Travelog Korea: J Premium Buffet- Hidangan Pertama di Korea (repost)


Bismillah
Sebelum sampai, Prof. Jung bawa kami makan.
"Makan kenyang-kenyang" 
Mungkin itu niatnya sebab dia tahu kami akan merindui makanan sedap untuk beberapa minggu mendatang. Hahah~
J Premium Buffet ni menyediakan menu pelbagai. Prof. Jung cakap, semua senior kami dibawa makan di sini sebab ada di kalangan kami (Muslim terutamanya) adalah isu dalam pemilihan makanan.
Regardless of the other menu, kami hanya makan mana yang boleh dimakan. Kalau nak jadi particular sangat sampai nak fikir bekas makanan dan periuk belanga yang digunakan, apa pun tak boleh masuk ke dalam perut.
Insya Allah kami sudah dan sedang berusaha yang terbaik untuk mencari makanan halal di sini. Kami juga sekarang ni memasak sendiri. Selebihnya kami hanya berserah dan bertawakkal. Mudah-mudahan Allah mudahkan hidup kami di sini. :)

Pintu masuk
Ketam. Ha kau~
Buah-buahan. Sejak lepas makan di sini, saya masih belum jumpa lagi buah-buahan dalam menu makanan. Ooooolahai!
Salad
Ann dengan ketamnya
Prof. Jung
Menyelerakan? Hm. Tapi saya tak ambil ni
Pusing-pusing dan ambil gambar.
Sushi!
Waffle!

Ok. Sekarang sedang lapar. Menunggu jam 6 petang untuk makan malam di cafe. Kimchi hari-hari dah buat wajah saya licin. Hahaha.

Salam sayang,
Dhiya

Travelog Korea: Tiba di Daejeon (21 September 2013) (repost)


Bismillah

Baru nak kongsi gambar masa mula-mula sampai. Dah basi seminggu.
Penerbangan Korean Air kami selamat sampai jam 7 pagi waktu tempatan. Urusan imegresen dan lain-lain tu lama juga. Dr. Jung yang menunggu kami pun katanya dah menunggu lebih 2 jam. Kami juga diberitahu oleh beliau yang perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon mengambil masa lagi 3 jam untuk sampai ke Daejeon.
Mujur, bas yang membawa kami tu cukup selesa. Mula-mula duduk, teruja juga nak ambil gambar pemandangan kiri kanan bas. Rasanya tak sampai sejam, saya hanya memilih untuk tidur. Masa turun makan di RnR (kut), saya tak turun. Tidur lagi best kot~

The arrival
Si ketua darjah. Keluar je dari balai ketibaan, kami mencari-cari juga wakil yang menjemput kami. Tapi tak ada. Atas inisiatif sendiri, tulislah KRIBB tu walaupun tak jelas. Belum sempat display, wakil kami datang menjadi penyelamat. Yeay survive!
Antara pemandangan dari dalam bas.
Masa ni kami jalan-jalan di Yuseong, tempat macam pasar jual barang harian. Tapi kebetulan masa tu cuti umum, tempat tu lengang.
Kiri dan kanan kami banyak kedai-kedai kecil macam ni.
Cuaca baik. Rasanya macam lebih kurang Malaysia. Tapi untuk pengetahuan, 4 hari selepas ketibaan kami, suhu dah cecah 14 darjah. Sejuk macam Korea. Muahaha!
Berjalan kaki untuk ke J Buffet. Dr. Jung nak bagi makan. Katanya pelajar Malaysia susah sikit nak bagi makan. Jadi pergi buffet adalah pilihan terbaik sebab boleh pilih apa nak dan boleh makan. Insya Allah kami survive dan boleh jaga diri di sini.
 Cerita J Buffet akan saya kongsikan dalam entri berikutnya. Insya Allah. Kita tengok dulu macamana kesibukan minggu ini. Minggu baru, kelas baru, pengajar baru.

Salam rindu,
Dhiya

Travelog Korea: Melawat Daejeon Observatory (repost)


Bismlillah
Untuk tatapan rakan-rakan pembaca dan rakan-rakan terdekat yang selalu mengikuti perkembangan DDD.
Jumaat lepas, saya tak ke mana-mana. Ada je yang mengajak ke sauna dan bermalam di sana. Tapi memandangkan saya ada Skype appointment, maka saya hanya berada di bilik. 
Selepas makan malam, beberapa orang rakan lain telah mengajak saya ke Daejeon Observatory ni yang terletak hanya 10 minit dengan berjalan kaki daru hostel kami. Masuk pun percuma. Apa lagi. Laju je lah~ Tempat orang tak boleh dipandang sepi. Kena gali segala isi petinya!
Daejeon Observatory ni lebih kurang macam Plenetarium Negara di Malaysia yang menempatkan maklumat tentang aero angkasa. Tempatnya kecil je. Ada satu open hall yang telah dilengkapi dengan skop untuk mencerap bintang. Kalau nak tengok, perlu beratur sikit dan bergilir-gilir. Tapi masih boleh tengok dan memang mengujakan!

Bahagian depan Daejeon Observatory. Ada model shuttle space lagi.
Bangunan ni tak besar. Kalau tak silap hanya ada 3 atau 4 tingkat sahaja. Masa kami datang tu, ada satu rombongan budak-budak sekolah. Comel je~
Bahagian dataran depan Daejeon Observatory
Di kawasan Pavilion, yang menempatkan pameran dan model maklumat angkasa lepas. Sangat informatif.
Penimbang ni akan menimbang berat kita di planet tertentu.
Pintu masuk Open Dome, untuk mencerap bintang. Malam tu kebetulan agak berawan. Jadi bintang pun tak banyak yang kelihatan.
Banyak maklumat yang mereka letak di dinding-dinding. Cuma tinggal nak faham je. Gagaga
Tangga turun ke bawah ni menempatkan Planetarium, macam dewan yang ada closed dome dan di sekelilingnya ada kerusi yang boleh dibaringkan. Planetarium ni adalah tempat di mana ada pertunjukan galaksi di atas kubah tersebut sambil diiringi oleh alunan muzik biola dan gitar. Tenang dan romantik sangat. SANGAT
Pintu masuk ke Planetarium. Pekerja yang berbaju kuning tu boleh berbahasa Inggeris dan beritahu kami yang telefon dan kamera tidak dibenarkan dalam Planetarium.
Selesai pertunjukan, saya baru perasan yang pertunjukan ini hanya dipersembahkan pada masa-masa tertentu sahaja. Macam kami, telah berjaya menyelitkan diri dalam slot 8.00 hingga 8.30 malam.
Sebelum balik, sempat tembak satu lagi gambar space shuttle ni. Entah apa masalah setting Nikon saya, semua nak kabur kalau tak cukup cahaya. Gr!
 Tapi all in all, semuanya sangat menarik dan bermanfaat. Percuma pula tu. :)
Untuk yang rindu, saya tahu. Sabar ye :p

Salam rindu,
Dhiya Dahlia
Daejeon

Travelog Korea: Sabar. Memang banyak Cerita~! (repost)


Sabar.

Semua cerita ada di dalam buku pink ni. Cuma masih perlukan mood menulis. Hew~!


Minggu pertama hampir tamat. Banyak pengalaman baru yang diperolehi bermula dari  adat dan gaya hidup hinggalah makanan mereka.
Sabar.
Mana nak blogging lagi, mana nak buat report lagi. Haha!
Salam rindu,
Dhiya Dahlia
Daejeon, Korea

Travelog Korea: SPAM: Only in Korea (repost)


Salam rindu dari Daejeon, Korea.
Masih dan masih dalam fasa menyesuaikan diri. Hari-hari makan kimchi buat saya yakin yang saya sedang kurus. 
Minggu lepas dapat membeli belah di Emart. Banyak lagi gambar. Tapi saya kongsikan yang ini dulu.
SPAM: Only in Korea.

Nama produk makanan mereka ni SPAM. Haha!


Cerita Korea pun macam dah boleh adapt sikit. Mungkin cukup 2 bulan di sini, jadilah saya macam kawan-kawan saya di Malaysia yang sangat fanatik akan cerita Korea. Pelakon menangis, dia pun menangis tersedu-sedu.
10 pagi ni ada sesi amali makmal. Nanti sambung lagi. Bye!


Salam sayang,
Dhiya

Travelog Korea: Menu Pertama @ Daejeon, Korea (repost)


Bismillah...


Saya masih dalam situasi sambungan internet yang tidak menentu, tapi Alhamdulillah stabil.
Untuk perkongsian dan kenangan peribadi, berikut adalah gambar-gambar menu pertama kami sebaik sampai di Daejeon.
Menu makan malam. Kongsi beli barang dan masak gotong royong seramai lima orang. Bagus sangat.
Bila dah dalam keadaan macam ni, memang apa semua depan mata-asal-ada sangatlah dihargai.
Nasi goreng ni pula adalah menu sarapan pagi hari kedua di Daejeon. Yang pinggan kecil tu kami bagi sharing-mate kami yang lelaki.
Mak, ada talent tak? Terima kasih :)

 Untuk tatapan rakan-rakan yang dirindui juga. :)

Salam rindu,
Dhiya

Pengumuman Pemenang Dhiya's First Giveaway


Bismillah

Alhamdulillah DDD telah selesai menganjurkan Dhiya's First Giveaway. Sebenarnya saya langsung tak sangka untuk menerima sebegitu banyak penyertaan dari rakan-rakan maya. 
Justeru saya ingin mengucapkan seinfini terima kasih kepada semua blogger yang sudi mengambil bahagian dalam Dhiya's First Giveaway. Insya Allah saya akan menganjurkan satu lagi GA hujung bulan September ini berdasarkan entri-entri saya sepanjang bulan ini.

Tanpa membuang masa, berikut diumumkan senarai pemenang Dhiya's First Giveaway yang telah berlangsung sepanjang 2 minggu lepas. Pemenang telah dipilah secara rawak melalui random.org with single draw. Maknanya saya secara telus (Insya Allah) telah membuat hanya 7 kali generate sahaja. Tak ada diskriminasi.
Tahniah kepada semua yang terpilih. Maaf kalau buah tangan yang sampai nanti tidak menepati sangkaan awal anda. Maaf juga atas sebarang kesulitan yang berlaku. Doakan saya murah rezeki untuk terus menganjurkan GA yang lebih awesome lagi. Ok? :)

Pertama:

http://vithebat.blogspot.com
 Kedua:
http://www.mamaniza.com
 Ketiga:
http://notashalimar.blogspot.com
 Keempat:
http://dewqracintakita.blogspot.com

 Kelima:
http://izzahazryna.blogspot.com
 Keenam:
http://hanimsain-delimasari.blogspot.com
Ketujuh:
http://aquzack.blogspot.com
Blogger yang terpilih seperti di atas, bolehlah menghantarkan maklumat lanjut ke email saya:

diahalida@gmail.com
dengan subject: Pemenang GA #1 (atau #2 atau #3 atau seterusnya)

Sertakan

Nama:
Alamat:
Nombor telefon:

Saya sekarang agak sibuk dengan urusan masuk ke kampus. Khamis hingga Ahad ini pula saya akan berada di Port Dickson atas urusan kerja. Jadi pengeposan akan dibuat pada minggu 8 September. Maafkan saya. Tapi Insya Allah, saya tak akan kecewakan anda :)

Salam sayang,
Dhiya

Travelog Korea: Selamat Sampai @ Daejeon Korea (repost)


Bismillah...
Saya telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea pada 21 September 2013, jam 6.45 pagi waktu tempatan.
Penat. Peh~!
Banyak cerita. Tapi semuanya hanya atas kertas, dalam buku catatan saya dahulu. Belum punya masa sesuai untuk berteleku dan menghadap DDD sepenuh jiwa.
Masih dalam mod pengadaptasian.
Ada beberapa gambar dalam Korean Air. Tak sempat nak ambil gambar pramugari Korean Air yang sangat cantik. Ouh! Sangat cemburu. Semoga terhibur. Haha.
Menu sarapan, jam 4 pagi, atas udara.
Special request, Muslim and Halal food
Bihun goreng. Dengan udang 6 ketul.
6 jam tempoh, 4000 ++ km jarak perjalanan.
Sempatlah menonton The Internship. Itu pun banyak pause sebab tak boleh terima air turbulence yang dah rasa macam kapal terbang ni nak terhem**s sangat.
 Oih. Ini baru karangan pengenalan. Banyak lagi. Sabar, ya!

Salam sayang,
Dhiya

Travelog: Throwback Korea Series


Bismillah

September 2014-
Genaplah setahun pengalaman manis saya di Korea. Walaupun pemergian saya tempoh hari adalah pada 21 September 2013, tapi persiapan saya termasuklah menghadiri kelas persediaan, kem jatidiri dan beberapa kursus lain telah bermula seawal hujung Ogos, sekitar Aidil Fitri 2013.

Justeru, saya dengan rendah diri ingin mengisytiharkan bulan September 2014 ini sebagai bulan throwback kepada perjalanan kehidupan saya di sana. Semua entri dalam bulan ini adalah entri repost yang kebanyakannya ditulis selama saya berada di Korea. Kalau nak masukkan semuanya, memang tak cukup entri satu bulan. Tapi Insya Allah throwback series ini akan memudahkan pembacaan anda ke atas pengalaman saya kerana ia merupakan kompilasi kepada siri penglaman saya berdasarkan timeline sebenar.
Koleksi entri ini akan terbit setiap hari dalam bulan Septermber 2014 dan boleh dibaca bawah tagging Travelog Korea.

Saya berharap agar penulisan berdasarkan pengalaman singkat ini dapat menjadi sedikit sebanyak rujukan kepada rakan-rakan lain yang akan berkelana terutamanya dalam memenuhi keperluan sebagai seorang Muslimah di perantauan. Insya Allah :)

Selamat membaca,
Dhiya

Dhiya's First Giveaway: Penyertaan Ditutup


Bismillah

Selamat datang September!

Dengan kehadiran bulan baharu ini juga, bermakna tempoh penyertaan untuk Dhiya's First Giveaway telah tamat. Para peserta boleh menyemak penyertaan masing-masing di entri ini.

Jutaan terima kasih kepada semua peserta atas sokongan yang diberikan. Masya Allah, saya tak sangka boleh dapat sampai +- 100 penyertaan. Terasa sangat kerdil dan tak layak pula nak buat GA. Huuu!

Tapi apa-apa pun, Alhamdulillah. Insya Allah perkara yang baik-baik saja akan berlaku di depan sana. Saya akan mulakan proses cabutan nombor pemenang pada 2 September 2014, sebelah petang. Sebelah pagi tu saya ada temuduga dan mungkin tak dapat nak fokus pada blog sangat :)

Nantikan juga entri yang super best dari saya di sepanjang bulan September ini. Nak tahu apa dia...Kenalah tunggu entri pertama saya dalam bulan ini pagi nanti. Insya Allah, saya akan buat satu lagi GA berdasarkan entri-entri bulan September ini. Yang ni memang best, Insya Allah!

Tunggu, 
Dhiya