Berapa Ratus Kau Habis untuk Pokok Viral?


Hai Assalamualaikum!

Siapa kat sini terjebak dengan pokok viral?

Bak sini aku angkat tangan dulu. Nak tunggu korang mengaku memang taklah kan.

It started one day before raya. Di saat orang melemang, aku ajak F pergi Sungai Buloh. Ye lah. Dah la tak boleh balik raya, apa je hiburan yang aku ada melainkan hias rumah sendiri untuk menyambut Syawal?

Masa tu indoor plant tak viral teruk sangat lagi. So bila aku sampai Sungia Buloh, orang tak ramai sangat dan aku boleh pergi kat tempat favourite aku dengan aman. Masa tu masih PKPB so hanya aku je yang turun membeli while F dan Nuha tunggu dalam kereta. Aku memang dah set nak beli pokok apa based on my study so benda jadi cepat.

Ni pokok-pokok yang aku beli:

1. Lidah jin RM15 + RM20 pasu seramik lawa
2. Monstera RM15
3. ZZ plant RM18
4. Hanging plants RM7 x 3 = RM21
5. Peace Lily RM15
6. Lily bunga merah RM15

Semua dalam pot biasa so aku beli pasu putih murah-murah je untuk beautification. 

Update: Sekarang aku tengah tunggu rak bunga bertingkat yang dibeli dari Shopee. Status dah out for delivery ke pangkuan suami aku. Motif? Sebab send ke office dia lebih senang. Sejak PKPP ni posmen atau delivery tak boleh naik ke ofis aku sampai depan pintu. Kita pulak kena ambik barang kat foyer sana. Kosser lah aku~
Nanti kalau dah sampai dan dah siap pasang, aku letak gambar, ok?

Balik rumah mak abah aku masa lepas PKPB haritu, aku jumpa macam-macam rupa pokok lidah jin dan keladi lawa kat rumah tu. Hhahahaha! Tak nyesal aku beli sejenis je. Yang lain-lain tu aku boleh ambik free je dari kampung. Lawa-lawa dan sihat-sihat lagi. Maklumlah tanam atas tanah free style macam tu. Haruslah cukup nutrient, baja dan airnya.
Setakat ni aku grab keladi hijau dengan lidah jin spesis macam dalam gambar tu je dulu. Lain-lain, tunggu dan tengok macam mana rupa indoor rack aku tu dulu. Selebihnya tunggu rumah baru siap dan semua indoor plant aku adalah pokok hidup. Kotunggu~

Kat rumah aku juga ada beberapa jar golden pothos yang lawa-lawa dan sihat. Aku ambil kat tepi playground kat rumah masa bawak Nuha main je. Ya Allah jimat sangat, sis! Hhahaahah!

Nasihat aku tentang pokok viral, tak payah gelojoh sangat membeli. Pokok lidah jin yang aku beli kat Sungai Buloh tu RM15 je sebelum dia jadi viral. Kat kampung pokok tu bersepah orang buat tak heran je. Lagipun, banyak lagi indoor plant yang cun-cun macam monster dan pokok jurai-jurai yang macam-macam nama dan style. Serius lawa. Korang nak tau macam mana aku boleh tau? Aku study kat Pinterest je. Jangan study kat Wikipedia. Tu style lama.

Ingat, 
Jangan gelojoh. Bersederhana jelah~

Dhiya

1 comment

  1. Kami dah lama tak singgah nursery beli pokok. Kadang2 balik umah mak, rembat sepasu dua pokok mak.. Hahha

    ReplyDelete