Malam minggu


Masih dalam mod bercuti. Uh.

Malam yang sungguh biasa-biasa, tetapi amat berharga.
Tapi saya tak boleh berlama-lama di dalam zon selesa ini. Ada 'perang' besar yang sedang menanti di sana.

Saya tak nampak bila lagi saya akan bercuti lama macamni. Mungkin. Mungkin cuti kawen kut~ Eh.

Untuk yang menanti di Kota Mega, harap bersabar. Lambat laun saya akan pulang juga. Sila sediakan semuanya di sana ok. Dan ya, saya sangat merindui Elis yang pasti semakin hitam berdebu dek kurangnya perhatian. Saya tahu itu.

Malam minggu yang tenang. Tapi tolong jangan cari gaduh dengan saya. Soal siang malam pun jadi isu untuk bergaduh. Kelakar pun ada. Sakit jiwa pun ada. Grr! (Nurul! Waaaa!!!)

p/s: (^^)

Ya, Itu saya!

Baru selesai menjalani ujian personaliti. Ini baru sebahagian. Banyak lagi yang menunggu. Huu!

Bagus juga. Dengan mengetahui personaliti sendiri, kita boleh memperbaiki kekurangan dan meningkatkan nilai dan prestasi serta keyakinan diri. Langkah terbaik untuk membitarakan diri adalah melalui muhasabah- menghitung diri. Kekurangan yang ada diperbaiki, dan potensi yang ada harus dioptimumkan implementasinya.

p/s: Motivasi diri.
Er, tapi saya memang agak gagal dalam berfesyen. Saya senang berbaju kurung sambil cukup dengan sedikit bedak nipis di wajah. Nurul pasti tahu saya bagaimana. Berani dia calit apa-apa di muka saya? Ya, dia berani. Tapi selalunya perlu bersilat keliling bilik dulu. Aha!

Plat apa selepas WYY 9999?


Baby-K saya perlukan adik. Eh.

Beberapa ketika di kota mega, saya dapati peningkatan kenderaan di jalanraya adalah selari dengan meningkatnya abjad pada plat kenderaan. Kalau tak silap sebelum saya bercuti dulu, Kuala Lumpur sudah mencecah WVU. Dalam tempoh dua minggu sahaja, tadi saya berselisih dengan sebuah Perodua Viva bernombor pendaftaran WVV. Ramainya orang beli kereta ye~

Mengikut satu sumber, nombor plat kenderaan berhuruf WYY 9999 dijangka boleh dilihat di jalan raya pada penghujung 2013. Tapi apakah huruf plat seterusnya? Nombor plat kenderaan Kuala Lumpur dikatakan akan mengalami perubahan pantas ke nombor seterusnya dalam tujuh hingga lapan hari sahaja.
Tanda tanya huruf apa selepas WYY kini masih dalam pertimbangan JPJ.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Nadzri Osman berkata, perubahan plat huruf berkenaan yang biasanya memakan masa paling tidak dua minggu ke nombor seterusnya, kini semakin pantas ekoran penggunaan kenderaan yang semakin meningkat.

Apa yang anda bayangkan? Saya membayangkan WYY 9999 seterusnya akan disusuli oleh WAA 9999 A. Tak mustahil kan?

Er. Adik Baby-K mungkin WBA 9999 Y kut. Pakai dulu yang ada ni. Alang-alang kalau nak angkut yang baru, saya akan pastikan ianya yang paling puas hati dan boleh balik Temerloh macam naik jet. Tak payah nangis-nangis lagi lalu Lebuhraya Karak tu. Uhu!

p/s: Saya sayang Baby-K dan Elis gemok debab. Er...jom Golf lah.

Buddy's Convocation Day


6 October 2011.

Today is Azly's convocation day. He is my buddy during his first year life in Biomed University of Malaya. The buddy system is one of the tradition in the department uniquely initiated not by the Biomed admin, but it's our own student initiative.

I still remember, they (first year students at that time) were distributed randomly among the second year seniors (my batch) and I was at first felt quite sad as I get a guy buddy. For me, it's seems to be difficult to communicate and to pass all the notes. I do believe that a guy (whoever as long as they are guys) can't take good care of my stuffs- books and notes and they don't have motivations to study. Yes, I was so cruel at that time. Azly was my victim of a stupid and narrowed thinking discrimination. Pity you, boy!

However, I still give him all my notes and particular books as he showed his interest towards this course. He keep on sms and calling me if he has any inquiries regarding the studies. I was not so excellent in my study too at that time, however I started to built up my own motivations and good role model as well as to study hard in order to help him.

On the first semester, during our semester break after examination, he was calling me telling that his result was too bad until he was put under observations by the department. I felt sorry and what can I do was to motivate and advice him. He started his first journey with a quite bad steps. But I strongly believe that he can wake up and do better for the next semesters.

Since that, I can see he works very hard. He never stop asking me about the books, notes and all the tips about the subjects taken. I know he's 'cedoking' (what a term, Dhiya!) my experience to be used in his life! But it's not a big problem for me. I was willingly give everything he need as he shows his passion and hardworking. My first impressions to him years ago were totally delpeted. Ii was wrong. He's not the one that I thought.

Now after four years of his study, he told me a surprise: He's the only Malay guy who managed to get >3.00 pointer in the course. It's amazing. He used to fail and felt demotivated in his study before. After a while he's a high achiever and today is the day to celebrate it! Well done, bro! You did it!

Now we know, : It is not how deep you fall, but how high you bounce back!

However, I felt very disappointed as I couldn't attend his convocation day. I did realize the day but I really couldn't make it since I am currently not in Kuala Lumpur. His session will be this evening and hopefully he will be happy with the celebration of the achievement. I'm pretty sure that he still got his colleagues and families to celebrate him. It's still okay if I'm not around. But I'll try my best to hand in my present to him later. Promise.

Dear Azly, Congratulations!

p/s: I need my second convocation!

Sibuk


Ok, dah mula sibuk sekarang ni.

Harinya semakin hampir, tapi tak ada satu pun persiapan besar yang dibuat. Semuanya biasa-biasa saja. Tapi kan, tak dinafikan gemuruh ada, gembira ada, tak kurang juga sedikit dukacita!
Ya, saya akan kembali ke kota mega sebagai seorang yang bersemangat baru!

Banyak isu yang terbincang tadi. Dari hal kerja hinggalah cadangan yang satu itu. Insya Allah stabil semuanya nanti, saya berhajat untuk mencari sedikit zon selesa untuk diri. Itu janji saya.

Tadi saya ada sedikit urusan di bandar. Uh, memandu di dalam hujan lebat sambil membawa dua orang anak kecil sungguh mencabar jiwa. Sekarang saya dapat rasa, betapa sukarnya akak suatu masa dahulu memandu kereta sambil meriba Biha untuk ke pusat jagaan sedang orang lain masih asyik dibalut selimut tebal lupa untuk bangun pagi. Kasihan!
Urusan saya ada kaitan dengan perjuangan keluarga. Sejak dua tahun yang lalu, inilah tugas saya. Inilah yang saya boleh sumbangkan memandangkan saya tak berkemampuan dari segi wang ringgit. Hanya kudrat dan pendapat yang termampu, saya tak akan berhenti berikhtiar. (^^)

Esok dan lusa masih ada banyak perkara yang perlu diisi dengan tanggungjawab dan tugas. Nama je cuti, tapi saya tetap sibuk! Biasalah. Saya kan superlady. Jangan tak tahu, saya sangat rajin. Tapi ada satu tahap yang sukar dielak, seluruh isi dunia ini akan jadi milik saya sambil diulit rasa malas. Hahah! Eh tak. Saya memang rajin. Betul. Tak tipu. Malas tu semua manusia ada. Tapi saya tak malas melampau.

p/s: Dah pukul 10 malam. Selamat malam, Dhiya!

Hikmah Kembara

Bismillah

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, saya telah dipelawa oleh akak untuk mengikutnya ke Cameron Highland. Ewah~ Mestilah seronok dua ronok kan? Rehlah anjuran jabatan HD akak ni disertai staf dan pesakit. Er, ramai lah juga kan. Memang meriah.
Acaranya mudah. Trip sehari suntuk itu tidak banyak kerenah melainkan perlu menjadi mata-mata kepada anak saudara yang bertiga itu.

Kami bertolak ke HD selepas solat subuh 2 Oktober 2011. Meredah kabus pagi seawal 5.45 pagi memang satu cabaran. Maklumlah, jalan masih sunyi, Ahad pula tu!
Selesai semuanya, kami bergerak ke destinasi. Ah. Perjalanan yang boleh tahan panjang. Aduh sakit pinggang!

Ringkasnya, di sana kami anak beranak memang 'tak berapa nak terkawal'. Akak menggila dengan sayur-sayurannya, anak-anak pula dengan toys yang bermacam warna, saya? Saya hanya memerhatikan mereka. Takut-takut jatuh di luar kawalan~
Tak cukup sehari di sana rupanya. Banyak yang tak tersinggah dan tak tersentuh. Saya berazam mahu menyendeng dengan Olin supaya dia boleh bawakan saya ke sana sekali lagi. Saya mahu bermalam di sana. Oh Olin, tolong dengar rintihan sahabatmu ini!

Untuk pengetahuan, ini kali kedua saya ke sana selepas 12 tahun yang lepas. Kesian kan? Kesian ok~ Suasana banyak berubah. Kalau dulu, memang tak boleh tak berbaju sejuk. Tapi sekarang kami dah tak kisah lagi di mana letaknya baju itu. Suhu tak sedingin dulu, mungkin. Saya sangat berharap untuk ke sana sekali lagi dalam masa terdekat, kalau boleh bersama kawan-kawan pula. Mungkin Olin tahu di mana hot spot yang terbaik untuk dilawati. Hu!

Terdetik juga, trip sehari suntuk ini ada kurangnya. Kami tak dapat menikmati pagi dan malam di sana sedang kami berada di dalam kenderaan dalam perjalanan pergi dan balik masing-masing. Sungguh, saya berazam untuk kembali lagi!

Namun apa yang menyedihkan, saya masih gagal untuk merakamkan momen indah buat tatapan peribadi sejak kematian Nikon saya beberapa bulan yang lalu. Masih belum mampu membeli yang baru. Mungkin angkut yang diimpikan terus nanti. Tunggu!
Buat masa sekarang, Dari Diri Dhiya pasti kontang dengan gambar-gambar koleksi peribadi saya. Memang menyedihkan. Lihatlah betapa dry nya entri ini kerana tidak ada gambar yang menghiasi. Macam tak ada bukti. Hee~ Tapi apa boleh buat. Tak ada buat cara tak ada. Itu lebih menenangkan hati.

Apa pun, terima kasih kepada penganjur terutamanya akak yang sudi menaja adik akak yang jelita ini untuk turut serta mengikuti perjalanan itu. Walaupun singkat, tapi saya tetap bersyukur kerana dapat mencedok hikmah kembara kali ini. Banyak tempat sudah saya lawati. Alhamdulillah, semua ada nilainya sendiri dalam jiwa saya. Inilah hikmah kembara.

p/s: Maaf tak ada gambar. Sedih ok~

Hilang momentum


Asyik menulis. Setiap patah kata yang terlakar ikhlas benar datang dari hati.













Panjang juga saya mengarang.












Bila tiba masa menekan butang publish post, semuanya tiba-tiba hilang, selain tajuk entri dan sebaris ayat mukaddimah.

Oh. Semangat terus merudum!

p/s: Jom mencipta momentum. Insya Allah saya akan ke Cameron Highland esok. Berjalan sambil berfikir dan melihat agungnya ciptaan Tuhan.

Semuanya terjawab hari ini

Jumaat, 30 September 2011

Uh. Hari terakhir di bulan September sudah. Terasa baru semalam saya berada di bulan Januari, tapi nampaknya saya sudah makin hampir dengan Januari yang satu lagi.
Apa yang lebih penting, perjalanan karier saya juga sudah menganjak ke usia setahun lebih. Susah senang yang dihadapi, semuanya berbentuk kejutan dari Illahi.

Bukan sedikit ranjau kecewa yang pernah saya hadapi. Tapi saya yakin saya tak akan berpatah balik untuk menghadapinya sekali lagi. Janji.
Benar, kadangkala kita mengejar imbalan wang ringgit atas apa yang kita kerjakan. Tapi apalah guna itu semua kalau hati jauh dengan Yang Maha Memberi. Allah, semoga hamba yang kerdil ini jauh dari sifat tamak dan haloba yang memakan diri.

Hari ini, terjawab sudah. Saya akhirnya menerima tawaran itu dengan penuh rasa syukur dan gembira. Sungguh Dia telah melorongkan apa yang terbaik buat saya. Saya berdoa kepada Allah agar saya ditetapkan rasa redha dan rajin demi nilai diri. Saya tak akan dipandang 'kecil' lagi oleh mereka-mereka yang berasa besar diri. Saya akan buktikan saya juga boleh.

Ala kulli hal, Alhamdulillah. Saya kini bekerja dalam bidang saya- kejuruteraan. Allahukabar!

p/s: Jom!

190


Alhamdulillah.

Saya sekarang sedang menulis entri yang ke 190 dalam Dari Diri Dhiya. Mula menulis pada Mac lalu, saya tidak pernah berhajat untuk kembali menjadi aktif dalam penulisan blog ini. Saya pernah punya blog sebelum ini, tapi malangnya saya dikhianati kawan sebilik sendiri pada waktu itu yang mungkin jelek dengan saya. Saya pun bukanlah seorang yang sabar sangat, maka blog itu akhirnya ditamatkan begitu sahaja. Sedih juga, maklumlah saya mula menulis di situ sejak di tahun 2 pengajian kampus kota mega. Akhirnya ia terabai begitu sahaja awal tahun ini. Sedih!

Itu cerita lama. Saya tak betah rupanya sendiri tanpa berkongsi idea. Mac 2011, saya kembali sebagai seorang Dhiya. Penulisan saya masih seperti dulu, tetapi lebih santai, bermotivasi dan 'selamat'- Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk ingatan diri saya sendiri.

Saya tak berhajat menjadi bintang besar dalam dunia blog ini. Cukup ianya sekadar medium untuk saya meluahkan apa yang patut- idea,pendapat, kisah, dan cerita. Walaupun tidak seaktif blogger-blogger lain, tapi saya yakin saya menulis sesuatu, untuk sesuatu. Tak mengapa jika tak popular, asalkan saya puas hati dan gembira. (^^)

Di entri yang ke 190, saya sangat bersyukur kerana masih berpeluang menulis dan dalam masa yang sama banyak belajar dan tahu akan perkara baru. Komuniti blogger juga sangat baik dan lebih rasa akan bonding nya walaupun tidak pernah bersua muka. Itu yang bernilai pada saya sebenarnya.

Alhamdulillah. Kini ada 190 entri dalam blog saya. Mungkin sedikit pada kiraan orang di luar sana, tapi banyak juga pada saya. Hee~!

p/s: Esok Jumaat...

Saya tidak gagal


Alhamdulillah, saya selamat tiba semalam (mengikut tarikh entri ini ditulis). Tiba saya bukan sebagai seorang loser, sebaliknya sebagai seorang yang taktikal dan penuh misteri strategi. Insya Allah saya akan berada di sini beberapa hari untuk menenangkan fikiran dan minda. Terlalu banyak yang terjadi minggu lepas. Maka saya sangat perlukan rehat otak dan jiwa.

Seminggu sebelumnya, saya memang meneka yang saya akan menjadi seorang loser. Tiada siapa yang akan peduli, malah mendengar masalah saya. Tapi nyata percaturan saya tidak sehebat aturanNya. Dia Maha Mengetahui bahawa telahan saya itu silap malah ditunjukkan pula apa yang benar. Sungguh!

Atas apa yang dianugerahiNya, saya sangat bersyukur dan redha dengan apa yang ditetapkan. Semoga saya menjadi hamba Allah yang bersyukur, dijauhkan dari sifat tamak hendaknya.
Pun begitu, untuk sekarang saya sangat perlukan ruang masa untuk bersendiri. Biarpun lokasinya biasa-biasa sahaja, tapi paling tidak saya gembira.

Untuk mereka yang jauh di sana, maaf kerana terpaksa pergi untuk beberapa ketika. Buat Nurul, selamat maju jaya atas urusan penting itu. Saya pasti mendoakan yang terbaik untuk kamu. Buat Mak Yan yang tidak pernah tidak berhenti membantu saya, semoga kita berjumpa lagi. Untuk yang tanpa jemu memberi sokongan, terima kasih. Jauh ini mengeratkan kita. (^^)

28 September 2011

Uh. Baru lepas bercakap dengan customer service executive penyedia perkhidmatan internet saya berkenaan dengan billing. Banyak sangat isunya. Maklumlah, pengguna baru. Serba serbi perlu ditunjuk dan diajar. Terima kasih En. Amirul yang tak jemu-jemu melayan pertanyaan saya ni. Blogging bukan main nak rak, tapi rupanya taklah hebat tentang pengetahuan dan penggunaan perkhidmatan itu sendiri. Dhiya oh Dhiya. Kehkeh! Kalau Elis tahu, pasti saya akan ditertawakan. Huk!

Malam makin lesu. Rabu yang cukup sepi, sedang jiwa saya ligat bergolak di dalam. Semoga ada berita gembira dalam tempoh rehat saya ini.

p/s: Selamat malam!


Das Auto


11 September 2011

Cerita yang agak sudah terkebelakang. Tapi setiap kali melihat koleksi gambar berkenaan, jiwa pasti meronta-ronta mahu menulis. Nah, hari ini tulislah sampai muntah! (hehu!)

Saya bukanlah seorang yang punya minat apatah lagi fanatik dalam bidang automotif ni. Pernah kalau berada di jalanraya, semua orang kagum dengan kereta yang melintasi kami. Tapi saya hanya memandang dengan mata sisi.

Nak dijadikan cerita, saya diajak kawan untuk ke Volkswagen Das Auto. Show 2011 yang berlangsung pada 10 dan 11 September 2011 di Stadium Bukit Jalil. Mulanya culas juga untuk mengambil bahagian. Maklumlah, bukan jiwa saya. Tapi memikirkan apa salahnya melihat dan mencari pengalaman, saya terima ajakannya walaupun dengan muka sedikit 'terpaksa'.

Agak mengecewakan, untuk masuk ke The Dome itu saja sudah cukup menguji kesabaran apabila barisan menunggu giliran masuk punyalah panjang. Saya hampir putus asa. Beginilah kalau aktiviti 'masuk percuma'. Harga kesabaran itu yang menuntut untuk dibayar sebenarnya~

Bila dah dapat masuk, ingatkan teruslah ke ruang pameran. Saya silap. Di dalam masih ada barisan panjang menunggu giliran. Adoh!

Pada saat giliran kami masuk, saya terkelu tak ada butir bicara. Rupanya ada show seperti menonton wayang berlayarkan dinding dome itu sendiri di dalam sana. Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya adalah "awesome!!!". Sangat menarik dan impressive. Memang jakun jugaklah beberapa minit sebelum dapat fokus kepada show yang dibuat.

Tamat persembahan tersebut, barulah kami dilorongkan ke ruang pameran. Huh. Banyaknya kereta-kereta VW yang dipamerkan. Nama kata nak kenal satu persatu model yang ada, memang tak lah~ Saya cuma kenal Polo dan Golf je. Itu pun sebab dengar-dengar dari mulut orang yang mengidamkannya. Tapi saya masih gagal nak membezakan yang mana satu Polo dan yang mana satu Golf, sebab rupa mereka lebih kurang- melainkan di 'dahi' mereka tertulis: 'Polo' atau 'Golf'. Ha. jadi saya boleh kenal melalui ejaan sahaja.., (**)

Sanggup beratur panjang VW Das Auto punya pasal. Termasuklah kami~
The car created for the peopleDas Auto

Boleh tahan cantik. Harga pun sedap. Saya bertanya kepada kawan:

"Apa istimewa sangat kereta VW ni? Awak tergila-gilakan sangat Golf tu?"
"Kolotnye kamu. Orang sekarang bukan mencari kereta lawa je. Tapi nak perfarmance!Kereta ni sedap. Balik Temerloh dari KL 1 jam je. Kan jimat masa tuh~" Dia membalas.
"Ooooo. Begitu~" Apa-apa lah. Saya nak tumpang naik. Itu saja yang saya tau.

Dah nama bukan jiwa saya, maka tetaplah ia bukan menjadi minat saya. Kalau saya suka, saya tak ambil bidang BbEng tu. Pasti saya berkongsi buku dan nota serta assigment dan tesis dalam kelas Kejuruteraan Mekanikal. (Eh, kongsi tesis? Melampau~)

Tapi secara kesuluruhannya, saya sangat mengkagumi pameran ini. Telahan awal saya banyak yang terpesong. Terasa berbaloi meredah hujan renyai serta beratur panjang menunggu giliran dan segala macam halangan lagi untuk melihat VW dengan lebih dekat. Paling penting, sentuh-sentuh mana yang patut- ambil berkat. Mudah-mudahan dapatlah kami memandu barang sebuah yang menjadi idaman. Chewah!

Terima kasih VW yang membuka peluang untuk orang ramai terutamanya orang macam saya ni. Sekarang saya sedar, Baby-K saya dan Elis gemuk pendek itu tak sehebat VW anda. Oh!

p/s: Terima kasih. Gambar-gambar dari BB kawan.

Sabtu yang tenang


Sabtu yang tenang? (Huh. Tipu!)

Tapi satu yang saya sangat akui, ia sangat menggembirakan. Kalau tak silap, sejak tamat pengajian momen ini tak berlaku sehinggalah hari ini~

Seawal 7.30 pagi, kami sudah keluar untuk bersarapan. Huh. Inilah nasib orang bujang. Kesian! Hari ini kami memilih (saya tak pilih!) menu sarapan pagi Subway. Konon-konon sarapan yang sihatlah. Insya Allah sihat.
Tapi kalau hari-hari lain makan apa-saja-kecuali-batu-dan-kayu, (heh!) tak sihat juga~ kan?
Kami memilih Tasik Titiwangsa sebagai tempat untuk bersarapan sambil-sambil meraikan pemandangan pagi di sana. Di saat orang lain bertungkus-lumus berjoging mengelilingi tasik, kami dengan penuh bangga menayang Subway hebat kami. (Wajar kan?) Hahaha~
Sekali sekala memilih untuk santai dan relaks, apa salahnya. Selesai bersarapan, kami masih bermalas-malasan di situ menikmati home-made jus avokado (ada orang sebut jus avogadro~ ades!) dan menyelak-nyelak helaian akhbar tempatan. Sangat tenang okeh...(0o)

Tasik

Sebaik meninggalkan Tasik Titiwangsa, kami mencari-cari tempat terbaik untuk memandikan Elis. Sebelum sarapan tadi, sempat juga saya mencalit badannya dengan jari telunjuk. Pehhh! Hitam berdebu!
"Berapa bulan tak mandi?" Saya bertanya.
"Tak sempat la~" Tuan Elis membalas. Ya Allah. Sabar je lah. Tak menjawab soalan langsung!

Selesai semuanya, kami masing-masing pulang. Kebetulan salah seorang dari kami perlu ke Banting menghadiri majlis walimah teman. Saya pula perlu mengemas bilik yang tunggang terbalik macam kapal karam tu. Heee!

Sepanjang petang, saya berhibernat di bilik sahaja. Ketagih sungguh untuk memanjakan diri seperti ini. Sudah lama rasanya diri ini tidak saya ganjari dengan bersenang-senang sambil membaca buku. Tapi tadi, saya gembira kerana berjaya melakukannya. Selesai satu buku. Puas!

Tapi saya sedar, tak selamanya saya boleh begini. Empat-lima tahun yang lepas, ya saya boleh begini kerana saya hanya terikat dengan komitmen belajar yang punya sangat banyak ruang masa dan peluang meneroka.
Semuanya terhad kini. Sejak menjadi wanita berkerjaya, banyak momen-momen lepas yang saya rindui. Ah. Sungguh saya masih teringin berada di takuk sama yang hanya memberi rasa selesa, tanpa cabaran dan kurang survival!

Dunia kerjaya saya bukan suatu yang mudah untuk ditempa. Banyak halangan yang datang. Tapi apa yang berlaku sejak seminggu yang lepas, saya tetap bersyukur. Berita baik yang satu itu juga masih ramai yang belum tahu. Insya Allah kelak jika semuanya sudah rasmi, saya akan menulisnya di sini.

Jumpa nanti. Banyak lagi yang belum ditulis!

p/s: Malam minggu di rumah. Berehat sampai lebam. Ohu!

Tahniah, kawan!

Entri khas untuk kawan baik saya yang meraikan majlis graduasinya hari ini, di UKM Bangi.

pinjam gambar~

Mengenalinya sejak zaman persekolahan, dia memang seorang yang bijak dan rajin. Masih teringat lagi, saya sangat mencemburui kerajinannya. Saya paling 'benci' apabila markah subjek Matematik PMR saya lebih rendah daripada markahnya. Sungguh!

Nama pun tidak matang, kami selalu 'bertelagah' tentang perkara-perkara enteng. Paling lucu, kami pernah 'berebutkan' Khai yang rajin, bijak dan alim itu. Adoi!

Pun begitu, dia antara kawan baik yang sangat saya sayangi. Setelah beberapa tahun berpisah, kami bertemu kembali di zaman universiti. Pernah juga beberapa kali saya melawatnya di kampus. Sungguh, saya masih 'mencemburuinya' kerana dia masih rajin, bijak dan bekerja keras seperti dahulu.

Hari ini usahanya terbayar. Tahniah diucapkan kerana akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah dan bergelar seorang doktor pergigian. Tahniah, tahniah, tahniah. Walaupun bukan siapa-siapa dalam hidupnya- hanya sekadar seorang kawan biasa, saya sangat bangga dan gembira punya seorang kawan yang hebat sepertinya.

Untuk Dr. Nabila yang disayangi, maaf kerana tak mampu hadir ke majlis penting itu. Hanya doa yang mampu dititipkan- semoga terus berjaya dan semoga persahabatan kita kekal sampai bila- bila.
Dan pasti, kejayaan itu akan terus 'dicemburui'!!!

p/s: Nabila, aku menangis!

23 Syawal


Terasa rindu 23 Ramadhan.

Di saat-saat mujahadah melawan perasaan.

Di saat-saat sabar menempuh ujian.

Di saat-saat tabah dalam kesukaran.

Rindu Ramadhan. Masih, Syawal tetap diraikan.
Lagu raya masih berkumandang. Itu yang paling menyiat hati sambil rindu pada desa emak serta abah!

p/s: Rindu muhasabah

Catatan Seminggu


Bismillah...

Terlalu banyak peristiwa yang berlaku lewat beberapa hari kebelakangan ini. Sayang sekali saya selalu gagal untuk menukilkannya satu persatu di sini. Sudah nasib badan, blog ini pasti terbiar lagi dan lagi.

Isnin
Pertemuan yang tak disangka-sangka. Dek kerana 'sifir siput' yang nampak tersangat bodo*h itu, saya ditemukan kembali dengan orang yang pernah menyakitkan hati dan perasaan saya lama dahulu. Selamat bertemu kembali. Saya gembira kita bertemu lagi. Sekurang-kurangnya saya tampil dengan Dhiya yang baru.

Selasa
Bangunan pencakar langit itu masih setia menerima saya memasuki perutnya sedang saya dengan susah payahnya membina jiwa dan motivasi diri untuk ke sana. Alhamdulillah. Semuanya ok. Saya gembira bersama mereka. Cuma keputusan untuk ke PD masih lagi 50-50. Terlalu sukar untuk membuat keputusan yang satu ini. Antara prioriti diri dan kepentingan rehat diri. Akan ada salah satu yang akan dilepaskan nanti.

Rabu
Huh. Hari yang paling malas apabila saya perlu ke 'pejabat jauh', bukan di tempat biasa. Terima kasih kepada yang bersusah payah dan berkorban masa menumpangkan saya ke sana. Nanti saya belanja ok~ (eh?)
Sesi bersama Encik Wong adalah sesi yang sangat membantu. Terima kasih Encik Wong~

Khamis
Er..
Terima kasih atas semua yang setia berada di samping saya selama ini. Saya doakan kita semua sukses dan maju jaya dalam kehidupan. Keputusan telah dibuat. Saya tak boleh menyertai kawan-kawan ke PD atas sebab-sebab sendiri.
Menjadi bidan terjun bukanlah kegemaran hidup saya. Tapi apa boleh buat, demi sebuah peluang keemasan, saya sanggup lakukan apa sahaja. Alhamdulillah semuanya ok. Semoga laba terbaik akan dituai daripadanya kelak. Terima kasih kepada yang terlibat. Ohu!
Malamnya saya bergegas ke UPM Serdang atas satu lagi misi yang belum selesai. Terima kasih Mak Yan yang sudi tumpangkan saya di sana. Allah pasti membalas kebaikan kamu. Jutaan kemaafan kepada yang terpaksa berpatah balik dari Tol Sugai Besi saat menyedari masih ada harta saya yang tertinggal. My bad!

Jumaat
Cemerlang sungguh pagi ini. Di saat semua isi rumah belum bangun dari lena, saya sudah siap semuanya. Siap boleh baca surat khabar lagi. Memang terkejut lah Mak Yan melihat saya begitu. Apa boleh buat, banyak lagi isu yang belum selesai. Kalau tidak, pasti masih berdengkur lena.
Terima kasih Mak Yan yang sudi menghantarkan saya ke destinasi. Syukur sungguh saya punya kawan yang sangat baik sepertinya.
Lebih kurang semuanya, akhirnya selesai juga urusan. Insya Allah minggu depan akan kembali lagi. Insya Allah, ya! Moga ada yang terbaik di sini.
Panggilan telefon dari Dr. Nabila sangat mengujakan saya. Terima kasih Nabila kerana sudi call back saya. Kami bersembang banyak perkara. Paling penting, esok (Sabtu 24 September 2011) adalah hari istimewanya- Majlis graduasi UKM yang ke 39. Tahniah, kawan. Doktor gigi!!!~
Panggilan Puan Jane pula mengejutkan saya ketika makan tengahari tadi. Insya Allah, saya ada DIA yang akan membantu saya dalam membuat keputusan. Saya yakin DIA akan melorongkan yang terbaik untuk hambaNya yang merintih doa. Itu keyakinan saya, kerana DIA adalah pergantungan saya.
Selepas solat Jumaat tadi, Mak Yan menghantar saya ke stesen LRT terdekat untuk pulang ke kota mega ini. Alhamdulillah, selamat sampai lebih kurang Asar tadi. Penatnya terasa, tetapi adatlah, UNTUK MENUAI, PERLU MENANAM. Insya Allah saya akan pulang ke desa kelak bukan sebagai seorang looser. Di sebalik apa yang berlaku ini, saya yakin Allahlah sebaik-baik perancang. Tanpa ragu juga saya boleh katakan pasti emak dan abah banyak mendoakan yang terbaik untuk anak manjanya ini. Terima kasih, emak dan abah! Terima kasih kerana selalu mengiringi hidup Dhiya dengan doa dan kata-kata yang baik. Semoga emak dan abah dipeliharaNya selalu.

Ok, habis catatan untuk seminggu hari bekerja. Siapa kata 'seronoknya jadi Dhiya', anda boleh cuba lakukannya. Memang seronok menjadi saya. Kerana saya tak perlu menjadi orang lain. Huu!

Rasanya cukup dululah~ Sedar tak sedar, panjang juga saya menulis. Mod tengah rajin, lebih baik diraikan. Tunggu cerita lain nanti, ya!

p/s: lalala

Dhiya menulis


Allah.

Sungguh masa tidak pernah kasihan meninggalkan saya. Rasa masih banyak tanggungjawab yang belum tertunai.

Minggu ini saya pulang ke desa lagi. Cik Mar dan kawan-kawan team saya sudah lali dengan saya yang akan kelam kabut setiap kali hari terakhir bekerja. Kebetulan Jumaat minggu lepas merupakan sambutan Hari Malaysia, saya sudah cabut lari petang Khamis itu juga.

Kepulangan kali ini agak berbeza. Kalau minggu lepas saya pulang kerana mod raya yang masih belum padam, tetapi minggu ini kepulangan saya dek seru paluan kompang pengantin salah seorang anak murid emak.

Atiq ini bukan sahaja anak murid emak, malah jiran terdekat kami. Emak saya dan emaknya mendiami komuniti yang sama. Maka bukan peliklah jika emak antara orang yang bertungkus lumus dalam majlis ini. Saya sendiri tak terkecuali mengambil tempat bergotong royong dalam serba serbi persiapan. Maklumlah, kawasan kejiranan kami masih lagi sebuah desa tradisional. Tidak ada khidmat katering untuk majlis jamuan makan. Dari mengupas bawang hingga memasak- semuanya dilakukan sendiri oleh orang-orang kampung. Itu meriahnya di sini.

Seperti biasa, usik mengusik tak pernah terlepas dari butir bicara. Pada usia ini, saya tak sudah-sudah ditebak soalan "Bila?". Apatah lagi Atiq itu lebih muda daripada saya, maka makin hebatlah usikan makcik-makcik sekalian. Aduhai makci-makcik, kalaulah kalian tahu apa yang ada dalam hati ini...

Saya melihat itu sebagai yang perlu, tetapi tidak penting (buat masa sekarang). Saya masih giat membina tapak untuk saya meningkat naik. Biarlah soalan "Bila?" yang satu itu menjadi urusan senyap saya. Kelak kalau ada jawapannya, sudah pasti saya akan kongsikan. Soalan itu juga kadangkala membuat saya tersenyum sendiri, tak kurang juga menangis hiba. Ya, saya ada sebab sendiri.

Untuk rakan-rakan yang selamat mendirikan rumahtangga sepanjang bulan September ini, diucapkan selamat pengantin baru dan tahniah. Semoga berbahagia hingga ke syurga hendaknya. Kepada yang mengundang, maaf kerana tak dapat memenuhi kesemuanya. Kekangan masa dan jarak antara faktor menghalang. Pun begitu, saya menitipkan doa agar pernikahan kalian dipenuhi keberkatan.

Esok saya akan kembali pulang ke kota mega. Ada misi yang sangat penting, soal masa depan. Insya Allah kelak apabila saya ada kelapangan, saya akan kembali menulis.

p/s: Penat otak

Ulangtahun Kelahiran Abah

14 September.

Selamat ulangtahun kelahiran, abah. Dhiya sayang abah.

Untuk abah yang membina keluarga,
Untuk abah yang kental jiwa,
Untuk abah yang rajin bekerja,
Untuk abah yang setia bersama.

Semoga Allah membalas pengorbanan itu dengan balasan yang setimpal. Dibalasi pahala, ditempatkan di syurga.

Terima kasih kerana membesarkan,
Terima kasih kerana mendidik,
Terima kasih atas nasihat,
Terima kasih atas inspirasi.

Sukar sekali terucap, tapi inilah yang ada dalam hati Dhiya...

Jurnal


Marah dengan diri sendiri.

Saya masih belum berpeluang memulakan langkah pertama dalam misi menyiapkan kertas cadangan untuk program saya.

Banyak jurnal yang menanti untuk dihadap. Saya benci dengan masa yang terbuang begitu sahaja. Saya perlukan masa untuk bersungguh-sungguh menghadap kerja yang satu ini. Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk masa depan saya.

Saya sangat memerlukan sokongan, bukan kongkongan. Uh, mungkin saya perlu bercuti panjang di desa supaya kerja tertunggak ini dapat disiapkan segera. Makin cepat, makin bagus!

p/s: Oh motivasi!

6 %


"RM0. Pelanggan yang dihargai, mulai 15/9/11, pembelian tambah nilai prabayar & pek p'mulaan akan dikenakan cukai p'khidmatan sebyk 6%. Sila layari .com.my"

SMS itu saya terima petang semalam, di saat sedang khusyuk bekerja. Semuanya terhenti. Saya terkejut.

Secara peribadi, saya sangat tidak bersetuju dengan implementasi 6% cukai perkhidmatan ke atas tambah nilai prabayar. Bayangkan berapa ramai yang memilih pelan prabayar berbanding pasca bayar di negara kita, dan berapa kerap kadar isian semula yang dilakukan? Tentu sekali banyak. BANYAK!
6% mungkin nampak sedikit. Iyalah, kalau setakat 60 sen dari RM10 isian semula, apalah sangat. Tapi apabila isian semula kerap dibuat, bukankah 60 sen itu boleh membentuk nilai yang semakin besar? Oh! Apatah lagi isian semula RM30? RM50?

6% cukai perkhidmatan bukan setakat di sini. Banyak medan-medan selera dan restoran-restoran makanan segera mahupun restoran-restoran biasa serta servis-servis lain yang turut 'terpaksa' (mungkin) melaksanakannya.

Di kampung-kampung pula (terjadi di kampung saya ini), isian semula dijual dengan harga yang lebih tinggi. Pernah saya terkena, isian semula RM10 dijual dengan RM10.30. Maka saya berfikir, apabila 6% diwajibkan kelak, pasti harga isian semula 10 akan dijual pada harga RM11.

Teringat kata-kata seorang teman:

" Harga barang dan kos perkhidmatan semuanya berlumba naik. Gaji kita tak pernah naik! "

Ya, ada nada geram di hujungnya.
Dia benar. Saya sendiri yang bekerja di kota mega pun selalu bergelut dengan gaji yang sangat menuntut kebijaksanaan supaya dapat diurus dan ditadbir dengan baik. Jika tidak, pasti gigit jari!

Kadar perbelanjaan rakyat semakin tinggi. Justeru tidak semua akan berjaya memperolehi impian masing-masing. Kadangkala kita perlu berpuas hati dengan apa yang terhampar di depan mata, tidak boleh terlalu cerewet dan memilih.
Apabila segala macam perkhidmatan di bumi ini dikenakan bayaran tambahan atas nama caj perkhidmatan, maka golongan-golongan inilah yang akan menanggung kesannya. Sungguh kasihan golongan berpendapatan rendah sedang telefon bimbit dengan isian semula bukan lagi satu kehendak, tetapi sudah menjadi keperluan!

Secara peribadi sekali lagi, saya sangat berharap agar pelaksanaan ini dikaji semula. Jika mereka (pihak yang mengimplementasi) boleh menghantar SMS memberitahu akan pelaksanaan 6% ini, mengapa mereka tidak boleh menghantar SMS banci supaya suara pelanggan dapat didengari?

p/s: Jom beli kad isian semula banyak-banyak sebelum 15 September 2011. Er...Dhiya tak sesuai sungguh menulis entri seperti ini, kan? Hu. Emosi~
Pak PM pun menyokong. Katanya ini bukan keputusan yang popular!

Sunyi sepi


Sejak mula bekerja Isnin 5 September lepas, blog ini kembali sunyi. Payah sungguh nak mencari masa. Allah!
Betapa masa itu ibarat pedang, akan memotong jika tidak diurusi.

Seminggu bekerja, saya masih gagal mencipta jiwa. Kenangan raya (walaupun semuanya sederhana) tetap manis dalam kenangan. Wajah emak dan abah masih belum puas ditatap. Wangi embun desa masih belum cukup membasahi lantai hati. Burung-burung berkicau lunak sekali. Oh desa!

Dek kerana lagu raya masih menjadi halwa telinga di corong-corong radio, saya tekad untuk pulang ke desa lagi esok. Minggu kedua Aidilfitri masih terlalu awal untuk dibiarkan berlalu pergi begitu sahaja. Masa yang ada mesti digunakan sebijaknya. Keluarga tetap yang utama!
Biarpun penat, tapi saya yakin ada yang terbaik di bumi ibunda. Saya tak akan jauh dari desa indah itu~

Untuk yang melawat Dari Diri Dhiya, terima kasih diucapkan. Penulisan yang lemah, dangkal idea dan selalu mendatar. Saya kadangkala hilang momentum. Semangat bagaikan dibawa angin.
Ketika idea melimpah ruah, saya terlalu teruja untuk menulis. Malangnya ia datang ketika saya sibuk bekerja mahupun di luar waktu menulis. Nasiblah...

Kepada yang masih beraya, semoga bergembira bersama keluarga dan insan tersayang. Saya sendiri pun akan pulang untuk sambung beraya! (eh~)

p/s: Oh, semangat kerja....Hadirlah!