Boleh Tak Solat Duduk Sebab Lutut Tak Boleh Dibengkokkan?

Video ini saya muat turun sewaktu abah di IJN dua tahun dulu. Dia yang minta saya carikan bagi menjawab soalan dia yang ketika itu agak uzur kerana baru lepas menjalani pembedahan pintasan jantung.

Semoga bermanfaat!

Salam sayang
Dhiya

Bercuti di Swiss Garden International Resort, Damai Laut Perak


Bismillah

Ini adalah kali kedua kami ke sini. Kali pertama adalah sewaktu beberapa bulan selepas nikah, hadiah dari SE suami saya. Tahun ini pun sama. Hadiah dari beliau, cuma pada mulanya kami nak pilih ke SGI Kuantan (sebab boleh pilih). Tapi sebab tarikh yang kami nak tu macam tarikh 'panas', maka kami akur jelah dengan apa yang available.
Cuma kali ini saya minta nak sea view betul-betul punya sea view. Tak nak pool view sebab bising. Tapi receptionist tu cakap, kalau nak sea view, katil twin sharing je yang ada. Tapi sempat juga dia nasihat:
"Takpelah kak twin sharing pun. 3 hari 2 malam, kalau garden view, nak tengok apa? Sia-sia lah dating Pangkor kalau tak tengok laut" Waaaaaahh bijak dia ni!
Jadi inilah bilik kami. Twin sharing? No problem!
Tuala baru SGI
Masa kami datang dua tahun dulu, keadaan hotel agak tidak memuaskan. Tuala kelabu asap, siap ada lalat dalam bilik. Tapi kali ini rasanya lebih baik. ID masih sama. Kali ini bilik kami agak jauh ke dalam dan agak sunyi. Sesuai sangatlah untuk menenangkan diri.
Petangnya kami turun ke private beach SGI. Memandangkan kami dating pada hari cuti umum, pantai agak padat.
Tapi Alhamdulillah cuaca baik dan kami pun dapat tempat yang selesa untuk menikmati pemandangan pantai. Kami tunggu lama sikit sampai matahari terbenam barulah naik ke hotel.
Pemandangan dari bilik kami.
Hari kedua, kami ke Pulau Pangkor dan kali ini kami buat aktiviti snorkelling. Bagi rasa! Ini adalah kali pertama kami snorkelling di Pulau Pangkor. Memang puas (walaupun saya ni penakut sangat) dapat tengok ikan dalam air sambal beri makan roti.

Dah petang baru kami terkedek-kedek balik ke Lumut dalam keadaan penat dan lapar. Hahahah!
Dalam feri, kami dapat tempat duduk di bahagian luar. Jadi seronoklah dapat makan angin percuma sambal melayan pemandangan laut luas.
Hari ketiga, kami di hotel saja. SGI ni, walaupun dah kali kedua datang- Kami tetap menghargainya macam kami baru datang pertama kali :)
Tepat jam 12 tengahari, kami pun daftar keluar dan meninggalkan SGI Damai Laut untuk cari makan.

Overall percutian kami ke Perak ni biasa-biasa saja. Seronok ada, tak seronok pun ada (mungkin sebab ada lalat, kut~?) Hahahahah!

Harapnya SE suami saya boleh sponsor lagi dan lain kali saya nak ke Kuantan pula. Terima kasih in advance!

Dhiya

Selamat Hari Raya 1438H


Bismillah

Selamat hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan dan taulan Dhiya.
Ramadhan?
Semoga Allah menerima amal ibadat kita sepanjang Ramadhan yang lalu dan semoga kita menjadi orang yang lebih baik berkat dari didikan madrasah Ramadhan.

Salam Sayang,
Dhiya Dahlia

Hari Terakhir Bekerja Sebelum Raya!


Bismillah

Insya Allah saya akan bercuti panjang untuk hari raya Aidilfitri ini nanti. Total keseluruhan cuti yang diambil termasuk hujung minggu adalah 10 hari. Yeay!

Memang banyak perancangan dan destinasi yang hendak dituju. Siap ada itinerari dah macam pergi bercuti.

Dan hari ini adalah hari terakhir bekerja sebelum semua orang balik ke kampung untuk berhari raya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamamt Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan dunia nyata dan maya. Semoga amal ibadat kita sepanjang Ramadhan diterima Allah dan Syawal kita disambung sebagai seorang wira yang menang.
Kemaafan?
Biarlah dia datang dari hati <3

Dhiya

Ayam 4 Fingers Buat Sendiri


Bismillah

Sehari sebelum Ramadhan yang lepas, kami makan di Sunway Pyramid. Suami saya kata dia taknak makan makanan yang fine dine. Dia nak yang ringan-ringan saja. Jenuh juga nak fikir sebenarnya. Tapi tiba-tiba saya teringatkan 4 Fingers Crispy Chicken di sini. Terus kami ke kedai tu.

Sebenarnya kedai 4 Fingers Crispy Chicken ni ada je dekat pusat beli belah dekat pejabat saya, tapi kedainya sentiasa penuh dan orang pula asyik beratur tak putus-putus. Sebab tu saya kadang-kadang putus asa untuk makan ayam ni di pejabat saya. Nak beratur je dah habis 1 jam waktu makan tengahari.

Jadi di Sunway Pyramid ni, kami menggilalah juga. Pertama kali dapat makan kat dalam kedai ni dengan aman dan tak ada orang tunggu di belakang tempat duduk!
Tapi apa yang istimewa sangat ayam ni? Haih...susah nak diterangkan dengan kata-kata. Dia bukan macam ayam KFC atau ayam goreng MCD. Kalau nak senang, dia macam ayam goreng sira madu. Kalau tak silap ini adalah resepi dari Korea sebab masa saya duduk Korea dulu, banyak  juga jumpa dan teringin. Tapi tak boleh la nak makan sebab tak halal.

1 Ramadhan, suami saya beli kepak ayam dan telah mencuba resepi ayam ini di rumah. Hasilnya? Menjadi!
Jadi lepas ni saya dah tak boleh dah makan 4 Fingers di kedai sebab chef di rumah dah boleh buat sendiri malah jauh lebih sedap dan murah. Hahahahhaha!
Home made 4 Fingers
Menu berbuka puasa hari pertama :)
Saya akan dapatkan resepi dari suami saya dalam masa terdekat dan akan kongsikan di sini nanti. Maaflah sebab sebelum ni saya tak ambil kisah sangat ayam dia ni sampailah saya makan dan rasa sedap. Huhu!

Insya Allah
Resepi nanti, ok!

Kemaskini:

Cara memasak ayam goreng 4 Fingers

1. Lumurkan kepak ayam yang telah dibasuh dengan tepung jagung dan sedikit serbuk lada hitam
2. Goreng dalam minyak panas sehingga masak. Ingat, jangan sampai hangit
3. Rahsia ayam ni rangup lama: Lepas angkat dari gorengan pertama, biarkan sejuk sikit dan goreng sekali lagi dalam minyak tadi. Tapi kali ni goreng sekejap saja sebab isinya dah masak pun. Cuma nak rangupkan permukaan ayam saja
4. Untuk sira, cincang halus sedikit halia. Tumiskan ke dalam kuali dengan sedikit minyak panas.
5. Kemudian, masukkan sedikit serbuk cili bergantung kepada kepedasan yang anda mahukan.
6. Seterusnya, bergantung kepada kemahiran sendiri je. Masukkan kicap, madu dan gula (jika kurang manis)
7. Kemudian, rasa dan tengoklah apa yang perlu ditambah. Tapi asasnya, cara buat sira ayam tu cuma guna bahan-bahan di dapur yang mudah-mudah je. Kat Cold Storage ada jual pes produk Korea untuk sira ni, tapi bila saya tengok-tengok, pes ni tiada logo HALAL.
8. Apabila sira sudah likat, boleh tutup api dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan sampai rata. Ada orang suka sapu sira tu pada ayam. Semuanya bergantung kepada anda :)

Senang kan?
Buatlah~!

Dhiya

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2017 @ PWTC


Bismillah

Bulan Mei lepas, kami ke PWTC untuk menonton Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa yang memang kebiasaannya diadakan sebelum bulan Ramadhan di PWTC.

Majlis ini memang majlis tahunan peribadi saya sejakk dari belajar di Universiti Malaya lagi. Sejak kahwin ni pula, Alhamdulillah saya berjaya ajak suami saya untuk sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu majlis tu berlangsung.
Apa yang paling saya tak boleh lupa adalah persembahan bacaan Al QuraN oleh dua orang bekas johan MTQA pada era dan zaman yang berbeza, tapi suara mereka sangat padu dan sedap! Seorang adalah lagenda dari tahun 90-an, Puan Hajah Rahmas dan seorang lagi johan MTQA tahun lepas iaitu Puan Hajah Azrah.

Mereka ini, saya banyak belajar dari cara bacaan mereka. Kagum sangat Masya Allah!
Kalau dengar bacaan mereka, boleh buat meremang bulu roma.
Bacaan persembahan oleh Puan Hajah Rahmas dan Puan Hajah Azrah
Malam tu kami direzekikan mendengar bacaan ramai peserta dari Asia. Jadi bolehlah belajar banyak perkara. Untuk pengetahuan, bacaan Al Quran orang Asia adalah sangat kemas dan lagunya juga sedap selain bacaan orang Timur Tengah (Kerana mereka memang sudah biasa dengan Bahasa Al Quran).

Selepas persembahan, kami pun balik dan tak tunggu pun sampai majlis habis sebab dah tak larat. Dah la pakai baju kerja~
Cuma lepaskan hajat untuk datang je.

Terima kasih hubster sebab sudi layankan permintaan saya.

Untuk sesiapa yang tak pasti, PWTC ini juga adalah tempat berlangsungnya perhimpunan UMNO dan Mood Republik yang grand tu~ Jadi lepas ni bolehlah ingat jalan untuk ke PWTC untuk MTQA ye.

Salam sayang,
Dhiya



Mengidam Ani Sup Utara


Jumaat lepas memang tragis.

Tiba-tiba, lebih kurang jam 3 petang- Saya hantar mesej kepada suami:

Saya: Abang, D teringin nak makan Ani Sup Utara lah
Dia: OK. Malam ni kita cari. Tapi lepas orang semua berbuka lah

Petang itu kebetulan hujan. Jadi pakej yang datang bersama adalah jalan sesak. Memang tak terdayalah nak mengejar berbuka puasa di luar. Akhirnya kami balik ke rumah dulu, berbuka ala kadar hasil belian dari bazar Ramadhan dan hanya keluar balik selepas Isyak dan terawih di rumah. Huhuhu!

Merata mencari di sekitar Puchong (ikut pada direktorinya), tapi tak jumpa. Ada satu di Seksyen 7 Shah Alam tapi memang tak akan ke sanalah sebab mesti ramai orang.
Akhirnya kami tangguhkan dulu dengan tasbih kafarah dan bersetuju untuk makan menu lain dulu.

Dipendekkan cerita, malam tu kami makan di Warung Cikgu di Puchong yang viral tu. Menu yang kami pilih adalah colek (makanan Kelantan). Ini adalah kali pertama saya makan colek ni. Ada juga colek buah, tapi tak ada beza dengan rojak buah. Isinya boleh dipilih. Ada ikan, sotong, paru, keropok lekor dan banyak lagi. Harga pula ikut portion dan yang paling penting sedap sampai lupa terus Ani Sup Utara!

Pencarian Ani Sup Utara diteruskan pada hari Sabtu. Ya Allah gigihnya lah! Kami ke Cheras tapi malangnya Ani Sup Utara Cheras ditutup sepanjang Ramadhan dan hanya dibuka pada Syawal ke-4. Kenapa? Mungkin tak boleh 'lawan' Wong Solo di sebelahnya yang siap buka khemah di depan kedai mereka. Inilah persaingan perniagaan.. :(

Cari punya cari, kami hanya ada satu pilihan saja lagi iaitu ke Ani Sup Utara Gombak. Sebaik sampai, semua tempat dah penuh pun sebab waktu itu dah dekat nak berbuka. Maka kami pun berbuka lah seadanya dulu, solat Maghrib di Petronas dan selepas itu baru kembali ke kedai tu.
Mujur pelayan tu boleh terima kedatangan kami. Selalunya kedai makan minta ample time untuk mereka kemas meja, makan dan solat. Tapi mungkin sebab menu mereka ni cepat, jadi mereka tak ada masalah sangat.
Sup daging+bergedil+sambal kicap+ulam timun+sambal (dan sedikit nasi putih)
Rasanya hampir 3 tahun tak makan Ani Sup Utara sampai kedai pun dah lain. Pilihan menu pun dah banyak dan pastilah harganya pun dah lain sikit. Tapi semua tu saya tak kisah, janji dapat makan Ani Sup Utara!

Tengah sedap-sedap makan:

Dia: "D...Mengandung ke? Kehendak lain macam sangat"
Saya: "Entah~"

Misteri di situ.
Hahhahaha!

Ahad: Saya beritahu yang saya masih nak makan Ani Sup Utara. Mungkin dia bimbang susah lagi, jadi dia masakkan sup tulang di rumah semalam. Maka rasmilah kami makan sup je di hujung minggu.

Terima kasih hubster yang gigih dan tak merungut! Pahalalah ganjarannya. Amin!

Dhiya buat Kuih Raya: Biskut Chocolate Chip


Bismillah

Ini memang jarang-jarang berlaku. Saya bukan orang yang rajin sangat untuk ke dapur dengan hobi memasak ni. Bagi saya memasak hanya keperluan (sebab nak makan~)

Tapi semalam saya tiba-tiba dirasuk saka rajin. Lepas sahur terus je bancuh adunan untuk buat biskut coklat cip.Resepinya banyak tersebar di media sosial tapi saya cuma ada simpan satu yang saya rasa paling mudah.

Resepinya:

ULTIMATE CHOCOLATE CHIP COOKIES

BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega (lebih kurang 230gm)
3/4 cawan gula kaster
3/4 cawan gula perang
1 biji telur gred A
1 1/2 sudu teh esen vanilla
BAHAN-BAHAN KERING (DIAYAK):
2 1/4 cawan all purpose flour/tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam halus
2 cawan chocolate chip
CARA-CARA:
1.    Panaskan oven ke 180C.
2.    Satukan mentega, gula kaster, gula perang, telur dan vanila ke dalam mangkuk pengadun, pukul hingga sedikit kembang dan sebati.
3.    Masukkan bahan-bahan kering dan gaul sebati.
4.    Masukkan pula chocolate chip, jika suka kacang pun boleh masukkan dan gaul sebati.
5.    Gunakan sudu kecil, sudukan ke atas baking paper.
6.    Bakar selama 10 - 15 minit sehingga perang.
7.    Bila dah masak, biarkan dahulu atas baking paper selama 3 minit, kemudian barulah di alih ke atas redai ataupun dulang.

INFO CHEF:
**Saya selalu bakar pada 15 - 18 minit untuk jadikannya rangup.
**Gunakan chocolate chip yang berkualiti supaya rasa cookies lagi sedap. Selalunya saya beli di kedai bakery imported choc chip.
**Saya guna premium butter macam SCS atau TATURA. Kalau guna BUTTERCUP dan yang sewaktu dengannya, lepas 2-3 minggu baunya macam hapak sikit.
**Ada yg bagitau esen vanilla tu gantikan dgn coffee oil atau butter oil, rasanya lagi sedap.

Saya ikut 100% resepi di atas tanpa melebihkan atau mengurangkan bahan-bahannya. Cuma sewaktu membakar dalam oven, saya ambil masa dalam 20 minit (17 minit api atas bawah dan 3 minit api atas saja untuk bagi biskut tu nampak kuning dan rangup). Bab membakar ni memang kena bergantung pada oven masing-masing. Jadi jangan peliklah kalau batch awal biskut tu mungkin hangit, rentung dan hodoh. Hahahah!
Mixer baru. Beli masa ada jualan gudang dekat rumah bulan 5 haritu. Hubster kata kalau tak guna-guna, dia nak jual balik. Itulah sebabnya saya gigih buat biskut ni agaknya!
Butter: Unsalted Tatura, Choc Chip: Hershey. Semuanya beli kat AEON Big je. Bahan lain semua dah ada kat rumah. 
  
Saat paling ditunggu-tunggu adalah saat meletakkan adunan atas dulang untuk dibakar. Percubaan pertama memang menyedihkan. Tersilap letak banyak sangat. Bila masuk ke dalam oven, dia mengembang sebesar talam. Hahahahaha! Jadi tipsnya adalah, guna sudu kecil je untuk letak adunan dan ambil sikit je adunan tu, dalam sebesar ibu jari. Nanti dia akan mengembang elok je
Batch pertama biskut coklat cip saya. Jangan gelak, ya!
Satu adunan ni, dapatlah satu balang kecil tu. Cukuplah nak buat makan sendiri dulu. Terasa tak layak untuk dijamu pada tetamu di hari raya. Hahahah!

Suami saya cakap, lulus. Dia makan yang hangit rentung tu pun ok je. Maksudnya walaupun hitam, tapi masih sedap lah kut. Saja pujuk diri. Yakin tu penting~

Kepada anda yang nak mencuba, bolehlah guna resepi ni. Orang yang tak mahir macam saya ni pun boleh buat, apalagi anda yang hebat-hebat tu.

Open for order?
Hah~
Memang taklah!

Dhiya        

Dah Beli Baju Raya?


Assalamualaikum...

Dah beli baju raya?

Kami dah selesai. Alhamdulillah.

Tahun ni macam cepat sikit kami selesaikan bab baju raya ni. Seawal dua minggu berpuasa, kami dah ke Jalan TAR untuk 'berebut' mencari baju raya. Tak macam tahun lepas, kami hantar baju ke tukang jahit. Tapi rasa tak meriah sebab tak pergi ke Jalan TAR.

Jadi tahun ini kami ambil keputusan tak ada baju raya custom made, dan kami akan sama-sama 'berperang' di Jalan TAR memburu baju raya.

Alhamdulillah kerja kami tak susah sangat. Kami bukan pasangan yang hipster yang nak kan baju dengan fesyen terkini. Asal jumpa baju melayu dan baju kurung, warna dipersetujui, selesa, lawa dan sedondon, maka masalah pun selesai!

Tahun ni kami memilih warna merah hati. Tahun lepas dah kelabu. Insya Allah banyak lagi warna warna untuk dicuba. Huhuhu!
Selebihnya kami selesa dengan T shirt dan blaus masing-masing. Tak daya nak berbaju kurung sampai hari raya ke 7.

Insya Allah kami akan beraya di Pahang dulu sebelum balik ke kampung sebelah suami saya di Johor. Perjalanan ini akan jadi perjalanan yang panjang. Semoga kita semua dipelihara dalam apa juga yang dilakukan termasuklah dalam pemanduan perjalanan.

Lagu raya dah mula diputar di radio.
Mood kerja dah tak ada~!

Ohohoho!

Selamat mengejar Malam Al-Qadr!

Dhiya

Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Jun 2017, iaitu tepat jam 4.30 petang sehingga hari esok, 4.30 petang 13 Jun 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Dengki


Bismillah

Hah.
Tajuk negatif sangat.

Apa yang kita boleh buat dengan orang yang dengki dengan kita?

Sumber
Ye. Jadi macam biasalah. Jadi gembira.

Entahlah. Orang macam ni ada sejenis mental illness kut. Dia suka tengok kita jatuh dan susah. Tapi tak gembira bila kita tengok kita gembira.

Sila masuk hospital~

Dhiya
Manusia yang tak faham kenapa kau nak dengki dengan aku

Salam Jumaat!


Bismillah

Jumaat yang istimewa sebab kami akan balik ke kampung petang nanti!

Lama kami menunggu saat ni sebab awal Ramadhan dulu tak berpeluang untuk balik ke kampung. Insya Allah lepas ni balik raya je lah terus.
Sumber
Cuti 3 hari bersempena dengan Nuzul Quran ni, semoga kita gunakan dengan baik dan penuh dengan perkara yang berfaedah. Semoga kita juga menghayati sedikit sebanyak kisah penurunan Al-Quran yang menjadi pegangan kita sekarang.

Ha,
Dah baca Al Khafi ke belum?

Salam sayang,
Dhiya

Ramadhan yang Lepas Menjadikan Kau Apa?


Bismillah

Kurang lebih sudah seminggu lebih Ramadhan menjelma.

Ini adalah tahun kedua kami berpuasa berdua. Tak banyak perbezaan pun jika dibandingkan dengan Ramadhan yang lepas. Kami masih mengekalkan kesederhanaan. Juadah berbuka puasa semuanya dimasak sendiri. Memaasak pun lauk biasa-biasa macam makan malam biasa saja. Cuma kalau istimewa pun, adalah sepotong dua kuih ataupun buah-buahan.

Bazar Ramadhan? Setakat ni, kami baru pernah pergi sekali. Banyak sebab kenapa kami 'boikot' bazar Ramadhan ni. Pertamanya harga juadah yang agak mahal. Keduanya susah nak justify kesedapan apatah lagi kebersihan juadah. Sebab itu di kebanyakan hari berbuka, kami lebih suka memilih buah berbanding kuih-muih.

Itu bab persiapan fizikalnya. Tapi macam mana pula dengan sambutan rohani kita semua?

Semua orang akan ada azam peribadi sebaik memasuki Ramadhan. Saya adalah juga menyimpan azam dan hasrat. Tak banyak, tak tinggi. Tapi cukuplah untuk madrasah Ramadhan kami berdua. Kami pun bukannya orang yang super sempurna sangat. Walaupun tak memasang cita dan tekad setinggi bulan bintang, tapi cukup dulu untuk menjaga solat fardhu, bertarawih dan bertadarus. Moga istiqamah hendaknya amin.

Menjelang separuh Ramadhan ini, semoga kita semua menjadi seorang yang lebih baik berbanding Ramadhan yang lalu. Terlalu banyak ibrah dan pengajaran dalam madrasah Ramadhan. Semoga, semoga kita dapat mencedok semuanya dan menjadikan kita orang yang belajar dan berfikir.

Ramadhan is always the best month for me. Dapat tengok kebaikan, dapat tengok kelembutan dan keikhlasan hati. Tapi harapnya semua ini akan kekal di sepanjang bulan yang mendatang dan bukan dalam Ramadhan saja.
Begitulah juga dengan saya.

Jadi,
Ramadhan yang Lepas Menjadikan Kau Apa?

Dhiya

Cara nak Cepatkan Kerja Menaip di Pejabat


Bismillah

Untuk pekerja-pekerja pejabat seperti saya. Bila dah duduk depan komputer, semua nak cepat!
Sumber
Selamat mencuba :)

Resepi Masak Lemak Cili Api Daging dengan Rebung


Bismillah

Lama tak cerita pasal resepi. Minggu lepas saya ambil cuti hari Isnin sebab Sabtu sebelumnya saya kerana bekerja. Jadi banyaklah yang bermain dalam kepala. Rasa nak buat semua benda dalam satu hari tu.

Tapi yang pasti- Kalau bercuti, saya akan memasak menu makan malam istimewa untuk kami berdua. Jadi saya telah masak:

1. Masak lemak cili api daging dengan rebung
2. Sambal kentang, tempe dan ikan bilis
3. Ikan talapia goreng rangup
4. Sambal kicap dengan jus limau

Tapi menu yang saya nak kongsikan ni adalah menu masak lemak cili api tu je sebab yang lain-lain tu macam senang je. Huhuhu

Bahan-bahan:
1. Serai- dua batang
2. Kunyit- 1 inci
3. Cili api- 5 biji
5. Bawang besar- 1 biji
6. Daun/ pucuk selasih
7. Daging dihiris nipis
8. Rebung segar atau dijeruk
9. Pucuk paku dibuang batang tua
10. Santan
11. Asam keping
12. Perasa
Cara-Cara:
1. Tumbuk: Serai (yang dihiris), bawang merah, cili kecil dan kunyit hingga lumat
2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk, masukkan sedikit air dan daging dan asam keping- buka api
3. Apabila sudah empuk, masukkan rebung , pucuk paku dan pucuk selasih (opsyenal)
4. Masukkan santan
5. Perasakan
6. Tunggu hingga mendidih dan boleh dihidang

Alhamdulillah siap!

Lauk mudah-mudah je. Tak mampu nak buat lasagne bagai~

Dhiya

Ramadhan 1438H


Bismillah

Alhamdulillah it's Ramadhan!

Dah hari ketiga pun. Tapi baru hari ni dapat menulis sebab kebetulan puasa pertama yang jatuh pada hari minggu tu buat kami sangat sibuk.

Kami tak balik ke kampung pun sebab memang kami menjangkakan jalan akan sesak. Jadi kami di KL saja. Berbuka berdua saja di KL sambil berjalan-jalan sekitar KL (tapi tak boleh makan~)
Everything is okay here, Insya Allah!

Selamat berpuasa kepada semua dan semoga kita semua dapat menjalani madrasah Ramadhan dengan penuh keazaman.

Dhiya

Cara Saya Mudahkan Hidup sebagai Wanita Bekerjaya


Pakaian

1. Sebagaimana baju dibasuh hari-hari (setiap kali sampai rumah dari pejabat, saya akan on mesin basuh dulu), begitulah juga melipatnya. Saya tak akan tangguh bab ini sebab ia akan menjadi bukit atau kubu kalau dah masuk 3-4 hari.

2. Baju kerja kami tak dilipat, sebaliknya digantung kemas. Jadi jimatlah masa melipat di situ. Kami hanya melipat baju harian saja. Kalau dah siap lipat, selalunya kami akan susun masing-masing baju kami. Suami saya akan angkut baju dia dan susun ikut baju malam, tshirt harian, baju pagoda dan begitulah saya. Sebab tu jangan bertangguh, nak menyusun pun senang.

3. Gosok baju sekali banyak. Tak semestinya setiap Ahad kena ada 5 pasang baju dah tersedia untuk seminggu. Saya gosok baju 2 kali seminggu iaitu setiap Isnin dan Khamis. Jadi tak adalah ganggu hujung minggu sangat. Kadang-kadang hujung minggu naklah buat benda lain kan.

Dapur

1. Sebelum balik kerja, selalunya dalam kepala dah tahu nak masak apa. Kalau kata makan luar, kira rehat lah sikit Alhamdulillah. Masak lauk makan malam tak perlulah kari, masak lemak cili api, nasi beriani bagai~ Cukuplah dengan sejenis lauk ringkas dan ulam timun. Kalau nak bersambal jugak, buat sekali banyak dan simpan dalam balang. Kadang-kadang saya goreng bihun atau spageti saja.

2. Oh sejak kebelakangan  ni saya dah jumpa rentak untuk bawa bekal ke pejabat. Selalunya semua menu termasuk nasi saya dah siapkan malamnya lagi. Bangun pagi tinggal panaskan (kalau perlu) dan letak dalam lunch box saja. Lauk pun mudah-mudah je macam sardin, sayur campur, ayam rempah, udang berlada.

3. Cepatkan aktiviti di dapur dengan buat stok. Cili kisar dan penumis selalunya memang dah tersedia dalam peti ais saya. Ikan atau ayam yang beku, selalunya saya akan keluarkan dari peti siap-siap sebaik sampai ke rumah dari pejabat. Kadang-kadang kalau lambat nak cair, saya defrost saja guna microwave.

Bilik air

1. Kami berdua bahagi tugas di bilik air. Saya tak kisah untuk jaga tandas sebab suami saya dah menyanggup nak jaga bilik air. Maka kami banyak 'bertanding' untuk pastikan kawasan jajahan masing-masing berada dalam keadaan bersih.

2. Jangan tunggu kotor atau berlumut baru nak cuci. Sambil mandi pun boleh buat. Lagipun kalau dicuci selalu, barulah nampak sentiasa bersih

Ruang tamu

1. Sapu selang sehari. Rumah kami tak berdebu teruk pun. Jadi menyapu selang sehari tu kira ok

2. Mengemas: Selalu! Tapi memandangkan rumah kami tak sepah mana (belum sepah sebab belum ada baby yang pandai 'mengemas'), saya rasa tak beban sangat pun. Hanya susun-susun bantal di sofa dan betulkan langsir saja.

3. Jangan bertangguh dalam mengemas. Kalau sambal lalu tu nampak ada getah gelang makan satay semalam di lantai, ambil terus. Bukan buat-buat tak nampak. Kalau ada nampak sampah atas meja makan atau sofa, terus ambil waktu bangun nak ke tandas atau dapur. Kata orang, kena pandai menyambil.

Setakat ini, itulah yang saya buat dalam keluarga kecil kami. Esok ada anak kecil, kita bincang lain ya.

Puasa dah dekat. Tips di dapur tu mungkin membantu anda. Saya pun cedok dari perkongsian orang lain di kalangan kawan-kawan dan dari alam maya.

Hope it helps.

Counting for Ramadhan!

Dhiya

Birthday Retreat for Le Husband- Eco Tree Hotel Melaka, Premier Suite


Bismillah

Alhamdulillah

Mac lepas suami saya dapat umur baru. Tapi saya tak tahu nak buat apa untuk dia. Kebetulan pula waktu itu cuti sekolah dan dapat banyak jemputan kenduri kahwin, kami setuju untuk berjalan-jalan (makan percuma di rumah kenduri) je. Tapi masih rasa tak ada yang istimewanya untuk dia. Kesian pula~

Kenduri yang kami nak pergi tu kebetulan di Jelai sana, jadi saya rasa destinasi terbaik untuk percutian kali ni adalah Melaka (again~)
Tapi kali ni saya ambil hotel yang lebih istimewa memandangkan hotel Melaka sewaktu birthday saya dulu biasa-biasa saja sampai tak ada review pun. Huhuhu!

Maka kami pun mendaftar masuk di Eco Tree Hotel Melaka, Premier Suite!

Masuk-masuk je, saya sendiri pun terdiam. Suami saya lagilah tak cakap apa-apa sebab saya memang sorok bilik ni dari awal lagi.
Bilik Premier Suite ni sangat besar untuk kami berdua. Lengkap dengan meja kerja, sofa menghadap pemandangan Melaka dan bilik air yang super luas!
Yang cerah di belakang katil tu adalah tingkap kaca luas dan boleh nampak pemandangan luar. Ada sofa untuk duduk-duduk.
Inilah sofa yang saya maksudkan tu. Seronok je duduk sambil tengok pemandangan luar
Inilah dia pemandangan penuh ruang bilik. Memang cukup luas dan selesa untuk kami.
Bilik air bukan main daring lagi. Semua kaca. Cuma ada shade sikit saja untuk pisahkan bilik air dengan ruang bilik.
Keadaan memang luas dan bersih.
Dan iniiiiiiii memang terbaik!
Selain duduk (mereput) di dalam bilik, tak ada aktiviti lain kecuali makan. Seingat saya, selama beberapa kali ke Melaka, kami dah banyak sangat cuba asam pedas. Merata kedai dah~
Tapi tak apa. Kami suka!
Kali ini kami ke Claypot Asam Pedas  Kota Laksamana. Kebetulan pula di luar sedang hujan...Memang nikmat sungguh!
Tempat menunggu di foyer
Selain bilik hotel yang cantik, kemas dan menarik, banyak lagi kemudahan lain yang saya rasa sangat ok. Kami ke restoran Teak Coffee House untuk sarapan pagi. Makanan tak banyak pilihan sangat tapi acceptable. Tempat cantik dan romantik~
Selain itu, ada juga kolam renang di tingkat atas dipanggil Sky Pool. Tapi kami tak berenang pun sebab kolamnya agak kecil. Di tepi kolam tu juga ada bar yang agak meriah kalau malam. Atas Sky Pool ni ada satu lagi deck pemerhati untuk tengok Melaka, tapi saya tak naik sebab gayat~
Gimnasium pun ada! Tapi malangnya kami lupa bawa kasut. Nampaknya lepas ni kalau masuk ke mana-mana hotel, kena bawa pakaian sukanlah sebab nak fully utilize semua kemudahan yang disediakan.
Keseluruhannya Eco Tree Hotel ni memang terbaik. Saya sangat puas hati dengan layanan dan kemudahan yang disediakan. Bilik kami pula sangatlah cantik dan saya sangat sangat berpuas hati.

Terima kasih Eco Tree sebab buat saya happy di hari jadi suami saya!

Mesti dating lagi. Nak cuba studio pula :)

Dhiya