muffin Nuha. Bullet dia tak besar jadi memang just nice untuk portion Nuha. 

Selain tu, aku ada juga blender standard yang jug tu. Itu untuk aku blend cili apa segalalah. Itu memang tak campur dengan Nuha punya stuffs. Jug pun ada dua, satu untuk yang pedas-pedas, satu untuk blend jus.

6. Oven

Aku guna oven (bukan microwave tau) jenama Haier Beli dekat Tesco, RM 99 sahaja. Masa tu tengah ada offer. Hahahaha!
Takat nak buat muffin Nuha, cookies Nuha, biskut raya Nuha, ayam bakar, mini pizza (and the list goes infinity) - Boleh sangat. Volume 19 liter. Tak besar dan tak kecil sangat. Kau nak besar-besar pun nak buat apa? Meniaga kuih raya ke?

So far, semua yang aku ada ni memang aku fully utilize dan sangat membantu kerja-kerja memasak aku. Bila aku efisyen di dapur, aku dapat spend masa lebih untuk keluarga dan aku tak stress. Tu je sebenarnya. Bukan beli semua jenis gajet dapur, display atas table top tapi tak sentuh pun. Biarlah aku beli murah-murah je tapi aku guna. Jahanam kalu….Beli baru. Apedehal~

Semoga bermanfaat, ya!
Dhiya

Nuha Food Journey: Pentingnya Pengurusan Masa dan Merancang Menu


Bismillah

Aku ada terima beberapa email yang bertanya lebih kurang begini soalannya: "Struggle tak untuk prepare makanan anak sebab sis kan kerja?"

Jawapan aku: Ya dan tidak. Depends.
Fellow mothers,

Bila dah jadi mak, tak boleh malas. Dulu masa bujang, makan mee segera pun takpe. Masa dah kahwin, makan fast food pun okay. Tapi bila dah ada anak, takkan la masih nak kekalkan gaya hidup macam tu? Kenalah ubah sikap. Kau bukan setakat struggle untuk prep makanan anak je. kau kena struggle untuk every single think in life! Bab prep makanan anak ni adalah sebahagian kecil je dari tanggungjawab kau sebagai seorang ibu. Tanggungjawab kau sebagai manusia banyak lagi yang tak terlangsai. So jangan anggap prep makanan anak ni disaster sangat.

And yes, it will happen progressively so that you can adapt. It's all about time.

Anak mula makan pada usia 6 bulan. Maknanya kau ada 6 bulan untuk belajar, untuk adapt dan untuk bersedia. Takde la hari ni anak kau lahir, esok dah kena makan, kan?

Gunakan masa senggang untuk belajar. Sekarang banyak je sumber bacaan untuk kau tambah pengetahuan tentang pemakanan anak. Tak semestinya kena buka buku. Buka FB, cari page yang sesuai dan kau boleh dapat info yang berguna. Bukan buka FB untuk mengecam dan membawang je.

Paling penting (pada pendapat peribadi aku) adalah pengurusan masa dan kemahiran merancang. Knowing that I'm a working mom, masa aku untuk keluarga amat terbatas dan aku kena fully utilize masa yang ada. Berikut adalah antara apa yang aku praktikkan dalam pengurusan masa dan merancang:

1. Atur waktu tidur anak

Pastikan anak mendapat tidur malam yang cukup supaya dia bangun pagi dengan ceria dan tak banyak drama. Nuha tidur seawal 9.30 malam atau paling lewat 10.00 malam. Selalunya aku akan tidur sekali atau sedikit sebanyak aku bersiap untuk keperluan esoknya seperti: Siapkan beg pengasuh, siapkan menu main meal dia. Itu pun aku tak akan lebih dari 10.30 malam. 

2. Parents, bangun awal!

Suami dan isteri; bangunlah awal. Bukan isteri je yang kena bangun sorang. Banyak benda kau boleh setel dengan bangun awal terutamanya hal di dapur seperti memasak makanan anak, sidai kain baju, dan mengemas ala-kadar. As for me, aku bangun 4.50 pagi terus masak nasi untuk bekalan Nuha dan pam susu untuk sesi pagi. Ni cara cepat aku masak nasi. Main course dia selalunya aku dah plan untuk seminggu dan bahan untuk memasak biasanya aku dah prepare dalam portion yang kecil supaya boleh ambil dan terus tumis atau masuk kuali. Kalau sup-sup, selalunya aku guna slow cooker. Malam sebelumnya dah letak dalam slow cooker. So pagi tu just nice je kejadiannya. Tapi kalua masak lemak selalunya aku masak awal pagi. Cepat je siap kalau semua bahan dah ready awal-awal.5.30 pagi aku dah siap mandi dan suami aku pun dah bangun. Selalunya dia akan tolong sidaikan kain baju lah.

Ideally waktu ni Nuha masih belum bangun. Kalau 'nasib tak baik', kadang kadang dia mengigau atau menangis dan aku akan stuck juga tak boleh buat kerja sebab kena susukan dia. Tapi inilah kelebihan bangun awal pagi. Waktu yang ada tu adalah sebagai contingency jika anak tiba-tiba bangun macam ni lah.

3. Siapkan diri sendiri sementara anak tidur

Jangan tangguh-tangguh. Inilah pengorbanan dan harga yang perlu dibayar apabila kau memilih untuk menjadi ibu dan ayah. Say good bye to late wake up, being lazy and cosy in the bed and layan mata sampai ke hujung waktu. Aku akan pastikan aku siap mandi by 5.30 pagi dan baju kerja dah ready. (Buat la macam mana pun...Nak iron malam ke, iron pagi-pagi tu ke, iron hujung minggu sekali banyak ke). Kenapa? Supaya by the time she wake up, kau dah siap kerja kau dan boleh siapkan dia pulak.

Tapi selalunya kalau Nuha bangun, suami aku yang akan uruskan dia sementara aku akan pack makanan yang perlu dibawa ke rumah pengasuh

4. Guna apps 

Aku tak guna apps canggih-manggih pun. Aku cuma guna Dropbox je. Dalam Dropbox tu aku create satu folder nama Nuha. Dalam tu cuma ada satu document dalam bentuk excel yang aku sync kan dengan laptop di pejabat. Apa-apa perancangan, notes, atau resepi-resepi menarik ke aku boleh update samada dari laptop atau dari phone dan boleh diakses dari kedua-duanya juga. Jadi kalau aku teringat apa-apa, tapi aku dah tak ada depan laptop, aku boleh update di phone je even aku tengah dalam tren. Esok kat pejabat aku boleh bukak update tu di pejabat sebab dia dah auto-sync. Senang, kan?

5. Rancang menu

Dalam excel file tu, ada tab rancangan menu untuk Nuha. So aku ikut je menu plan tu elok-elok. Selalunya menu Nuha ada 3 jenis; Sarapan, makan tengahari dan minum petang. Aku juga buat satu finger food dan satu portion buah untuk dia. Maknanya paling kurang ada 5 jenis makanan yang aku kena siapkan setiap pagi. Tapi tengok pada perancangan la...Selalunya minum petang dia seperti agar-agar, pengat aku akan sediakan sekali banyak dan tahan sampai 2-3 hari. Finger food pula aku siapkan frozen dan hanya tinggal digoreng je pagi-pagi. Tak kosser la aku nak menggentel potato stick subuh-subuh weii~
The only menu yang aku siapkan pagi-pagi adalah main menu dia iaitu nasi dan sejenis lauk. Yang ni memang kena plan elok-elok. 1-2 portion dihantar ke rumah pengasuh, dan 1 portion lagi aku tinggal di rumah untuk makan malam dia. Itu je.

Kalau korang perasan, 3 point pertama aku are all about time. Bagi anak tidur, kau kena tidur awal dan bangun awal serta utilize masa dengan baik sewaktu anak tidur. Nampak tak? Nampak kan?
So I wish all mommies out there good luck dan semoga setiap satu usaha yang dilakukan demi keluarga akan dinilai sebagai pahala yang banyak dan dianugerahkan syurga. Tiada ibu yang sempurna, tapi kitalah ibu selamanya.

Dhiya

Suami, Ambil Cakna 5 Benda ni Walau Nampak Remeh!


Bismillah

Aku menulis ni bukan sebab aku kaunselor rumahtangga atau orang yang pakar. Jauh sekali sebagai orang yang makan garam dulu dari korang. Aku menulis ini sebagai summary dari apa yang aku baca, perhati dan dengar dari kehidupan sekeliling aku.
Aku mingle around dengan ramai orang termasuk golongan berbeza usia, berbeza jantina,lain-lain bangsa, dan lain-lain agama. Aku dengar apa cerita mereka, aku dengar apa komen mereka.
1. Family Time

Nama pun FAMILY TIME. Jadi buat lah apa-apa aktiviti yang melibatkan ahli keluarga. SAY BIG NO to phone and tv. Kalau mampu, keluarlah. Bercuti ke apa. Kalau tak, jalan-jalan ke mall, do some groceries shopping atau ke taman pun tak pe. Kalau tak mampu sangat pun, family time di rumah pun takde hal. Create an environment that belongs to family dalam rumah macam isteri lipat kain while suami riba anak sambil bacakan buku atau apa saja. Dan jangan dilupa, solat berjemaah dan makan bersama pun antara family time yang sangat berharga walaupun hanya ambil masa 10-15 minit saja.
Family time means togetherness. Bukan isteri berkitai di dapur, suami sila panggung di depan tv dan anak di dalam bilik dengan phone. NO BIG NO! Everyone must sit together and do activities together. Kalau isteri memasak, suami dan anak tunjuklah muka di dapur. Kalau suami tengah basuh kereta di porch, isteri mungkin boleh siram pokok bunga di halaman dan anak boleh mandi kolam di tepi halaman. Kata kuncinya adalah BERSAMA.

2. Tolong Libatkan Diri Dalam House Chores

Suami-suami yang budiman, melibatkan diri dalam kerja-kerja rumah tak menjadikan kau pondan atau dayus langsung. Malah kau akan dianggap hero oleh isteri. Anak-anak pun akan pandang kau sebagai idola.
Tak salah pun kalau kau nampak kuali yang lepas isteri kau masak sarapan tadi berendam dalam sinki, kau tolong basuhkan. Mesin basuh dah panggil, kau tolong sidaikan. Kau nampak tong sampah dah penuh, kau tolong ikatkan dan letak di luar...Nanti nak keluar bawa turun atau bawa ke tong depan. Sila ada common sense.
Jangan sekali-sekali dalam kepala otak kau ada assumption: Takpe...Kalau aku tak buat, sure bini aku akan buat punya…
Untuk pengetahuan, seorang isteri ni dia akan cuba yang terbaik untuk buat semua benda. Tapi kalau kau tiba-tiba nampak kuali goreng bihun pagi tadi dalam sinki lagi, tu maknanya memang dia tak sempat nak basuh sangat la tu. Dia bukan pemalas. Dia tak sempat. Tak mampu nak juggle dengan banyak benda dalam satu masa. 

3. Bangun Awal Pagi

Ini paling basic kut~ Kau tahu tak isteri kau bangun pukul berapa? Tak tau kannnnnnnnnnnnn! Aku cabar suami-suami sekalian try lah bangun sama waktu dengan isteri dan tengoklah apa yang mereka buat. Ketahuilah di saat kau sedap berselimut di awal pagi, mereka mungkin berpeluh sebab memasak makanan dan menyediakan bekal untuk kau dan anak-anak. Di sudut yang lain, mesin basuh sudah memanggil minta dikeluarkan kain baju untuk disidai. 
Jadi, para suami sekalian - Di sinilah bantuan kau diperlukan. Kalau kau tak tahu nak memasak atau tak tahu nak tolong apa, tolong sidai baju tu sangatlah besar ertinya. Sambil-sambil tu boleh je kemas-kemaskan mainan anak yang bersepah di depan tv tu. At least tinggalkan rumah dalam keadaan lapang akan melapangkan fikiran kau dan isteri kau sebaik balik dari kerja petangnya nanti. Isteri kau tu sebenarnya sangat rushing mengejar waktu sebelum anak bangun (sebab kalau anak bangun, dia tak boleh buat apa. Kena layan perangai pagi-pagi dia je) dan juga mengejar waktu nak ke pejabat. Kalau dia full time housewife pun, tak bermakna kau boleh serah semua kerja kat dia sebab dia pun manusia juga, dan apa yang dia buat tu adalah untuk kau dan anak-anak. So no harm untuk kau bangun awal pagi tolong dia sebab dia dah berkorban untuk kau.
Kalau dah selesai, tak salah kalau solat subuh berjemaah. Kan sweet macam tu? Ini tak...Tiap-tiap pagi bini yang kejutkan. Malulahhhh~

4. Anak 

When you decide to have child, it's a bilateral responsibilities. Tanggungjawab suami bukan takat cukupkan keperluan fizikal (makan pakai) anak semata-mata. Tapi kolam emosi dia juga perlu diisi. Kau pernah tengok anak menangis bila kau bangun atau hilang pergi jamban sekejap? Hah itu bukan sebab dia nak duit kau. Tapi dia nak keberadaan (presence) kau.
So sebagai seorang ayah yang mithali dan seorang suami yang macho, tak salah malah digalakkan kau ada dengan anak di saat mungkin isteri kau nak mandi, nak solat atau waktu yang dia ada kerja sekejap. Kadang-kadang dia nak baring 10 minit je tanpa gangguan di bilik. Bagi la can kannn~ Hahahah. Sebab kau tak pernah tahu macam mana isteri kau jadi sotong mengasuh anak di saat kau tidur lepas kenyang makan tengahari. Kehkehkeh!
Come on, guys! You can be better than that!
Aku memang respect gila pada ayah-ayah di luar sana yang boleh handle anak (macam suami aku lah. Eh tiberrr puji suami aku) dari sekecil-kecil benda macam suap makan sampailah ke tukar pampers dan tidurkan anak. Tahniah dan korang dah buktikan korang memang great contributor dalam share keibubapaan :)

5. Hormat Dengan Masa

Pepatah Arab ada menyebut; Masa ni memotong macam pedang. Nak bagitau yang masa ni sangat pantas. Kalau hang tak mendahului dia, dia akan mendahului hang dan akan meninggalkan (memotong) hang dalam kerugian, kesakitan dan kepedihan. Yelah...Masa mana boleh putar balik, kan?
Oleh itu, hormatilah masa dengan solat di awal waktu, be punctual, well-plan your activities dan urus apa-apa yang melibatkan masa, menunggu atau apa saja dalam aktiviti seharian dengan baik. Contohnya hari tu kau terpaksa balik lambat sebab banyak kerja di pejabat, tolong inform isteri awal-awal supaya dia boleh atur masa dia untuk balik on time, supaya tak delay ambil anak, dan bblablabla..Benda tu (bagitahu awal-awal yang kau balik lewat) akan beri kesan berantai pada pandangan dan aktiviti seorang isteri sebab dia macam dah nampak apa yang dia nak buat at least 30 minit ke depan.
Selain itu, kalau nak keluar ke balik kampung ke ape- Give time to her to prepare. Orang perempuan ni tak suka benda yang kelam kabut ni. Contohnya nak pergi bercuti esok, kau baru bagitahu dia petang ni. Mana dia nak siapkan baju anak, baju kau orang berdua lagi. Kalau ada anak kecil, nak kena bawa alat masak segala lagi (aku lah tu). Kau tahu ape? Tahu JOMMMMMMMM je. No. Salah tu. Kalau kau tak boleh tolong dia bersiap, tolong bagi dia masa pun cukup lah :)

Demikian 5 perkara yang seorang suami boleh tengok dengan detail demi kebaikan bersama. Kalau kau sokong isteri dalam 5 bab ni, Insya Allah mental burden dia akan berkurangan malah hormon kegembiraan dia akan meningkat. Pernah dengar; Happy Wife, Happy Life? Hah inilah dia~ Kau tak perlu mandikan dia dengan harta dan wang ringgit. Cukup dengan ada bersama dia, bantu, sokong dan sayang dia, Insya Allah gembira.

Aku bukan kaunselor rumahtangga ya. Aku pun struggle tapi selalu optimis dengan hubungan. There're always rooms for improvement. Semoga kita semua terus belajar, menerima dan bekerjasama dalam melayari bahtera rumahtangga menuju ke syurga.

Dhiya
Terus belajar

Nuha Food Journey: Nuha Makan Beras Apa?


Bismillah

Recently aku ada terima persoalan tentang beras. Nasi Nuha nampak nice je kejadiannya. Apa rahsia? Ya Allah tak ada rahsia. Nama pun nak jadikan bubur atau nasi lembik. Jadi kenalah masak nasi tu guna banyak air. Tu je rahsia aku.

Soalan:
Amak masak nasi Nuha pakai beras apa?

Jawapan:
Beras yang ada kat rumah je. Beli beras pun ikut dan je kami ni. Beras biasa, beras basmathi, beras sumo pun ada sebab apak Nuha suka makan sashimi.

Tapi kan, haritu aku terbaca satu posting seorang mak ni, dia cakap dia guna beras Siam yang timbang kilo dari Kelantan tu. Yelah...Orang Kelantan kan terkenal dengan nasi air...So aku rasa mereka mesti ada rahsia untuk masak bubur ni. Aku pun cuba-cuba la cari kat Shopee. Ye lah. Aku ni, teringin atau teringat nak beli apa-apa, cari kat Shopee dulu. Eh memang ada la seller jual beras, based di Kelantan.

Aku pun beli je lah. No harm for trying kan. Who knows it works well~
Sebaik sampai je, aku terus guna. Reaksi aku; Wow! Memang lawa je nasi Nuha with less effort needed!
Tapi aku tak dapat beras macam dalam gambar ni tau. Dia dah repacked guna plastic biasa je. Mula-mula skeptikal lah juga. Tapi lepas dah masak, baru aku tahu kualiti dia bagus. Seller pun ada reputasi yang baik. 
Parents, semua beras sama je tau. Janganlah susahkan diri. Ye memang semua mak nak yang terbaik untuk anak-anak. Tapi kalau kita mampu beli beras murah je (mana ada beras murah. Semua pun mahal oiii!), tak bermakna kita tak buat yang terbaik untuk anak kan? Jangan la rasa offended, terhina atau rendah diri dengan apa yang kita ada. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain okay!

Ha satu lagi. Aku bukan seller ni okay. No conflict of interest tau. Aku just menjawab soalan mak-mak yang bertanya tentang nasi Nuha. Hah inilah dia jawapannya. Semoga bermanfaat, ya :)

Salam sayang
Amak Nuha

Nuha Food Journey: Bread Pudding


Bismillah

Bread pudding untuk minum petang Nuha!
To date, ini adalah antara kegemaran Nuha. Aku akan buat bread pudding ni selang sehari sebab satu adunan ni, aku belah empat (tengok gambar). Aku hantar ke rumah mama dua bahagian. Hari tu try tuang puree mango dalam bread pudding ni tapi nampaknya Nuha tak suka sangat. Dia lagi suka makan macam tu je. Nanti aku nak try buat sos kastard pulak.

Bahan-bahan

1. 2 keeping roti wholemeal
2. Sebiji telur
3. 2 biji isi / puree kurma / madu pun boleh
4. Susu full cream (agak-agak je)
5. Boleh tambah pisang atau labu yang dah dikukus

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan dalamm blender
2. Blend sampai semua hancur
3. Masukkan dalam bekas. Aku guna bekas stainless steel je
4. Kukus sampai masak
5. Simpan dalam peti dan boleh dimakan sejuk

Nuha selalu makan bread pudding ni waktu sarapan atau minum petang. Kenyanglah dia sementara nak tunggu makanan berat. So far, thumbs up sokmo Alhamdulillah.
Thanks Nuha sebab makan je apa yang ummi masak <3

Ummi