Seoul Korea: N Seoul Tower


Bismillah

Tak habis lagi cerita Seoul~
Ok janji, ini adalah entri perjalanan Seoul saya yang terakhir dengan Dr. Jung. Cerita backpacking saya tu kena tunggu entri lain pula. Malah itu akan lebih mencabar sebab saya bergerak sendiri. Oho!

...Dari Insadong, kami menaiki bas ke N Seoul Tower, Seoul which is sangat sangat terkenal. Kalau ke Seoul tapi tak jejak kaki ke sini, memang boleh kata total failure lah~ Tempat ni sangat besar sebenarnya. Tapi to cut it short, saya cerita teruslah pasal N Seoul Tower. Insya Allah cerita pasal kawasan ni saya akan kongsikan semasa lawatan backpacking saya nanti.

N Seoul Tower ni adalah observatory tower di tengah-tengah Seoul yang membolehkan kita melihat seluruh bandar besar itu dari atas.
Gambar diambil dari dalam bas. Pemanduan agak smooth, tapi memang terasa naik bukitnya. Sebenarnya boleh je kalau nak berjalan atau menaiki cable car...Tapi kami pun muka dah keletihan. Bas pun dah termasuk dalam pakej...Naik jelah terus ke atas dengan bas tu.
Masa ni dah dalam pukul 4. Matahari dah condong ke Barat. Biasalah...Korea ni jam 5.30 petang kan dah gelap gelita. Dan paling 'panas', kami masih belum solat jamak. Memang berharap sangat adalah tempat nak solat di sini. Dua tempat lawatan kami tadi memang agak susah nak solat sebab tiada tempat bersih.
Sunset!
Walaupun bas persiaran kami dipandu hingga ke atas, tapi kami masih perlu berjalan untuk sampai ke dataran N Seoul Tower. Boleh tahan juga penatnya. Tapi apabila 'dipujuk' dengan pemandangan cantik macamni, terubat juga segala kepenatan tu :)
Kawasan dataran berhampiran dengan N Seoul Tower.
And this is one of the most famous identity in Korea! Masa ni dah telan air liur sebab terfikir possible ke nak sampai ke puncak tu? Eh orang gayat memang selalu macamtu kan~!
Macam saya cakap tadi, tempat ni sangat terkenal. Ia diisytiharkan sebagai 100 tourist attractions Korean must visit. Ahai bukan setakat Korean lah. Siapa-siapa yang datang Korea- Malaysia, Indonesia, England, Afrika- pasti tak akan lepaskan peluang jejak kaki ke sini.
Pintu masuk N Seoul Tower
Oh ye di sini ada Teddy Bear Museum. Tapi disebabkan tak termasuk dalam itinerary,kami tak jejak pun tempat tu. Ini adalah kedai cenderahati yang berasaskan teddy bear. Itu pun saya tak masuk sebab saya ternampak nursing room. Jadi apa yang saya fikir hanyalah solat. (Macam biasa, inilah tempat solat saya kalau outing selama di Korea) Kamera pun saya serahkan pada rakan. Jadi gambar-gambar teddy ni semua dia yang snap. Terima kasih Dr. Jung yang beri kami masa 15 minit untuk solat!
Gambar dalam lif? Tak ada. Jangan tanya. Semasa menunggu lif lagi rakan-rakan saya dah usik macam-macam. Dr. Jung sendiri pun kenakan saya. Nasib baik Tan pinjamkan tangannya untuk saya peluk selama berada di dalam lif. Bencinyaaa jadi gayat!
Dan inilah pemandangan pertama yang saya lihat. Subhanallah. Cantiknya. Teringat masa naik Menara Taming Sari Melaka. Macamni lah rupanya, cuma saya yakin N Seoul Tower lebih tinggi!
N Seoul Tower bukan sahaja memberi ruang untuk kami melihat pemandangan. Ia juga menyediakan ruang untuk ingatan kepada yang tersayang. Untuk rakan-rakan yang saya minta alamat anda, di sinilah saya beli, isi dan poskan poskad anda. Tolong jangan terharu. Haha~!
Harga poskad bergantung kepada corak dan rekaan, antara KWN1000- KWN2000. Setem untuk pengeposan antarabangsa adalah KWN400. Kalau tak silap untuk poskad KWN2000, setem dengan harga tempatan dah disediakan. Kalau nak dipos ke negara lain, memang perlu tambah setem dengan kos sendiri.
Antara gambar kegemaran saya. Gambar orang gayat memang selalu mengecewakan. Tapi rasanya yang ni not too bad. Cuma tak cukup zoom kut, sebab sebelah tangan dah pegang besi penghadang. Gayat punya hal!
Subhanallah, cantik sangat!
Malaysia is 4,596.51 KM away~!
Tunggu! Rasanya ini adalah satu-satunya gambar dalam lif yang saya ambil dengan sebelah tangan berpaut pada tangan Tan. Bahagian atas lif N Seoul Tower ni ada macam info dalam bentuk grafik yang sangat menarik, dan mungkin juga tujuannya adalah untuk melekakan orang gayat macam saya ni dari gelabah. Masa ni dah dalam perjalanan balik.
Luar menara. Sempat spent dalam 15 minit sahaja di kawasan padlock ni. Romantik? Kut la...orang single memang tak ada perasaan~
Pemandangan N Seoul Tower dari sudut lain.
Heart Chair ni? Punyalah ramai pasangan beratur semata-mata nak duduk di situ dan ambil gambar. Orang macam saya ni memang tak ada can lah~ Bagi mereka tempat ni romantik kut. KUT...
Kalau datang sini, tak payah susah-susah bawa padlock dari Malaysia. Beli saja di sini. Lepastu ha...sangkutlah kat mana-mana. Tapi kalau rasa nak kuat sikit dan perlukan rantai basikal tu, bolehlah bawa dari Malaysia ok. Ceh~ Tak ada motif sungguh. (ayat orang dengki)
Weh siap ada nombor lagi. Rasanya the moment I can break the number, cinta mereka pun pasti akan terlerai. Wakakaka!
Dah beransur malam. Jom kita balik Daejeon!
Selamat tinggal Seoul. Kami akan datang lagi!
Kalau tak silap, kami bergerak pulang dalam pukul 6.30 petang. Perjalanan ke Daejeon mengambil masa lagi 3 jam. Tak sampai setengah jam di dalam bas, semua pun tertidur kepenatan.

Alhamdulillah. Cerita Seoul, siri bersama Dr. Jung dah selesai. Kita tunggu apa pula cerita seterusnya! Tunggu tau!

Salam sayang, 
Dhiya

DIY: Bunga Dari Cupcake Liners


Assalamualaikum...

Ignite sikit mood pagi Selasa nih:

Bunga Dari Cupcake Liners!
Saya tak rancang untuk buat tutorial atau cakap banyak tentang bunga ini sebab idea dan gambar ni pun saya pinjam orang punya. 

Untuk penerangan lebih lanjut tentang langkah demi langkah cara membuatnya, boleh ramai-ramai ke laman web ni. Rasanya sangat berguna untuk orang-orang yang cintakan seni dan B2B bajet macam saya nih~

lawati: www.intimateweddings.com

Salam semangat,
Dhiya

Diet: Untuk Pengetahuan Saya


Jangan diet semberono saja. Ingat tu! :p

 
Ramai orang ingin turunkan berat badan cara mudah dan cepat. Tapi tak ramai yang faham kenapa berat mereka berlebihan. Jadi nak kongsi la sikit ilmu yang ada ni kan. Haaa..seram tak tajuk tu? hahaha...it sad but true. Persoalan ni timbul bila ramai tegur "eh, ko ni dah makin berisi aku tengok". "Humang aih, baru 2 tahun tak jumpa dah kembang macam maggi dah kau". Dan kita start bertanya why? why? why? this is happening? hahaha. Cuba jawab soalan ni. "Adakah rutin harian anda melibatkan banyak aktiviti fizikal?". 90% akan jawab tak. Kebanyakan kita akan duduk di meja pejabat di dalam bilik ada aircond. Kita pelik kenapa badan kita makin babam sedangkan kita makan sama je kuantiti. macam zaman study dulu. Teruskan pembacaan jika nak tahu sebabnya.
Untuk menurunkan berat badan anda, apa yang paling penting adalah mengawal segala keperluan badan and we need to do some math!. Kira keperluan kalori badan, kira pengambilan kalori badan dan kira anggaran defisit kalori. Hari ini kita berlajar matematik!!! Baca sini jika tak tahu apa itu kalori.

Basal Metabolic Rate (BMR).

Mula-mula kita kira yang paling asas iaitu Basal Metabolic Rate (BMR). Bagi mereka yang tidak tahu BMR ini merupakan jumlah kalori minimum yang diperlukan oleh badan kita untuk hidup. Jumlah BMR setiap individu adalah berbeza bergantung kepada berat, tinggi dan umur.

Sifirnya begini....
BMR (PEREMPUAN) : 655 + (9.6 X berat dalam kg) + (1.8 X tinggi dalam cm) - (4.7 X umur dalam tahun)

BMR (LELAKI) : 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun)


Paling mudah saya kirakan BMR saya supaya anda semua lebih faham pengiraannya. Berat saya 51kg, tinggi 168cm dan umur 28.

Hasilnya  : 655 + (9.6 X 51) + (1.8 X 168) - (4.7 X 28)
                  655 + 489.6 + 302.4 - 131.6 = 1315.4 kalori

Kira Daily Calorie Requirement (DCR) pula..

Selepas dapat BMR kita cari pula Daily Calorie Requirement. BMR adalah kiraan jumlah makanan/kalori yang diperlukan badan kita mengikut ketinggian dan dan berat manakala DCR merupakan jumlah kalori harian bergantung kepada aktiviti dan keaktifan kita sepanjang hari. Cara mengira DCR adalah dengan mendarabkan jumlah BMR tadi kepada unit keaktifan kita. Gunakan maklumat di bawah ini :


• BMR x 1.2 (kurang atau tiada senaman, kerja di meja)

• BMR x 1.375 (senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu)

• BMR x 1.55 (senaman sederhana/bersukan 3-5 hari/minggu)

• BMR x 1.725 (senaman berat/bersukan 6-7 hari/minggu)

• BMR x 1.9 (senaman berat setiap hari/bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari seperti pelumba maraton)


BMR saya tadi  1315.4 kalori dan saya tak senam lansung...hehehe. Maka saya hanya perlukan  1315.4 X 1.2 = 1578 kalori (DCR saya sehari)

Dengan ketinggian dan berat, badan saya memerlukan 1578 kalori mengikut keaktifan saya. Sekiranya saya mahu mengekalkan berat badan, maka saya mantain pengambilan 1578 kalori sehari. Macam mana nak tahu? Senang saja..anda cuba kira pengambilan makanan anda dari pagi hingga malam. Sekiranya saya makan lebih dari 1578 kalori sehari makan berat saya akan bertambah. Ok..di atas adalah bagai mana mengira BMR dan DCR. Jika kekal kan DCR maka berat anda akan kekal..tapi bagaimana mahu menurunkan berat? Jika kita mahu menurunkan berat kita perlu ciptakan kalori defisit. Apa itu kalori defisit?
 
Kalori Defisit
Kalori defisit merupakan defisit daripada dua nilai (nilai kalori keluar dan nilai kalori masuk), apabila nilai kalori keluar lebih tinggi daripada kalori masuk. Mari saya tunjukkan bagaimana untuk mendapatkan kiraan defisit.
1578 kalori (masuk) - 1578 (keluar) = maka defisit kalori saya ada kosong (0)
Sekiranya saya makan berlebihan sebagai contoh 1700 kalori maka
1700kalori - 1578kalori = (+)122kalori
Memang nampak 122 kalori tu macam sikit je kan..Tapi kalau lama2 disimpan maka ia akan jadi bukit..maka tercipta berat badan yang tidak diingini..hahahaha..namun sekiranya saya rajin dan berlari di gym selama 15 minit dan mambakar 122 kalori itu, maka saya selamat dan berat saya kekal tanpa penambahan.
Macam mana nak turun berat? apa yang penting adalah kombinasi diet dan juga senaman. Ok..saya kirakan. Keperluan saya adalah 1578 kalori..sekiranya saya hanya makan 1400 kalori maka dengan berdiet kalori sahaja sahaja boleh dapat defisit.
 
1400kalori - 1578 kalori = 178 kalori defisit
Dan sekiranya saya bersenam dan membakar 400 kalori tambahan maka untuk hari tu sahaja saya untung dalam (400 kalori + 178 kalori) 578 kalori defisit. Hihihi
Ok mesti ramai yang tertanya-tanya dengan 578 dekalori defisit itu berapa kg saya boleh turun? sekali lagi saya nasihatkan, nak menurunkan berat ni bukan kerja sehari. Berpuluh2 tahun kita dengan berat kita..and bertahun2 kita bina lemak2 badan tu, mustahil kita hilang kannya dalam sehari atau seminggu kan. Tapi ada caranya teruskan membaca.
Sekiranya kita mahu turun 1kg berat badan kita perlu membakar 7700kalori. Oleh itu sekiranya anda dapat mencipta 550 kalori defisit sehari, maka anda memerlukan 14 hari (dua minggu) untuk mengurangan sekilo).

• Hari 1 :  [-] 550kalori.
• Hari 2 :  [-] 550 kalori.
• Hari 3 : [-] 550 kalori.
• Hari 6 :  [-] 550 kalori.
• Hari 7 :  [-] 550 kalori.
• Hari 8 : [-] 550 kalori.
• Hari 9 :  [-] 550 kalori.
• Hari 10 :  [-] 550 kalori.
• Hari 11 : [-] 550 kalori.
• Hari 12 :  [-] 550 kalori.
• Hari 13 : [-] 550 kalori.
• Hari 14 :  [-] 550 kalori.

Jumlah kalori defisit terkumpul : 14 X 550 = 7700kalori (1kg)
Nampak macam susah tapi sebenarnya tidak. Sekiranya anda berdiet dan bersenam anda boleh mendapat defisit melebih 550 sehari. Tapi ingat..jumlah pengambilan kalori ketika berdiet tidak boleh kurang daripada BMR kita..Sebagai contoh saya tidak boleh mengambil makanan dan kalori kurang daripada 1315 kalori kerana ia akan membawa kemudaratan kepada kesihatan.

Satu peringatan...jangan terkejut jika jumlah DCR anda jauh berbeza dari saya atau berasa terlalu merendah diri sebab jumlah DCR masing2 berbeza..senang citer macam ni..saya ni tonjang tapi kurus.hahaha. So tu sebab pengiraan saya jadi rendah..Normal people keperluan sehari lebih kurang 2000 kalori .

Nah, sekarang anda dah faham mengapa berat badan anda  bertambah lepas masuk zaman bekerja. Zaman belajar mungkin unit keaktifan kita 1.55 tetapi bila bekerja unit keaktifan kita adalah 1.2. Maka saiz kalori yang kita ambil secara rutin sejak dulu mengakibatkan pertambahan berat bila masuk zaman bekerja. Plus bila dah beranak pinak. sedih sedih..

                                            **************************************
Entri ini adalah untuk rujukan diri saya sendiri, dengan kredit kepada sumber. Ia tidak bermaksud untuk mempengaruhi sesiapa dengan mana-mana produk kesihatan.

Jom sihat!
Semoga sihat, dapatlah kita beribadat dan melakukan kebaikan dengan lebih sempurna.
Moga Allah terima :)

Salam sayang,
Dhiya

Dhiya Jual: Al-Quran Al-Karim Amazing


Bismillah...

Assalamualaikum.

Untuk pertama kalinya saya tulis entri pasal jualan di DDD. Tapi produk yang saya nak kongsikan ni adalah produk istimewa yang sewajibnya rakan-rakan Muslim saya miliki, kerana inilah pegangan kita :)

Produk: Al- Quran Al-Karim Amazing
Penerbit: Karya Bestari, Kumpulan Media Karangkraf
Pilihan Warna: Merah/ hitam

Kelebihan Produk:

[1] Lengkap dengan tafsir dan huraian tafsir dari kitab-kitab muktabar seperti Riyadus Salihin. Sebab tu dinamakan AMAZING- sebab serba lengkap, Insya Allah :)
[2] Cantik, berwarna. Hukum tajwid dan tanda berhenti ditandakan dengan warna-warna tertentu
[3] Dilengkapi dengan waqaf dan tajwid yang lengkap. Boleh bantu memperbaiki kualiti bacaan dan kemahiran waqaf dan ibtida'
[4] Sesuai dijadikan hadiah / hantaran perkahwinan
Pilihan 1: Warna merah
Pilihan 2: Warna hitam
Turut disertakan panduan warna untuk tanda baca dan tajwid dalam Quran ni. Jadi senanglah untuk kita baca dengan lebih tertib :)
Ini paparan dalam Quran tersebut. Ayatnya jelas dan mudah dibaca. Tak cukup dengan tu, disertakan juga dengan tafsir dan huraian tafsir bagi memudahkan kita memahami maksudnya :)
Ini saya punya. Rasa bersemangat tau bila ada sendiri punya. Kadang-kadang tak tau nak buat apa, buka sahaja mana-mana muka surat terjemahan dan boleh baca. :)

ISTIMEWA UNTUK ANDA:

1. Terjemahan dalam Bahasa Melayu
2. Harga istimewa RM135!
3. Disebabkan beratnya menjangkau 2kg, kos pengeposan akan ditanggung sepenuhnya oleh saya- FREE POSTAGE!

Hadiahkan untuk diri sendiri, atau orang tersayang!

Untuk tempahan:
Email: diahalida@gmail.com


Jom dekati Al-Quran,
Dhiya Dahlia

DIY reben: Sibuk nak cerita juga!


Off- Korea story.

Baru semalam cucuh api di WhatsApp- pada salah seorang rakan baik, pasal bunga telur DIY. Saya kata gambar yang dihantar tu ekslusif. Tak ada di blog.

Tapi

Tapi

Tapi

Terasa nak kongsikan juga sekeping dua gambar cerita DIY ni. Bukan pasal the whole bunga telur, tapi one part of it iaitu simpulan reben.


Bunga kembang saya tu rasanya tak payah la dibincangkan lagi. Dah banyak kali saya tayang kat sini. Sebenarnya part reben ni saya sangatlah stress sebab tak tahu nak simpul macamana (sebenarnya la).
Tengok gambar bunga orang, elok je reben tu tersusun dekat bunga tisu tu. Dalam hati saya membebel apesal korang buat jadi, aku buat terus ke laut~???
Puas saya google sana sini mencari tutorial sampai saya hampir putus asa dan untuk batch pertama simpulan reben ni, saya TERPAKSA tempah dari orang untuk buat benda mudah macamni.
 
Abaikan tracking number Poslaju tu. Melainkan kalau ada yang nak tempah simpulan reben ni dari saya. Harga murah, harga blogger je :p
Setelah melakukan R&D yang agak lama, akhirnya saya berjaya menghasilkan simpulan reben ni sendiri! (Tepuk bahu sendiri). Ramai yang tanya apa besar sangat keperluan benda ni? Heh~ Tak apalah kalau ada yang cakap macam tak perlu. Tapi esok lusa kalau saya tunjuk gambar bunga telur yang dah siap, mesti ada yang tanya balik macamana nak buat simpulan reben ni. (flip hair~) Haha!- Ok. gurau.

Kesimpulan:

1. Jangan cepat putus asa atas setiap apa yang kita lakukan.
2. Teruskan berusaha sehingga dapat apa yang kita mahukan. (sama je maksudnya dengan 1.)
3. Jadi pekak ni kadang-kadang bagus. Kita akan abaikan cakap-cakap negatif yang boleh menjatuhkan semangat kita. (Tapi jangan jadi pekak badak)
4. Sikit- sikit lama-lama jadi bukit.
5. Berjimat cermatlah!

Ni yang dah gigih sangat buat semua ni kenapa? Dah confirm ke?- Diri sendiri bertanya kepada diri sendiri.

Terdiam sekejap.

Belum confirm. Tak tahu pun apa yang ada di depan.

Lantaklah. Sekurang-kurangnya saya sedang berusaha ke arah itu dan saya mahu memudahkan apa yang sepatutnya mudah.
Kalau bunga-bunga telur tu (dan raw material nya) bukan ditakdirkan jadi hak saya, saya akan berikan kepada rakan-rakan saya. :)

Salam sayang,
Dhiya

Seoul Korea: Insadong!


Bismillah...

Sekarang saya akan kongsikan pengalaman saya di Insadong. Insadong merupakan nama sebuah jalan yang terletak di Seoul. Insadong ni mungkin boleh disamakan dengan Jalan TAR di Malaysia cuma bezanya Insadong menerapkan identiti tempatan yang sangat jitu di samping menjual pelbagai barangan cenderahati yang bermotifkan kebudayaan mereka.

Kalau anda ke Seoul, jangan lupa untuk singgah di Insadong untuk mencuci mata melihat pelbagai cenderahati yang mungkin boleh dibawa pulang untuk saudara-mara dan kenalan :)
Ok, jom.
Perjalanan bermula!

Gambar ini diambil sebaik kami keluar dari Gyeongbokgung Palace. Bas persiaran kami menunggu di tepi pintu masuk utama.
Perjalanan dari Gyeongbokgung Palace ke Insadong mengambil masa setengah jam dengan menaiki bas. Kami sedang berjalan menuju ke Insadong. Yang pakai hood putih dalam gambar ni adalah Angel, rakan satu kumpulan saya. Orangnya baik, kelakar dan cantik~
Sebaik memasuki jalan Insadong, kami mula disajikan dengan pemandangan barang jualan seperti ini. Tergugat sekejap iman. Kadang-kadang kita ni bukan nak beli sangat, tapi saja suka nak singgah dan tengok. Tak payah tunggu sampai ke Korea la...Kalau di Malaysia pun kita akan buat macamtu~Betul tak?
 Tapi Dr. Jung cakap, kena makan tengahari dulu. Orang Korea ni waktu makan tengahari mereka awal...Bukan macam kita. Bagi mereka, jam 11 pagi ke 12 tengahari tu dah kena makan tengahari. Selepas pukul 1, memang dah susah nak cari restoran yang menyediakan makan tengahari. Tapi kami bernasib baik, restoran Gogung yang kami pergi ni masih menyediakan makan tengahari. Mungkin mereka maklum yang tempat ini destinasi pelancongan, jadi permintaan tu sentiasa ada.
Dr. Jung cakap, Jeonju Traditional Bibimbap adalah antara Bibimbap yang terkenal dengan keenakannya. Jadi Dr. Jung yang cadangkan agar kami ke sini. Dr. Jung juga yang bantu kami buat pesanan Bibimbap tanpa daging. Sampai ke dapur dia pergi semata-mata nak pastikan anak didiknya mendapat yang terbaik.
Dalam restoran. Yang sedang bercakap dengan telefon tu adalah pemandu bas kami. Nah kau. Pemandu bas pun pakai kemeja. Dia tak fasih berbahasa Inggeris, tapi selama dua bulan dia membawa kami ke hulu dan ke hilir, kami ajar dia Bahasa Inggeris mudah, ditambah dengan Bahasa Melayu dan bahasa isyarat badan dan tangan. Orang Korea cakap Melayu memang comel!
Antara menu yang ditawarkan
Menu tengahari saya, 18 Oktober 2013 @ Seoul, Korea Selatan. Ada nasi di bawah. Selebihnya adalah sayur-sayuran dan telur. Alhamdulillah, rezeki Allah. Selama di Korea, saya selalu berdoa agar Allah mudahkan urusan saya dalam hal-hal sebegini. Bukan mudah sebenarnya nak menyediakan yang terbaik untuk diri sendiri. Tapi kita kena kuat semangat dan yakin dengan pertolongan Allah.
Selesai makan, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba! Dr. Jung suka konsep 'lepas' kan kami dalam tempoh tertentu dan berjalanlah sesuka hati. Syaratnya, kami perlu patuh pada tempoh masa yang ditetapkan dan ingat tempat untuk berkumpul semula. Jadi kami diberikan kebebasan sepenuhnya untuk meneroka Insadong.

Saya mengambil cabaran ini untuk bergerak sendiri. Kebetulan pula rakan-rakan saya semuanya sudah lesap. Saya terlebih dahulu menuju ke bank untuk mengeluarkan sedikit wang menggunakan kad bank ceri (Maybank) saya. Atas sebab-sebab tertentu, saya tiada pilihan kecuali 'terpaksa' withdraw KWN500,000 iaitu lebih kurang RM1500 tunai~ Punyalah takut bawa duit sebanyak tu. Tapi Korea memang diketahui sebagai negara kurang jenayah cetek akal seperti meragut dan menyamun ni. Insya Allah, Alhamdulillah... selamat :)

Haha. Tak perlu teka. Ini adalah ais krim. Saya tak faham kenapa ramai sangat yang beratur untuk beli ais krim ni. Saya hanya melihat dari luar. Mengintai ragam manusia di tempat orang.
Antara kedai yang menjual cenderamata Korea. Harganya semua hampir sama. Iyalah...Mereka kan semua bersaing untuk dapatkan pelanggan. Jadi mereka perlu berikan harga terbaik. Kalau mahal sangat, nanti hilang pelanggan. Kalau murah sangat pun, pekedai lain akan marah.
Pemandangan sepanjang Insadong Street. Ramai sangat pelancong datang ke sini. Kadang-kadang berselisih juga dengan orang Malaysia yang sedang membeli belah.
Di satu deretan kedai, saya berhenti di sebuah kedai yang membuat gula-gula dari madu.

To my surprise, hasil yang anda lihat pada gambar di atas adalah selepas ulian dari segumpal madu asli. Dah macam bihun kan?
Prosesnya nampak macam rumit. Madu tu diuli dan ditarik berkali-kali inggalah dia menjadi halus.
Oppa ni pula bukan sekadar menguli. Dia buat penerangan dan promosi sambil menyanyi. Kadang-kadang rasa seronok juga mendengarnya, ada masa kelakar juga. Apa masa macam nak bagi selipar juga sebab antara lirik dalam lagu dia tu adalah: "give me your money, give me your money~!" Saya hanya jawab: "Thanks, I just want to watch your show" Haha!
Manisan. Ada sejenis lagi tu, labu yang dikeraskan dan dipotong kecil. Rasanya manis.
Ragam manusia di Insadong
Sebaik menghabiskan jalan Insadong, saya ke ke sebuah pusat beli belah bertingkat berhampiran. Di sini pun banyak juga menjual cenderahati, cuma rasanya agak mahal. Insadong menyediakan terlalu banyak pilihan untuk pengunjung. Tapi saya ada juga membaca yang sebenarnya ada beberapa lagi tempat membeli belah yang lebih murah. Saya bercadang untuk membeli belah sungguh-sungguh kelak apabila saya ke Seoul untuk kali kedua. Dalam itinerary, saya sudah rancang untuk ke tempat best tu! (Nanti saya cerita ok~)

Pemandangan menarik di foyer
Pasar bertingkat ni berlingkar dah macam ubat nyamuk. Kedai-kedai di sini banyak menjual barang kraf yang comel-comel, tapi agak ekslusif.
Pemandangan dari atas bangunan berlingkar.
Tak lama selepas itu, saya pun turun kembali. Rasanya sudah habis seluruh Insadong saya jelajah. Masa yang diberikan pun sudah hampir tamat. Jadi saya mula ke tempat menunggu yang dijanjikan dan hanya berlegar di kawasan tersebut.
Paling boleh puji diri sendiri apabila saya masih belum (dan nampaknya) tidak membeli apa-apa buah tangan walaupun dalam poket ada setengah juta Won!
Cenderamata yang dijual. Oh ya, lupa nak kongsi. Di Seoul, kebanyakan penjual sangat fasih berbahasa Inggeris. Apabila saya bertanya dalam bahasa Korea (yang mana kami sudah terbiasa sebab di Daejeon tak ramai yang boleh berbahasa Inggeris), mereka sangat kagum dan masa tu lah kita boleh cucuk jarum untuk minta harga murah lagi. Hhahaha!
Insadong!
Sementara menunggu rakan-rakan yang lain, saya sempat menembak wajah gadis Korea ini. Mereka amat pemalu tetapi peramah. Apabila kita mulakan perbualan, mereka sangat gembira untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Dua orang gadis ini masih bersekolah. Berumur 17 tahun. Saya tengok dekat-dekat kulit wajah mereka. Ok. Pengsan sekejap.

Destinasi kedua saya di Seoul sudah habis diteroka. Kami semua sedang bersiap-siap untuk ke destinasi terakhir sebelum pulang ke Daejeon petang itu juga!

Tunggu!

Salam sayang,
Dhiya