Baby K, Jangan Buat Dhiya Menangis


Baby K,

Jangan buat Dhiya menangis...

Dhiya bimbangkan kamu.
Dhiya sakit kepala memikirkan masalah kamu.
Semua orang sedang bersusah payah demi kamu.

Baby K,

Cepat sihat ya, Sayang.
Dhiya tak betah kamu jauh nun di Klang sana.
Itu bukan tempat asal kamu.
Dhiya tak betah sendirian ke tempat kerja.
Itu bukan rutin kita.

Baby K,

Baik-baik ya, Sayang.
Semua orang sedang memikirkan kamu.
Kerana kamu milik Dhiya
Seorang gadis lemah yang menagih bahu untuk bersandar.

p/s: Emosi sungguh mengenangkan kereta kecil saya yang kini sedang sakit. Ingatkan lepas tukar bateri, kebahlah sakitnya. Tapi isu lain pula yang datang. Ini ujian Allah. Dia mahu saya belajar selok belok ilmu automotif juga supaya boleh menjadi seorang yang berdikari. :)

Salam sayang,
Dhiya

1 comment

  1. singgah sini..pergh berdramatik di malam hari nampak he3

    jgn lupe ke entri terkini areliff :) http://www.areliff.com/2012/04/pertolongan-30-saat-dari-rakan2-blogger.html

    ReplyDelete