MAS Hangar, KLIA


Bismillah...

Ini seputar jejak saya ke sana sekitar September yang lalu. Tempat ini memang tempat larangan mengambil gambar kerana ia seperti balik tabir kepada pengoperasian syarikat penerbangan terbesar negara ini. Tapi atas tiket seorang jurutera, kami dibenarkan mengambil gambar asalkan tidak keterlaluan.
Dan secara ekslusif, saya kongsikan dalam Dari Diri Dhiya, kerana Dhiya antara orang terpilih dan bernasib baik untuk merasai pengalaman ini!

Kami yang hadir.
Tiada dalam gambar: Dhiya
Technical Talk
Tolong abaikan latar belakang. Nak pergi ke tempat ni, memang tak boleh pakai baju kurung.
Siapa nak? Pasang kat kereta
Tayar kapal terbang. Ada berani~?
Dalam hangar
Bengkal kapal terbang
Kabin kelas pertama. Oho!
Penerangan dari dalam kokpit
The interior design and they really make use of it!
Peserta yang mengambil peluang berada di dalam kokpit
Pemandangan ni takkan ada di tempat lain!
About to leave and say bye!

Selepas program ni, saya terasa yang saya sangat beruntung menjadi rakyat Malaysia. Walaupun tak selalu terbang menggunakan pengangkutan udara ini, tapi sekurang-kurangnya saya tahu Malaysia mempunya kekuatan dan keupayaan yang sama seperti negara lain. Hebat!

Terima kasih kepada Education TD terutamanya Kak Yan yang memberi peluang untuk saya menyertai program ini. Terima kasih juga kepada organizing body dari MAS. Ini memang satu pengalaman yang sukar dilupakan.
Terima kasih!!!

Salam hormat, 
Dhiya 

28 Disember 2012


Bismillah

Alhamdulillah, Jumaat :)

Minggu ini memang penuh cabaran. Hal kerja sangat memberi tekanan dalam hidup saya buat masa sekarang. Saya tidak faham mengapa favouritism itu perlu wujud. Tapi selepas insiden semalam (yang saya kira paling teruk), saya tekad dengan keputusan itu. Saya tak akan diperbodohkan lagi!

26 Disember- mesyuarat bulanan YES. Yang sangat dikesalkan, senior saya bercuti tanpa notis. Saya tak kisah untuk buat semua kalau dia tinggalkan nota atau pesanan. Tapi masalahnya dia hanya tinggalkan masalah untuk saya!
Mujur, MWS sangat baik dan boleh bertoleransi dengan saya. Terubat juga sedikit hati apabila seorang demi seorang yang datang tunjuk muka dengan buah tangan dari Cambodia. Paling saya suka, shawl sutera berwarna biru-hijau-kelabu lembut dengan 3D handmade card berwarna merah yang sangat comel tu. Aww! Terima kasih ye.. :) Ok tutup cerita.

Akibat insiden semalam juga, hari ini saya mogok besar. Tak pernah hayat saya turun ke mamak bawah, hari ini saya turutkan saja pelawaan kak Ru untuk bersarapan di kedai mamak tu. Memang prinsip kerja saya hari ini adalah 'LANTAK!'

Masuk jam pertama bekerja, saya masih termenung di tempat duduk. Sekali lagi- LANTAK. Saya dikerah teruk pada hari sebelumnya. Tidak cukup keringat, air mata pun turut mengalir. Rasa tidak adil tu memang ada. Sebab tu hari ini saya memilih untuk LANTAK. Mujurlah tidak banyak panggilan dan email berkenaan kerja yang saya terima. Jadi tidaklah rasa macam tak buat kerja sangat~

Tepat jam 5 petang- Saya angkat kaki. Hari ini adalah hari terakhir saya bekerja dalam tahun 2012. Setelah tiap-tiap Sabtu saya bekerja, inilah Sabtu yang saya mahu berehat dan meraikan diri sendiri. Saya tak mahu fikir hal kerja orang lain sedang bebanan kerja saya sendiri pun melangit tinggi. Biarlah orang kata saya berkira, asalkan saya tak dilabel bodoh dan dungu macam keldai kerana hanya mengikut arahan orang lain.

Bas ekspres saya hanya bergerak jam 7 malam Oh! Lama juga saya melepak di Pekeliling tu. Mujurlah ada Elis yang menemani. Kalau tidak, melongo jugalah saya di situ!
Hujan sepanjang perjalanan. Bas pula terasa dipandu laju. Macam melayang-layang. Pemandu berhemah la sangat. Geram pula rasanya. Tapi apabila diselidik, abang ini anak jiran abah. Cis.

Sampai di rumah sudah 10 malam. Penat tau. Tapi tak mengapalah. Demi keluarga. Saya menghabiskan 6 hari seminggu di tempat kerja. Jadi apa salahnya saya pulang ke desa menghadiahi diri dengan ketenangan jiwa. Muak mual menghadap muka manusia yang berlagak hebat tetapi tiada apa-apa, harapnya terubat dengan damai desa.

Malam yang indah. Sejuk yang bukan dari penyaman udara, tetapi dari kekisi tingkap yang menyalurkan angin segar dari luar. Desa ini sungguh mewah. Saya seperti tidak lagi memerlukan Kuala Lumpur itu. 

Salam sayang, 
Dhiya

Hujung Tahun



Bismillah

Mari report duty setelah bercuti!

Sungguh, hujung-hujung tahun begini, saya memang agak kurang motivasi untuk bekerja. Ramai colleagues saya bercuti hingga selepas Tahun Baru 2013 nanti. Pejabat sangat sunyi dan sejuk.

Sejak minggu lepas saya 'diganggu' oleh seorang setiausaha sebuah syarikat kejuruteraan yang asyik mendesak saya berbuat sesuatu untuk bosnya. 
It's something administrative and non-technical issue. Nak sijil lah, nak validate something dengan CIDB lah. Ok, saya mungkin boleh tolong. Tapi disebabkan dia asyik mendesak dan hingga satu tahap, Jumaat lepas dia mengajar saya bagaimana untuk MENIPU - Maka saya terus rasa culas nak membantu.

Pagi ini, belum jam 9 lagi, direct line saya sudah berdering. Dia lagi. Saya jadi sakit hati. Katanya dia nak datang dan jumpa saya dan bos saya berkenaan hal ini. Datanglah~ Sampah!
Saya dah terangkan awal-awal- Perkara ni kalau boleh dibantu pun, jangan expect boleh dapat on the dot. Jangan fikir tekak sendiri sahaja. Cuba fikir apa rasanya kalau dia yang berada dalam kasut saya. (Atau memang dia akan makan kasut saya sekejap lagi)

Hujung tahun ni juga saya mula rasa down balik apabila bercakap hal kerja. Sebab tu sejak kebelakangan ini saya kerap menulis tentang kerja. Oh saya tahu kerenah dan sikap seorang demi seorang manusia dalam dunia ini memang berbaza. Dalam bekerja pun memang ada turun dan naiknya. Cuma saya rasa sudah demotivated dengan persekitaran dalaman yang sangat tidak membantu.
Sikap pilih kasih, lambakkan kerja kepada orang lain, pentingkan diri dan macam-macam lagi sikap orang tak bertamadun telah menjadikan saya juga di customize sedemikian rupa. Saya benci dengan sikap saya sekarang kerana saya tahu ini bukan saya yang sebenar. Saya tak mahu bertopeng lagi. Dan kerana itu saya sedang merancang career development yang lain. Titik.

Hujung tahun- Tiada gaji awal (macam sektor kerajaan tu), jauh sekali bonus untuk meraikan pencapaian diri. Sekarang baru saya rasa kebenaran cerita yang senior saya beritahu dulu. Walau baik macamana pun performance kerja kita, belum tentu lagi kita dinilai sebagai cemerlang. Maka berhati-hatilah dalam bertindak dan bijaklah mendengar dan menilai pujuk rayu orang lain yang minta tugas mereka diselesaikan oleh kita.

Down and demotivated, 
Dhiya

22 Disember 2012


Bismillah

Hari ini SSB saya. Rasanya sejak Disember ni, setiap Sabtu adalah SSB. Penat oh!

Minggu ni pun ramai yang dah ambil cuti sampai minggu depan bersempena Krismas. Yang sambung hingga tahun depan pun ada, siap ambil unpaid leave untuk melancong ke Eropah. Bunyi macam hebat kan? Tapi bagi saya semua tu sampah. Kerja dia ada yang saya kena buat. Tunggu tahun depan, saya tak akan bagi muka lagi!

Hari ni hanya ada saya dan dua orang colleagues sahaja di aras satu pejabat. Sunyi. Dan inilah masa paling efisyen untuk saya fokus membuat kerja. Minit mesyuarat semasa di Genting tempoh hari sudah separuh sempurna. In Shaa Allah Isnin nanti siaplah semuanya. :)

Apabila bosan dan mengantuk, saya naik ke tingkat dua. Oh, di sini lebih meriah. Ramai staf. Ada juga bunyi gelak ketawa.
Saya berjumpa Kak Mah, salah seorang staf senior yang boleh tahan juga rapat dengan saya.

Kak Mah: Hujung minggu ni nak ke mana, D?
Saya: Duduk di rumah je kak. Tak ada plan nak ke mana-mana pun.
Kak Mah: Akak rasa kau ni kena menikah lah. Biar ada suami yang boleh entertain kau. Ada penjaga nak bawak keluar jalan-jalan.
Saya: (Senyum kambing) Tulah kak...Teringin juga sebenarnya
Kak Mah: Akak ada calon, budak muda lagi. Hah, sebaya kau lah! Sebab akak pernah tengok dokumen dia. Selalu datang office kita hal kerja dia. Nampak boleh tahan.
Saya: (Menyesal aku curah minyak) Ok lah kak, D nak turun dulu la. Ada banyak kerja.
Kak Mah: D......!!! Tunggu, aku tak habis cakap lagiiiii!

Dan masa tu saya hanya dengar suara Kak Mah sayup-sayup sahaja. Tak nak meleret lagi. Nanti bukan setakat Kak Mah buat budak tu datang sini hari-hari. Silap kira, mau budak tu datang mintak kerja terus kat sini. (-.-)

Ah, adat bekerja di sini begitulah. Mesti pandai berbasa basi dalam berbual. Emak selalu pesan, kena pandai bawa diri dalam khalayak. Tangan mesti mau ringan bersalam dengan orang. Mulut mau manis menegur. Semua tu kita sebagai anak muda yang kena mulakan dulu. Jangan diam tunggu ditegur. Nanti orang fikir kita sombong. Silap-silap kena reject dari senarai calon menantu!

Jam satu, saya terus angkat kaki. Aras satu sudah gelap. Kami bertiga berpakat untuk pulang serentak dan tutup segala lampu dan pintu kaca depan. Aha. Padan muka! Bos pun tak ada. Jadi aras itu kami yang punya :p

Di rumah, semuanya ok ok sahaja. Saya memilih untuk hanya berehat. Tak mahu ribut-ribut di shopping complex atau taman-taman bunga. Duduk di rumah, menganyam bunga telur untuk majlis tahun depan. Ups~

Delegasi CAFEO Malaysia akan pulang esok. Saya akan pastikan saya dapat satu cenderahati dari setiap seorang rakan-rakan YES saya. Dan saya akan pastikan saya menjadi sebahagian dari delegasi mereka pada tahun depan. O yeah!

Malam- Berehat lagi. Dengar muzik lagu jiwa dan hati. Ah, saya rindukan emak dan abah di kampung. Sudah lama saya tahan air mata ini. Bukan ego atau merajuk. Saya cuma perlukan sedikit perhatian. Setiap malam sebelum tidur, saya akan menangis dan selalu berbisik sendiri meluahkan perasaan. Saya yakin naluri seorang ibu dan ayah membolehkan emak dan abah merasai apa yang saya rasa.

Abah sudah berkali-kali menebak saya dengan soalan nikah kahwin. Setiap kali abah bertanya, setiap kali jawapan saya sama. Dan pastinya selepas itu saya terus masuk ke bilik menyembam muka dan menyeka air mata. Ini bukan perkara kecil dan main-main. Saya punya sebab untuk terus berdiam diri. Saya makan hati dengan isu ini.
Ya Allah, moga ada yang terbaik untuk menjadi peneman saya di sisi. Amin.

Malam yang sunyi. Masih setia menghadap laptop ini sambil melayan rasa hati.

Nanti sampai idea, saya menulis lagi.

Salam sayang, 
Dhiya

Mesej untuk bos (Siri 2)


........................

Sambungan

........................

Leaders have to demonstrate their openness and receptiveness towards creativity in the workplace. By their example, the culture of creativity will then be embraced and carried out throughout the organisation.
If at all possible, build a team with diverse backgrounds, talents, personalities, and cultures. The cross-pollination effect of diversity within the group may spur a wealth of new ideas.
Learning new things or acquiring new skills can inspire and increase our capacity to be more creative. Organising learning sessions on issues outside of the normal field or industry can be fruitful for the imagination.
A more systematic way of promoting creativity in the workplace is to set up innovation teams. Each innovation team can be tasked to come up with ideas, such as on how to improve a particular aspect of work processes.
Criticism or cynical attitudes kill creativity. Responses like – “This is impossible!” or “This has never been done before!” and other similar comments emanate from closed minds. Resistance can destroy ideas and stifle creative culture, and should be avoided.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Kita sebagai pekerja pun janganlah mengada sangat pulak~

TAHU dan MAHU bekerja.
Bukan tunggu arahan dan hanya bertindak bila terima arahan. Belajar untuk survive dan lebih resourceful. Masalah bukan untuk dihindari, tapi untuk dihadapi.

Kurangkan sikap bodoh sombong yang menjadikan kita (terutamanya orang Melayu) terus terkebelakang. Banyakkan bertanya dan enjoy untuk tahu perkara baru. Pupuk rasa dengki yang positif apabila melihat orang lain boleh melakukan sesuatu dan kita pun harus terinspirasi untuk melakukannya.

Kurangkan juga sesi sembang kedai kopi atau kedai mamak. Banyak makan dan banyak minum tu memang dah satu hal. Banyak dosa pun iya juga. Semak balik diri kita- Mahu makan nasi (wang gaji) atau makan api (neraka)
Apa yang saya cakap adalah apa yang saya nampak. Bukan seorang dua di sini yang masuk kerja jam 9.05 pagi, letak beg kemudian turun ke kedai mamak di tingkat bawah untuk mengeteh~
Sampainya hati mereka untuk bersikap begini...

Saya yang menulis pun bukanlah baik sangat. Tapi In Shaa Allah, setakat ini saya tahu lagi menilai semua itu. Pesan emak, biar sikit wang yang dibayar, asalkan berkat dan tidak menjadi beban yang berat untuk dibawa menghadap Tuhan kelak.

Untuk rakan-rakan sekerja, kita mungkin tidak puas hati dengan sistem yang bos kita implemenkan, tapi di sisi baiknya- Inilah peluang untuk kita perbaiki diri sendiri. Betul tak?

Salam Jumaat, waktu rehat
Dhiya Dahlia

Mesej untuk bos (Siri 1)


Semua bos di luar sana,

Ketahuilah, anak-anak buah anda tidak mahu dilayan seperti kanak-kanak- Pusing satu pejabat sambil bawak rotan dan kami perlu diam dan fokus 100% terhadap kerja yang dilakukan. Ya, fokus itu penting. Tapi anda perlu tahu bahawa komitmen juga sebahagian dari elemen kerja. 
Apa yang pasti, komitmen ini tidak boleh dipaksa. Ia datang apabila kita faham dan tahu kerja kita. PAKSA dengan undang-undang yang keras bukan penyelesaian untuk mendapatkan pekerja yang komited.

Be flexible, dan berilah peluang!

Top 10 ways to make your workplace more creative

The best way to encourage creativity is by rewarding it. Provide financial or non-financial rewards, like recognition or other incentives.
Providing freedom for creative expression in the workplace is crucial. For instance, let employees decorate their personal work area as creatively as they wish. Develop channels for employees to voice their ideas by using a suggestion box or something similar. This will encourage employees to share freely their ideas and thoughts.
Make it clear to employees that creativity and innovation are valued and embraced by the company. This will heighten awareness and encourage intentionality to cultivate creative initiatives in the workplace and among the employees.
This can be a physical area or a designated time during the work week where employees can gather to brainstorm, think, and explore creative ideas and solutions.
Play time, outings and fun activities bring the mind into a relaxed phase that is conducive to idea generation. Research has shown that positive moods can spur creativity. It is important to cultivate a fun and positive working environment that supports the flow of creative juices.

sumber
...................
Dan akan bersambung lagi

..................

Moga Allah Mudahkan


Saya tak mahu kecewa lagi.

Kalau perlu berhenti kerja, saya akan berhenti.

Kalau perlu berpindah rumah, saya akan berpindah.

Kalau ditakdirkan saya bernikah dalam belajar, saya berjanji akan menjadi isteri, pelajar dan anak yang terbaik.

Hanya ilmu yang akan mengangkat martabat saya. Saya tak mahu dipandang lekeh lagi.


Moga tahun 2013 yang akan datang adalah turning point terbaik untuk saya. Amin.

Salam sayang, 
Dhiya

@ One World Hotel :) 27 Nov 2012


Ouh!

Dah nak sebulan tergendala. Betul- betul dah basi!

Semuanya bermula apabila saya dipilih oleh senior untuk membantunya dalam seminar di sana. Haa.. Tak sudahnya, yang nakal dan banyak cakap inilah juga yang diusung keluar :p. Yang dok dipuji sangat tu tak efisyen ye? Muahaha!
Sebenarnya tidak banyak beza pun bekerja di dalam pejabat mahupun di luar pejabat. Tapi yang jelas, seronoknya ialah sebab dapat berjalan dan keluar dari pejabat yang membosankan tu. Selainnya- dapat makan dengan gembira. Ialah~ Buffet hotel, siapa yang nak tolak? (makan je kau, Dhiya!)

Sehari suntuk di sana, terbukalah sikit minda. Dapat jumpa ramai orang, mingle around with great people, dan dapat belajar macamana cara komunikasi mereka. Begitulah sifirnya. Belajar bukan setakat menatap buku. Melihat, berfikir dan implemen juga sebahagian dari proses belajar. Kalau silap, bukan salah seisinya. Kesilapanlah mengajar kita menjadi matang.

Tapi kalau dan lama sangat dalam tempat macamtu, bosanlah juga dibuatnya. Akhirnya saya dan Kak Yan merayap-rayap hingga tembus ke One Utama Shopping Complex! Aaaaa! Tak tahu pulak 'lorong tikus' yang kami lalu untuk mencari tandas dan surau tu boleh sampai ke sana. Hee~
Tapi ok lah. Dapat cuci mata :p 

Tipu la kalau cuci mata je. Siap cuci poket sekali eh~ Ni hasil tuaian pada hari berkenaan. Tak boleh nak pergi jauh-jauh. Rembat mana yang sempat!
Yang seronoknya kalau pergi dengan colleague yang sekepala ni, kita akan jadi berani. Jadi saya dan Kak Yan dengan berani muka tak malunya telah membawa pulang bunga segar yang diletak atas meja pendaftaran tu. Er...Lantaklah. Kalau tak ambil pun mereka akan buang juga :p

Alhamdulillah. Petangnya, dapat pulang awal. Bukan apa, lambat seminit pun boleh jadi gila kalau terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Ialah, Malaysia masih belum dapat mengatasi masalah ini sepenuhnya. Mahu tak mahu, kita yang kena lepaskan diri sendiri dulu.

Untuk bos, terima kasih sebab beri peluang untuk saya keluar tengok dunia luar. Ketahuilah bahawa duduk di satu tempat tanpa bergerak ke mana-mana akan membuatkan staf anda tidak efisyen, tertutup, lembap dan dungu. Sebab tu saya cakap awal-awal- Saya nak ke CAFEO 31 di Indonesia tahun depan!

Saya berjanji akan mengekalkan prestasi dan mengurangkan kontroversi.

Salam semangat, 
Dhiya

Hey, ya!


"Esok lusa, kamu ada anak, kamu akan hargai momen ini" Kata akak pada saya

Heh~ Jangan ingat saya belum berkeluarga, saya buta hati soal anak-anak. Saya juga salah seorang yang melihat mereka membesar. Saya juga turut mengalirkan air mata menghadapi jatuh bangun yang menyakitkan itu.

Hampir empat tahun berlalu. Ketika itu Nabiha baru belajar bertatih. Hai anak, kalaulah kau tahu betapa sakitnya waktu itu...

Usai kenduri 17 November yang lalu, saya meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak akak. Menggigil sangat nak mandi kolam. Ha, nah!
Mandilah sampai biru.

Nabiha. Sekarang umurnya empat tahun. Sekejapnya masa berlalu...
Gambar air je. Kalau nak ditayang gambar bekal segala, mau hang laptop buruk saya ni
Cukuplah melihat senyuman dan gelak ketawa mereka. Saya juga turut senang hati dan gembira!
Melepaskan gian
Selepas berendam dan makan- Makan lagi. Kali ini ke Marrybrown pula~
Nabiha paling teruja dengan si patung besar ni
Makan!
Ayam Marrybrown!
Lepas tu, melantun-lantun kat sini~
Eh, masih juga senyum anak teruna sorang ni ye...
Takut!
----(-.-)----
 Saya tak boleh menulis panjang. Sedang menghadiri satu seminar. :p

Salam sayang,
Dhiya

Outstation


Atau nama lainnya bekerja di luar kawasan.

Nah. SSB saya lebur begitu saja. Bukan setakat Sabtu, Ahad pun kena bertugas!
Inilah hakikat kalau dihantar bertugas ke luar kawasan. Sabtu, Ahad, cuti umum, semua kau redah. Masa makan, masa tidur dan masa makan memang bersepah.

Masih ingat ketika mula-mula bekerja dulu, bertugas di luar kawasan bukan antara yang tersenarai dalam job scope saya. Dan saya pun (pada ketika itu) memang tak minat malah tak mahu pun. Sebabnya?

  • Saya memang tak suka travel sebab kena packing barang. Kalau dah mula mengemas tu, rasa macam satu almari perlu dibawa. Padahal nak pergi sehari semalam je pun~ Paling lama pun dua hari satu malam.
  • Walaupun berkereta sendiri, tapi saya bukan orang yang suka berdesup sana sini dengan kereta. Saya tak suka ingat jalan. Risiko tak tahu jalan memang menjadi isu besar.
  • Kalau menaiki kenderaan awam, isu pertama akan menjadi lebih berat. Dah la beg besar macam orang lari dari rumah, suruh pulak naik bas ke JB (contohnya). Heh. Kau nak tengok Dhiya mengamuk?
Tapi, itu semua persepsi saya sewaktu mula-mula bekerja dulu. Tapi sejak bekerja di sini, saya gembira dihantar keluar. Sekitar Lembah Kelang sudah menjadi 'padang mainan' saya. Sesat bukan sekali dua. Cuma yang saya lemah sikit kalau bekerja di sekitar KL ni adalah isu kesesakan lalu lintas. Tambah teruk kalau hujan- tak kiralah lah gerimis atau ribut taufan. Apabila masa saya dicuri di atas jalan raya, jadi perkara lain pun turut tergendala. 

April lepas saya dihantar ke Miri Sarawak. Itu yang paling jauh setakat ni. Julai lepas saya ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi dan kali ini saya ke Awana Genting Highlands Golf & Country Resort. Ogos saya berpeluang ke MAS Hangar KLIA sambil berlari- lari dalam kapal terbang MAS. Bulan lepas meraung naik kren 60 meter di Westports Malaysia. Memang seronok! Semalam saya dengan muka tak malunya bercakap terus dengan bos, saya nak ke CAFEO 31 di Indonesia tahun depan. Nak jugak~
Tapi kan, walaupun tempat-tempat sebegini memang best dan awesome sebab dapat tengok tempat orang secara percuma ditaja, anda di luar sana harus tahu: Keluar bekerja dengan keluar bercuti BANYAK BEZANYA. Banyak sangat!

Macam saya cakap tadi, kita akan punya limitasi untuk diri sendiri. Semuanya terikat dengan program. Bilik Superior Deluxe pun, kalau duduk sorang-sorang, keluar pagi balik malam...Apa nikmatnya? Memang pengorbanan masa adalah pengorbanan terbesar dalam isu ini.

Adik- adik yang baru terjun ke dunia kerjaya (terutamanya dalam bidang kejuruteraan), keluar dari pejabat (site visit/ meeting) adalah biasa. Jadi pastikan kalian tahu hak sebagai pekerja. Sedikit perkongsian berguna atas pengalaman saya sendiri tentang hak ketika bertugas di luar (kalau saya silap tolong betulkan):

- Mileage claim- Semak kadar claim dengan HR anda.
- Tol- pastikan resit sentiasa disimpan!
- Add one day leave / Elaun kerja lebih masa (OT)
- Elaun perjalanan
- Perlindungan insuran
- Loading and transportation charge (kalau kita angkut barang kerja guna kenderaan sendiri)

* Ini semua tertakluk kepada polisi syarikat anda. Sila semak dengan HR atau senior. Tapi berdasarkan pengalaman, ini adalah antara item yang kita berhak ke atasnya. :)

Fuh. Terasa entri kali ini lebih bermakna. Seronok dapat berkongsi tips dan tricks yang mungkin macam biasa-biasa saja, tapi In Shaa Allah semoga dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Saya masih terikat dengan komitmen tugas yang banyak. Tapi pulang dari Awana petang tadi, saya terpaksa pentingkan diri dengan tidur sepuas-puasnya. Esok saya nak mengelat pun tak boleh, sebab ada seminar pada hari Selasa. Saya bukan orang yang suka 'cuci tangan' selagi tugas tak selesai. In Shaa Allah, masih waras dalam menghayati soal tanggungjawab.

11 30 malam, Ahad.
Tanpa rehat, esok saya akan kembali ke pejabat.
Semoga Allah ambil kira ini sebagai ibadat.
Buat bekal balik ke Akhirat.

Salam sayang, 
Dhiya

12.12.12


Aha.

Selalu sangat tangguh. Dah jadi entri backdated. :(

Rugi oh. 12.12.12 hanya datang sekali. Tapi lantaklah. Tak banyak perkara istimewa sebab tarikh ni jatuh pada hari bekerja. Jadi semuanya isu kerja sahaja. Bergaduh, mengamuk, menangis hal kerja.

Saya belum ada masa untuk diri sendiri apatah lagi untuk kekasih hati. Nasib kaulah kekasih hati oii~

Dhiya

Kenduri Doa Selamat @ 17 Nov 2012


Bismillah...

Mari langsaikan hutang.

Berapa banyak momen penting yang gagal saya kongsikan di sini. Seperti biasa, alasannya tidak pernah berubah. Sibuk dan sering berperang dengan masa. Penat pulang dari kerja, saya lebih gembira bermalas-malasan sambil membaca atau mendengar muzik daripada menghadap komputer riba ini. :(

17 November yang lalu, sekali lagi keluarga kecil ini diberi peluang untuk berkongsi rezeki. Kenduri kecil saja, tapi begitulah adatnya di desa. Tiada yang mewah-mewah, tetapi nilai kejiranan sangat terpelihara.Tidak cukup makan di tempat kenduri, ada lagi bungkusan untuk dibawa pulang. Benarlah, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

Kebetulan ketika saya agak bernasib baik dalam memilih cuti. Maka bercutilah saya sepanjang minggu dengan gembiranya! Wuhu!

Kenduri yang biasa dan sederhana. Semuanya dibuat secara gotong royong. Inilah kampung. Ya, saya anak gadis yang dilahirkan di kampung, berjiwa kampung.

Saya tak minat untuk menulis panjang sekarang, sebab ada banyak gambar untuk dikongsi. Saya tak mahu entri ini meleret-leret antara emosi dan elemen lain. Nak buat luahan perasaan, kita jumpa dalam entri lain~

Gambar:

Saya tak tahu apa nama khusus alat ini. Yang pasti fungsinya adalah seperti di atas. Siapa kata invention kena canggih dan dikenali satu dunia?
Bila kenduri, manusia paling seronok adalah kanak-kanak. Ah. Kau dulu pun macam tu juga, Dhiya~
Kalau nak tau, kenduri dulu-dulu di kampung saya menggunakan kaedah makan hidang. Tetamu hanya datang dan duduk bersila siap-siap. Akan ada pelayan datang dan bawa talam yang penuh dengan hidangan. Sekarang tidak lagi. Semua buffet. Siapa malas angkat punggung, dia lapar!
Gotong royong di bawah pokok durian abah. Masa ni durian tengah lebat dan memang musim gugur. Nasib baik la tak ada insiden cedera dihempap durian! Awww!
Ini tempoyak. Kenal tak? Di pahang, elemen tempoyak sangat penting dalam masakan tradisi. Contoh paling jelas ialah masak tempoyak ikan patin. Malah tempoyak dicampur dengan sambal boleh dicicah terus dengan ulam-ulaman. Siapa tak makan tempoyak, jangan kahwin dengan orang Pahang.
Bila dah ramai chef, saya dapat lihat banyak cara dan petua masakan yang diimplimentasikan. Kalau tak silap, cili dan bawang ini digoreng sebelum dikisar untuk dibuat sambal belacan. Kalau tak digoreng, nanti rasa mentah. Entah, ada setengah orang suka rasa bawang mentah tu.
Jiran-jiran yang memenuhi ruang tahlil dan doa selamat
Majlis simple je. Tak pernah ada protokol.
Untuk pertama kalinya, saya pamerkan wajah rumah abah. Dulu masa di UM, ramai kawan-kawan ingat saya 'orang bandar'. Tidak. Saya orang kampung yang membesar dipalit tanah merah dan dirimbuni pokok-pokok sekitar rumah. Saya bermula dari susah kerana emak dan abah bukan orang berada. Inilah istana kebahagiaan saya!
Ini tetamu VIP saya. Di saat semua tetamu sudah balik, mereka baru memicit hon kereta di depan rumah. Dek lambat punya pasal, saya jamukan mereka dengan durian sahaja. Buka sendiri pulak tu~. Isk!
Hey hey! Ini antara rakan baik sekolah menengah rendah saya yang masih berhubung baik. Tolong jangan ganggu mereka. Seorang sudah bersuami, seorang lagi berstatus it's complicated!
Dan sungguh, saya sedar yang saya boleh kehilangan apa saja. Tetapi bukan agama, famili dah sahabat tercinta.

Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menyempurnakan majlis tersebut. Semoga semua berpuas hati atas rezeki yang dikongsi bersama. :)
Mohon agar makcik-makcik dan sahabat handai doakan saya terus dimurahkan rezeki dan dikentalkan semangat untuk terus berada di kota mega ini (yang entah sampai bila).

Saya masih belum puas menulis. Baru tadi saya bercanda dengan Olin yang saya mahu letak jawatan di syarikat pembuli itu dan menjadi wartawan TV3. Hu! Eh lantaklah. Berangan tak perlu sebarang bayaran!


In Shaa Allah saya akan kembali menulis dan berkongsi lagi!

Salam sayang,
Dhiya

Dan Sebagainya


5 Disember 2012
Entri tertunggak lagi~

Apa-apa je lah.

Saya memang tak berminat untuk berada di pejabat untuk dua hari ini. Kebetulan saya memang ada seminar di luar. Memang dan memang malas sangatlah untuk masuk ke pejabat!

Saya betul-betul mahukan masa untuk duduk dan menulis. Saya nak cuti! Saya sedang penat melayan perangai manusia yang macam-macam ni. Sampai satu tahap, mahu saja saya sumbat kasut dalam mulut mereka (garang gile~). Banyak sangat komen itu ini. Saya dah tak tahu apa lagi saya boleh buat untuk puaskan hati mereka. Saya pun manusia biasa, tak semua perkara saya boleh capai ideal condition!

Bila dalam keadaan marah ni, memang semua benda saya nak cakap. :( Rasa nak berhenti kerjalah...Rasa nak melawanlah...Semua rasa ada~
Bos, saya nak cuti. Saya tak mahu jumpa manusia-manusia mengada ni.
Saya nak jumpa keluarga yang menenangkan hati. Keluarga adalah separuh diri saya.

2012 berbaki beberapa kerat hari lagi.
2013 akan menjadi tahun matang saya. Saya akan bersedia untuk bercakap soal nikah kahwin, hati dan perasaan. 2013 adalah tahun perkahwinan.
Memang, sampai pada tahap ini, saya mengaku yang saya perlukan seorang lelaki untuk menjadi pelindung saya. Bohonglah kalau saya terlalu jumud hingga anti lelaki. Saya pun manusia biasa yang Allah berikan rasa cinta. Serius, mak abah dah mula cakap tentang ini pada saya!

Minggu ini saya akan pulang ke kampung. Memanglah ini SSB saya, tapi ada hal keluarga. Nikah kahwin saudara mara, jiran tetangga emak dan abah dan sahabat handai tak boleh saya abaikan.
Kalau tak tunjuk muka, emak abah akan malu. Mungkin orang kata anaknya ini anti sosial.

Biarlah saya berehat di kampung. Dapat tiga atau empat hari pun dah cukup baik. Itu pun telefon saya masih berdering bertanyakan itu ini soal kerja. Satu keputusan dibuat: Saya tak akan pick up panggilan yang berkaitan kerja. Saya sedang bercuti kot! (Padan muka)

Seronoknya dapat berkongsi cerita dalam DDD. Rasa nak berhenti kerja dan jadi blogger sepenuh masa. Hm!

Salam sayang,
Dhiya

Hutang


Bismillah...

Hutang entri. Rasa bersalah pada diri sendiri. Hm~

1. Kenduri Doa Selamat 17 Nov 2012
2. Mandi Kolam 18 Nov 2012
3. @ One World Hotel :) 27 Nov 2012
4. MAS Hangar
4. Westports Malaysia 29 Nov 2012
5. Ipoh & Cameron Highland 1 Dec 2012

Banyaknyaaa! Bos, Saya nak minta cuti. Nak kemaskini entri blog! (boleh?)

Dari Diri Dhiya sangat penting dalam hidup saya. Biarlah tiada pembaca, tapi saya akan terus menulis untuk diri saya sendiri.

Salam Sayang,
Dhiya