Review: The Majestic Hotel Kuala Lumpur


Bismillah

During last CM, aku berpeluang untuk stay di Majestic Hotel ni selama satu malam. Dapatlah bawa suami dan anak merasa sekali. And it's great sebab aku tak perlu rushing keluar awal pagi sebab event kat meeting room bawah je. Hahahahhaahahha! Sooooo heaven~ Tapi untuk satu hari je lah… :P
Aku minta check-in awal sebab nak pam susu sekali harung during morning tea break. Tapi malangnya bilik tak ready pun lagi. Kau agak-agak la D, orang tak bangun tidur lagi, kau dah nak hijack bilik dia~ Tapi receptionist sangat attentive, dia ambil nombor telefon aku dan cakap akan call kalau ada bilik yang dah available. Memang mereka ada call aku balik dalam pukul 11 pagi macam tu. Tapi aku sendiri pun tak sedar call tu sebab aku tengah sibuk dengan meeting aku. In the end, aku check in pukul 12 jugak, during lunch break. #613

Masuk #613 - pam susu - simpan dalam chiller - Lepastu cepat - cepat turun ke Contango untuk lunch dengan team aku. Pukul 2 petang kena sambung meeting balik. Adatlah kan. Memang packed macam tu. Apa kau ingat meeting kat hotel boleh sambil mandi dalam swimming pool ke?
Pukul 2.30, aku curi masa ambil luggage untuk bawa masuk ke bilik dan solat Zuhur sekali. Tapi, something bad happen...

...Sebaik aku buka pintu, aku tengok ada dua orang wanita warga Cina dalam bilik tu. Eh aku salah bilik ke? Takkanlah salah bilik sebab kad aku boleh bukak bilik tu. Orang tu pun terkejut tengok aku. Then she can relate dan cepat-cepat call receptionist. Dia bagi aku masuk dan duduk. Tapi aku masuk just nak tengok food Nuha dan susu dalam chiller. Tak ada! Beg susu pun tak ada. Aku jadi rusuh hati la sebab food Nuha memang aku bawa siap-siap untuk dinner dan untuk dibawa ke rumah mama esoknya. Maksudnya makanan Nuha memang banyak lah.
Tak lama lepas tu ada 2-3 orang staff datang. Aku just concern makanan dan susu yang aku pam tadi je. Mana deorang simpan. Lain-lain aku dah tak kisah sangat. Tapi deorang ni sangat professional, one of the staff mintak maaf sebab double check-in issue dan attend aku dengan baik, katanya akan dapatkan bilik lain untuk aku. Dia tarikkan luggage aku turun balik ke receptionist dan immediately dapatkan aku bilik baru. Dalam 15 minit je aku menunggu, aku dibawa naik ke bilik baru. Kalau bilik tadi di tingkat 6, bilik baru ni di tingkat 13, end unit lagi. Perghhh! Dinding menghadap Kuala Lumpur semua kaca, kau!
Perkataan maaf memang berbakul-bakul lah aku terima. Aku hargai sangat budi baik mereka ni. Melihatkan makanan dan susu Nuha selamat pun dah buat aku happy. Dapat bilik paling basic pun takpe dah...

Tapi tengoklah apa yang mereka bagi. It's beyond my expectation!
Pemandangan dari bilik
Dipendekkan cerita, malam tu dalam pukul 11 aku terima call dari staff yang attend aku tadi. Suami dan anak aku dah selamat bergumpal dalam selimut. Dia tanya aku dah tidur ke? Kau dah kenapa kan? Rupanya dia nak pass aku voucher as a gesture of apologize atas apa yang dah terjadi siang tadi. Terharu kejap, macamkan tak ada esok dia ni. Tapi aku yakin dia tengah buat kerja dia dengan baik. Aku cakaplah; Aku akan ada kat sini 3 hari. Boleh cari aku esok atau lusanya. Bimbang betul dia memikirkan aku.

Hari kedua.
Pagi tu Nuha tak mau bangun. 7.30 pagi masih mengerekot dalam selimut. Dia tau tak yang dia tetap kena pergi rumah mama sebab ummi babah kerja? Hahahahahah! Tapi takde hal. Aku curi turun kejap ke meeting room, tengok apa yang patut sementara suami aku kejutkan dia slow-slow dan siapkan dia. Bila dah siap, aku naik balik ke bilik untuk hantar ke kereta. Bergaya sungguh Nuha hari tu, pergi rumah pengasuh dari Hotel Majestic. Cuma tulah...Sayang betul sebab suami aku tak sempat nak sarapan kat Contango sebab dia pun nak cepat ke pejabat. Kebetulan dia kena ke Johor haritu. Kalut sungguh.

Tengahari, aku check out dalam pukul 3 petang macam tu. Aku request for late check out sebab aku still nak tumpang susu yang aku pam during the day dalam chiller bilik. Ice pack memang aku simpan dalam freezer kat kitchen (requested). The moment aku check out, aku mintak mereka hantar ice pack tu ke meeting room aku. So susu pun selamat dalam cooler bag aku sementara nak tunggu ke petang. Bijak tak amak? Tak, ini strategy and how you arrange things. Tu je.
Masa check out tu, memang deorang bagi voucher untuk afternoon tea for 2. Voucher tu pun aku dah selamat guna dan reserve untuk anniversary aku hujung bulan ni. Heh!

Hari ketiga, back to normal routine. Aku gerak dari rumah seawal 6.45 pagi. Dah tak ada nak melingkar dalam selimut hotel dah :p. Hari terakhir ni half day je. Tapi post mortem meeting dengan bos sampai pukul 3 petang. Muntah hijau aku dibuatnya. Tapi macam aku cakap lah kan...At least one of my KPI unticked dan aku boleh bernafas dengan lapang hati sekarang.

Bilik #1322 was awesome. Meeting package was superb. Foods were great. Layanan dan servis memang terbaik. Apa lagi yang superlative aku nak cakap pun tak taulah. In short, Majestic Hotel memang terbaik. Those yang nak booking Majestic Hotel, macam biasalah- Aku guna Booking.com. Harga memang lagi murah dari penyedia web booking yang lain. Sila percaya.

Demikianlah pengalaman indah aku dengan Majestic Hotel Kuala Lumpur. Thanks to all the staffs yang membantu. Yang tolong selesaikan masalah check in aku. Yang tolong selamatkan susu dan makanan Nuha, yang tolong freezekan ice pack dan hantar ke mana-mana yang aku nak. Yang greet aku setiap kali aku lalu lalang depan receptionist tu, yang layan aku nak condensed milk makan dengan roti canai and the list goes infinity. Maaf aku memang loqlaq tapi this is the way I make friend with others. Thanks so much <3

Dhiya
PESP

No comments