Travelog Korea- Flower Land, Daejeon :) (Repost)

Bismillah...

Sambungan.

Sebaik menghabiskan satu pusingan di Zoo, kami ke Flower Land.
Flower Land dah macam satu kawasan lain. Punyalah besar. Jadi kalau ada yang akan sampai ke sini nanti, ingatkan diri supaya pakai kasut. Jangan pakai kasut tumit tinggi :p

Pintu gerbang Flower Land
Sebaik masuk Flower Land, saya melalui satu jambatan gantung. Di bawahnya penuh dengan serigala. Masa tu saya dah pelik. Ini taman bunga atau taman haiwan pemangsa. Ngeri tau. Terbayang-bayang je kalau jambatan tu runtuh dan kami semua terjatuh ke bawah. Agak-agak lauk apa yang mereka makan?
Tengoklaaaa. Cantiknya~! Ini musim luruh tau. Kalau musim bunga, mesti tak nak balik dah!
Rasanya bunga ni ada je kat halaman rumah mak dulu-dulu. Tapi tak pasti pula kenapa tak boleh tumbuh lawa macam kat sini. Tapi syukurlah Malaysia masih aman. Eh~
Saya dapat bayangkan, kalau musim bunga ni...mesti lagi cantik. Bumbung kerangka tu mesti penuh dengan bunga je kan?
Adalah sikit...Buat pengubat hati di luar musim bunga.
Tak banyak...
Daun pokok pun tak habis menguning lagi. Tapi nice.
Dekat jambatan ni sangat cantik. Ada bunga di tepi-tepi jambatan. Oooo indahnya!
Kan?
Jambatan yang saya cakapkan tu
Autumn is here!
Rumah hijau berwarna pink. Bunga saja!
Ni baru sikit.
Pokok-pokok di kiri dan kanan tu, dah nak menguning.
Tulip Story pun ada. Tapi disebabkan out season, jadi saya merajuk dan tak nak pun ambil gambar papan tandanya :P
Taman bunga ros
Yang buatan lagi menyerlah dari yang sebenar. Hahah!
Here. Autumn is here!
Pancuran air berirama. Lagu gwiyomi ok. Comel sangat!
Ok bagi saya ini adalah tempat paling penting.  Di hujung bangunan tu, ada bilik menyusu dan di situlah saya menunaikan solat Zuhur dan Asar. Di hujung yang satu lagi, ada tandas. Jadi cukup bagus untuk saya. Memandangkan ini adalah outing pertama saya di negara yang tidak punya surau atau kemudahan solat seperti di Malaysia, saya rasa saya telah berjaya dan survive untuk isu penting ini.
Sejak dari itu, setiap kali solat, saya akan mencari bilik nursery. Bingo!
Ok. Rasanya cukuplah cerita pasal Flower Land. Minggu ni saya banyak berada di makmal. Tak banyak boleh duduk saja dan berangan di dalam kelas. :
Tapi banyak lagi cerita lain yang sedang menunggu. Sabar!

Salam sayang,
Dhiya

Travelog Korea- Melawat O! World, Daejeon (Repost)


Bismillah...

Entri kali ini boleh dikatakan sebagai entri penenang. Saya letak banyak gambar supaya saya rasa gembira. 
Malas nak fikir yang bukan-bukan, yang menyentap jiwa~
Hujung minggu pertama di Daejeon, kami buat keputusan untuk ke O! World. Mula-mula saya tak mahu ikut. Banyak sangat yang ada dalam kepala. Macamana nak makanlah...Macamana nak solatlah...
Tapi mengenangkan dah alang-alang, apa salahnya kalau melihat tempat orang. Saya yakin Allah akan bantu langkah saya, kalau saya betul-betul mahukan Dia di samping saya.
Seawal pukul 8 pagi, kami sudah bergerak ke destinasi. Naik bas 604 dan tukar 301 di Emart. Cewah. Macam dah expert kan~ Perjalanan hanya mengambil masa 45 minit hingga sejam. Jalan selesa, bas pun selesa. Pengangkutan dan kemudahan awam di sini boleh dipuji. Memang bagus.
Eh macam biasalah. Kalau entri banyak gambar, saya tak berhajat nak menulis panjang. Saya akan bercerita dengan gambar, ok~!

Ini kerja si Fadz. Bunga tepi rumah kami je pun haaa. Dia memang minat sungguh dengan Nikon saya. Semua benda pun dia nak tembak. Tapi bagus juga. Skill dan kualitinya lebih baik daripada saya. Heheh
Sebaik turun dari bas 604. Sedang menunggu bas 301. Nanti dalam entri yang lain, saya akan cerita konsep bas di kawasan ni yang sangat menjimatkan. Kat Kuala Lumpur ada? Memang tak ada. Yang ada cuma traffic jam~
Menunggu bas 301. Alahai. Tunggu pun tak sampai 15 minit. 8 minit je rasanya. Sebab tu saya cakap tadi, memang boleh puji. Displayed estimation time mereka sangat tepat. Kalau nak tengok tak tepat, hanya waktu sesak je. Itupun jarang sesak.
Dalam bas. Masa ni kena berdiri sebab agak ramai orang.
Bas 301 betul-betul bawa kami sampai ke pintu O! World, stesen terakhir. Turun-turun je bas, semua gembira sebab survived.  Iyalah...kami pergi sendiri-sendiri. Mana ada orang Korea teman. Tanya jalan pun tak ramai yang boleh membantu sebab masalah bahasa. Ayam dan itik tetap ayam dan itik.
Kaunter tiket. Tutup. Yang lain ada.
Tiket. Memandangkan kami datang berkumpulan, tiket yang diberi hanya satu. Mungkin sebab kami kumpul-kumpul duit dan beli bulk kut. Oh ye...Tiket masuk untuk dewasa ke Zoo dan Flower Land berharga KWN12,000. Macam boleh buat loan kereta kalau dengar. Tempat ni besar. Dua tempat ni pun dah tak larat nak berjalan. Kalau termasuk safari dan taman tema, harganya adalah KWN29,000. Mahal. Jadi kalau ke sini, memang kena dari pagi. Kalau tidak, rugi sejuta kali :p
Partner in crime waktu team building dulu. Macam la pandai sangat baca bahasa Korea tu Ann~
Beruang dalam zoo. Zoo dalam O! World ni menampilkan konsep terbuka. Tak banyak beza dengan zoo di Malaysia, cuma lebih besar, lebih banyak haiwan dan lebih menarik. Haiwan-haiwan di sini boleh didekati dan diberi makan. Siap ada mesin jual makanan haiwan lagi. Boleh beli dalam KWN1000 dan beruang-beruang tu akan gembira sebab dapat 'makan luar'.
Mungkin sebab pagi sangat, haiwan-haiwan kat sini banyak yang masih tidur. Termasuklah dia ni. Harimau Malaya, tapi duduk Korea. Siap dapat PR lagi. Melampau sangat!
Yang ni pulak asyik ke hulu ke hilir ta kboleh duduk diam. Rasanya lapar kut. Bos tak bagi makan lagi. Jarak dengan kami memang dekat. Kalau masukkan jari, dia terkam...Memang boleh putus. Eh, tak cuba la kan....
Taman permainan!
Primate dan bayinya. Garang sangat. Mereka diletakkan dalam kaca. Bahagian atas sangkar mereka hanyalah grill supaya mereka boleh memanjat dan menerima makanan luar yang dilontarkan oleh pengunjung. Kalau rasa tak untung lagi dijadikan sebagai manusia...Tak tahulah nak cakap apa. Terasa? Kesian...
Taman burung, macam dalam Zoo Taiping yang saya pernah ceritakan dulu. Tenang je. :)
Peta O! World. Memang penat nak menghabiskannya. Tapi seronok :)
Siapa boleh terjemahkan? Kut tiba-tiba terambil rumah mayat haiwan ke.
Banyak tempat duduk disediakan. Kebanyakan keluarga yang datang akan bawa makanan dan duduk sambil berkelah. Saya rasa walaupun mereka punya keluarga yang kecil, tetapi mereka sangat menghargainya. Sweet je tengok pasangan berkelah sambil anak dua orang main-main keliling tikar.
Siapa nak rasa air pocket yang macam saya rasa dalam Korean Air haritu, boleh naik benda ni. Ada berani?
Permainan ini termasuk dalam pakej taman tema yang KWN29,000 tu. Jadi kami hanya pandang dari jauh sahaja.
Bila masuk tengahari, masing-masing dah kelaparan. Kedai-kedai macam KFC ni, janganlah tinggi harapan sangat nak makan ayam. Jarang dan hampir tiada ayam halal. Kalau ada shrimp atau squid burger tu dah cukup anugerah dah tu.
Ruang makan terbuka
Toppoki. Tepung beras, fillet ikan dengan kuah macam kuah kacang tu, tapi tak ada kacang. Bolehlah...Ada bawa bekal, tapi reserve untuk petang sikit.
Bukti jenayah. Bukti ni. Saya dah sampai ke O! World, Daejeon, Korea Selatan dengan gembiranya. Alhamdulillah. Dapat jejak negara orang dan melihat kebesaran Tuhan.

Alhamdulillah selesai menjelajah zoo sebaik waktu makan tengahari. Selepas itu kami terus ke Flower Land. Flower Land ni dalam kawasan yang sama juga, cuma ada pintu gerbang lain. Dalam tu penuh dengan bunga. Walaupun bukan musim bunga, tapi saya cukup berpuas hati.
Eh, tak nak cerita lebih. Flower Land akan ada entri lain.

Tunggu, ya!

Salam sayang,
Dhiya

Travelog Korea- Menu Korea (Repost)

Bismillah
Untuk pembaca DDD yang dikasihi sekalian, saya doakan anda semua gembira dan sihat sejahtera. :)
Dalam entri kali ini, saya nak kongsikan pengalaman makan saya di tempat belajar.
Untuk pengetahuan, kami diberikan kupon untuk 3 kali waktu makan iaitu sarapan (KWN2500), makan tengahari (KWN3500), dan makan malam (KWN3000). Kalau ditukar ke dalam RM, belanja makan kami untuk satu hari adalah RM27. Mahal kan?

Mula-mula tu, saya selalu skip makan. Tapi apabila kawan-kawan cakap makanan dia ok, jadi saya teruja untuk mencuba.

Welstory Cafe, tempat makan kami tu berkonsepkan cafe, dan di sebelahnya ada macam dining hall. Makanan yang disediakan pula adalah mengikut chef. Sarapan selalunya ada satu menu sahaja. Makan tengahari dan makan malam selalunya ada dua pilihan menu- A atau B. Sampel menu selalunya mereka akan display dalam kotak kaca di luar cafe.

Setiap hari, keadaan macam ni memang akan berlaku:

Sarapan:
Kami akan berjemaah ke Welstory. Sampai di kotak kaca tempat pameran makanan, kami dah mula mencongak-congak apa yang boleh dimakan, dan apa pula yang tak boleh dimakan. Masa mula-mula dulu, Prof. Junglah yang jadi 'kepala'. Dia akan beritahu kami menu mana yang ada daging, menu mana yang ada ikan.
Selalunya, kalau menu tu sedap, melompat-lompat masuk ke dalam cafe sambil ambil tray. Hahaha! Cuba kalau menu pagi-pagi dah ada daging....Rasa macam time-time tu juga nak naik bilik dan sambung tidur balik!

Makan tengahari:
Lunch bermula jam 11.30 pagi. Menunya agak ok. Kalau ada ikan, bukan main lagi muka berseri-seri. Terasa macam kamilah manusia paling bangga kat situ. Tapi kalau ada masa-masa main course nya kami tak boleh makan, masing-masing monyok muncung sedepa. :P

This is life, wei~!

Makan malam:
Selalunya, kami ke cafe jam 6 petang. 6 petang Korea tak sama macam 6 petang Malaysia. Suasana dan gelap. 6.30 petang dan masuk wakto Solat Maghrib. Jadi masa makan malam kami memang just nice je.

Sama macam sarapan dan makan tengahari, menu yang ada daging memang saya tak akan ambil. Kadang-kadang ada makcik pelayan yang peramah tu akan beritahu yang mana ada gogi (daging). Kalau kita tanya "fish?" sambil tunjuk menu dia akan faham. Tunggu dia nak angguk atau geleng sahaja.

Paling kecewa kalau dia jawab "gogi" Muncung sedepa lagi.
Kalau tak silap, ini menu sarapan pagi. Sebab pagi je keadaan tenang sikit dan boleh santai-santai ambil gambar. Seaweed tu dia goreng. Cukup rasa masin dan manisnya. Suka! Eh sekejap. Spot the kimchi.
Ini pun menu sarapan. Masa ni bukan main gembira sebab ada lauk telur puyuh masak kicap. Sup cendawan tu pun bolehla sedapnya. Again, spot the kimchi!
Kami rasa paling heaven sangat dah kalau dapat lauk ni. Kesian kan?
Masa ni ada menu daging. Jadi saya tak ambil. Tapi suhun goreng tu sedap. Ada telur. Itu je la yang boleh jalan dengan nasi. Spot the kimchi (**)
Ini makan tengahari semalam. Menu yang satu lagi memang totally out. Daging siap buat masak kicap. Cis! Ini mee sup je. Tapi sup dia sedap, ada fishcake. Yang dalam pinggan hitam tu adalah lempeng (macam cekodok) dengan udang. Yang kuning tu? Jeruk sengkuang agaknya. Tak padan agaknya makan mee sup dengan kimchi. Hahaha~

Spot the kimchi~
Memang hari-hari ada kimchi. Hari satu, hari dua, hari tiga...Boleh lagi. Masuk minggu kedua, rasa nak pengsan dah. Hihi~

Ada juga yang tanya saya:
"Memang la makan ikan, sayur je...tapi tak was was ke dengan bahan masakan mereka? Minyak mereka? Bekas yang mereka guna?"
Perkara ini sudah saya utarakan kepada orang yang lebih berilmu dan dipercayai.
Memetik kata-katanya:
Kalau kita nak fikir sejauh tu, di negara yang memang nature mereka begitu- satu habuk makanan pun tak boleh masuk dalam perut!
Kondisi ini dianggap darurat di mana kita memang tak boleh elak dari guna bekas makanan mereka. Jadi jangan fikir sejauh tu. Anggap sahaja bekas yang kita guna tu memang suci dan bersih- Memang bersih.
Jangan beri beban kepada diri dengan soalan-soalan yang menyusahkan. Allah akan mudahkan urusan kita, selagi kita berusaha yang terbaik untuk memberikan yang terbaik kepada diri sendiri. Allahu A'lam :)
Sedikit perkongsian, moga bermanfaat :)
Salam sayang, 
Dhiya

Liebster Award- Terima kasih Zaki :)


Bismillah

Terima kasih Zack sebab sudi tag saya. Er...Sebenarnya memang tak pernah cakna tentang award macamni. Saya menulis dan menulis sahaja tanpa ambil kisah sangat hal-hal ringat, tapi membantu hubungan blog saya ni.
Lagi pula, sekarang saya sedang sangat sibuk dengan urusan pengajian. Memang kalau boleh semua entri nak autopost!
Peraturan Liebster Award : 
  • Mention blogger yang calonkan anda & letakkan link blog beliau ke dalam post anda.
  • Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
  • Calonkan 11 bloggers lain yang anda tengok followers kurang dari 1000.
  • Buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut.
  • Maklumkan kepada those bloggers.
Jadi inilah dia. Saya akan sahut seruan Zack dengan menjawab soalan-soalan yang diajukan :) Enjoy!
Soalan untuk bloggers yang terpilih
1. Nama gelaran atau timangan masa membesar?
Dhiya
2. Warna kegemaran anda?
Ungu
3. Makanan yang paling anda suka masak?
Bereksperiman dengan resepi kek
4. Tempat percutian yang menarik bagi anda sama ada dalam atau luar negara?
Berdasarkan pengalaman, saya pilih Pulau Pangkor dan Korea :)
5. Kenapa nak jadi blogger?
Saya suka menulis. Jadi bila ada komputer, saya suka menaip. Haha!
6. Ada sesuatu yang diinginkan tapi belum tercapai?
Banyak
7. Rancangan TV yang anda suka?
Tiada yang khusus
8. Penerbangan yang paling lama anda pernah terbang?
8 jam. KUL- ICN
9. Kebanyakan kawan-kawan blogger anda berasal dari mana?
Pelbagai negeri
10. Penyanyi dan pelakon yang anda minat?
Tiada yang khusus. Saya minat Fynn Jamal sebab lagunya. 
11. Ucapan untuk saya?
Zack, terima kasih sudi tag saya. Asalnya kenal dari Dhiya's First GA je. Tapi rasa macam kawan biasa dah kan? Itulah salah satu keunikan berblog. Rakan maya lebih ramai dari rakan sebenar. Oh tentang GA tu, saya belum pos sebab minggu pertama ni agak sibuk. Tambah-tambah pula ini adalah semester akhir saya. Insya Allah saya akan usahakan secepat mungkin. Maaf, ya :)

Berikut merupakan rakan-rakan yang saya tag:

1. http://nurulhidayahpeace.blogspot.com
2. http://sarahhanim.blogspot.com
3. http://cikna136.blogspot.com
4. http://izzeyda.blogspot.com
5. http://mass-naim.blogspot.com
6. http://cahayaketinggiankehalusan.blogspot.com
7. http://norniwanie.blogspot.com
8. http://eirna-nurasikin.blogspot.com
9. http://siszetty.blogspot.com
10. http://akifimtiyaz3.blogspot.com
11. http://yangbaik.blogspot.com

Dengan soalan-soalannya adalah seperti berikut:

1. Tiga perkataan yang menghuraikan diri anda?
2. Sumber inspirasi dan motivasi anda?
3. Gajet yang mesti ada dalam poket anda?
4. Apps yang paling penting dalam gajet anda?
5. Apa yang anda impikan buat masa sekarang?
6. Hobi waktu senggang?
7. Menonton TV atau mendengar radio?
8. Destinasi pelancongan yang anda ingin pergi?
9. Bakat terpendam/ kebolehan anda yang tidak ramai orang tahu?
10. Situasi yang buat anda tertekan?
11. Komen anda tentang blog Dhiya Dahlia?

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !


Bismillah

Inilah kali pertama saya menyertai Segmen Ben Ashaari yang boleh dikatakan sebagai 'sifu' saya dalam diam. Huuu
Mari.
Pendekkan masa.
Nama diberi Dhiya. Berasal dari Pahang, tapi ramai yang tak percaya.  Saya mula berblog sejak tahun 2011. Mulanya, saya banyak berkongsi tentang perasaan. Tetapi lama-kelamaan saya sedar yang DDD punya potensi dan boleh pergi jauh lagi. Sejak dari itu, DDD mula keluar dari kotak sempit dan mula menulis tentang pelbagai perkara termasuklah pengalaman melancong, tips dan review tentang produk. Antara kelebihan dan keunikan DDD adalah penggunaan bahasa yang sempurna- iaitu tidak menggunakan singkatan dan tidak dipengaruhi oleh slang yang merosakkan bahasa. DDD juga tidak pernah mendedahkan wajah penulisnya kerana saya mahu DDD dikenali kerana isi penulisaanya, bukan pada wajah pemilik blog.
Saya bercita-cita untuk menjadikan blog sebagai salah satu sumber pendapatan yang boleh menampung hidup saya. Sebagai seorang wanita, saya cuba menjangkakan masa hadapan yang penuh dengan keluarga, dan bukan bekerja semata-mata. Jadi jika ditakdirkan saya menjadi suri rumah sepenuh masa kelak, saya mahu DDD ini bukan sahaja menjadi hobi, tetapi mampu menjana pendapatan.
Selain itu, saya mahu melihat DDD 'pergi jauh' seiring dengan blogger-blogger hebat lain. Hm...Macam mustahil, tapi saya akan cuba, kerana saya memang amat meminati bidang penulisan :)

Insya Allah!

Impian yang kecil
Usaha yang bersungguh-sungguh
Ada hasil labanya nanti

Dhiya

Travelog Korea- Makan apa? @ Daejeon (Repost)


Bismillah


Tak mahu banyak komen tentang makan.
Alhamdulillah setakat hari ini, saya masih punya makanan yang bersih lagi mengenyangkan.
Rasanya semua dah tahu akan cabaran mendapatkan makanan halal di negara ginseng ini. Sejak 2 minggu lepas, kami masih belum menyuap sebarang daging ke dalam perut. Walaupun kami berpeluang untuk berkenalan dengan komuniti pelajar KAIST yang berjiran dengan kami, tetapi mereka sendiri pun tidak mempunyai stok ayam atau daging yang banyak untuk dijual kepada kami.
Saya berpeluang berkomunikasi dengan ahli jawatankuasa Islamic Center of Daejeon, ICD. Beliau menyatakan ICD hanya menjual bekalan daging halal pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, itupun ada masa-masa tertentu. Lebih mengharukan, ICD terletak lebih kurang 40 minit berjalan kaki dari tempta kami. Kalau nak ke sana, memang kena rancang awal-awal.
Bagi menghadapi cabaran ini dengan tenang, saya ikhtiarkan juga makanan-makanan Melayu yang mudah. Alah. Bukan ada suami dan anak lagi untuk disuap makan. Jadi saya hanya masak ala kadar sahaja, cukup untuk kenyangkan diri sendiri.
Barang-barang basah seperti sayur, ikan, telur dan tepung agak mudah didapati. Kedai hanya terletak lebih kurang 15 minit jarak berjalan kaki. Harga? Agak mahal, tapi apa boleh buat. Kalau telur ayam tu boleh letak dalam luggage dari Malaysia, dah lama saya buat~
Selebihnya macam serbuk perasa, ketupat, serunding ikan dan sambal bilis tu memang saya dah bawa siap-siap dari Malaysia.

Roti John (kut). Memandangkan sos cili di sini sangat mahal, jadi cicahkna saja dengan serunding. Nak hidup punya pasal.
Ini menu makan tengahari saya hari ini. Oh ye, roti saya beli di sini. Insya Allah diyakini suci :)
Ketupat ni saya rebus sebagai bekal untuk ke O World tempoh hari. Pergi dengan rakan-rakan berbangsa Cina. Jadi saya tak mahu susahkan hati dengan perkara-perkara sebegini. Apa lagi. Malam sebelum pergi, saya rebus 3 ketul, bawa 2 paket serunding ikan. Jimat makan tengahari :p
Er...Kadang-kadang saya terbabas juga makan Maggi. Kalau lapar sangat, boleh mintak air panas di mana-mana. Selalunya mereka ada kedai macam 7-11 tu yang menyediakan air panas. Ini lunch pack saya semasa ke O World. Makan pun tepi jalan je, sambil tunggu bas. Ini baru namanya mencabar!
Makan sambil duduk di kaki lima tepi pondok bas. Pakwe-pakwe Korea lalu, semua pandang. Ah...Lantak! Hahaha!
Sejak menjadi warga sementara bandar kecil Daejeon ni, kehidupan saya memang banyak berubah. Saya mula menghargai setiap detik survival yang saya lalui.
Sungguhlah, hidup di Malaysia- dalam zon selesa- penuh manja telah menjadikan kita sebagai isinya yang hanya menerima, tetapi jarang sekali untuk memberi.
Banyak sangat hikmah dan pengajaran yang saya pelajari di sini.
Jauh di sudut hati, saya teringin berkelana jauh dari Malaysia untuk PhD nanti.
Moga Allah dengar dan bantu.

Salam sayang,
Dhiya

Travelog Korea- Lagi (Repost)

Bismillah...


Dua tiga entri yang lepas, galak betul cerita pasal berjalan ke sana ke mari. Sampai satu tahap, ada yang mengirim sindir, katanya saya seronok betul berjalan.
Eh...memang la. Siapa tak seronok. Free pula. Heh~!
Sebenarnya saya ke Korea atas urusan belajar. Alhamdulillah penaja dengan bermurah hati telah memilih saya dan 9 rakan yang lain untuk ke sini.
Memang tak ada istilah melancong, berjalan, merayap, membeli belah dan berseronok secara rasminya. Gambar-gambar dalam entri yang lepas dan mungkin akan datang hanyalah selingan dalam program kami. Itu pun ada yang telah dirancang oleh pengurusan di sini.

Jadi kepada yang PM saya (selama ni ada dalam friendlist, tapi tak pernah PM pun) minta fridge magnet atau sindir-sindir saya riak atau menunjuk-nunjuk, anda mungkin perlu cari kawan lain. Sekarang baru saya tahu siapa sahabat sejati, kawan baik, kawan jarang-jarang, dan apa-apa sahajalah. 
Saya ke sini untuk menimba ilmu. Ada report yang perlu dihantar. Bukan melancong semata-mata. Untuk rakan-rakan yang bersusah payah mengiring doa hingga ke pintu berlepas, terima kasih. Moga Kita akan terus bersama melangkah ke pintu Syurga. Amin :)
Berikut adalah gambar-gambar belajar saya. Banyak juga gambar-gambar lain, tapi kalau masuk semua, bosan juga kan? Lain kali ok...
Lantaklah apa yang mereka tulis pun, yang penting: TRAINING PROGRAM
Pertama kali dalam hidup dapat lab coat warna pink. Yang lelaki dapat warna biru muda. Alalala..Comel sangat!
Sarapan hari-hari. Setakat ini, susu ini sahaja yang boleh diyakini dan boleh masuk ke dalam perut. Sedap pun sedap. Harga? Tak payah tanya. Bukan boleh bawak balik Malaysia pun
Perisa strawberi. Yang di atas tu perisa pisang. Sedaaaaaap!
Binch ye. Bukan Bitch. Biskut organik. Insya Allah boleh makan dan sedap. :)
Eh. Bukanlah gambar belajar sangat pun.
Nantilah, saya akan kongsikan gambar di makmal. :)

Rindunya,
Dhiya Dahlia

Travelog Korea- Shopping di Daejeon- Menangis! (Repost)

Mana tak haru tengok semua ni.
Rasa nak rembat, tapi harganya 3 kali ganda dari Malaysia. Oh ye. Untuk pengetahuan, KWN 1000 bersamaan dengan +- RM3 Malaysia. Kat sini tak main harga  kupang-kupang. Paling murah tak kiralah makanan ke, barang ke adalah KWN1000. Kalau KWN ratus-ratus tu mungkin bawang sebiji atau sate ikan secucuk. Heh!

Menangis!

Kicap saja dah KWN5000. Cuba la tukar ke duit Malaysia. Sebab tu kami semua sedang craving for sambal kicap. Sambal kicap jeeee~
Kebanyakannya produk Indonesia. Jangan mintak Brahmin atau Adabi kat sini. Tak ada.
Sos cili Kimball! Sekarang makan roti telur kosong je gara-gara sos cili yang sebegini harga.
Kelapa pun ada.
Alicafe, anyone? Patut bersyukur duduk Malaysia. Tahu~
Alitea Classic Fahrin Ahmad! Ooooh~!
Maaf cakap, kos hidup di sini memang agak tinggi. Tapi kami difahamkan gaji mereka pun berada dalam julat yang tinggi. Namun masih, mereka kekal dengan prestasi dan produktiviti yang boleh dibanggakan. Sebab tu Korea maju dan cepat dikenali...Bukan hanya kerana K-Popnya, tetapi juga kerana budaya kecemerlangan mereka.

Salam inspirasi,
Dhiya