Kak Hilal dan Gunung Lang


Bismillah

16 Jun 2012- Selamat Pengantin Baru kepada Kak Hilal dan Cik Din. Semoga diberkati dan murah rezeki hingga he akhirnya!

Kak Hilal dan Cik Din adalah course mate saya di Fakulti Kejuruteraan UM dahulu. Kami berkawan baik dan sering mengulangkaji pelajaran bersama.

Saya masih ingat- Setiap kali minggu ulangkaji, kami dan beberapa orang pelajar Melayu (jurusan kami kebanyakannya berbangsa Cina) akan bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran bersama.

Waktu itu saya juga masih ingat- Setelah berpenat otak menelaah, kami akan berjenaka tentang masa depan masing-masing.
Ada yang mencetuskan soalan 'siapa akan kahwin dulu di antara kita?' Huh. Saat itu kami melihat ianya hampir mustahil hingga sanggup 'bertaruh' untuk memberikan tong gas sebagai hadiah perkahwinan.

Sekarang siapa sangka. Kak Hilal mungkin sudah menerima tong gas yang diperkatakan dulu. :p

Fad, Cik Din, Kak Hilal, Ain. Seperti biasa- Tiada dalam gambar: Dhiya
Pengantin
Depan rumah pengantin ada jalan keretapi...Rumah korang ada~?
Setelah penat meng-Google, akhirnya kami sampai juga ke tempat ini. Alang-alang berjalan jauh, mesti ada sesuatu untuk dilakukan!
Cantik, kan?
Jeti. Kami tidak melepaskan peluang untuk menaiki bot tu. Alah, setakat RM3, apalah sangat nak dibandingkan dengan nilai pengalaman~
Sempat juga bersembang dengan pemandu bot ni. Katanya tempat ini dahulunya adalah sebuah lombong. Apabila habis hasil, ia dibangunkan menjadi tempat rekreasi Gunung Lang ni.
Jeti seberang.
Mini Zoo!
Menara tinjau. Tak kuasa saya nak memanjat hingga ke puncak!
Mana tidaknya, tangga berputar macam ni. Kalau ada eskalator ok lah juga~
Memang tenang sangat. Maklumlah. Jauh dari bunyi enjin kenderaan. Tak macam Tasik Titiwangsa dan Tasik Perdana tu.
Bot pulang! :)
Pengantin-pengantin
Sekitar Bandar Ipoh
Menghala ke Lebuhraya Utara Selatan. Selamat tinggal, Ipoh!
Rehat. (-.-)

 Kak Hilal dan Cik Din, Selamat Pengantin Baru!!!

Ikhlas,
Dhiya

Syud & Hilman


Bismillah...

Sudah lama sangat gambar-gambar ni menjadi pekasam.

Tahniah Syuhada dan Hilman. Moga Allah memberkati pernikahan kalian.:)


Burung merpati terbang melayang,
Hinggap berehat di ranting berbunga;
Semoga kekal cinta dan sayang,
Berpimpin tangan menuju ke Syurga.

Seperti biasa, watak Dhiya memang tidak ada dalam cerita~ Tunggu kenduri Dhiya nanti. Kehkehkeh! (gatal!)

Salam,
Dhiya Dahlia

Cuti


Bismillah...


Khamis 21 Jun 2012.

Saya tekad dengan keputusan untuk bercuti. Mogok saya dengan bos di pejabat belum terlaksana. Ini baru cuti sehari. Harap bos mengerti yang setiap pekerja punya fungsi dan kepentingan masing-masing. 
Saya sedar akan tanggungjawab dan tugas saya, sedang orang lain pun punya bebanan kerja yang menggunung. Tetapi memegang jawatan tertinggi bukan bermakna anak buah di bawah boleh ditengking dan diherdik sesuka hati.
Ya, puncanya saya ditengking malah diherdik di depan semua pekerja lain pada sesuatu yang bukan salah saya. Saya yakin ia bukan salah saya. Adilkah begitu?

Tidak. Tidak adil.

Dia bukan lagi seorang ketua dan pemimpin yang perlu dihormati.

********************
Bersendirian di rumah.

Alhamdulillah saya berpeluang ke pasaraya dan membeli beberapa barang keperluan peribadi yang kelihatan luak.
Saat berjalan sambil menarik bakul beroda sendirian di pasaraya yang lengang itu, saya menyedari sesuatu yang dari dulu sudah saya perhalusi, tetapi seringkali saya menafikannya berkali-kali.

Benar.

Saya tidak rasa bekerja makan gaji adalah kehidupan saya. Pernah saya merungut apabila diminta bekerja lebih masa (pernah hingga 9 malam) atas sebab mesyuarat atau seminar walaupun bayaran lebih masa akan direkodkan ke dalam gaji bulanan. 
Pada saya, masa yang berkualiti tidak boleh dibeli dengan nilaian wang ringgit. 

Sambil memilih barang di pasaraya itu, saya terfikir untuk membangunkan sebuah perniagaan kecil yang bermodalkan hobi dan kebolehan saya sendiri. Mujurlah manusia 'hati batu' seperti saya ini masih ada hobi sebagai teman. :p. Kalau tidak, entah apa lah yang hendak dijual...
Diam-diam saya merangka strategi pemasaran mudah. Iyalah...sekecil-kecil barang yang hendak dijual, perlu ada jalan promosinya. Sudahlah kecil, tak dilihat orang. Kurang pula promosi...Alamatnya ke laut lah~

Semakin jauh berjalan, semakin jauh otak saya menerawang.
Terdetik di dalam hati kalau saya berkahwin nanti. Keluarga saya mungkin terabai dek kesibukan saya di pejabat! Tidak!
Saya melihat emak sebagai seorang guru rumahtangga yang paling hebat dalam hidup saya. Emak tidak bekerja. Dia membesarkan saya dan memenuhi segala keperluan saya seadanya dengan rezeki yang dikerjakan oleh abah sendirian. Saya tidak pernah rasa kurang apa-apa walau sepicing biarpun abah bukan seorang pegawai tinggi atau sesiapa yang bergaji besar ketika itu.
Mungkin saya kurang dari segi kemewahan fizikal- Saya tidak pernah ada permainan mahal-mahal ataupun kemudahan yang cukup malah sempurna untuk belajar, tetapi emak dan abah tidak penah kurang dalam memberikan perhatian dan kasih sayang terhadap saya dan adik beradik yang lain.

Pendapat Peribadi

Kalau diberi pilihan, idealnya saya tidak ingin keluar bekerja. Saya rela memilih untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa asalkan suami (unanimously) saya dan anak-anak saya berada di depan mata. 

Lantas apa gunanya Ijazah dan Sarjana Kejuruteraan yang dikejar itu?

Saya punya seorang rakan sewaktu di KISAS dulu. Ibunya lulusan Usuluddin tetapi memilih karier sebagai pengurus rumah tangga dengan alasan untuk membesarkan anak-anak. Alhamdulillah saya lihat anak-anaknya (adik-beradik rakan saya itu) semuanya 'menjadi'. Apabila ayahnya meninggal dunia, barulah si ibu tadi keluar bekerja dan itulah pekerjaan pertamanya selepas memperolehi ijazah. Anak-anak pula semuanya sudah dewasa. Lalu barulah sang ibu 'berani' untuk bekerja.

Saya tahu itu bukan suatu yang mudah untuk diimplementasikan. Banyak perkara perlu dikorbankan. Banyak kepentingan yang harus dilepaskan. Asam garam rumah tangga bukan seperti bermain pondok-pondok; boleh dirombak bila-bila masa. Tapi itulah pendapat peribadi saya. Saya lebih rela memilih berada di rumah daripada mereka yang tersayang yang ternanti-nantikan saya di rumah.
-My one cent idea-

Jauhnya fikiran saya melayang. Adalah beberapa barang di dalam bakul saya. Perut sudah berkeroncong. Perlu balik cepat. Seronoknya dapat memasak sendiri di dapur bujang yang kecil itu.
Kaki terus melangkah ke kaunter bayaran. 
Selamat tinggal, masa untuk pulang makan tengahari di rumah!

Dan cerita ini akan bersambung...

Salam sayang,
Dhiya

Balik Kampung Untuk Kema


Seputar majlis pernikahan Kema :)

 
 Maaflah, gambar yang tersiar tiada caption penceritaan. Pandai-pandai sendiri lah, ye~

 Kesimpulannya: Kema, Selamat Pengantin Baru!

Salam sayang,
Dhiya

Nantikan: Balik Kampung Untuk Kema


Pacat yang menyambut kepulangan kami ke desa!


Tunggu nanti. Ada cerita seputar majlis Kema~

Salam sayang,
-Dhiya-

Urusan Dunia


Bismillah...

Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang sentiasa ingat akan hari kiamat!

Isnin:
Sibuk sungguh dengan seminar yang satu itu sedangkan bos tahu saya juga ada seminar dua hari pada Selasa dan Rabu.
Persiapan seminar saya terpaksa diketepikan terlebih dahulu demi menyiapkan seminar itu. (-.-)

Selasa:
Keluar dari rumah seawal 6.45 pagi. Banyak lagi persiapan seminar saya yang masih tertangguh. Semuanya mesti disiapkan sebelum pendaftaran yang akan dibuka pada jam 8 pagi. 
Tiada siapa yang membantu saya kecuali seorang abang building services yang kebetulan ingin membuka kunci bilik seminar.
Tamat seminar hari pertama, saya terus pulang. Memang sengaja pulang awal. Penat!
Tak tamat di situ, panggilan telefon bertalu-talu dari pejabat hingga merentas azan Maghrib yang sedang berkumandang. Pantang betul saya diasak dengan hal dunia pada waktu-waktu begini! Bolayan~

Rabu:
Awal pagi sudah berada di pejabat. Kedengaran si pembawa berita bercerita akan amukan semalam. Maaflah. Saya bukan Dhiya yang lemah lembut boleh dipijak seperti dahulu lagi...
Seminar diteruskan sambil menyiapkan minit mesyuarat yang sebulan lepas masih tertangguh hingga ke hari ini. Beritahu saya, bila masa saya boleh duduk bersenang lenang berteleku di surau pejabat sambil bermain game Angry Bird sementara masuk waktu Asar?

Khamis:
Akan ke Hotel Istana esok. Entah, mungkin sebelum subuh kut...Arahan mesti sampai sebelum 7.30 pagi wajib dituruti. Baguslah. Lagi bagus sebab mereka yang berkenaan mampu menganjurkan majlis gilang gemilang di hotel megah ini, tapi tak mampu menyewa sebilik dua buat kami menumpang mandi pagi!

Jumaat:
Masih akan berada di Hotel Istana. Saya berdoa semoga Allah izinkan saya untuk pulang awal (ditambah dengan kesesakan lalu lintas kota mega) untuk sampai awal semula ke pejabat. Saya akan menghadiri mesyuarat bulanan salah sebuah jabatan.
Hebatlah. Minit mesyuarat masih belum siap sepenuhnya.

Sabtu:
Ketika entri ini ditulis, Sabtu hanya akan tiba tiga hari lagi. Itu pun selepas menghadapi seribu satu dugaan. Entahlah...Berkesempatan atau tidak saya bertemu Sabtu SSB saya.
Sabtu SSB? Tak ada makna... Seminggu lepas lagi saya sudah di'ayat' untuk datang bekerja.
Sampah.
Beritahu saya, bila masa saya boleh berada di rumah pada hujung minggu sambil mengemas dan mengurus diri dan melayan kehendak dan privasi sendiri?

**************************************
Paling penting, sempatkah saya mengingati mati dan melaksanakan semua assignment menuju kematian? Hal dunia terlalu kejam untuk bertolak ansur dengan soal akhirat. Semuanya terletak pada nilai iman yang senipis kulit bawang ini untuk menimbang tara buruk baiknya.

Mohon untuk dimengerti, 
Dhiya Dahlia

Hm...


Aduh! Penantian memang satu penyeksaan!


Memang ikutkan hati dah tak sanggup bekerja di sini lagi. Banyak kepentingan peribadi yang terkorban.
:( (Pengakuan berani mati betul, kau Dhiya!)

Kenduri dan Mentarang


Bismillah...

Kami berpeluang ke Kuala Selangor menghadiri majlis kenduri Neena, sahabat sekolah saya di KISAS dulu.


Pulang dari kenduri, kami jumpa ini sebagai pengalaman baru. Saya sendiri yang boleh dikatakan kerap melalui jalan ini pun tak pernah mencuba.

Maaf Neena, selain kenduri kamu, kami juga kenduri Mentarang!












Boleh datang. Tapi tak boleh delivery!
Bila dikenangkan balik, kelakar pun ada. Tapi betullah, jauh perjalanan luas pemandangan. :)


Bagan Tengkorak. Takut ok~

Alamak, baru sedar yang saya tak ada gambar pengantin sangat. Hm...

Salam rindu,
Dhiya