EDD aku adalah 10 Jun 2018 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1439 H. Tapi macam biasalah, ada plus minus di situ. Bila masuk je Ramadhan, perasaan dah bercampur baur. Takut, seronok, tazabar nak tengok baby dan macam-macam lagilah. Aku selalu cakap kat suami aku yang aku takut. Takut sakit. Kadang-kadang aku menangis mengongoi depan dia cakap pasal aku banyak dosa dan takut susah nak bersalin. Nampak tak drama aku~
Tapi Ramadhan tetap dilalui dan diraikan dengan meriah oleh kami suami isteri. Aku masih gagah berpuasa dan kami bangun sahur bersama-sama, bersahur ala kadar. Kalau hujung minggu, kami akan berterawih di masjid terutamanya Masjid Negara. Suami aku tiap-tiap pagi akan tanya samada larat ke tak nak berpuasa. Aku selalu cakap aku ok, baby pun ok. Kadang-kadang suami aku marah juga. Katanya aku memang la ok. Tapi kita tak tahu baby kat dalam ok ke tak. Dia bukan reti bercakap kalau lapar. Eh betul juga. Tapi Insya Allah Alhamdulillah aku dan baby dapat laluinya dengan baik.
Lepas balik dari solat tarawih, aku ajak suami aku ke Tapak di depan Amcorp Mall. Tapak ni adalah tempat makan-makan yang berkonsepkan food truck. Aku makan aiskrim RM 13 malam tu. Harga nak pergi haji balik hari gayanya~ Disebabkan harga aiskrim je dah melepasi bajet, aku tak makan pun. Lagipun aku agak kenyang. Just nak duduk lepak-lepak beromantika je.
Balik rumah dah dekat pukul 11 malam. Apa je boleh buat. Tidur lah~
Kami bangun 4 pagi untuk bersahur. Masa tengah makan, aku bagitau yang aku sakit perut dari tengah malam tadi. Tak lena sangat pun tidur, tapi taklah sakit sangat. Suami aku cakap tak payahlah puasa kalau macam tu. Aku pun menurut je sebab rasa memang tak ada tenaga nak puasa. Lepas siap makan, aku masuk tandas untuk buang air kecil dan ambil wuduk. Aku nampak darah turun ke betis. Tak banyak sangat, tapi aku kenal la tu darah. Aku bagitau suami aku yang tengah basuh pinggan di sinki. Kalau boleh melambung pinggan mangkuk tu, dah lama dah terbang kegirangan agaknya. Aku nampak dia yang kelam kabut. Dan dan tu jugak suruh bersiap ke hospital. Masa tu dekat pukul 5 pagi. Aku cakap; don't worry, aku tak sakit lagi. Kita lepaskan subuh je lah.
Masuk waktu subuh, kami sempatlah bersolat subuh secara berjemaah. It was very emotional. I'm gonna miss that moment.
Dalam pukul 7 pagi macam tu, kami pun keluar tapi tak terus ke hospital. Suami aku cakap dia nak ke pejabat dulu, tinggalkan laptop di pejabat supaya kalau dia cuti nanti, orang lain boleh back-up dia dan semua dokumen dah ada dalam laptop tu.
Dalam pukul 10 pagi, akhirnya kami ke Hospital Shah Alam.
Admission was okay, calm and quite fast. Cuma jururawat cakap sekarang wad penuh. Jadi kena tunggu kat
labour room, kat kerusi je.
I was like OMG OMG. Lepas cek kat PAC tu, aku dibawa ke tingkat 4,
labour room. Kat situ ada beberapa orang lagi yang tengah menunggu di kerusi. Aku nampak ada beberapa orang dalam bilik menunggu, juga mundar mandir, banyak berjalan. Sementara menunggu
clerking dan
check-up oleh doktor di
labour room tu, aku sempatlah tengok perangai orang. Maklumlah, masa tu aku tak sakit sangat lagi.
Bila nama aku dipanggil untuk cek dan
clerking oleh doktor pelatih, masa tu aku dah mula sakit.
To be frank, sakit aku
bearable cuma kadang-kadang masa doktor tengah tanya-tanya tu aku berhenti sekejap sebab tahan sakit. Doktor pun sangat memahami dan tak memaksa sangat. Cek yang kedua dibuat oleh MO. Akhirnya dia buat keputusan untuk discaj aku sebab katanya
opening baru 1 cm, sakit pun
bearable dan ketuban pun tak pecah lagi.
Nurse kat situ cakap,
it's good lah boleh balik dulu sebab kat
labour room ni takde katil. Balik rumah boleh rehat. Tapi kalau air ketuban dah turun, kena cepat-cepat datang balik ke hospital.
Aku turun balik ke PAC dan nampak suami aku setia menunggu. Aku pun ceritalah yang aku boleh balik dulu. Dengan tenang dan lega, kami balik. Masa tu dah tengahari. Suami aku singgah Burger King dan belikan Whopper untuk aku makan.
Kami sampai di rumah dalam pukul 1.30 petang. Niat di hati nak baring atas katil dan meluruskan pinggang. Masa tu sakit lah juga sekejap-sekejap. Kadang-kadang aku genggam lengan suami aku. Baru je nak baring, aku rasa macam ada air panas turun. Aku tau aku tak kencing. Aku cepat-cepat bangun dan air tu turun kat tepi katil. Cepat-cepat suami aku ambil kain lap. OMG OMG OMG.
The baby is coming. Dalam pada panik air tengah turun tu, aku senyum kat suami aku. Dia cakap : "Sempat lagi ke senyum? Kejap lah, saya solat jap lepas tu kita pergi hospital balik". Aku pun solat dan mandi juga dan kami keluar semula pukul 2 petang.
Sampai je di hospital,
I have to start everything all over again. Cek kat PAC tu dah makan masa dekat setengah jam, baru naik ke
labour room. Masa tu sakit dah kerap. Aku cakap kat
nurse, tak boleh ke skip PAC ni. (Suka hati aku je~) Bila
nurse bawa aku naik ke
labour room dalam pukul 4 petang,
again- aku kena tunggu lagi. Masa ni kekuatan mental memang perlu. Sakit dah kerap tapi masa berjalan begitu perlahan. Doktor cek balik dan
all the procedures were done. Pergerakan aku perlahan, tapi under
control. Bila sakit, aku duduk diam. Bila tak sakit, aku gerak laju samada nak tukar baju, minum, tengok
phone atau jalan-jalan. Aku minta epidural sebab aku nak rehatkan badan. Tapi HO cakap, epidural tak de kalau hari minggu. Hahahah! Aku faham, aku faham. Takpe. Mereka tawarkan pethidine pun aku terima je asalkan aku dapat rehat. Pethidine diberi dalam bentuk suntikan di
labour room. Tak sampai 15 minit pethidine diberi,
nurse panggil aku- Rupanya aku dapat
bed kat wad. Alhamdulillah!
6.30 petang, aku dibawa ke wad diiringi suami. Kesian dia. Berbuka apalah agaknya. Penangan pethidine ni buat aku mengantuk. Aku ingat masa aku di wad, suami aku
kiss dan bisik
something. Tapi aku just
hushed him with my hand. Aku cakap aku mengantuk dan nak tidur. Aku juga ingat ada
nurse datang bagi
orientation wad. Aku dengar dia tunjuk kiblat, tandas, kaunter jururawat semua. Tapi mata aku pejam. Tandatangan borang
acknowledge orientation pun sambal pejam. Sakit? Yup sakit. Tapi aku rasa sakit macam
period pain je. Tiap kali
contraction, aku akan terjaga dan pegang besi katil. Bila
contraction hilang, aku sambung tidur balik. Doktor datang
visit pun aku cuma angkat ibu jari je,
means I am all good.
4 Jun 2018, 19 Ramadhan 1439 H, Isnin
Sampailah pukul 12 malam, aku minta pethidine lagi. Doktor cakap mereka tak boleh bagi dah sebab
opening dah 5 cm. Kejap lagi kalau
labour room kosong, dah boleh ke sana. Aku rasa takde pethidine pun ok. Cuma aku berjaga untuk rasa sakit dan tak selesa tu.
Again, aku
play around dengan
mind set dan sedikit
self-hypno yang aku tak ada pergi kelas pun untuk belajar benda ni.
Sedar tak sedar, dah pukul 4 pagi. Aku cakap aku macam dah ada rasa nak
push, tapi aku boleh kawal diri lagi. Tapi
nurse dah tolak aku ke
labour room, ke bilik nombor 5. Aku ingat ni. Drama kat
labour room tak lama. Dalam sejam lebih je. Suami aku ada teman. Dia
remind aku cara bernafas dan urut belakang aku bila tak ada
contraction.
Out of blue, aku rasa macam dah nak
push. Everything was very fast. 2 kali teran,
baby hanya disambut oleh dua orang
nurse dan takde pun pasukan sorak yang macam orang dok selalu cerita tu. Semuanya sangat tenang dan tak ada
rush moment. Dalam bilik tu cuma ada 4 orang termasuk aku. Aku dengar
nurse cakap : "
Baby out!" dan aku tengok jam, masa tu 6.15 pagi.
I was like: Ehhhh dah keluar ke?
Nurse tunjuk jantina
baby dan suruh aku
mention boy ke
girl. OMG it was a very precious moment! Aku dengar suara
baby merengek lepas tu mereka cakap nak bawa keluar kejap untuk dibersihkan. Suami aku pun disuruh keluar, boleh solat subuh dulu dan ke kantin beli makanan. Dalam masa tulah
nurse bantu keluarkan uri dan jahit luka.
Tak lama lepas tu,
baby diletak dalam
cot sebelah aku dan suami aku pun masuk balik bawa makanan. Lama juga kami bertiga duduk dalam bilik nombor 5 tu, macam
private room kami sendiri. Kami diberi masa untukk
bonding termasuklah menyusu, dan azan iqamat. Alhamdulillah semua dah selamat. Lebih kurang pukul 7.40 pagi, ada seorang
sister bantu aku untuk keluar dari
labour room dan dihantar ke wad kembali.
Aku balik ke wad dengan muka bangga;
I am a mom now! Gittew~ Memandangkan masa tu bukan waktu melawat, suami aku tak boleh berlama-lama di katil aku. Dia pun nak kena balik dan uruskan uri. Aku pun mengantuk sangat. Tapi sebelum tu aku sempat
call mak aku di Pahang, sembang biasa-biasa dulu, kemudian barulah aku bagitahu yang aku dah bersalin. Dia agak terkejut, tapi tak apalah. Aku memang dah bagitau kami akan selesaikan semua di sini dulu baru balik berpantang di Pahang. Mak aku pun masa tu menjaga abah aku yang tak berapa sihat. Jadi aku yakin aku dah buat keputusan yang tepat dengan tidak membebankan mak aku di saat genting ini.
Aku tidur dengan aman, sama dengan
baby. Segala bising hiruk pikuk di wad tu kami tak sedar dah. Aku sedar bila dah tengahari, suami aku datang melawat dengan bibik. Bibik
was the happiest person masa tu. Katanya tak sangka dapat pegang
baby aku sebab dia jaga suami aku pun dari
baby. Bayangkanlah!
Waktu melawat petang, mereka datang lagi. Tapi tak lama sebab nak berbuka puasa pulak.
Malam tu adalah malam pertama aku dengan
baby.
She's having culture shock, I guess. Hahaha. Di saat aku tengok
baby lain elok je tidur dalam
cot, baby aku tak selesa di situ. Bila aku pindahkan ke tepi aku, kemain lena tidur. Jadi aku faham yang dia nak tidur sebelah aku. Kecik-kecik lagi dah pandai. Bagusssss~!
Pukul 3 pagi pun aku
awake dan aku
enjoy (sebab siang tu aku dah tidur teruk). Wad ni tak pernah tidur walaupun awal pagi. Sekarang aku nampak sendiri dengan mata kepala aku betapa kakitangan kesihatan ni
struggle sangat. Doktor yang taknak bagi pethidine kat aku semalam, masih pakai baju yang sama hari ni...Nampak tak pengorbanan mereka?
5 Jun 2018, 20 Ramadhan 2018, Selasa
Doktor buat
round pagi tu, mereka kata aku boleh balik pagi ni. Lepas sarapan, aku pun
call suami aku. Proses nak discaj pula bukan sekejap. Banyak perkara yang perlu diuruskan. Nak keluar dari wad pun tak boleh keluar macam tu je.
Security guard baju putih tu akan cek gelang nama
baby dan gelang nama kita untuk tujuan keselamatan.
Everyone was smiling and congratulated me. Again, I am a proud mommy!
Aku tinggalkan Hospital Shah Alam lebih kurang jam 1 petang di saat orang sedang ramai di Jakel Seksyen 7 Shah Alam membeli belah untuk raya. Hhahahaha! Alhamdulillah,
all good dan aku sampai di rumah dan bibik sudah sedia menanti. Bibik akan jaga aku untuk hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat sebelum aku pulang berpantang di Pahang pada hari Sabtu. Masa yang ada, sempatlah suami aku uruskan pendaftaran nama di JPN dan beli apa-apa yang perlu sebelum aku bercuti panjang di kampung.
Take home message
1. Datang hospital bawa barang yang perlu je. Untuk diri sendiri, bawa sepasang persalinan untuk discaj sahaja. Kat wad dan
labour room, pakai baju hospital. Tapi bawa
maternity pad dan
disposable panties banyak-banyak. Aku bawa 4 paket
cotton disposable panties beli dari Guardian.
2. Untuk
baby, bawalah 2-3 pasang baju
baby. Tak payah baju
fancy-fancy sangat sebab
baby masih ada tali pusat dan tak boleh pun nak melawa dengan rompers 'I Love My Mum' tu. Lain lain termasuklah
new born diapers, dan
wet tissue. Lepas
baby lahir pun sebenarnya
baby akan pakai baju hospital. Jadi tak payah
overthinking sangat pasal baju
baby.
3. Item #1 dan #2 ni, letak dalam beg kecil dan terus bawa sebaik korang masuk PAC. Jangan tinggal kat suami sebab nanti susahkan dia.
Once masuk PAC, agak susah dah nak jumpa suami nak ambil barang
or what so ever
4. Buku
pink jangan dilupa!
5. Tanggalkan barang kemas siap-siap di rumah.
6. Masa aku kat
labour room, aku tengok ada HO lelaki dalam 3 orang. Tapi mereka ni banyak bantu cucuk branula macam tu je. Yang cek-cek ni semua HO perempuan. Ini yang aku dapatlah. Alhamdulillah aku direzekikan dengan perawat perempuan semuanya, sehinggalah di dalam bilik bersalin.
7. Di wad kelas 3, satu
cubicle tu ada 6
beds. Aku duduk
bed 16, hujung sekali. Agak selesa sebenarnya sebab macam ada
private area sendiri. Tandas pun dekat. Kami ada minta wad kelas 2 tapi tak sempat dapat pun sebab duduk wad satu malam je. Bawalah biskut pek kecil-kecil dan air kotak supaya kalau lapar, boleh makan tu dulu. Benda ni pun letak siap-siap dalam beg kecil yang aku
mention kat #3 tadi. Doktor lelaki ada, tapi sekali lagi aku direzekikan dengan doktor perempuan dan mereka sangat lemah lembut.
Nurse pun ramai. Kau takkan terabai punye lah. Cuma aku rasa kita kenalah hormat mereka walaupun kita dalam keadaan emosi yang tak stabil. Kalau rasa tak puas hati dengan
nurse ke apa, baik kau diam je. Tapi apa yang aku nampak,
nurse kat sini semua pantas dan cekap dengan kerja mereka. Tak ada masa nak cari gaduh dengan pesakit.
8. Siapa cakap bersalin di hospital kerajaan tak bagus? Aku rasa ok. Mereka sangat
professional.
Nurse yang 'marah' aku masa dalam bilik bersalin tu, datang balik kat aku dan minta maaf. Katanya marah untuk kebaikan. Apa lagi yang aku nak? Mereka pun berkorban banyak.
Baby aku keluar pukul 6.15 pagi. Aku tanya mereka, "dah sahur ke?" Mereka cakap "Puan jangan bimbangkan kami. Kami ok" walaupun di hujung telinga aku dengar : "Ya Allah ada lagi (kes) kat bilik 2 pulak".
9. Orang kata aku mudah bersalin. Alhamdulillah aku pun rasa begitu. Tak ada rahsia apa-apa. Aku tak makan makanan tambahan apa-apa kecuali makanan sihat. Aku pun pendosa, rasa tak layak untuk dapat kemudahan ini. Tapi aku selalu dampingi suami dan selalu minta doa dia. Lagi satu, aku rasa ini antara asbabnya juga: Setiap Jumaat aku akan bagi duit pada suami aku suruh dia
drop kat tabung masjid dan aku khatam Quran selama 9 bulan mengandung tu. Alhamdulillah, walaupun sekali khatam je. Aku buat ni bukan sebab aku baik, tapi sebab aku hamba.
Demikianlah sedikit sebanyak pengalaman aku. Alhamdulillah satu pengalaman yang manis.
Thanks husband for the support and patience. Insya Allah lepas ni aku nak cuba buat
proposal bersalin di Andorra pulak, hantar pada suami aku. Eh? Adik
baby is coming ke?
Ummi Dhiya