Darah Wanita: Perbincangan Ulama dan Pakar Perubatan


Bismillah

Saya sekarang dalam proses menyudahkan pembacaan buku ini.
Buku ni saya beli masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur haritu. Sebab banyak sangat buku yang dibeli, jadi memang tak menang nak dibaca. Kena relaks dan selesaikan satu-satu. Membaca ni bukan macam menaip- Boleh buat je walaupun tak ada jiwa. Membaca ni perlukan jiwa. Kalau hati tengah serabut, memanglah tak boleh duduk nak membaca.

Insya Allah akan habiskan dengan baik. 
Ialah. Darah wanita ni memang panjang perbincangan isu Fiqh nya. Kenapa darah lelaki tak serumit ini perbincangannya?
Hm..
Pada saya, darah lelaki ni paling jelas hanya mengalir waktu jihad kerana sifat qawwam mereka. Kalau tak pulang membawa kemenangan, mereka mungkin syahid. Itulah analoginya. Insya Allah mudah.

Doakan, sedikit sebanyak saya akan kongsikan di sini nanti. Insya Allah :)

Salam sayang,
Dhiya

Al Fatihah


Bismillah
Semoga Allah merahmati penumpang-penumpang Muslim MH17. Tidak dilupa semoga Allah memberikan kekuatan padu kepada seluruh waris dan keluarga terdekat yang terlibat dengan tragedi ini.

Saya pernah berada di atas sana setinggi 30 ribu kaki dengan MAS. Jika terjadi tragedi seperti ini, mungkin saya juga di tempat mereka. Sungguhlah ajal maut bukan sesuatu yang kita boleh jangka.

Bertabahlah.
Allah bersama kita...

Hobi Baru


Bismillah

Kucing?
Undefined.

Tak tahulah sejak bila mula jatuh sayang dengan dia ni. Tak dapat dipastikan secara khusus sejak bila saya mula berminat dengan haiwan peliharaan ni.

Manjanya dia sampai boleh dibawa masuk ke bilik. Tapi as a precaution, memang tak boleh dibiasakan. Nanti kalau dah terbiasa, silap-silap bileh hijack saya.

Kucing ni asalnya baby kucing yang mendatang dan membesar di stor belakang rumah emak. Atas rasa belas kasihan, emaklah yang jaga dia siap beri makan minum. Lama-lama dia jadi jinak dan berani turun ke kaki lima dapur dan bermain di situ.
Sampai satu tahap, kami sedikit demi sedikit beri dia ruang di dapur untuk tidur pada waktu malam. Dah lama rasanya tak ada kucing peliharaan macamni. Seingat saya, dulu masa kecil memang ada. Siap tidur, mandi pun nak sekali :p

Nabihalah budak paling seronok membela kucing ni. Biar. Biar dia dididik dengan rasa belas kasihan ibrah dari membela haiwan kesayangan Rasulullah ini. Saya pun suka :)
Kadang-kadang, nilai seseorang tidak semestinya diukur pada ketinggian tahap pendidikannya. Cukuplah kita melihat bagaimana seseorang ini menyantuni mahkluk lain.
Mudah :)

Salam sayang,
Dhiya

Wordless Wednesday: The Other Way Around


Assalamualaikum.
Happy Wednesday!

Let's think if everything around us to happen the other way around.
Urm...
Dhiya

One Escape, Please!

Bismillah

Rindunya...
Nak pergi pantai!

Nak lepaskan tekanan... :(
Tak ingatlah pantai mana~ Morib ke kut. Rindunyaaa. Tengok laut yang luas terbentang je akan buat saya tenang. Subhanallah!
Tunggu suami soleh.

Insya Allah,
Dhiya

Resepi: Agar-Agar Roti


Bismillah

Resepi lagi!

Saya ni dah jatuh cinta dengan kerja-kerja feminin ni. Rasa seronok pula. Alangkah hebatnya kalau ada dapur yang serba lengkap- Mesti sentiasa bermotivasi untuk memasak. Ye keeee~
Saya belum cuba lagi. Insya Allah akan cuba hujung minggu ni. Geram pula tengok warna warni kan!

Jom mencuba,
Dhiya

Nombor Plat BMW: Dah Agak Dah...


Bismillah...

Masa belajar dulu, saya pernah bercita-cita nak beli kereta MyVi dengan nombor plat BMW apa-apa nombor je lah, dengan harapan esok lusa dah umur 40 ke dapatlah beli BMW dan tukarkan nombor plat BMW tu ke kereta BMW!

Rupanya cita-cita saya tu bukan milik saya seorang. Lebih menyedihkan, ianya hanyalah cita-cita orang berduit sebab nombor plat ini adalah ekslusif dan perlu ditempah.

Melepas.
Telan ayaq lioq~
Tapi memang padanlah.

Saya tak dapat bayangkan- Punya ramai pemilik kereta BMW 3 Series, 2.0, i.e BMW 320, hanya seorang je yang akan dapat beli nombor plat BMW 320 tu nanti. Sama juga dengan kereta BMW siri-siri lain. Punyalah ekslusif. Memang tak layaklah orang macam saya ni kan ~ Hahaha!

Sekarang saya masih bahagia dengan Baby K saya. Tinggal lagi setahun untuk clearkan hutang. Cita-cita nak beli kereta baru nampaknya belum ada. Insya Allah sebaik habis bayar hutang Baby K, saya akan mula kerja balik dan nak fikir pasal beli rumah pula. 
Beli kereta besar-besar pun, tak boleh bawa masuk perabot ke dalamnya. Kalau beli rumah, saya boleh buat kek dan masak sedap-sedap :) Wuuuwu~

Jadi mari sama-sama kita tunggu siapa pemilik nombor-nombor plat ekslusif BMW ini. Mana tahu tersekat sama-sama dalam kesesakan lalulintas, boleh mintak selfie sekali dua :P

Salam sayang,
Dhiya

CPUV, anda buat saya happy!


Bismillah

August gifts are here!
Alhamdulillah.

Terima kasih Allah. Blog tak popular ni setidak-tidaknya terpilih juga. Tak banyak pun tak apa. Yang ada ni pun dah cukup baik.

Terima kasih Nuffnang sebab sudi sokong blog ni. Terima kasih juga kepada para pembaca. Kalau nampak iklan tu, tolong la klik ye :)

Salam sayang,
Dhiya

Kisah Matematik Cinta yang Sedih


Bismillah...

Maaf semua. Saya sangat sibuk sejak kebelakangan ini. Jadi semua entri adalah entri segera sahaja. Insya Allah nanti apabila saya dah relaks sikit, saya akan terus menulis cerita-cerita semasa saya.

Kali ni saya terjumpa satu analogi matematik yang berkaitan dengan cinta. Logik dan sangat betul.
Orang yang ada math background mesti faham dengan teori ini dan biasa dengan terma yang digunakan. :)
Teori dan kenyataan yang betul, tapi agak menyedihkan dalam kisah CINTA.
Tak banyak yang kita boleh ubah. Tapi kita punya banyak pilihan dalam kehidupan.

Salam sayang,
Dhiya

Morning Exercise


Assalamualaikum!

Dear friends,
Let's start our day with this.

Read to the bottom and you will realize that you are awesome!
Good morning, world!

Dhiya

Selfie: Zaman Sekarang, kan...


Assalamualaikum :)

Saya memang tak boleh hadam tentang tabiat selfie ni. Dulu-dulu sebenarnya dah ada benda ni, cuma tidaklah sampai diangkat dan dijadikan trend hingga perkataan selfie itu sendiri berjaya memasuki senarai kosa kata dalam kamus. Huhuhu.

Saya nak minat selfie. Malu.

Pernah cuba beberapa kalu, tapi rasa macam: "Ya ALLAH...Syok sendiri nya lahai aku ni!"

Cumanya semasa saya di Korea, saya buat jugalah. Tapi tak nampak sangat la selfie. Di sana memang terpaksa buat la kan. Sudahlah travel solo, takkanlah nak suruh dan minta orang memanjang kan~
Agak parah, saya pernah jumpa 2 orang kawan saya (kawan jauh laa), yang selfie gambar menangis. Seorang tu perempuan- Menangis dalam bas dalam perjalanan balik ke kampung sebab nenek meninggal. Yang seorang lagi tu, seorang lelaki-- Menangis sebab tengok Kabhi Kubshi Khabi Gham! 
Ketenatan apakah ini? $#^&(#! Hahaha!

Dulu kan pernah ada isu, katanya selfie ni budaya tak bagus sebab boleh membawa kepada tekanan jiwa dan kematian.
Rasanya kalau untuk momen dan kenangan, bolehlah. Tapi jangan sampai berlebih-lebihan kan?
Baik-baik, yop!

Salam sayang,
Dhiya

Super Betul!


Assalamualaikum...

Lelaki vs perempuan, tolong baca ni. Jangan tunjuk-tunjuk kat orang. Tunjuk kat diri sendiri dulu :p
Malangnya 
Ini memang benar 
Tiada hujah lain 
Melainkan yang benar-benar belaka 

We always fight for this stupid things 
Even now 

Couples out there 
Memang macamni ke? 
Ke aku yang mengalami mental disorder? 

Tak nak balik KL!
Salam cinta,
Dhiya

Air oh Air


Bismillah

Semalam rumah mak ni terputus bekalan air lebih dari 24 jam. Dulu sebenarnya lagi teruk- Pernah sampai 5-6 hari. Itu mujurlah duduk di kampung. Ada juga kolah besar buat simpanan. Kalau di bandar--- Masak!
Sejak paip di kawasan kampung ni ditukar, eloklah sedikit. Air pun dah laju. Kalau tak, dulu kan---Biha yang mandi guna shower dan saya yang tengah memasak di dapur pasti akan bergaduh berebut tekanan air!
Tak sempat nak keluarkan paip ni dari kolah. Jadi air tanah tu termasuk sikit ke dalam kolah. Jenuh la askar-askar nak membasuh~
Selepas lebih 24 jam, bekalan air pun disambung semula. Entah apa masalahnya, saya pun tak tahu. Tapi memang tiada sebarang notis.  Malangnya, air yang keluar dari paip-paip seluruh rumah bukanlah air yang bersih. Air bertanah yang dah macam air teh :( Lama juga kami biarkan agar air tanah ni keluar dan cepat digantikan dengan air bersih. Tapi dekat 30 minit juga barulah air bersih keluar. Itupun tak lama selepas tu, keluar balik air teh!
Tengok warna dia. Tak sampai hati nak mandi dengan air macamni.
Sinki dapur. Tangki simpanan dapur kami pula kebetulan tak dibersihkan lagi dengan sampah daun yang gugur. Jadi airnya pun tak boleh dibuat memasak. Terpaksalah guna air tapis yang akak ada ambil dari hospital. :(
Pagi ni, semasa nak memasak---
Air ni pula yang keluar:

Putih terlajak pula dek klorin- Siap berbau lagi.
Ayaq susu pulaaaaaak~!
Air berklorin ni ambil masa lebih dari 30 saat untuk bertukar jernih. Bau pun kuat. Terberhenti sekejap sesi memasak tadi sebab tak gamak nak guna air ni. Huhu.

Ingat tak cerita alergik yang saya alami tu? Ha...itu dah menjadi sejarah. Tapi masih menjadi ketakutan pada saya. Antara sebabnya haritu adalah air. Merana oiii~!

Take care, friends. 
Air ni keperluan, Tapi pastikan ianya bersih dan selamat digunakan :)

Salam sayang
Dhiya

Sabtu


Bismillah

Ya ampun...Awatla malas sangat sejak kebelakangan ni. Kawan-kawan yang rapat boleh kata semua dah tahu yang saya masih di kampung- Tak balik ke KL lagi sejak cuti raya haritu.
Melampau?
Memang.
Lantak. Hahah!

Kerja RA bukan macam kerja dengan Janet dulu- Ada punch card, cuti kena mohon, jawab panggilan telefon sampai tak menang tangan atau attend meeting yang tak ada agenda pun. Hihihi!
Kerja kali ni agak relaks. Iyalah. Nama pun sementara je. Cuti lama-lama, duduk di kampung pun bukan dapat apa melainkan pertambahan berat badan. 
Semalam Prof. sms minta suruh retrieve artikel. Benda boleh selesaikan dari rumah, seboleh-bolehnya saya akan buat di rumah (a.k.a hometown, bukan rumah sewa!). Tak kuasa nak duduk KL yang berselirat tu.

Hari ni, masih di kampung.

Huuu.

Sorgaaaa!

Tapi dalam minggu depan saya perlu balik ke KL kut sebab nak selesaikan hal gaji. (Tang gaji lajuuu je~) Awal bulan depan, saya dah perlu balik ke kampus untuk semester akhir master. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan penuh bergaya.

Terbaharu, saya menerima satu tawaran temuduga melalui telefon bawah syarikat TFM. Mujur juga melalui telefon. Kalau tak berdesuplah saya balik ke KL penuh dengan keadaan terpaksa lagi tak bersedia. Doakan, ya. Kalau dapat secure the position at least by end of this year, memang cun sangatlah. Habis belajar, terus dapat kerja. Insya Allah :)
Saya tak mahu balik ke company lama. Walaupun seronok, tapi saya dengar macam-macam yang menyedihkan dari meja pengurusan sejak setahun ni. Ramai staf yang lama dah berhenti dan apabila saya risik-risik puncanya- Semuanya hampir sama dengan saya dan staf yang lain.
Lantak~

Life must go on.
Masalah yang bertimbun-timbun tu kena letak di tepi barang sekejap. Kita berhak untuk menikmati masa kita. Jangan terikat dengan orang lain. Bebaskan diri. Jadilah diri sendiri dalam mengatur pilihan kehidupan :)

Salam sayang,
Dhiya

What is Marriage?


Bismillah

Perkahwinan tu apa sebenarnya?

Ha, nah. Itu jawapannya.
Jangan marah, ya!

Mungkin masa kita geram ke atau apa, kita akan bersetuju dengan kenyataan di atas. Tapi cuba kita kenang, entah apalah kenyataan dari pihak satu lagi terhadap kita semasa mereka sedang marah rasa nak piat telinga kita tu.

Saya faham hidup berumahtangga memang tidak semuanya indah. Tapi kalau kita pilih dan buat keputusan tu atas dasar agama, semestinya Allah akan lorongkan kita jalan yang baik-baik lagi terpelihara.

Sebab tu.
Saya nak sangat ruang dan peluang untuk memperbaiki diri. Banyak lohong kosong dalam diri saya terutamanya dari segi ilmu agama dan sifat keperibadian seorang wanita Muslim. Pengetahuan tu ada, tapi selalu rasa perlukan suasana baik untuk saya betul-betul belajar dan menerima.

Doakan.

Banyak sangat isu dalam hal nikah kahwin sejak kebelakangan ini.

Moga Allah permudahkan :)

Salam sayang,
Dhiya

A Message for Him


Assalamualaikum and hi,

Happy Friday. Get ready for weekend open house! Yeay! Hahaha!

And for those who feel like this:
Just send him this message. But don't worry too much. Men are created to be like that, indeed. Their brain is totally different with ours.
Don't rush. He'll come back to you.

Dhiya

Mr. Engineer's Site


Bismillah...

Ya ampun...
Selama 4 tahun bekerja, inilah satu-satunya gambar yang saya terima.

Mengucap panjang.

Punyalah berserabut!

Memang macamni ke lifestyle engineer? Kalau betullah, saya tak menyesal letak jawatan dan memang tak nak pun jadi engineer! Huhu!

"D, meh sini. Tolong kemas meja saya"
"Tidaaaaak!"

Support Gaza!


Bismillah

Kawan-kawan,
Mari pejam mata, bayangkan sebentar.
Kalau kita berada di tempat mereka.

Sakit.
Teraniaya.
Kasihan, kan?
Kita tidak semestinya perlu menjadi Muslim untuk memperjuangkan Gaza.
Cukuplah menjadi seorang manusia.
Kasihanilah mereka...

Salam sayang untuk Gaza,
Dhiya

Percaya Janji Allah :)


Bismillah

Raya ni, banyak sangat soalan BILA BILA BILA tu sampai naik sakit kepala saya dibuatnya. Macamana saya nak fahamkan manusia di sekeliling saya lagi pun- entahlah. Saya bukan Tuhan untuk saya atur jalan hidup saya sesempurnanya. Memang saya boleh rancang, tapi saya bukan pelaksana.

Setiap kali baca ayat ni, saya terasa macam mendapat tenaga baru. Alhamdulillah. Rasa gembira dengan pujukan Allah yang luar biasa ini.
Doakan saya.

Doakan jodoh yang terbaik untuk saya :)

Salam sayang
Dhiya

Resepi: Kek Chocolate Moist


Bismillah...

Sejak cuti beraya di kampung ni, saya gemar sangat bereksperimen dengan resepi. Mungkin sebab kelengkapan di rumah emak ni sempurna kut. Ada dapur yang best, loyang, besen pemukul semua serba lengkap. Di rumah sewa ni faham-faham sajalah... serba sederhana dan berkongsi pula.

Semalam saya tekad untuk mencuba resepi Kek Chocolate Moist ni. Dah lama sebenarnya nak cuba. Tapi kadang-kadang keyakinan dan motivasi tu yang tak ada. Tapi kebetulan baru-baru ini ahli Group FB RR kegemaran saya tu ada kongsikan resepi mudah untuk buat Kek Chocolate Moist ni. Saya pun apa lagi, gamble lah!

Resepi Kek Chocolate Moist adalah seperti berikut (saya ambil dan ikut betul-betul dari Group FB tu. Terima masih, ya!):
Kaedah tu nanti saya terangkan sedikit. Sebabnya, kalau main campur semua dan terus gaul  mungkin agak susah dan lambat untuk dapatkan adunan sebati. Ni nak ajar ala-ala buat eksperimen Kimia :)
Bahan-bahan yang saya sediakan ikut sukatan. Minyak dan air panas saya gunakan cawan yang sama (cawan yang isi minyak tu)
Mula-mula, pecahkan 4 biji telur dan pukul dengan gula. Pukul sampai kembang dan kita namakan ini sebagai campuran 1

Campuran 2 pula adalah tepung Bluekey

Campuran 3 ni adalah kunci kepada Kek Chocolate Moist kita. Kiranya kalau takda campuran 3 ni, memang eksperiman dikira salah.
Cara-cara nak sediakan campuran 3 ni senang saja:
a- Satukan serbuk coklat dan milo dalam bekas. 
b- Kemudian minyak masak dan kacaulah sehingga sebati.
c- Selang selikan dengan air panas (saya guna air 95 darjah Celsius) dan susu pekat.
d- Kacau dan kacau sampai betul-betul sebati dan nampak smooth
Ok. Sekarang kita dah ada 1, 2 dan 3
Seterusnya, masukkan 1 ke dalam 3. Kacau sampai sebati.
Masukkan pula 2 ke dalam 3 sedikit demi sedikit. Kaaaaaaaaaaaaaaacau sampai sebati, jangan ada tepung yang berketul-ketul.
1+2+3 yang masih tak berapa sebati dan nampak tepung yang berketul-ketul.
Macamana nak buat? Ha...Kacau je sampai adunan betul-betul smooth. Jangan bimbang. Mula-mula memang akan nampak berketu-ketul. Kacau perlahan-lahan. Adunan akan jadi smooth :)
Adunan 1+2+3 tadi dimasukkan ke dalam loyang yang disapu dengan majerin.
Sementara tu, panaskan periuk kukus. Jangan lupa lapik penutup periuk tu dengan kain supaya wap air yang terperangkap tidak jatuh atas kek.
Apabila dah mula berwap, masukkan loyang tadi ke dalam periuk pengukus selama 45 minit. Mengikut pesanan dalam resepi tu, jangan buka-buka tudung periuk tu, sebab nanti takut kek tu merajuk. 
Kalau buka juga?
Entah.
Saya tak cuba pula langgar perintah sebab tak mahu kek saya gagal. Hahahha!
Selepas 45 minit, inilah hasilnya. Puan emak, pegawai QA tengok dan pegang-pegang kek saya. Katanya lembut dan masak ok sebab tak melekat dan senang nak dikeluarkan dari loyang.
Sementara tunggu kek masak dalam tempoh 45 minit tu, bolehlah sediakan topping untuk kek.

Resepi adalah seperti berikut, tapi saya  kurangkan susu pekat dan gantikan dengan gula. Untuk cairkan adunan, saya guna air panas sekali lagi dan sambil tu dikacau atas api perlahan sampai likat.
Topping saya
Sementara kek masih panas tu, saya tuangkan topping tu ke atas kek supaya kek tu boleh serap sikit coklat cair tu :)

Kemaskan, hiaskan dan siap untuk dihidang. Kek Chocolate Moist saya tak sempat nak hias-hias dah. Nabiha sibuk nak potong dan makan. Grrr~!
Kek Chocolate Moist saya. Uuuuuu....Kembang hidung jaaappp!
Ini tekstur dalamnya. Masa makan tu memang rasa kek lah. Mujur tak rasa tepung. So all in all, I can conclude that eksperimen ini berjaya. Boleh bawa ke KL dan hidang pada kawan-kawan dan bawa ke rumah bakal mertua.
Selamat mencuba!
Dhiya