Bismillah
Tahniah untuk diri sendiri sebab bersikap proaktif untuk mencantikkan dan mewangikan bilik pejabat sendiri. Masa mula-mula masuk dulu, bilik ni memang tak ada deodorizer atau air freshener. Kalau penghawa dingin terpasang, memang tak ada hal. Tapi kalau sebaliknya, bilik ni akan berkuap dan mulalah bau-bau yang tak gwiyomi akan muncul.
Semalam, saya ke pasar malam. Beli daun pandan. Sungguh muka macam makcik yang nak buat bubur atau pengat pisang. Tapi saya tak kisah. Misi mewangikan ruang pejabat saya mesti diselesaikan. Seikat daun pandan tu, RM1. Boleh dikira murahlah walaupun kalau di kampung saya boleh petik pada kadar percuma. Ada harga yang perlu dibayar atas sebuah kehidupan, Dhiya!
Pagi ini, saya sempatkan jugalah menganyam daun pandan tersebut menjadi bentuk bunga ros. Sebaik siap, saya letakkan dalam cawan kertas dan letak tepi PC. Cukuplah nak mewangikan tempat sendiri. Tempat orang lain? Malas nak layan. Kalau nak, datang sini berguru macamana nak menganyam daun pandan tu~ Hewhewhew!
Please say hi to my pandan rose! |
Masih tak mancapai kekemasan tahap ultra. Tapi bolehlah takat nak letak atas meja sendiri :p |
Lepas ni bos mesti suka buat kerja dekat meja saya. Nak baca surat pun mesti nak duduk tempat saya~
Uish. Baru berjaya transform pandan jadi ros, dah riak setaman. Itu belum lagi dapat tukar daun jadi duit!
Sebenarnya benda ni dah lama pun. Boleh cari di Youtube dengan menggunakan kata kunci PANDAN ROSE, banyak sangat video tutorial yang boleh dijadikan rujukan. Tinggal lagi nak buat atau tidak. Kalau rasa nak jimat, bolehlah cuba. Tak gulung tikar pun Glade atau Ambi Pur kalau kita gantikan dengan pandan ni.
Zaman GST ni, hidup semua kena minimalis.
Selamat mencuba!
Dhiya
Selamat mencuba!
Dhiya
kreatif!! Saya tak reti nak menganyam.
ReplyDeletekreatif sangat..Bole cuba jga ni..jimat duit kan
ReplyDelete