Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012


Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya tidak pernah ketinggalan untuk ke PWTC.
Alhamdulillah, saya berpeluang ke sana pagi ini. Jangan tanya bagaimana saya boleh menyusup pergi. Ini baru pusingan pertama. Ada beberapa pusingan lagi untuk saya datang. Huhu!

Boleh jadi tak terkawal hidup bila tengok buku-buku yang bermacam genre dan judul. Rasa seperti hendak diangkut pulang kesemuanya.
Bagus. Duit gaji bulan ini sudah diperuntukkan sedikit untuk buku-buku yang dihajati. Cukuplah untuk stok setahun sementara menunggu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013.

Eh. Bukan Kopi Pecah tau. Buku ini dicadangkan oleh Nabil, rakan baik saya. Kita tunggu- betul ke prediction tu~
Paling saya puas hati, saya berjaya mendapatkan beberapa naskah SOLUSI backdated series pada harga yang sangat-sangat awesome. Alhamdulillah. Cepat-cepat ke booth Telaga Biru Sdn Bhd. Anda pasti teruja!

Akan datang lagi untuk pusingan kedua dan pusingan ketiga. Sekali datang? Heh. Itu bukan Dhiya~

p/s: Senang pergi bersendirian. Empat jam di booth yang sama pun tak ada orang ambil tahu. Oh ya...Jangan lupa bawa beg galas besar atau troli untuk angkut buku-buku hasil belian anda. :)

Baby K, Jangan Buat Dhiya Menangis


Baby K,

Jangan buat Dhiya menangis...

Dhiya bimbangkan kamu.
Dhiya sakit kepala memikirkan masalah kamu.
Semua orang sedang bersusah payah demi kamu.

Baby K,

Cepat sihat ya, Sayang.
Dhiya tak betah kamu jauh nun di Klang sana.
Itu bukan tempat asal kamu.
Dhiya tak betah sendirian ke tempat kerja.
Itu bukan rutin kita.

Baby K,

Baik-baik ya, Sayang.
Semua orang sedang memikirkan kamu.
Kerana kamu milik Dhiya
Seorang gadis lemah yang menagih bahu untuk bersandar.

p/s: Emosi sungguh mengenangkan kereta kecil saya yang kini sedang sakit. Ingatkan lepas tukar bateri, kebahlah sakitnya. Tapi isu lain pula yang datang. Ini ujian Allah. Dia mahu saya belajar selok belok ilmu automotif juga supaya boleh menjadi seorang yang berdikari. :)

Salam sayang,
Dhiya

Hanya Allah yang Tahu


Bismillah...

Terima kasih Allah yang masih meminjamkan saya nyawa untuk terus berjuang.

Benar, hanya Allah yang tahu betapa perjuangan yang saya lalui ini sungguh mencabar. Bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang datang. Saya cukup penat dan hampir putus asa dengan semua yang menyesakkan dada ini.

Tekanan di tempat kerja agak teruk sepanjang April ini. Setiap Sabtu adalah Sabtu Saya Bekerja (SSB). 
  1. 7 April: Bekerja atas arahan. Sibuk mengira kertas-kertas undi yang pelbagai ragam tu.
  2. 14 April: Sepatutnya minggu saya bercuti, tetapi saya ke Miri atas urusan kerja.Collapse!
  3. 21 April: Sekali lagi hadir bekerja atas arahan sempena Mesyuarat Agung Tahunan dan Majlis Makan Malam Tahunan. Masya Allah, ini memang paling penat. Sepanjang minggu tersebut, kami tidak boleh pulang selagi tidak mendapat 'lampu hijau'. Di hari kejadian pula, semuanya menjadi kelam kabut. Baby K saya buat hal di saat saya perlu berada di pejabat seawal 7 pagi. Memang sanat menekan.Tetapi saya mengambil iktibar dan telah mempelajari sesuatu- Rancang kerja dan bersedia. Benarlah! Malamnya pula, terpaksalah saya menumpang rakan sepejabat untuk pulang. Apa boleh buat, hidup ini bukan hanya ada satu penyelesaian. Perlu bijak demi survival.
  4. 28 April: Giliran SSB saya kembali lagi. Ya Allah. Rasa hendak menangis dibuatnya.Saya hampir tersungkur tadi. Mesyuarat hari ini hanya tamat sekitar jam 8.30 malam. Esok perlu bekerja pula. :( Kasihan diri saya sendiri...Terabai teruk demi memastikan hak orang lain dipenuhi. Sungguh kejamnya saya!
Hanya Allah yang Tahu: Esok

Saya tidak bercadang untuk hadir bekerja esok. 

Pertamanya, Baby K saya memerlukan perhatian saya agar dia dibawa ke bengkel untuk sesi 'rawatan'.

Keduanya, BERSIH yang KOTOR ini hanya menyusahkan saya dan seluruh warga kota lain yang perlu bekerja pada hari Sabtu. Seperti tahun lepas, saya benci mendengar semua laluan keluar masuk ke Kuala Lumpur menjadi sesak dek penangan sekatan polis yang merata-rata. Kasihan orang awam yang tak terlibat. Kalian BERSIH yang KOTOR lagi meyusahkan. Saya tidak akan mengambil risiko untuk semua itu di waktu puncak mereka sedang menggila.(Maaf, ini luahan peribadi yang tidak ada kena mengena dengan mana-mana pendirian politik negara.)

Ketiganya, saya perlu bersedia untuk ke Kuala Kubu Bharu untuk majlis resepsi Ijoi si sepupu saya. Emak dan abah serta akak akan bertolak dari Pahang sekitar jam 2 petang. Harapnya Kuala Lumpur tenang-tenang sahaja kerana saya akan menunggu mereka dan menyusur pinggir kota untuk masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan. Semoga Allah permudahkan. Amin...

Hanya Allah yang Tahu: Dalam Hati

Banyak isu yang sedang dalam pertimbangan peribadi saya sekarang ini.

Dr. Azuan sudah menyatakan kesanggupannya untuk menyokong permohonan saya. Begitu juga dengan salah seorang bos di tempat kerja saya. Alhamdulillah. Apa yang ditunggu lagi, Dhiya. Teruskan melangkah tanpa ragu!
(Bolehkah saya?)
Allah takkan menguji kamu selain ianya dalam kemampuan kamu.

Kak Aziah juga demikian baik hatinya untuk menyokong beberapa dokumen penting saya. Peluang sudah di depan mata, Dhiya. Teruskan merebut ruang yang ada!
(Saya takut!)
Simpanlah ketakutanmu. Semoga faedah mencabar diri sendiri akan membuahkan hasil mahsul yang mendamaikan hati.

Soal meletak cincin di jari bukan lagi soalan sembunyi-sembunyi di kalangan keluarga terhadap saya. Dalam usia 'sedang elok' ini, saya tertekan apabila hampir setiap orang yang mengenali saya bertanya soal jodoh.
Cukuplah menyoal, kerana saya tidak pernah mempersoalkan ketentuan Tuhan yang satu itu dengan rasa terpaksa dan mendesak. Hanya Allah yang Tahu.

***************************

Dan malam pun makin larut. Di luar sana masih kedengaran suara muda-mudi yang bermain gitar sambil menyanyi-nyanyi lagu terkini. Saya kurang minat mendengar. Ada misi yang lebih penting untuk saya hadapi esok khusunya.
Tolak ke tepi sebentar soal kerja yang menysakkan dada. Saya perlu bersama keluarga. Mereka adalah aset berharga saya.

Selamat malam.

Dhiya.

Kampung Tercinta


Bismillah...

Bersiaran dari kampung tercinta. Terlalu penat dek penangan AGM dan Annual Dinner yang memaksa kami semua bekerja hingga lebih dari 12 jam.

Baby K saya tinggalkan di kota dengan keadaan enjin tak boleh dihidupkan. Bertabahlah, sayang.

Pulang ke desa menaiki bas. Akibat terlalu letih, saya tertidur dan terlajak. Kasihan abah yang menunggu di tempat biasa. Terpaksa mengejar saya hingga beberapa kilometer. (TT)

Semua itu tanda-tanda yang saya perlukan rehat.

Berkuat kuasa serta merta- Telefon bimbit, Facebook dan email saya akan di-deactivate-kan sehingga saya kembali bekerja nanti. Saya betul-betul mahukan rehat.

Salam sayang,

Dhiya :)

Wajah Baru


Blogger telah memperkenalkan features baru di antara mukanya. Masih perlahan untuk menulis entri baru.

Agak-agak compatible dan user friendly tak?

Haih. Jangan banyak bunyi, Dhiya. Belajar untuk menerima perubahan.  Jangan selamanya berada di takuk lama.

Esok kerja. Hm....

Ok, Sedikit Lagi.


Asyik sangat melengkapkan borang dalam talian ni hingga terlupa yang masih banyak dokumen belum discan.


Adoi. Tergendala untuk malam ni. :( Apa pun, langkah perlu diteruskan. :)

p/s: Dapatlah menulis dua tiga ayat dalam minggu sibuk ni. Esok dan Sabtu perlu dihadapi dengan tabah!

Nanti

Tunggu!

Laksa Sarawak

Nasi Lelapan

Ceritanya nanti, ya! Doakan saya boleh menulis dalam minggu sibuk ini. :)

Esok kerja...Argh!

Ahad 15 April 2012


Bismillah...

Ahad di Kota Mega. Saya selamat sampai ke rumah sekitar jam 12 malam tadi. Tak fikir apa-apa, saya terus merebahkan badan dan tidur tak ingat dunia! :p

Pagi ini saya mulakan dengan sesi mengemas. Bukan main seronok berjalan dan membeli belah, ha...rasakan seronoknya mengemas dan menyimpan pula. Mujurlah hari ini hari Ahad. Kalaulah hari ini hari bekerja, mungkin malah pasti saya akan MC!

Tengah harinya saya berpeluang makan tengahari di Cheras. Sedap. Baru beberapa hari tak jumpa lauk Melayu, dah rindu-rindu pula. Haish!
Selepas makan, saya terus ke pejabat untuk mengambil kereta yang diparkir di sana sebelum ke Miri tempoh hari. Kalau tak dibawa pulang hari ini, alamatnya esok saya akan ke tempat kerja dengan menaiki tren dan berjalan kaki pula untuk sampai ke pintu pejabat. huhu!

Sepanjang hari saya mengemas dan tidur dengan gembiranya. Esok dan sepanjang minggu depan akan menjadi minggu yang memenatkan sempena majlis makan malam tempat kerja saya.
Azam saya selepas majlis itu: Saya mahu mohon cuti untuk beberapa hari. Semangat saya perlu dicas semula dengan pulang ke desa. Saya terlalu rindukan keluarga terutamanya emak dan abah. Rindu!

Kalendar saya sudah penuh kini. Jemputan kahwin sahabat handai dan saudara mara sudah bersusun-susun menanti. Sebut pasal kahwin, saya ada cerita tentangnya. Tunggu nanti, saya akan kongsikannya.
Sekarang waktu untuk makan malam. Tunggu, ya! :p

Langah ke Hadapan

Jangan berpaling ke belakang lagi.

**********************************************************
Dear Dhiya,
Ok. It is good. You can do online application using this proposal. The offer letter will take around 2 months.
Regards,
Ching
**********************************************************

Jauh di Miri, saya menerima jawapan ini dari Dr. Ching di Kuala Lumpur. Semuanya seperti mimpi. Tapi saya tahu inilah yang saya mahu sedari dulu lagi.
Antara tanggungjawab, cita-cita dan kepuasan, semuanya terangkum menjadi satu. Saya yakin ini adalah jalan untuk saya meningkatkan nilai diri dan keluarga.

Allah. Terima kasih. Semoga saya istiqamah dan kuat untuk kembali berjuang dalam medan ilmu ini.

Dan saya akan terbang pulang ke Kota Mega petang ini juga!

Lelapan, Miri Sarawak

Bukan imbuhan kepada perkataan LELAP ok~

Tunggu nanti. Saya akan sambung cerita. :)

Dhiya

Semangat, Dhiya!

Bismillah...

Dhiya...
Teruskan bermotivasi! Jangan menyerah sebelum berjuang!

:)

Dari Jauh


Bismillah...

Alhamdulillah, sempat mencuri sedikit ruang untuk menulis. Bayangkanlah...April sudah hampir separuh bulan, tapi hanya beberapa kali saya menulis dalam DDD. Bulan ini memang agak sibuk. Banyak perkara besar yang berlaku dalam hidup saya termasuklah hal kerja dan hal peribadi.

Saya kini berada di Miri, Sarawak. Tepatnya di Curtin University Malaysia, Miri Sarawak. Ini antara tugas besar yang membuatkan saya gagal memberi perhatian kepada DDD.
Kursus Project Management for Young Engineers ini agak istimewa secara peribadinya. Saya hanya mampu senyum tanpa kata. Ini peluang yang istimewa diberikan YES kepada saya. Terima kasih, YES!

Penat tak usah dipersoalkanlah...Melayan kerenah yang bermacam-macam, pernah membuatkan saya demam tak mampu bangun. :p
Apapun, saya gembira untuk berada di sini sebagai salah seorang 'orang penting' kepada semua. (Penting tau! Jangan main-main.)

Jauh di sudut hati, saya sangat rindukan kampung halaman. April ini saya masih belum berpeluang untuk pulang ke kampung. Ketagih sungguh saya dengan seluruh isi rumah kecil yang penuh dengan kasih sayang itu. Rindu!
Benarlah kata emak, anak-anaknya merantau beribu batu jauh sekali pun...Hatinya akan tetap terikat di desa keramat itu. Phew~!

Untuk Olin- Terima kasih atas nasihat yang tak henti-henti hingga telefon bimbit saya 'jammed'. Kelakar kan? Ok syut...Ini rahsia kita berdua sahaja.
Untuk Nurul- Jaga diri ok. Saya sangat teringatkan kamu. Tapi kekangan masa sungguh mengahalang saya untuk kita bersembang.
Untuk Yan- Maaf kerana tak mampu dekat dengan kamu untuk melihat persiapan hari istimewa kamu menjadi pengantin baru. Doa saya dekat dengan kamu!

Ok, perlu berhenti dulu.

Jumpa nanti!

Dari Jauh,
Dhiya Dahlia
Curtin University Malaysia Sarawak, Miri
2.15 pm.

Sibuk

Bismillah...

Alhamdulillah masih bernafas dan boleh bergerak.

Sekarang terlalu sibuk dengan persiapan satu kursus yang akan diadakan minggu depan.
Kasihan DDD. Terabai sangat...

Untuk yang menelefon dan sms yang tak berbalas, maafkan saya.
Terlalu banyak masa saya dihabiskan untuk 'mengejar' dunia yang kosong ini hingga mengabaikan hubungan saya sesama manusia. Maafkan saya sekali lagi.

Saya akan terbang ke Miri minggu depan atas urusan kerja. Semoga Allah pelihara dan mudahkan perjalanan saya di sana.

Sibuk. Aduh!

Jangan

Bismillah...

Saya tidak pasti bagaimana untuk saya hadapi semua ini. Ujian yang dihamparkan adalah terlalu sakit hingga meremukkan hati. Kekecewaan yang didatangkan terlalu sakit untuk dihadapi.

Saya memang bukan seorang manusia yang sempurna. Tapi itu bukan ertinya perilaku dan kata-kata saya boleh diputar belitkan maksudnya.

JANGAN

Jangan Berdalih dalam Soal Hati
Jadilah diri sendiri. Jadilah seorang yang berani. Berdalih dan mengelak soal hati hanya akan menyakitkan jiwa dan tak boleh dikongsi dengan orang lain. Sedalam mana pun ia tersimpan di hati, Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi. Berhentilah mendustai diri sendiri!

Jangan Beralasan dalam Usaha
Takkan datang sesuatu perkara tanpa usaha. Berhentilah menjadi tin kosong yang berbunyi kuat tanpa isi apa-apa. Allah Maha Tahu berapa nilai usaha yang kita letakkan demi apa yang kita dambakan. Usaha yang tak perlu dihebohkan, tetapi cukuplah diniatkan dengan hati yang penuh pasrah dan menyerah padaNya. Kita tidak tahu apa yang Allah mahu berikan kepada kita. Tetapi kita tahu yang Dia tidak akan memungkiri janji dengan hambaNya.

Jangan Merungut tentang Rezeki
Jangan mengeluh terhadap rezeki. Berhentilah merungut tentang rezeki yang sepicing dan sering tidak mencukupi. Ketahuilah rezeki bukan dalam bentuk wang ringgit semata-mata. Kebahagiaan, ketenangan dan kesihatan juga adalah sebahagian rezeki yang diturunkan atas izin Allah kepada kita.
Mesti selalu ingat: Kalau kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat kepada kita. Sebaliknya kalau kita kufur, nantikanlah azab Tuhan yang sangat berat. (Surah Ibrahim, 7).
Yakinlah, rezeki Allah datang dari banyak arah!

Jangan Mudah Memberi Harapan
Ketahuilah harapan yang diberi membuatkan seseorang menunggu dan terus menunggu?
Jangan khianati kepercayaan orang lain dengan memberi harapan palsu. Jujur dan teluslah andai tidak mampu untuk menunaikan janji yang dipatri. Tidak hina malah tidak celaka orang yang bercakap benar tentang soal ruang dan peluang memenuhi harapan. Tidak!

Jangan Tunggu Lama-Lama
Kita tidak tahu bila ajal kita akan tiba.
Bekerjalah seakan-akan kamu hidup untuk selama-lamanya di muka bumi ini. Beribadatlah seakan-akan kamu akan mati esok hari.
Jangan tunggu lama-lama untuk berbuat kebaikan kerana Allah tidak bertangguh dalam menilai amalan kebajikan.
Jangan tunggu lama-lama untuk bertaubat dan berubah kerana Allah sentiasa membuka pintu taubatNya sebelum Kiamat.
Jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang!

*************************
Bertabahlah. Yakinlah Allah sedang membelai hati sedih ini dengan belaian sabar dan penuh dengan hikmah. Yakin, yakinlah! :)

p/s: Optimis, jangan pesimis!

Petunjuk Hati


Beban kerja di pejabat terlalu menghimpit jiwa. Pernah sekali saya tersentak dengan suara tinggi dari sesorang di tempat kerja. Berapa kali saya menangis dan tersungkur di tikar sembahyang mengadu lara denganNya. Saya sangat perlukan cuti untuk merehatkan jiwa. Sungguh!

Akhirnya cuti yang diidam-idamkan hadir juga.

*******************

Saya berpeluang menginap di sebuah hotel yang menghadap pinggir laut sebagai pemandangan luarnya. Saya gembira.
Suatu petang sedang asyik bersuka ria di tepi laut, saya didatangi ketakutan yang tak pernah saya sangka akan hadir di depan mata.
Ombak sedang bergulung-gulung tinggi menghala ke pinggir pantai. Airnya hitam pekat dan panas membawa haba. Ya Allah. Saat itu saya hanya fikirkan kematian kerana saya tidak nampak peluang untuk saya menyelamatkan diri. Saya mengucap kalimah syahadah berkali-kali sambil mengharapkan biarlah kematian yang ditakdirkan ini kematian yang baik.
Ombak itu semakin dekat. Saya ikhtiarkan juga memanjat sebatang pokok yang telah mati hingga ke hujung pucuknya yang kering. Saya tak sanggup melihat ombak itu semakin hampir dengan saya. Saya tahu kematian ada bersamanya!
Di mata saya terbayang segala dosa yang tak terampun, hutang yang tak terlangsai dan tanggunjawab yang tak tertunai. Allah, kesalnya saya!!! Waktu itu saya sedar yang air mata sudah tidak bermakna lagi. Semuanya sudah terlewat.

Dush!!!

Ombak jahat sudah menghempas pantai. Ajaibnya saya masih kekal di atas pokok kering itu tanpa basah walau sedikit pun. Saya lihat sekeliling- Semuanya sudah ditenggelami air. Saya lihat ada hamba Allah yang berdiri dalam air pada paras pinggangnya. Saya memberanikan diri untuk turun. Ya, air di paras pinggang saya sahaja. Pelik.
Saya pandang ke belakang. Ombak masih bergulung-gulung di tengah laut menuju ke pantai. Tetapi setiap kali ia menerjah pantai, tidak ada apa-apa yang berlaku melainkan air tetap di paras pinggang saya. Gulungan ombak ini bukan sekali dua. Wajah ngeri itu berulang-ulang hampir berbelas-belas kali mengancam untuk menghempas pantai. Saya tetap kecut perut!

Hampir beberapa jam, semuanya kembali seperti sedia kala. Saya penat memikirkan maut yang begitu hampir dengan saya tadi. Allah, Allah!
"Aku belum mati! Alhamdulillah!" Saya menjerit gembira.

************************

Ya. Ini bukan cerita yang direka-reka. Inilah mimpi ngeri yang menyambut kepulangan saya ke desa cuti kali ini. Saya duduk termenung selepas Subuh memikirkan mimpi yang dialami awal pagi ini. Dasyat sungguh detik itu. Tak tergambar dengan kata-kata. Saya tak mampu menghadapinya dalam dunia nyata. Detik kematian sungguh menakutkan.

Ya Allah...Cukuplah ia hadir di dalam mimpi. Jangan uji kami dengan bebanan yang berat di luar kemampuan kami.

Saya tidak pasti apakah maksud di sebalik mimpi tersebut. Tetapi pasti ada terselit peringatan dan teguran atas sikap dan perlakuan saya yang banyak tempang. Allah...Terima kasih atas mimpi yang menginsafkan ini. Saya dalam langkah mengislahkan diri. Bantulah!

* Saya masih bercuti di kampung. Sengaja mahu bercuti panjang kerana saya mungkin tidak ada cuti hingga pertengahan bulan Mei. Nikah kahwin sahabat handai dan saudara mara yang mengundang semuanya terpaksa diletak dalam status pertimbangan. Sibuk sungguh saya mengejar dunia yang kosong ini. Semoga Allah tidak membolak-balikkan hati saya dengan bermacam-macam dugaan dunia. Tsabat dan tetaplah ia ampuh di tempat yang tetap dan teguh sepeti kukuhnya Bukit Uhud!

p/s: Masih termenung

Tekanan


Bismillah.

Cepatlah waktu berputar. Saya mahu tinggalkan kota mega yang sesak dengan tekanan ini.

Saya suka bekerja di situ. Namun ada beberapa detik saya rasa sangat tertekan dengan sikap orang di sekelilingnya.

Hari ini saya terpaksa mengaku yang saya 'makan hati'. Cepat-cepat saya angkat kaki tatkala jam menunjukkan waktu pulang. Apa guna saya terus bersedih di situ. Lebih baik saya tenangkan fikiran!

Waktu malam saya dihabiskan dengan membelek buku-buku yang ada. Oh. Saya sedang ketandusan buku rupanya. Semuanya hampir habis dibaca. Eloklah...KLIBF 2012 sudah hampir. Sediakan simpanan yang cukup untuk 'menggila' di PWTC nanti.

Tolak ke tepi semua tekanan. Semuanya sudah kembali ok selepas melayan hobi yang satu ini. Terima kasih Allah atas nikmat masa yang tidak pernah putus dan terhenti. Semoga denyut nadi yang seiring dengannya tahu mensyukuri akan nilai sebuah nyawa!

Senyum, Dhiya!

Selamat Hari Lahir

Bismillah...

Alhamdulillah. Hari ini Dari Diri Dhiya meraikan ulangtahunnya yang pertama!
Dialah teman bicara saya, dialah pendengar setia saya. Dari Diri Dhiya tidak pernah tidak selalu ada bersama saya berkongsi rasa.

Ini bukan pengalaman pertama saya menulis. Sebelum kelahiran DDD, saya menulis dalam sebuah blog ungu untuk beberapa tahun. Kehidupan kampus dan projek tahun akhir saya banyak terpahat di situ. Malangnya saya terpaksa berhijrah atas sebab-sebab tertentu. Alhamdulillah DDD kini mengamalkan penulisan yang lebih sederhana, ilmiah dan selamat Insya Allah.

Semoga DDD terus maju dan menjadi wadah perkongsian yang bermanfaat buat saya dan mereka yang membacanya juga.
Ilmu yang sedikit, dikongsi bersama. Moga Allah menilainya sebagai sebahagian dari amalan kebaikan. :)

Untuk Kamu Juga

DDD berkongsi tarikh lahir dengan salah seorang sahabat saya.

Ehem. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya.

Doa saya buatnya tidak pernah putus siang dan malam. Namanya sebaris dengan insan-insan penting dalam hidup saya.

Semoga dia terus matang dan berani dalam meniti kehidupan sebagai hamba di bumi ini.

Sejauh mana pun kita melangkah, kita harus sedar bahawa setiap denyut nadi kita berada di bawah taklukan Allah. Bila-bila masa pun boleh dijemput kembali. Semoga hari ini menjadi hari titik tolak untuk kita menjadi insan yang lebih baik.

Kita tidak tahu apa yang Allah akan berikan atas pengorbanan dan mujahadah ini. Tetapi kita perlu tsabat dan yakin bahawa janji Allah itu pasti. Kita melepaskan sesuatu yang kita cintai pergi, Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi!

Sekali lagi, saya mendoakan agar sahabat saya ini dipelihara Allah atas jalan juangnya. Perjalanan ini tampak payah, kerana saya juga melalui jalan yang sama- Semoga Allah menilai pengorbanan kami dengan sebaik-baik pengorbanan dan dihadiahi dengan anugerah dan rezeki dari pelbagai arah.

Tahniah. Selamat ulangtahun yang ke 20-an!

p/s: Jangan juang mana yang mudah? Tiada!

Ubat Jiwa

Jangan menangis, Dhiya!

Melonjaklah lebih tinggi. Sekurang-kurangnya kamu tahu yang kamu mampu!
Hentikan air mata yang merintik. Moga Allah menganugerahi kamu dengan ganjaran yang setimpal.

p/s: Tunggu!

Jumaat yang Penat


Allah...

Terima kasih Allah kerana menguji saya dengan ujian sebegini. Sekarang saya lebih jelas- Mana kaca, mana permata. Mana teman yang setia, mana seteru khianat yang tak disangka-sangka.

Ujian yang sedikit dan sebentar ini sungguh memberi pengajaran.

Saya tidak pulang awal hari ini. Ada mesyuarat selepas waktu pejabat
yang perlu dihadiri. Lebih 'malang', mesyuarat berkenaan berlanjutan hingga ke jam luar biasa.

Banyak pengalaman yang kembali mengusik hati malam ini. Luruh juga air mata saya mengenangkannya. Tapi apa boleh buat...Hati mesti kuat, Dhiya!

Esok SSB saya. Ada ceramah dari Prof. Brian untuk saya susun aturkan majlisnya. Usai semua itu, saya perlu bawa hati saya sejauh yang mungkin. Hujung minggu saya mesti jauh dari Kota Mega ini. Mesti!

Untuk Nurul, maaf kerana mengganggu kamu dengan SMS yang merunsingkan lewat malam semalam. Maaf!

p/s: Penat!

Dr.

Bismillah...

Konsultansi percuma oleh Dr. Ching petang tadi.

Ya Allah, kuatkan semangat juang saya! Jangan biar saya jatuh dan rebah tanpa usaha!

Dhiya