Travel Pantai Timur 16-18 September 2022- Part 1 (Terengganu)


Bismillah

Ingat tak aku pernah cakap 'this coming September kami akan ada another special trip'? Ha inilah dia.

Dua bulan aku plan trip Pantai Timur ni tau. Aku arrange semua dari pilih tarikh, book hotel dan buat itinerary sebab aku tau F akan drive dan spend kat part makan je sebab dia bukan sejenis manusia yang boleh duduk diam buat benda-benda leceh ni haha!

So here is Part 1 or our trip.
16 Sept 2022 Jumaat (Hari Malaysia)

Plan asal  nak gerak lepas subuh. Tapi hmmmm malam tu kami kepenatan dan hanya kemas beg dan prepare barang lepas subuh. Makanya lambatlah kami gerak. Sampai kat tol Gombak dah start sesak. Taktau nak cakap padan muka ke apa. Tapi takpelah, bukan aku yang drive pun :p

Perjalanan 2 jam pertama terasa macam nak balik kampung. Yelah, jalan yang sama balik ke rumah mak abah aku kan. Tapi sebaik exit Gambang je, kami dah rasa vibe bercuti. Tempat pertama F bawa adalah coffee stall kat Kuantan which is actually tak ada pun dalam itinerary. Tapi sebab kita chill-chill and flexi je tak kejar apa- So kita layan jelah!

Nama kedai kopi ni adalah Kuantan Pickers
Kedai kopi old-style konsep 80-an. Mula-mula masuk, aku mati-mati ingat ni kedai kopi cina sebab arrangement dia sama macam kedai kopi Ah Heng dulu-dulu walhal pekerja dia semua Melayu. Haha!
Tapi aku kan sejenis tak suka keraguan, so aku tanya siapa owner kedai ni. Pekerja dia terus tunjuk lesen niaga kat kaunter bayaran haaa terpampang owner nya seorang lelaki Melayu.
Dia cakap, semua orang ingat kedai ni kedai kopi Cina tapi sebenanrya tak. Owner yang suka konsep ni so dia work hard untuk dapatkan collectables yang rare supaya dia boleh buat konsep yang dia nak.
Makanan: Variety, sedap 9/10
Servis: Laju, staf peramah 9/10
Ambiance: Best, menggamit memori zaman kecil 10/10
Lokasi: Dekat dengan Kuantan 188, area Kula Cakes, walking distance around 8/10
Kedai ni ada lorong belakang yang sangat cantik tau. View dia sangat instagrammable!
Lepas makan, jalan-jalan sekejap kat area tepi sungai yang ada Kuantan 188 ni.
Banyak tempat menarik ya di Kuantan. Aku sebagai orang Pahang pun rasa malu sebab tak explore Kuantan sehabisnya sampai tak tahu ada hidden gems di sini. Ada banyak kedai kopi lain tau untuk korang cuba. F cakap next time balik rumah mak abah aku, dia nak datang Kuantan lagi. Ah sudahhh!

Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Terengganu menggunakan jalan pantai menuju ke Kuala Nerus sebab chalet kami di situ. Boleh tahan juga wei jauh dia, atas Kuala Terengganu lagi. Disebabkan drive pun chill-chill je sambil menikmati pemandangan- kami decide untuk singgah ke Pasar Payang di Kuala Terengganu dulu sebab lepas ni tak singgah dah sebab route dah lain. Lagi pun Pasar Payang ditutup jam 6 petang. 

Along the way, asal nampak kedai best je kami singgah. Asal nampak gerai jual makanan minuman menarik, kami singgah. Travel cara kami memang macam ni lah. Sebab tu F tak nak fly. Dia prefer drive walaupun penat sebab boleh singgah-singgah macam ni. Aku nak mintak drive pun dia tak bagi. Tapi kerja aku as co-pilot memang berat jugalah. Ap kau ingat aku boleh nganga tidur ke time dia drive?

Ok back to Pasar Payang story. Pasar Payang sekarang berada dalam compound baru. Bangunan lama yang bertingkat tu sedang diubahsuai. Katanya nanti kalau dah siap, peniaga asal akan balik ke bangunan tu dan compound baru ni akan dibuka kepada peniaga baru, which maksudnya Pasar Payang akan jadi lebih besar. Wohoo!
Disebabkan kekangan masa, kami touch and go mana yang sempat je. So selesai je kat Pasar Payang, kami terus ke chalet. Owner chalet pun bosan menunggu sampai dia pesan yang kunci ada kat tombol pintu je. Pandai-pandai lah kau masuk sendiri (agaknya lah dia cakap macam tu) hahahah!

Sampai je chalet, sempat solat dan angkat beg je. Lepas tu cepat-cepat turun ke pantai sebab nak tengok sunset. Kat keliling chalet kami ada banyak gerai celup tepung dan yang paling famous adalah Pok Nong, walking distance je. Tapi so sad, kami tak sempat nak merasa pun sebab queue dia sangatlah panjang lepas tu operation hour dia start jam 3pm sampai 8pm je. So memang cramp laa orang. Yang datang pulak bukan 1-2 kereta je- Tapi siap dengan bas! Rombongan setaman ke apa tahhhhh.
Oh yaaa. Inilah chalet yang kami duduk satu malam. Namanya Teratak Samudera Kita, terletak di Mengabang Telipot, Kuala Nerus. Chalet betul-betul depan pantai Masya Allah indah sangat. Dulu chalet ni ada dalam Booking.com tapi faham je lepas Covid, tak semua mampu nak stay dengan Booking.com dan mereka dah stand alone sekarang.
Pantai terletak hanya seberang jalan berhadapan dengan chalet kami. Nuha kemain suka dapat pijak dan messy play dengan pasir sampai nak balik pun kena heret padahal dah nak maghrib. Lepas maghrib, rehat-rehat sekejap, dalam pada penat tu F ajak kami dinner dekat satu restoran makanan Thai di kawasan tu, namanya D'Rumoh Pata (read = Di Rumah Pantai). Kalau baca review, tempat ni cantik petang-petang sebab nampak view  laut. Tapi sebab kami datang malam je lepastu penat sama jadi kami tak heran dah semua tu. Janji makan je.
Location: Dekat dengan chalet kami. Tempat cantik dan cozy. Kalau siang lagi cantik. Makanan: Pelbagai. Tapi kami makan makanan Thai. Sedap 9/10 aku bagi. Layanan pun bagus. 
Balik chalet, terbongkang masing-masing haaa kau tak sedar apa dah. Aku sedar tengah malam sikit sebab ada bunyi hujan. Aku sempat fikir satu je- mujur kasut bawak masuk dalam. Kalau tak, habis basah. Ha tu je. Lepas tu aku hanyut dalam mimpi lagi. 

17 Sept 2022 (Sabtu)

Celik je mata, semua orang rasa fresh dan recharged. Masing-masing excited bersiap nak pergi cari sarapan. Rupanya sarapan kami just walking distance je. F la ni dah study awal-awal. Aku ni punya la bersiap kemain lawa macam nak OOTD bagai rupanya jalan kaki je ke gerai kampung. Nama kedai: Kedai Kopi Jantan.

Tapi kan, gerai kampung bukan sebarang gerai ya. Masa kami sampai, orang macam tak ramai. Tapi makanan dia banyak gilaaaa. Dia longgok atas meja style kampung sangat. Slowly orang mula ramai sebab aku rasa kedai tu makin sendat. Orang yang datang cepat je grab sana sini pastu terus kira dan cari tempat duduk. Rupanya memang style dia macam tu. Aku je yang terhegeh-hegeh survey-survey apa ingat ni Mid Valley Megamall?
Lepas ambik makanan, dapat tempat kat belakang kedai dengan view sunrise. Masya Allah cantik sangat. Meja makan diperbuat dari kayu dan tempat duduknya bukan kerusi, tapi kekuda kayu yang panjang dan boleh duduk ramai-ramai tu. Rare kan? Nuha pulak minum air milo dalam piring style orang dulu-dulu. Pergh menggamit memori sangat wei!

Lepas makan, kami turun ke pantai sekejap untuk bagi peluang kat Nuha main pasir. Sambil-sambil tu sempat laa F survey Google Map sebab kami akan meneruskan perjalanan ke Kelantan pula which is our next destination is Pengkalan Kubor (hujung gilaa) then baru patah balik ke hotel di Kota Bharu. 

Kelantan trip, jom baca kat Part 2 (Kelantan) ya? In the mean time, silalah layan gambar-gambar kami di Terengganu ni.


Jom ke part 2 pulak!

Dhiya

No comments