Cara Aktifkan Akaun Maybank untuk Paypal


Bismillah

Ini adalah pengalaman baru yang saya dapat dan saya betul-betul nak kongsikan bagaimana saya lakukannya.

Isu:
Saya nak beli sesuatu dari laman web luar negara, dan pilihan bayarannya cuma melalui kad kredit dan Paypal. Saya tak ada kad kredit. Tapi tak tahu nak guna Paypal!

Penyelesaian:
Guna saja Paypal. Meh sini saya ajar

Paypal ni apa sebenarnya?
Paypal ini adalah mediator (system atau orang tengah) yang membolehkan kita buat bayaran kalau kita beli barang dari web luar negara macam E-bay, Etsy dan sebagainya.
Paypal ni boleh di link kan dengan akaun bank kita (saya akan ajar macam mana nak link kan dengan Maybank) supaya kita boleh bayar melalui Maybank.

By default, kad ceri Maybank kita tu memang tak boleh sebarang-sebarang terus guna untuk buat bayaran atau transaksi atas talian, dalam atau luar negara. Fungsi tu memang tidak diaktifkan. Kalau nak, kena mohon. Ingat tak, nak buat M2U online pun mula-mula kita kena aktifkan secara manual di bank, kan? Ini adalah ciri keselamatan yang dibina oleh Maybank.
Jadi apa yang saya buat adalah:

Pertama:
Mestilah ada akaun Paypal. Daftar secara percuma di sini. Senang saja. Jangan bimbang :)
Kemudian, pada tab 'wallet', ada dua pilihan samada masukkan maklumat kad kredit atau akaun bank. Anda boleh isi kedua-duanya atau salah satu saja. Macam saya, saya isi maklumat akaun Maybank sahaja. Nombor kad adalah nombor 16 digit yang ada di depan kad tersebut.
Kedua:
Call customer service Maybank dan bercakaplah dengan operator. Anda boleh beritahu mereka dalam bahasa paling layman yang anda nak aktifkan akaun Maybank untuk bayaran melalui Paypal.

Cara aktifkan Maybank e-commerce melalui panggilan telefon:

1. Call dan bercakap dengan operator
2. Beritahu yang kita nak aktifkan penggunaan e-commerce sebab nak guna Paypal
3. Operator akan minta verification: Nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon yang didaftarkan, nombor akaun
4. Kemudian dia akan beritahu sedikit disclaimer atau implikasi pengaktifan ni
5. Kemudian dia akan terangkan yang pengaktifan e-commerce ni hanya untuk kegunaan Malaysia sahaja. Tapi kalau untuk kegunaan antarabangsa (macam Paypal), perlu aktifkan satu lagi bahagian (something to do with international activation which requires TAC number). Yang ni kita kena buat sendiri samada di mesin ATM atau di M2U. Kebetulan masa tu saya depan laptop, jadi saya minta dia bantu saya step by step dan ting! Siap! Operator tu cakap dah boleh terus boleh guna.

Ketiga:
Saya terus ke website pembelian untuk buat bayaran melalui Paypal dan memang terus boleh guna! Website pembelian saya pula teramatlah efisyen sampai terus respon belian saya dah berjaya. Woooho!

Jadi, inilah sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang saya dapat dan dikongsikan di sini. Insya Allah ini adalah cara yang paling mudah dan cepat dan saya sendiri dah alaminya.Customer service Maybank pun very helpful dan sangat baik.

Kalau masih tak faham, boleh tinggalkan komen di entri ini dan saya akan bantu anda sebaiknya.

All the best!
Dhiya

22 comments

  1. hi, just to reconfirm, utk bank account details, did you put your bank account no or your debit card no? thanks in advance.

    ReplyDelete
  2. Salam...nk guna paypal utk jual barang guna cara yg sama ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, I never sell things online using paypal. so I can't really assist your question. Sorry :(

      Delete
  3. Nak tanya. Bila kita call operator untuk mengaktifkan paypal, adakah secara automatik, transaksi antarabangsa yg tidak berkaitan dgn paypal juga diaktifkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ummu, apa maksud tak berkaitan? Saya yakin security aspect yang dibina oleh maybank tak akan membenarkan transaksi yang tidak berkaitan. Means mereka tak akan sebarang2 potong duit awak tanpa sebab. Kindly check with the customer service from Maybank.

      Delete
  4. Hi , sy guna card no bukan account no. Tp tidak boleh aktifkan debit account. Mula guna account no pun x leh guna jgk. Pls gelp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Fatini, better awak call bank y berkaitan dan tanya. sbb saya tak encounter this problems before.

      Delete
  5. Hi saya nak tanya, boleh topup paypal guna maybank 2u ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. By right boleh, call Maybank utk dapat step by step assistance dari pegawai mereka

      Delete
  6. Hai.. Saya nk tanya.. Klu nk transfer dr akaun paypal ke akaun maybank (nak cash kan) pn kena call utk aktifkan e-commence ke

    ReplyDelete
  7. hii,..nk tanya lepas complete link bank ke paypal, berapa lama utk dia checking and verified ya?

    ReplyDelete
  8. Assalam. Sy nk btanya. Lepas link kn kad bank kita ke acc paypal, activation code tu dihantar ke mana? Kt mana kita boleh check activation code tu? Trm kasih

    ReplyDelete
  9. Salam. Soalan sy, lepas linkkn kad bank dgn paypal, activation code tu kita boleh tengok di mana? T/ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka maybank2u ..pergi ke account and banking .lpas tu pergi ke debit card history .code tu ada kat situ

      Delete
  10. Salam. Soalan sy, lepas linkkn kad bank dgn paypal, activation code tu kita boleh tengok di mana? T/ksh

    ReplyDelete
  11. Macam mana nak aktifkan link dari wallet PayPal ke acc bank ye? dia perlukan gambar ic kan.. Sy dah masukkan 2 kali gambar ic tp kenapa still tak boleh juga ya?

    ReplyDelete
  12. Saya dah ada akaun paypal tapi dah lama. Email pun dah tak boleh bukak lagi.macamana nak pakai akaun tu lagi... Dalam akaun tu ada balance lagi...minta pencerahan..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum nk ty kit klu kita masukkan no akaun debit ke dlm akaun paypal n remove n tukar no akaun debit lain blh ker...utk pengetahuan bank belum approve lagi e payment n internasional purchase...

    ReplyDelete
  14. Boleh saya tahu jika NGO boleh menerima sumbangan melalui PayPal. Adakah NGO perlu daftar akaun perniagaan? Dan berapakah cas yg dikenakan setiap kali berlakunya transaksi? Adakah PayPal akan mengambil sedikit percentage hasil dari sumbangan tersebut? Terima kasih..

    ReplyDelete