Disember @ Tanah Tinggi (#1)


Bismillah

Ini memang cerita best. Saya tak tahu bagaimana ia boleh terjadi. Sungguh tiada perancangan kemas lagi rapi untuk kisah-kisah yang saya akan kongsikan ini.

Tanah Tinggi

Kalau disebut TANAH TINGGI, kita pasti akan terbayang Cameron Highland, Genting dan beberapa hot spots lagi. Dengan iklim Malaysia yang agak panas sebegini, saya secara peribadi sangat gembira kalau dapat berada di tanah-tanah tinggi ini untuk menikmati suhu sejuk!

Dan, ya. Bulan Disember ini seperti hadiah untuk saya. Dalam tempoh sebulan ini sahaja, saya telah menjejakkan kaki ke tiga kawasan tanah tinggi!

3 Disember 2012- Cameron Highlands

Kenduri Ain di Ipoh. Jun lepas kami ke Ipoh juga untuk kenduri Kak Hilal. Tak sangka pula dapat ke Ipoh lagi enam bulan selepasnya. Selesai makan kenduri, kami bergerak pulang ke KL. Dalam perjalanan pulang itulah perancangan kami bermula. Hampir dengan Exit Tapah, kami ternampak ada sign board ke Cameron Highlands dan kami terus keluar dari PLUS melalui Exit Tapah- Untuk ke Cameron Highlands. Keputusan yang sangat gamble dan berani mati!

Mujurlah Sabtu masih panjang. Kebetulan kami pulang dari kenduri Ain tadi pun masih sangat awal. Jadi saya hanya menganggap trip ke Cameron ini adalah sampingan sahaja. Nama kata nak memandu semata-mata untuk ke sini, rasanya macam belum lagi atau memang tak~

Tapi nasib kami tak berapa bagus. Perjalanan kami ditemani hujan renyai. Tapi sekurang-kurangnya saya dapat rasa udara sejuk di sana!

Lebuhraya Utara Selatan. Ada AES tak?
All the way up to Cameron Highlands!
Kan? Exit Tapah akan membawa anda ke Cameron Highlands. Anggaran masa perjalanan adalah +- 1.5 jam lagi. Boleh tahan.
Arrow dia buat semua orang teruja~
Hutan Lipur Lata Iskandar. Terletak antara Tapah- Cameron. Tepi jalan je. Waktu kami sampai di sini, jam menunjukkan pukul 4 petang. Memang ramai orang. Di tepi-tepi jalan tu ada orang buat barang-barang kraf dan hasil seni dari orang peribumi tempatan.
Dah sampai!!!
Oh ye. Brinchang ada pasar malam setiap Sabtu. Kami bernasib baik. Walaupin hujan, tapi kami gigih beli raincoat dan redah pasar malam tu.
Kaktus!
Sayur segar yang buat saya rasa bersemangat nak makan sayur (la sangat~). Cantik oh!
Heh. Tapak kaki kami ada kat Brinchang!
Kereta depan tu je la kawan kami selama dalam perjalanan. Sama-sama perlahan, sama-sama laju.
Naik atas hanya untuk menikmati makan malam di sini. Hebat kau, Dhiya! Agak susah nak cari makan kat tanah tinggi ni. Selepas gigih mencari, kami jumpa (Pak Nik) Nik Ikan Bakar dan Tomyam. Ok lah kan...Ada juga makanan Melayu buat anak tekak yang kelaparan ni. Tapi ehem, servis agak lambat.
Pemandangan malam
Selesai makan malam, kami bersiap untuk pulang. Haish. Jauh lagi perjalanan ni. Pekan di sini biasa-biasa sahaja. Tapi saya terfikir- Siapa yang kerja kat sini, memang boleh jimat duit! Encik Bakal Suami, mari kita settle down di sini nak? (Oit~)
Sejuk ok
Sempat jugalah grab ini buat kenangan.

Uhu! Gambar saja dah buat entri ini panjang meleret. Ok, siri 2 (#2)  akan menceritakan destinasi tanah tinggi saya yang seterusnya! Tunggu!

Salam sayang,
Dhiya

Status Terkini


Ya Allah, jadikanlah ini pilihan dan jalan yang terbaik...

Sabar menunggu keputusan akhir. (Eww~ macam tunggu hukuman gantung!)

Salam sayang,
Dhiya

Westports Malaysia 29 Nov 2012


Oho. Bercuti di rumah memang heaven! Sambil menjerang air di dapur untuk minum petang pun, saya masih punya masa untuk update blog!
Sungguh, terasa seperti mahu jadi suri rumah sepenuh masa!

Ini cerita saya ke Westports Malaysia tempoh hari. Heh~ Pengalaman 'dipaksa' naik kren 60 meter memang suatu yang sukar dilupakan. Terima kasih TD Elektrikal terutamanya Ir. Hafez yang memberi saya peluang dan kepercayaan walaupun saya seorang sahaja peserta perempuan dalam delegasi tersebut.
Penghargaan juga untuk Cik Wati dari Wesports yang menyambut dan melayan baik kehadiran kami.
Saya gembira dan bangga kerana dapat melakukannya. Networking saya juga bertambah.

Banyak juga ilmu baharu yang saya perolehi. Ini datang bukan sebarang datang, datang bertandang mengutip pengalaman.

23 gambar. Nah, tengok sampai muntah. Tengah rajin ni. Secara eksklusif hanya dalam blog seorang gadis biasa, Dari Diri Dhiya!

Welcoming remark dari tuan rumah
Delegasi yang hadir.
'Tembakan' pertama dari menara bangunan. Oh bak sebijik! (Triton)
Great view and again, I am proud to be Malaysian!
Pemandangan dari menara tinjau.
Pemandangan dari menara tinjau #2
Untuk masuk ke pelabuhan. Ok, lets go!
Dan betul, aspek keselamatan adalah sesuatu yang utama.
Saya sempat bertanya kepada seorang pekerja di situ. Kata mereka, kalau lif tak berfungsi, mereka akan mendaki tangga itu untuk ke atas. Oh tabik spring! Encik, saya nak letak resume kat sini boleh? Turun naik tangga dapat menyihatkan jantung dan menguruskan badan!!!
Dan pastinya, ini bukan tempat untuk kita boleh jalan kaki macam di shopping complex.
Sangatlah panjang ke depan. Iyalah, bukan satu dua kapal yang berlabuh untuk loading dan unloading barang~
Sekarang cabaran bermula. Ini gambar diambil dari bawah.
Jom!
Star Cruise dari atas!
Saya ambil gambar ni dari atas. Pendek kata, sama aras dengan control room tu!
Pemandangan dari atas yang diambil sambil terketar ketar
Satu tangan pegang kamera, satu tangan pegang bunga (baca: besi penghadang) Uwaaa!
Tak ada kawan perempuan kat atas tu. Mereka inilah 'kawan-kawan' saya. Dibantu dan kemudian ditertawakan. Ah, lantaklah! Janji saya berjaya naik ke atas. Terima kasih semua! :)
Saya tahu saya memang tak layak jadi jurutera. Saya yang keluarkan notis PAKAI SAFETY BOOT, tapi saya sendiri pakai kasut reben-reben. Siap boleh naik atas tuuu (-.-) Heh. jangan main-main, kasut baru tu tau~

Ok dah selesai semua gambar. Mencabar. Sangat mencabar. Tapi saya gembira kerana berjaya mencabar diri sendiri. Saya boleh!

Salam semangat,
Dhiya Dahlia

MAS Hangar, KLIA


Bismillah...

Ini seputar jejak saya ke sana sekitar September yang lalu. Tempat ini memang tempat larangan mengambil gambar kerana ia seperti balik tabir kepada pengoperasian syarikat penerbangan terbesar negara ini. Tapi atas tiket seorang jurutera, kami dibenarkan mengambil gambar asalkan tidak keterlaluan.
Dan secara ekslusif, saya kongsikan dalam Dari Diri Dhiya, kerana Dhiya antara orang terpilih dan bernasib baik untuk merasai pengalaman ini!

Kami yang hadir.
Tiada dalam gambar: Dhiya
Technical Talk
Tolong abaikan latar belakang. Nak pergi ke tempat ni, memang tak boleh pakai baju kurung.
Siapa nak? Pasang kat kereta
Tayar kapal terbang. Ada berani~?
Dalam hangar
Bengkal kapal terbang
Kabin kelas pertama. Oho!
Penerangan dari dalam kokpit
The interior design and they really make use of it!
Peserta yang mengambil peluang berada di dalam kokpit
Pemandangan ni takkan ada di tempat lain!
About to leave and say bye!

Selepas program ni, saya terasa yang saya sangat beruntung menjadi rakyat Malaysia. Walaupun tak selalu terbang menggunakan pengangkutan udara ini, tapi sekurang-kurangnya saya tahu Malaysia mempunya kekuatan dan keupayaan yang sama seperti negara lain. Hebat!

Terima kasih kepada Education TD terutamanya Kak Yan yang memberi peluang untuk saya menyertai program ini. Terima kasih juga kepada organizing body dari MAS. Ini memang satu pengalaman yang sukar dilupakan.
Terima kasih!!!

Salam hormat, 
Dhiya 

28 Disember 2012


Bismillah

Alhamdulillah, Jumaat :)

Minggu ini memang penuh cabaran. Hal kerja sangat memberi tekanan dalam hidup saya buat masa sekarang. Saya tidak faham mengapa favouritism itu perlu wujud. Tapi selepas insiden semalam (yang saya kira paling teruk), saya tekad dengan keputusan itu. Saya tak akan diperbodohkan lagi!

26 Disember- mesyuarat bulanan YES. Yang sangat dikesalkan, senior saya bercuti tanpa notis. Saya tak kisah untuk buat semua kalau dia tinggalkan nota atau pesanan. Tapi masalahnya dia hanya tinggalkan masalah untuk saya!
Mujur, MWS sangat baik dan boleh bertoleransi dengan saya. Terubat juga sedikit hati apabila seorang demi seorang yang datang tunjuk muka dengan buah tangan dari Cambodia. Paling saya suka, shawl sutera berwarna biru-hijau-kelabu lembut dengan 3D handmade card berwarna merah yang sangat comel tu. Aww! Terima kasih ye.. :) Ok tutup cerita.

Akibat insiden semalam juga, hari ini saya mogok besar. Tak pernah hayat saya turun ke mamak bawah, hari ini saya turutkan saja pelawaan kak Ru untuk bersarapan di kedai mamak tu. Memang prinsip kerja saya hari ini adalah 'LANTAK!'

Masuk jam pertama bekerja, saya masih termenung di tempat duduk. Sekali lagi- LANTAK. Saya dikerah teruk pada hari sebelumnya. Tidak cukup keringat, air mata pun turut mengalir. Rasa tidak adil tu memang ada. Sebab tu hari ini saya memilih untuk LANTAK. Mujurlah tidak banyak panggilan dan email berkenaan kerja yang saya terima. Jadi tidaklah rasa macam tak buat kerja sangat~

Tepat jam 5 petang- Saya angkat kaki. Hari ini adalah hari terakhir saya bekerja dalam tahun 2012. Setelah tiap-tiap Sabtu saya bekerja, inilah Sabtu yang saya mahu berehat dan meraikan diri sendiri. Saya tak mahu fikir hal kerja orang lain sedang bebanan kerja saya sendiri pun melangit tinggi. Biarlah orang kata saya berkira, asalkan saya tak dilabel bodoh dan dungu macam keldai kerana hanya mengikut arahan orang lain.

Bas ekspres saya hanya bergerak jam 7 malam Oh! Lama juga saya melepak di Pekeliling tu. Mujurlah ada Elis yang menemani. Kalau tidak, melongo jugalah saya di situ!
Hujan sepanjang perjalanan. Bas pula terasa dipandu laju. Macam melayang-layang. Pemandu berhemah la sangat. Geram pula rasanya. Tapi apabila diselidik, abang ini anak jiran abah. Cis.

Sampai di rumah sudah 10 malam. Penat tau. Tapi tak mengapalah. Demi keluarga. Saya menghabiskan 6 hari seminggu di tempat kerja. Jadi apa salahnya saya pulang ke desa menghadiahi diri dengan ketenangan jiwa. Muak mual menghadap muka manusia yang berlagak hebat tetapi tiada apa-apa, harapnya terubat dengan damai desa.

Malam yang indah. Sejuk yang bukan dari penyaman udara, tetapi dari kekisi tingkap yang menyalurkan angin segar dari luar. Desa ini sungguh mewah. Saya seperti tidak lagi memerlukan Kuala Lumpur itu. 

Salam sayang, 
Dhiya

Hujung Tahun



Bismillah

Mari report duty setelah bercuti!

Sungguh, hujung-hujung tahun begini, saya memang agak kurang motivasi untuk bekerja. Ramai colleagues saya bercuti hingga selepas Tahun Baru 2013 nanti. Pejabat sangat sunyi dan sejuk.

Sejak minggu lepas saya 'diganggu' oleh seorang setiausaha sebuah syarikat kejuruteraan yang asyik mendesak saya berbuat sesuatu untuk bosnya. 
It's something administrative and non-technical issue. Nak sijil lah, nak validate something dengan CIDB lah. Ok, saya mungkin boleh tolong. Tapi disebabkan dia asyik mendesak dan hingga satu tahap, Jumaat lepas dia mengajar saya bagaimana untuk MENIPU - Maka saya terus rasa culas nak membantu.

Pagi ini, belum jam 9 lagi, direct line saya sudah berdering. Dia lagi. Saya jadi sakit hati. Katanya dia nak datang dan jumpa saya dan bos saya berkenaan hal ini. Datanglah~ Sampah!
Saya dah terangkan awal-awal- Perkara ni kalau boleh dibantu pun, jangan expect boleh dapat on the dot. Jangan fikir tekak sendiri sahaja. Cuba fikir apa rasanya kalau dia yang berada dalam kasut saya. (Atau memang dia akan makan kasut saya sekejap lagi)

Hujung tahun ni juga saya mula rasa down balik apabila bercakap hal kerja. Sebab tu sejak kebelakangan ini saya kerap menulis tentang kerja. Oh saya tahu kerenah dan sikap seorang demi seorang manusia dalam dunia ini memang berbaza. Dalam bekerja pun memang ada turun dan naiknya. Cuma saya rasa sudah demotivated dengan persekitaran dalaman yang sangat tidak membantu.
Sikap pilih kasih, lambakkan kerja kepada orang lain, pentingkan diri dan macam-macam lagi sikap orang tak bertamadun telah menjadikan saya juga di customize sedemikian rupa. Saya benci dengan sikap saya sekarang kerana saya tahu ini bukan saya yang sebenar. Saya tak mahu bertopeng lagi. Dan kerana itu saya sedang merancang career development yang lain. Titik.

Hujung tahun- Tiada gaji awal (macam sektor kerajaan tu), jauh sekali bonus untuk meraikan pencapaian diri. Sekarang baru saya rasa kebenaran cerita yang senior saya beritahu dulu. Walau baik macamana pun performance kerja kita, belum tentu lagi kita dinilai sebagai cemerlang. Maka berhati-hatilah dalam bertindak dan bijaklah mendengar dan menilai pujuk rayu orang lain yang minta tugas mereka diselesaikan oleh kita.

Down and demotivated, 
Dhiya

22 Disember 2012


Bismillah

Hari ini SSB saya. Rasanya sejak Disember ni, setiap Sabtu adalah SSB. Penat oh!

Minggu ni pun ramai yang dah ambil cuti sampai minggu depan bersempena Krismas. Yang sambung hingga tahun depan pun ada, siap ambil unpaid leave untuk melancong ke Eropah. Bunyi macam hebat kan? Tapi bagi saya semua tu sampah. Kerja dia ada yang saya kena buat. Tunggu tahun depan, saya tak akan bagi muka lagi!

Hari ni hanya ada saya dan dua orang colleagues sahaja di aras satu pejabat. Sunyi. Dan inilah masa paling efisyen untuk saya fokus membuat kerja. Minit mesyuarat semasa di Genting tempoh hari sudah separuh sempurna. In Shaa Allah Isnin nanti siaplah semuanya. :)

Apabila bosan dan mengantuk, saya naik ke tingkat dua. Oh, di sini lebih meriah. Ramai staf. Ada juga bunyi gelak ketawa.
Saya berjumpa Kak Mah, salah seorang staf senior yang boleh tahan juga rapat dengan saya.

Kak Mah: Hujung minggu ni nak ke mana, D?
Saya: Duduk di rumah je kak. Tak ada plan nak ke mana-mana pun.
Kak Mah: Akak rasa kau ni kena menikah lah. Biar ada suami yang boleh entertain kau. Ada penjaga nak bawak keluar jalan-jalan.
Saya: (Senyum kambing) Tulah kak...Teringin juga sebenarnya
Kak Mah: Akak ada calon, budak muda lagi. Hah, sebaya kau lah! Sebab akak pernah tengok dokumen dia. Selalu datang office kita hal kerja dia. Nampak boleh tahan.
Saya: (Menyesal aku curah minyak) Ok lah kak, D nak turun dulu la. Ada banyak kerja.
Kak Mah: D......!!! Tunggu, aku tak habis cakap lagiiiii!

Dan masa tu saya hanya dengar suara Kak Mah sayup-sayup sahaja. Tak nak meleret lagi. Nanti bukan setakat Kak Mah buat budak tu datang sini hari-hari. Silap kira, mau budak tu datang mintak kerja terus kat sini. (-.-)

Ah, adat bekerja di sini begitulah. Mesti pandai berbasa basi dalam berbual. Emak selalu pesan, kena pandai bawa diri dalam khalayak. Tangan mesti mau ringan bersalam dengan orang. Mulut mau manis menegur. Semua tu kita sebagai anak muda yang kena mulakan dulu. Jangan diam tunggu ditegur. Nanti orang fikir kita sombong. Silap-silap kena reject dari senarai calon menantu!

Jam satu, saya terus angkat kaki. Aras satu sudah gelap. Kami bertiga berpakat untuk pulang serentak dan tutup segala lampu dan pintu kaca depan. Aha. Padan muka! Bos pun tak ada. Jadi aras itu kami yang punya :p

Di rumah, semuanya ok ok sahaja. Saya memilih untuk hanya berehat. Tak mahu ribut-ribut di shopping complex atau taman-taman bunga. Duduk di rumah, menganyam bunga telur untuk majlis tahun depan. Ups~

Delegasi CAFEO Malaysia akan pulang esok. Saya akan pastikan saya dapat satu cenderahati dari setiap seorang rakan-rakan YES saya. Dan saya akan pastikan saya menjadi sebahagian dari delegasi mereka pada tahun depan. O yeah!

Malam- Berehat lagi. Dengar muzik lagu jiwa dan hati. Ah, saya rindukan emak dan abah di kampung. Sudah lama saya tahan air mata ini. Bukan ego atau merajuk. Saya cuma perlukan sedikit perhatian. Setiap malam sebelum tidur, saya akan menangis dan selalu berbisik sendiri meluahkan perasaan. Saya yakin naluri seorang ibu dan ayah membolehkan emak dan abah merasai apa yang saya rasa.

Abah sudah berkali-kali menebak saya dengan soalan nikah kahwin. Setiap kali abah bertanya, setiap kali jawapan saya sama. Dan pastinya selepas itu saya terus masuk ke bilik menyembam muka dan menyeka air mata. Ini bukan perkara kecil dan main-main. Saya punya sebab untuk terus berdiam diri. Saya makan hati dengan isu ini.
Ya Allah, moga ada yang terbaik untuk menjadi peneman saya di sisi. Amin.

Malam yang sunyi. Masih setia menghadap laptop ini sambil melayan rasa hati.

Nanti sampai idea, saya menulis lagi.

Salam sayang, 
Dhiya

Mesej untuk bos (Siri 2)


........................

Sambungan

........................

Leaders have to demonstrate their openness and receptiveness towards creativity in the workplace. By their example, the culture of creativity will then be embraced and carried out throughout the organisation.
If at all possible, build a team with diverse backgrounds, talents, personalities, and cultures. The cross-pollination effect of diversity within the group may spur a wealth of new ideas.
Learning new things or acquiring new skills can inspire and increase our capacity to be more creative. Organising learning sessions on issues outside of the normal field or industry can be fruitful for the imagination.
A more systematic way of promoting creativity in the workplace is to set up innovation teams. Each innovation team can be tasked to come up with ideas, such as on how to improve a particular aspect of work processes.
Criticism or cynical attitudes kill creativity. Responses like – “This is impossible!” or “This has never been done before!” and other similar comments emanate from closed minds. Resistance can destroy ideas and stifle creative culture, and should be avoided.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Kita sebagai pekerja pun janganlah mengada sangat pulak~

TAHU dan MAHU bekerja.
Bukan tunggu arahan dan hanya bertindak bila terima arahan. Belajar untuk survive dan lebih resourceful. Masalah bukan untuk dihindari, tapi untuk dihadapi.

Kurangkan sikap bodoh sombong yang menjadikan kita (terutamanya orang Melayu) terus terkebelakang. Banyakkan bertanya dan enjoy untuk tahu perkara baru. Pupuk rasa dengki yang positif apabila melihat orang lain boleh melakukan sesuatu dan kita pun harus terinspirasi untuk melakukannya.

Kurangkan juga sesi sembang kedai kopi atau kedai mamak. Banyak makan dan banyak minum tu memang dah satu hal. Banyak dosa pun iya juga. Semak balik diri kita- Mahu makan nasi (wang gaji) atau makan api (neraka)
Apa yang saya cakap adalah apa yang saya nampak. Bukan seorang dua di sini yang masuk kerja jam 9.05 pagi, letak beg kemudian turun ke kedai mamak di tingkat bawah untuk mengeteh~
Sampainya hati mereka untuk bersikap begini...

Saya yang menulis pun bukanlah baik sangat. Tapi In Shaa Allah, setakat ini saya tahu lagi menilai semua itu. Pesan emak, biar sikit wang yang dibayar, asalkan berkat dan tidak menjadi beban yang berat untuk dibawa menghadap Tuhan kelak.

Untuk rakan-rakan sekerja, kita mungkin tidak puas hati dengan sistem yang bos kita implemenkan, tapi di sisi baiknya- Inilah peluang untuk kita perbaiki diri sendiri. Betul tak?

Salam Jumaat, waktu rehat
Dhiya Dahlia