Cedera

Hari ini bermula dengan baik. Saya senyun, saya ketawa...Pendek kata saya gembira.
Semuanya berlalu dengan baik. Saya komited dengan semua tugas terutamanya follow up saya di unit koronari. Walaupun 'gagal', tapi saya tak kisah untuk melakukannya sekali lagi. Sungguh, entah dari mana datangnya semangat dan kekuatan ini.

Tapi siapa sangka, hati saya cedera hanya beberapa minit sebelum waktu pulang. Detik yang dinanti patutnya menjadi kegembiraan, hari ini bertukar sebaliknya. Air mata saya gagal dibendung. Saya tewas. Saya menangis dari pintu keluar pejabat hingga ke depan lobi dan saya menangis sepuas-puasnya di dalam kereta.

*****************

Saya benci apabila maruah dan kekuatan saya diinjak-injak dan dicabar! Saya benci!!! Jangan cuba salahkan saya kalau diri sendiri juga lakukan kesalahan yang sama. Saya takkan dapat menerimanya.

Keluarga saya adalah kekuatan saya. Jangan nafikan ini. Saya boleh buang semua yang saya ada, tapi saya takkan buang keluarga saya. Emak, abah, along dan akak...Mereka adalah kekuatan saya. Stigma hanya ibu dan ayah sebagai penguat semangat adalah salah. Sila ubah! Kekuatan saya datang dari empat orang ini. Bukan hanya dari emak dan abah!

Benar, saya bukanlah anak yang terbaik. Tapi sekurang-kurangnya saya meletakkan keluarga sebagai yang utama. Saya selalu tak sabar untuk pulang ke rumah. Saya selalu rindukan emak dan abah biarpun kadangnya air mata menjadi pelayan mesra. Saya selalu mimpikan keluarga saya. Saya cintakan keluarga saya!

Saya yakin, emak dan abah tidak pernah berkata buruk pada kami anak-anaknya, malah doa yang terbaik selalu bersama kami. Saya tahu...Saya dapat rasakannya.

Keluarga...utama...

p/s: Saya marah. Jom sayangi keluarga! Emak, abah, along, akak...mereka semua darah daging saya. Tidak ada bezanya!

Kerja oh Kerja!

Ya Allah.

Isnin saya penuh terisi hari ini. Seharian saya mengerjakan isu di unit koronari. Mula pukul 9 pagi, hanya siap kembali ke unit berkenaan tepat jam 5 petang.

Alhamdulillah semuanya ok. Esok akan ada follow up pula. Semoga tak ada apa-apa masalah.

Keluar dari bangunan hospital, terus rasa pening. Eh manja mengada sungguh! Tapi saya tak tipu. Saya kepenatan sangat. Waaa!

Nak off lebih awal malam ni. Esok macam banyak kerja lain pula~

p/s: Untuk kamu, terima kasih kerana sudi bertanya khabar.

Patin RM 13,000


Tersedak saya mendengar berita ini di corong radio ketika pulang dari kerja tadi. Terasa kereta yang dipandu melelong-lelong juga~

"Seramai 50 orang pelanggan yang menikmati patin dan hidangan kampung terkejut apabila dikenakan bayaran sebanyak RM 13,000 di sebuah gerai makan di Temerloh, Pahang."
Apekah~!?

Saya yang masih memandu berusaha keras mencapai kalkulator telefon bimbit untuk mengira:
RM 13, 000 / 50 orang = RM 260 seorang. Isk isk~ Pernah tak anda makan hingga 260 ringgit seorang?!

Saya anak Pahang, malah bandar tersebut hanya beberapa puluh minit dari rumah saya. Memang saya pernah dengar yang makanan di bandar itu terutamanya masakan ikan patin sangat-sangat mahal! Saya sendiri pernah mengalaminya: RM 19 untuk makan tengahari hanya berdua dengan abah. Cekik darah!

Tapi kalau 'diketuk' sampai RM 13,000 tu, memang sangat tidak masuk akal. Saya fikir majlis perbandaran perlu membuat pantauan. Peniaga di kawasan itu fikir patin sangat ekslusif- hanya boleh ditemui di situ sahaja hingga boleh meletakkan harga sesuka hati. Kasihan pelanggan yang rata-ratanya orang luar yang mahu mencuba. Mentang-mentanglah- Temerloh Bandar Ikan Patin!

Siapa yang nak temankan saya naik bot ni? Kecut perut nak melintasi Sungai Pahang yang dalam dan lebar ini!

Lawatlah!

Untuk pelawat atau pengunjung yang berhajat untuk menikmati hidangan patin di bandar Temerloh, dinasihatkan agar bertanya atau pastikan dulu harga hidangan tersebut. Takut nanti dah sendawa kekenyangan, termuntah pula bila dengar harga yang tak masuk akal.
Kitakan pengguna bijak!

Untuk para peniaga pula, jadilah peniaga yang telus dalam menyediakan servis untuk pelanggan. Peniaga dan pelanggan adalah pasangan simbiosis yang paling harmoni yang Allah ciptakan di muka bumi ini. Tambahan pula, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda bahawa 9/10 sumber rezeki itu datang dari perniagaan. Jika hubungan peniaga dan pengguna terjejas, maka rosaklah institusi perniagaan itu.
Sama-samalah kita menaikkan imej bandar Temerloh dengan identiti hidangan istimewa yang dianugerahkan Allah ini~

Saya menulis bukan untuk memberikan imej buruk bandar ini, atau mana-mana pihak. Itu hanya kes terpencil. Banyak lagi tempat menarik di sini. Saya juga tak pernah jemu. Saya sukakan tempatnya yang tenang dan damai!

p/s: Kalau teringin sangat, beli je patin hidup, jom masak kat rumah Dhiya!

Makan!

Berhenti makan, Dhiya!

Semenjak bekerja, saya kehilangan beberapa kilo berat badan. O yeay! sila email saya untuk mengetahui rahsianya

Setiap kali ke wad, saya tak segan silu naik atas scale tu. Jururawat yang ada pun selalu senyum je malah ada yang siap menyokong dan bagi consultation percuma lagi~

Maka dengan itu, saya perlu kekalkan berat ini. takut sungguh baju pengantin sendat ~ eh...takut baju nak jadi pengapit pengantin Nurul nanti tak muat pulak. Wuuu!
Majlis Makan Malam Alumni KISAS di Shah Alam, 2010

Dhiya...Jangan makan banyak! Hakhakhak!

p/s: Siapa kata Dhiya makan banyak? Biskut Jacob's je dalam kereta. Sedih...

Nilai Sebuah Kerjaya

Dalam kesibukan dan kepenatan setiap hari di hospital, ada masanya saya fikir mahu saja berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Ini pernah saya utarakan sebagai topik diskusi kami. Tapi dalam dunia yang serba tak cukup ini, ia sukar berlaku. Saya perlu menumpahkan keringat dan usaha sendiri untuk sama membantu sebuah survival masa depan.

Ya, saya kini seorang wanita berkerjaya...Baru bertatih mencari tapak dan sedang belajar selok belok dunia karier yang jauh berbeza dengan dunia universiti saya dulu. Banyak yang telah saya lihat, rasa dan fikir. Pelbagai kerenah manusia telah saya ketemu. Dari sebaik-baik hati dan budi hinggalah sejahat-jahat khianat kelakuan saya pernah jumpa.

Terima kasih kepada Mr. Sofian dan Dr. Nizar yang banyak membuka mata saya akan persepsi nilai sebuah dunia kerjaya umumnya dan kehidupan khasnya.

Hari ini, saya benar-benar di dunia realiti. Kalau dulu sewaktu belajar saya tidak sabar-sabar untuk menempuh alam pekerjaan, nah...Hari ini saya sudah punya kerjaya sendiri. Ia tak semudah dan semanis yang diimpi. Dunia kerjaya menuntut komitmen yang tinggi.

Saya tidak bercakap kosong. Mengambil contoh komitmen saya sekarang, kecuaian atau pelanggaran etika akan mendatangkan risiko kepada pesakit. Nyawa mereka adalah taruhan kerjaya saya. Gerun? Ya...Saya gerun. Saya pernah melihat kematian di saat orang memerlukan saya, sedang saya bukan Tuhan dah tidak mampu menyelamatkannya. Ajalnya menjadi bayaran.
Kerana itu, saya di sini dilatih supaya menjadi lebih teliti. TELITI!

Biar di mulut saya selalu merungut penat dan tidak suka, tapi hakikatnya saya belajar banyak perkara. Ada yang secara terus dan ada kalanya ia tersirat, tapi masuk ke hati sebagai hikmah. Saya mengambilnya sebagai ilmu. Antara yang termahal selain gaji sebagai pendapatan saya.

Esok...Isnin datang lagi. Cuti dua hari benar-benar memadamkan momentum saya untuk kembali bekerja. Argh! Tapi selalunya semua itu 'tipu' saja. Sebaik saya tiba di hospital nanti, rasa itu akan lenyap. Yang ada hanyalah kegembiraan. Mereka yang ada di pejabat semuanya baik-baik dan kelakar~

Baik-baik kerja esok, Dhiya!

p/s: Tiga hari lagi. Jangan lupa, tau!

Sukan Sekolah

Baru balik menemani Kakak dan Angah di sekolah sempena kejohanan sukan yang ke 18 di sekolah berkenaan. Aduh...Penat!

Dua beradik ini bukan orang yang lasak sangat. Jadi Kakak hanya masuk acara sukaneka dan Angah masuk acara larian baton prasekolah. Tapi jangan tak tahu~ mereka berdua juara lapangan masing-masing! Huuu!

Aduh, saya masih penat. Perlu collapse sebentar. Nanti saya kongsikan lagi ok!

p/s: Teringat zaman saya sekolah rendah dulu... Rindunya~!

Rindu

Saya rindu untuk kembali ke medan ini.
Kenangan tahun 2010

Semoga ia kekal dalam darah daging saya. Allah, jadikan kami hambaMu yang beramal soleh!

p/s: Terus berharap~

Kuat Semangat

Ya Allah...

Saya mengeluh lagi. Kadang rasa putus semangat dan harapan. Kadang menyesal. Kadang saya rasa kecewa. Saya ragu dengan apa yang Dia berikan.
Astaghfirullah...Saya telah bersalah!

Allah,

Jangan tarik nikmat Iman dan Islam ini. Kerana ini sajalah harta berharga kami.
Jadikan kami hambaMu yang baik. Peliharakan kami agar tidak termasuk dalam golongan kemurkaanMu.

Allah,

Cintai kami. Kasihi kami. Semoga dengan itu, Kau hadirkan dia yang terbaik untuk hidupku. Jadikan kami hambaMu yang taat perintah, takutkan hukum dan murkaMu.
Kami ingin bercinta,tapi kami bukan sesiapa...Kami ini hamba, ilmu secebis cuma!

p/s: Ingatan dan muhasabah untuk diri sendiri


Ada nampak jam tangan Dhiya?

Jumaat, 7.30 pagi.

"Mak...Ada nampak jam tangan Dhiya?"

"Dhiya letak kat mana? Haih...Mana la mak tau~"

"Entah la mak. Selalu ada je atas meja solek Dhiya. Kalau nak ambil wudhu', selalunya Dhiya letak atas mesin basuh atau kat cermin dalam bilik air tu...Tapi semua tempat tu tak ada pun"

"Tu la...sepah-sepah sangat. Tak sayang harta ke? Lain kali letak tu ingat betul-betul. Tak pe...nanti kalau nampak, mak letak dalam bilik Dhiya"

"Uish! Sayang la mak! Dhiya jarang letak barang sepah-sepah. Dhiya ingat semua barang penting Dhiya tau~ Er...cuma kali ni je Dhiya lupa ingatan sikit..."

******************
Dalam separuh rela, saya keluar pagi itu tanpa jam di tangan kiri saya. Hidup saya terasa kosong! Kosong yang amat!!!

Jam tangan Dhiya

Saya seorang yang tegar memakai aksesori jam. Sejak di sekolah rendah lagi, emak dan abah sudah melatih saya untuk pandai 'membaca' jam. Sebagai galakan, mereka akan belikan jam tangan dan itu menjadi satu kemestian setiap penggal persekolahan! Paling saya ingat, mereka tidak pernah belikan saya jam digital. Semuanya analog!

Hingga saya dewasa, biarlah tangan saya 'kosong' tak ada barang seutas rantai tangan atau sebentuk cincin...Asal saya ada seutas jam tangan sebagai aksesori.

Terbaru, saya memiliki seutas jam: Yang dihadiahi sempena ulangtahun kelahiran saya pada tahun lepas.
Ini dia

Punya nilai sentimentalnya sendiri, saya sangat menyayanginya dan kerana itu ia diterjemahkan ke dalam bentuk jam: Ertinya saya selalu bersamanya, saya tak pernah tinggalkannya~

***********************
Jam itulah yang hilang dalam cerita di atas tadi...Saya hampir hilang arah. Ke hulu ke hilir dalam rumah.

"Sudah...Pergilah rehat dulu. Adalah tu di mana-mana..." Emak memujuk.

Saya pun dah sakit kepala untuk mengingati kembali di mana jam tangan kesayangan itu. Saya putuskan untuk tidur sekejap. Tak kira!!!

Tak sampai 5 minit berbaring, tiba-tiba saya terbangun. Saya sudah tahu di mana jam kesayangan itu berada. Tak berlengah, saya terus menyeluk poket seluar slack saya yang dah dicampak ke dalam baldi. Sikit jam lagi memang dah nak kena rendam!

Alhamdulillah. Dah jumpa! Allah sangat memberi ilham ketika Dia rehatkan saya tadi!

"Mak, Dhiya dah jumpa jam tangan Dhiya"

"Kat mana?"

"Eheee. Mak jangan marah...Er~ Dalam poket seluar Dhiya. Mujurlah belum direndam mak!"

"Ha...lepas ni beringat!" Emak menyindir. Tak kesah la. Memang salah saya pun..Uhu!

Untuk si pemberi jam, jangan bimbang. Ia masih di sini, bersama saya. Saya sangat menyayanginya. Ia selalu bersama saya. Kosong kalau ia tiada di sisi. Benar!

p/s: Sayang~! Pengajaran yang dapat diambil- Jangan letak barang peribadi merata-rata. Susah diri sendiri, susah orang lain juga. Sayangi milik anda!

Oh...Sabtu!

Saya bangun seawal 6.30 pagi. Oh, Sabtu rupanya! Dah tentu tak perlu bangun awal, tak perlu mandi air paip yang sejuk tu, dan yang paling penting tak perlu memandu dalam kabus pagi yang dingin!
Tak perlu berebut tempat letak kereta, tak perlu bergaduh dengan Hafiz dan En. Wan yang sangat baik dengan saya. Sabtu hari bercuti dan berehat. Huu!

Saya ke dapur, sibuk membantu akak yang sedang memasak di dapur.

Pagi ini sebenarnya kami merancang untuk ke satu destinasi istirehat berhampiran rumah. Semuanya untuk meraikan anak-anak yang menggembirakan ini. Mereka adalah permata keluarga kami. Sungguh!

Bertolak jam 8.30 pagi, kami tidak mengambil masa yang panjang untuk ke sana. Kurang dari sejam, kami sampai. Yang tua-tua dewasa ni tak adalah nak terjun berkubang sekali kan~ Sekadar memerhati dari jauh gelagat tiga beradik anak saudara saya ini.
Ini salah seorangnya. Yang paling bongsu, yang paling kepoh. Mulut macam bertih jagung~ Yang lagi dua orang? Tunggu...Gambar lama (lebih kurang sebulan yang lalu). Kan Nikon saya sedang tidak sihat sekarang? Doakan ia cepat sembuh!

Tuhan, mereka anugerah terindah kami!

p/s: Aduh, penat dan hitam! Habis kulit saya dibakar mentari :p

Jemputan ke Majlis Walimah

Saya melihat jam. Oh, sudah pukul 5.30! Tanpa memandang kiri kanan, saya terus cabut pulang. Di saat-saat seperti itu, saya akan sangat mementingkan diri lebih dari orang lain. Maaf, saya gagal berkompromi untuk cepat pulang ke rumah! Hehe

Di lobi, saya terserempak dengan Pak Din. Dia yang saya kenali sejak 4 tahun lalu merupakan seorang pemandu kepada satu badan korporat di sini. Dialah yang bertanggungjawab membawa saya ke Grand Season Hotel Kuala Lumpur dan Kompleks Belia Rakan Muda Jempol suatu masa dulu. Itulah detik perkenalan kami.

"Assalamualaikum, Pak Din!" Saya menyapa.

"Eh...Dhiya kan? Ya Allah, Lamanya Pak Din tak jumpa kamu. Dah besar ye!"

"Alah Pak Din ni, dulu Dhiya pun besar. Kenapa baru sekarang Pak Din perasan?" Pak Din ketawa besar.

"Hah, Dhiya apa khabar? Kerja kat sini ke?" Pak Din bertanya

"Erm...Dhiya baik, sihat. Dhiya training kat sini. Pak Din doakanlah Dhiya ye..."

"Insya Allah. Mestilah Pak Din doakan. Ha...sebut pasal doa, Dhiya bila nak nikah ni? Pak Din nak datang"

"Eh Pak Din ni...takde kena mengana pun~ Dhiya kan muda lagi....Mesti la kena tunggu dulu!" Berderai ketawa kami di situ. Orang yang lalu lalang kelihatan menoleh. Ops!

"Saja la usik Dhiya ni. Dulu budak lagi...Sekarang dah cantik (Oh apa-apalah, Pak Din!).
Kebetulan pula Pak Din jumpa Dhiya kat sini. Pak Din nak jemput Dhiya ke RSSB, walimah anak Pak Din. Dhiya datang tau. Ajak keluarga. Nanti Pak Din pos kad. Tapi hari ni Pak Din jemput mulut dulu ye"

"Wah, tahniah Pak Din! Dah terima menantu ye!" Saya girang

" Ye lah. Terima kasih. Dhiya la...lambat sangat. Melepaslah Pak Din nak bermenantukan Dhiya" Ada bunyi canda di hujung ayatnya. Saya tak kisah, saya kenal Pak Din bagaimana orangnya.

"Alah...Jangan cakap macamtu. Nanti Dhiya datang, Insya Allah. Pak Din simpan lauk banyak-banyak tau. Dhiya nak tapau" Saya bergurau.

Tak lama selepas itu, kami berpamitan. Saya mesti cepat pulang ke rumah! (wah, masa bersembang tadi, kau hilang ingatan tentang rumah ye~)

Itulah ceritanya. Bukan jemputan walimah saya. Jemputan walimah untuk saya. Sekarang ni sedang sibuk mengisi program dalam planner. Setakat Mei, hampir setiap hujung minggu saya terisi dengan pelbagai program. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, Allah...

p/s: 29 Mei ni...Macamana saya nak ke Perak? Bimbang sangat kalau terlepas majlis pernikahan Iqa si kawan baik saya. (TT)

The 50th

It is my 5oth entry!

I've been writing since 13 March 2011. Being a blogger, I can't avoid myself from sharing my concern, ideas, and feelings (in an appropriate way). I do enjoy doing this as this is a part of my interest.

From now on, I'll start my writing in bilingual version: Malay and English. I hope this can be my best platform to improve my communication skills and language performances. As Mr. Sofian said, these will make us marketable in real life of career world. (Yes, they do!)

Dear readers: Keep in reading, and do support each other. I really appreciate my followers and readers because they are my friends. We are friends. I think Blogger has been a new phenomena leading ahead compared to Facebook and so on. Blogger is more effective and more flexible. Hu!

I love my blog!

p/s: It's so hard to finish this three paragraphs entry. It's been so long for not writing in English. Maybe got some grammar and sentence errors. I'm sorry, I'll make it better from time to time~ Promise!

Kesibukan

Sungguh!

Masa yang ada semuanya terisi dengan tugas dan tanggungjawab yang lebih penting. Tak tertunai semua kehendak dan tak terlaksana semua yang diimpi. Saya berperang dengan masa~ (TT)

Semalam dan hari ini adalah detik-detik tersibuk saya. Habis satu hospital saya tawaf dek isu yang banyak. Walau bagaimanapun, banyak itulah yang mengizinkan saya belajar dan mengutip pengalaman.

Dengan itu, aktiviti penulisan secara automatik akan diminimumkan untuk memberi ruang dan peluang kepada komitmen kerjaya saya. Doakan semuanya ok. Saya selalu hampir jatuh dan menangis, tapi saya yakin Allah sedang menguji saya.

Janji, esok akan mula ligat menulis.

p/s: Nikon saya sedang rosak. Lense error 'katanya'. Ya Allah, nak pengsan saya lihat kesayangan saya tak boleh berfungsi dengan sempurna. Ya Allah, jangan rosakkan Nikon saya. Saya sangat perlukannya!


Dwibahasa

Sudah hampir sebulan saya menulis di blog baru ini.

Alhamdulillah, saya senang menerima rakan-rakan maya baru yang sama berkongsi minat berblog. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang mengikuti perkembangan Dari Diri Dhiya.
Untuk pengetahuan, saya sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan blog ini. Dari Diri Dhiya adalah medan saya yang kedua: tampil lebih matang, berilmu dan selamat Insya Allah.

Saya suka menulis kerana ia membantu saya memperkasakan penggunaan bahasa. Dulu saya menulis dalam dwibahasa: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Saya tidak pernah berani memulakan langkah menulis dalam Bahasa Inggeris sehinggalah saya memasuki kelas komunikasi Mr. Sofian. Katanya:

"Keyakinan itu penting. Salah macamana pun, tapi apabila orang melihat anda penuh keyakinan...Mereka tidak akan nampak anda melakukan kesalahan. Buatlah sebanyak mana kesilapan. Kerana anda belajar daripadanya, asalkan anda bersedia membetulkan kesilapan itu"
Inilah Mr. Sofian! Er...bunyi tak sedap! This is the guy! (Sounds greater, huh?)

Mengingati tunjuk ajarnya, saya selalu bersemangat untuk memulakan penulisan dwibahasa saya. Cuma entah, Dari Diri Dhiya mungkin belum cukup bersedia. Tapi ketahuilah, saya akan secepat mungkin mengumpul kekuatan dan keyakinan untuk memulakan habit itu kembali.
Apa yang susah, Dhiya? Berapa banyak alasan lagi yang perlu diberi~? Ohooo!

Saya berazam, satu hari nanti Mr. Sofian akan hadir di laman ini dan melihat sendiri betapa saya mengadaptasikan tunjuk ajarnya! Pasti!

p/s: Tribute to Mr. Sofian

Mentera Semangat Isnin

Mana tidaknya~

Malam semalam lelap awal, jadi tak ada masalah liat nak bangun pagi~ Bila tidur cukup, haruslah mata ni terbuka luas-luas. Mood pun baik, maka semangat datang berkobar-kobar!!!

Baju pula dah siap-siap diseterika malam semalam. Cantik, kemas, segak dan meyakinkan. Macamana semangat tu tak membuak-buak? Haih...Nama pun wanita. Mestilah kekemasan, ketelitian dan kecantikan itu menaikkan semangatnya~

Kereta yang dipandu pula berkilat-kilat mengalahkan si Kelisa kenit tu~ (Weeehu! Jangan marah ye, kamu...) Semalam kan dah bertungkus lumus. Tak cukup dengan berkilat, wangi, bersih dan seksi pula tu. Apa lagi alasan untuk tidak bersemangat di pagi Isnin ni, Dhiya? Hahaha!

Kerja pula enjoy dan penuh gelak ketawa. Cuma Nor tak datang, jadi sunyilah sedikit hidup saya. Selainnya, semua menggembirakan. Telatah seorang demi seorang encik-encik di dalam pejabat selalu buat saya rasa gembira.

Fizal: "En. Wan...Mesin ni kenapa?" Tanya Fizal sambil menunjukkan ke arah ventilator di tepi meja.
En. Wan: "Mesin itu rosak" Jawabnya dengan penuh selamba~

Der...Semua orang tau dia rosak. Kalau tak rosak, takde la kena campak tepi tu menungu masa untuk dibaiki. Loyar buruk eh, En Wan!

Perjalanan balik saya pun berjalan lancar. Tak ada gangguan yang besar-besar melainkan keadaan jalan yang sangat teruk (lubang sana-sini~) dan sebuah kereta JPJ yang tiba-tiba buat sekatan di tempat sunyi.
' Maaf encik, jangan tahan saya. Haram menahan saya seorang gadis yang berseorangan di tempat sunyi ini'
Terus encik JPJ tu lepaskan saya. Alhamdulillah...Asalkan saya tak langgar undang-undang jalanraya lah~ Kalau tak, apa dia kisah haram ke halal. Mau kena tahan dan kena saman jugak kan.

Jam 6.30, Alhamdulillah...Saya sampai ke halaman rumah emak dan abah! Emak menunggu saya sambil membuaikan diri di buaian bawah pokok rumah. Abah pula sibuk dengan halaman rumahnya yang masih macam-macam tak kena~ Huu!

Syukur sangat. Saya gembira hari ini. Mak, abah...Benarlah, wajahmu memberi selaut ketenangan dalam jiwa ini!

p/s: Tahniah buat raka-rakan MBBS saya di Universiti Malaya yang secara rasminya bergelar Dr. hari ini. Semoga menjadi doktor muslim yang beriman dan mengamalkan perintah Allah! Buat Dr. Noorazwa Ramli, tahniah!


Kempen: Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!

Assalamualaikum...

Hasil berkongsi idea melalui penulisan blog, saya telah ditemukan dengan pemilik blog Atika Aula. Masya Allah, saya sangat sukakan blognya! Ideanya 'soft' membelai jiwa dan masuk ke dalam hati.

Melihat blog sebagai medium yang paling mudah dicapai oleh pelbagai lapisan masyarakat hari ini, kita sebenarnya telah bebas untuk melontarkan segala idea melalui tulisan. Adunan rasa marah, benci, aib atau segala apa yang dirasakan ingin dikongsi, ianya dengan mudah terlontar ke blog tanpa ada had dan limit.

Menyedari fenomena itu, saya dengan ini menyahut seruan Atika Aula untuk sama-sama memperbaiki diri dengan menjadikan blog sebagai medium dakwah. Bukan hanya menulis tentang agama tanpa diimplimentasikan dalam kehidupan seharian, saya berazam untuk menulis dan menyelitkan nilai-nilai murni yang biasa kedapatan dalam hidup kita. Semoga ini adalah ingatan terbaik untuk diri saya sendiri malah menjadi perkongsian berguna buat para pembaca, Insya Allah.

Untuk rakan-rakan yang membaca, saya mohon sokongan dan penglibatan semua agar kempen ini dapat disebarkan dengan lebih meluas di kalangan blogger Malaysia. Caranya mudah: Klik gambar di bawah, anda akan terus ke blog si manis Atika Aula. Nanti anda akan buat perkara yang sama seperti yang telah saya buat ni~


Harapan saya, semoga ini adalah tabungan amal jariah kita semua buat menuju hari penting kelak. Biar menulis sedikit, tapi manfaatnya besar. Biar tidak masyhur di kalangan pembaca, tapi isi tulisan kita masuk ke jiwa, Insya Allah.
Moga Allah mudahkan urusan dakwah ini. Biarlah kecil, semoga nilainya besar di sisi Allah. Amin!

Tanggungjawab

Prinsip hidup saya mudah. Apa saja yang menjadi liabiliti seseorang, dia mesti bertanggungjawab dan mengambil berat akannya.

Saya mengambil satu analogi mudah:
Jika saya mempunya sebuah kereta, saya mesti bertanggungjawab atas kereta itu. Ini termasuklah membasuh, mengisi minyak malah memandu sacara selamat dan mengelakkan kemalangan juga adalah sebahagian tanggungjawab saya terhadapt kereta itu!

Fenomena ini biasa terjadi dalam kehidupan seharian kita. Tipu kalau tak pernah terjadi dalam kehidupan anda.
Saya ni bukanlah sempurna sangat dalam menunaikan tangungjawab. Saya mengaku, saya juga lemah! Tapi saya geram, geram, diulang sekali lagi GERAM dengan orang-orang yang tidak sedar akan tanggungjawab sendiri ni~

Paling mudah: Tempat letak kereta di hospital tempat saya bekerja tu dicipta segi empat tepat tanpa senget, malah tersusun elok.
Suatu pagi ketika sampai di tempat letak kereta yang biasa saya landing, saya rasa terus tak ada semangat untuk bekerja. Kenapa? Kerana pemilik kereta di sebelah tapak yang ingin saya masuk itu meletakkan keretanya dalam keadaan senget dan menggunakan dua petak sekali gus.

'Bang, bukan besar mana kereta awak ni. Kancil je pun. Kalau bawa kontena ke...Mungkin juga consume 2 petak!' Saya mendengus dalam hati. Mod kerja dibawa angin seawal 7.30 pagi!

Sudahlah buat perangai di tempat letak kereta hospital. memang tak ada kesedaran sivik langsung~

Pengajarannya, tak kiralah dalam apa jua aspek: menuntut ilmu, muamalat, malah hubungan dengan makhluk (apatah lagi Allah), marilah kita sama-sama meletakkan nilai tanggungjawab itu tinggi di dalam hati.
Apa yang terzahir dengan perbuatan itu adalah cermin gambaran hati.
Ya Allah, semoga saya tergolong dalam golongan yang baik. Saya bukanlah hamba yang terbaik, tapi semoga saya istiqamah untuk terus melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah. Amin...

p/s: Nasihat untuk diri sendiri. Semoga beroleh iktibar. Jom parking kereta elok-elok<---ops~!

Ahad yang Indah

Alhamdulillah

Hari ini hari Ahad. Seperti biasa, saya tak mahu tahu (buat-buat tak tahu) esok hari apa. Saya tak akan ambil tahu! Hee~

Saya bangun dari tidur, ada genangan air mata. Oh, benarlah. Saya mimpikan seseorang yang jauh. Terasa itu semua berlaku, kerana itu sampai menangis dalam mimpi. Saya mengeluh sendiri. Kenapa mesti hanya dalam mimpi? Kan bagus kalau itu adalah realiti!

Saya tolong emak sidaikan baju-baju yang masih di dalam mesin basuh, sedang emak dan akak sibuk di dapur. Ha..Menu hari minggu: Nasi ayam. Jangan terliur ok. Ni untuk famili sahaja. Tak ada kenduri jamuan untuk orang lain~
Semasa menyidai, baru saya perasan...Baju budak-budak ni (anak-anak akak) semuanya berwarna merah.

"Kak...Kenapa baju budak-budak ni banyak sangat warna merah? Cuba la belikan warna lain..." Saya membebel.

"Alah biarlah. Kalau pergi mana-mana...shopping complex ke, pasar malam ke, senang nak kesan. Itu anak akak. Bukan anak orang lain!" Akak membalas.

Dalam benar maksudnya. Saya faham. Biarlah. (^^)

***********
Kereta saya masih belum berbasuh. Oh malasnya! Sekarang akak sedang membasuh keretanya. Saya tak mahu terlibat. Luas permukaan kereta dia lebih besar, jadi saya tak mahu buang tenaga untuk kereta dia. Saya akan basuh Baby saya sekejap lagi, selepas akak siap!

Tapi...Er..mahu memenuhkan tenaga dulu. Masa untuk makan tengahari!

p/s: Tunggu nanti ok!

Saya Seorang Dhiya

Bismillah...

Cuaca Sabtu ini benar-benar memberi momentum idea yang membuak-buak. Tapi menulisnya tetap tidak. Entah kenapa. Semangat saya dibawa angin (mungkin).

Hari ini saya banyak bersendiri. Saya perlukan masa sendiri. Kadang-kadang senyum, menangis dan ketawa seorang diri. (Jangan sebut macam orang tak betul ok~) Mestilah...dalam usia 20-an ini, saya lalui bermaca-macam perkara dalam hidup. Semuanya teradun sama rasa, sebati dalam jiwa!

Saya dilahirkan dan membesar di Pahang, sedang emak dan abah datang berhijrah dari Perak.
Ini saya: Dhiya. Kata emak, gambar ini diambil ketika saya masih baru lahir. Dalam 2-3 bulan kut~ Sila beritahu yang saya comel. Isk2!

Pendidikan awal saya juga bermula di sini dan ketika di menengah rendah, saya terpilih untuk ke SMK Seri Jengka di Maran.
Tiga tahun (yang paling indah) di sana, saya menyambung pengajian SPM di KISAS, Klang Selangor. Saya ini anak bongsu. Jadi apabila buat pertama kalinya jauh ke 'luar negeri', saya selalu jadi tak tentu arah~ Saya selalu homesick di tempat ini!
Namun, kejauhan yang terdidik itu bukan sesuatu yang sia-sia. Selepas tamat SPM, saya dihantar untuk PLKN di Cherating pula. (Sekali lagi: Jauh!) Kali ini saya lebih baik (kut). Jauh bukan lagi masalah buat saya. Tanpa saya sedari, rupanya saya sudah 'kuat'..Hee
Tamat PLKN, saya diterima masuk ke program Asasi di Universiti Malaya selama setahun. Empat tahun berikutnya, saya kekal di Universiti Malaya sebagai mahasiswi bidang kejuruteraan.
Hari ini? Ah...malunya nak mengaku. Saya sekarang sebagai trainee engineer di Pahang. Doakanlah semoga ada yang terbaik di sini. Alhamdulillah. Saya sudah kembali dekat dengan mak dan abah! Hehu!

Ya, itulah tempat jatuh bangun yang menjadikan saya seorang Dhiya hari ini.
Dhiya hari ini yang masih kekal sama manja seperti yang dahulu, cuma telah menjadi seorang wanita 'hati batu' dalam mencapai apa juga kemahuannya. Emak kata saya memang keras hati dalam mengejar matlamat.
Ini saya: Dhiya. Gambar diambil ketika di Zoo Negara. Maaf, saya ni tak suka bergambar. Sebab tu tak ada gambar terbaru. Maaf, kawan-kawan. Doakan saya nikah cepat. Mungkin ada gambar nanti. <---Eh?

Saya benci dan marah apabila matlamat dan kemahuan saya terhalang (in a good way).
"Insya Allah, ini sifat positif kamu, Dhiya!" Teringat nasihat cikgu sekolah rendah saya dulu~

Jauh saya berkelana menuntut ilmu, tetapi hari ini kembali ke pangkuan emak dan abah. Mengapa? Tidak mahu bekerja di Kota Megakah?
Mahu, mahu sangat. Saya ada cita yang belum tercapai. Tapi buat masa sekarang, saya sangat perlukan semangat emak dan abah. Saya sangat menyayangi mereka. Sebelas tahun lamanya saya 'meninggalkan' desa untuk satu perjuangan ilmu, biarlah hari ini saya ada di samping mereka. Biarlah gaji sedikit, tapi pahala memandang wajah mereka buat saya bahagia.

Memang benar, kini saya berada di Pahang. Kota Mega itu saya tinggalkan seketika dengan harapan dan usaha semoga saya akan kembali ke sana dalam masa terdekat nanti sebagai seorang Dhiya yang lebih baik, Insya Allah.

Benar, saya seorang Dhiya yang sangat mencintai keluarga. Emak, abah dan lainnya!

p/s: Oh ada rintik air mata rupanya. Tak tertahan apabila berbicara tentang mereka yang disayangi.

Kawan

Allah, Allah, Allah...

Pejam celik, pejam celik...Dah masuk bulan April. Rasa baru semalam saya berada di Bukit Jalil itu. Rasa baru semalam saya menyambut ulangtahun kelahiran. Rasa semuanya baru berlaku semalam!

Hari ini bermula dengan panggilan telefon dari salah seorang teman baik saya, Ani:

"Dhiya, kau kat mana? Aku dah kat rumah!" Ani yang masih menuntut di UUM bersuara girang di hujung talian.

"Aku ada...Kau bila sampai?" Saya beringkas dengannya.

"Aku baru sampai subuh tadi. Eh, jangan lupa datang kenduri rumah aku ye!" Ani mengingatkan.

"Kalau kau tak jemput pun, aku akan datang juga la..." (-.-)

Ani ini kawan baik saya sejak dari sekolah rendah lagi. Rumah kami terletak agak jauh antara satu sama lain, tapi bonding tetap kuat. Kami berkawan sejak dari darjah satu lagi. Hari ini kami sudah dewasa, kami sudah punya cita dan kerjaya!

Biarpun saling jauh dan jarang berjumpa, tapi dia antara kawan baik saya yang sangat rapat dan dipercayai. Kami berkongsi banyak perkara: Rasa, jiwa dan rahsia. Hu! Saya sangat sayangkan dia. Dia yang tidak ada ganti.

Untuk Ani, terima kasih atas undangan itu. Jangan bimbang, saya kenyang dijamu hidangan yang pelbagai dan sangat gembira apabila dapat bersama menyumbang untuk majlis keluarga anda. Kerana Allah jadikan kita saling bersahabat dan saling melengkapi antara satu sama lain.

p/s: Entri ini nampak bosan. Tidak ada gambar yang ditempel. Saya lupa membawa Nikon kesayangan saya tu! Uh
my bad!