Appraisal 2018


Bismillah

Aku dah terima borang appraisal minggu lepas lagi. Katanya nak meeting hari ni. Tapi tunda ke esok pulak.

2018 menyaksikan banyak benda berlaku pada aku yang berkait dengan kerjaya.
1. Got pregnant dan aku agak struggle bekerja.
2. Bercuti dua bulan tapi gaji jalan (Maternity leave) yang seronok sangat.
3. Bos tukar portfolio aku dari jaga produk kepada jaga sistem.

3 benda ni, terutamanya tukar portfolio membuatkan KPI aku bertaburan sikit. Aku dah cakap dengan bos (manager aku), 
'Macam mana nak evaluate aku ni sebab KPI aku separuh-separuh~?'
Bos cakap,
'Jangan bimbang lah. Anak-anak ayam I semua lulus punya~'

Having a good superior is also a blessing. Bos aku ni dulu asalnya manager. Masuk 2 minggu selepas aku je. Bekas pensyarah di UM, ada PhD. Very ground to the earth. Very funny. Tegas tu tegas jugak. Tapi taklah tegas tak tentu hala. In 2 years, dia dinaikkan sebagai BUM (atas sikit dari manager). Aku je yang masih kentang bulat yang tak tumbuh-tumbuh. Hhahaah!Ha dia ni lah yang aku cerita kat IG yang 'curi' ice pack aku tu. Huhuhu!

Again, appraisal bukanlah sesuatu yang aku kejarkan sangat. Apa yang ada sekarang ni Alhamdulillah dah cukup sangat. Kalau dapat, untung. Kalau tak dapat, tak rugi. Cuma yang nervous masa appraisal ni adalah bila kena one to one dengan BUM. Aku harap mood bos aku baik dan kami hanya gelak-kelak saja masa tu nanti.

Minggu depan ada summit meeting dengan director. Summit meeting ni macam biasalah, untuk tengok apa yang kau dah buat sepanjang tahun ni dan apa perancangan kau untuk tahun depan. It's good to have this session sebab boleh check and balance kerja kau. Aku pun boleh duduk dan susun rancangan kerja dan rancangan peribadi aku supaya selari dengan objektif team aku. 

Kawan-kawan doakan aku elok kerja kat sini. Tak ada orang dengki. Tak ada batu api. Murah rezeki. Tak ada politik kotor. Cepat belajar. Dapat kumpul funding secukupnya untuk tambang pergi umrah dan haji serta modal untuk something yang aku nak buat bila jadi WAHM nanti. Doakan!

Aku juga doakan semoga tahun baru 2019 akan jadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, dimurahkan rezeki dan diberikan kegembiraan. Amin.

Salam sayang
Dhiya

Mood Rajin: Jeruk Cili


Bismillah

Minggu lepas aku balik ke rumah mertua, bibik bagi sebekas cili kecil. Aku cakap bila masa laaaa kami nak  memasak bik oi. Kalau memasak pun, takdelah sampai guna sebesen cili ni. Tapi dengan dialek Jawanya, dia masih bersungguh-sungguh nak memberi. Hadoila.
Aku bawa balik dan bekas cili tu sendu je kat atas dapur. Aku malas nak bawa masuk peti sebab mesti tahun 2020 karang baru keluar. Tiba-tiba ada satu hari tu aku terasa agak rajin jadi aku buatlah cili jeruk. Instead of pakai cili besar, aku gasakkan aje guna cili kecil yang bibik bagi ni.

Cara-caranya sangat mudah.

1. Basuh cili
2. Rendam dalam air panas lebih kurang 3 minit dan tapis, keringkan. Pastikan betul-betul kering.
3. Sediakan balang kering, masukkan cili padi tadi.
4. Masukkan sedikit garam dan gula. Selebihnya masukkan cuka makan sampai tenggelam cili tu.
5. Siap. Tunggu dalam 3-4 hari boleh la dimakan.

Dapat buat 2 glass jar jem tu. Pagi ni suami aku cakap dia ada meeting hala nak balik ke rumah mak dia. Aku pun cepat-cepat bungkuskan balang jeruk cili tu dan minta dia bagi balik pada bibik. Hhahaahhahahah!

Semoga bibik gembira

Mesin basuh rosak? Cuba cari alat ganti ni


Entri cepat dan padat.

Haritu mesin basuh kat rumah ni pernah rosak. Rosak macam mana? Lantai belah bawah dalam mesin tu tak berpusing. Jadi dia tak boleh membasuh. Kalau letak kain, air boleh masuk dan bunyi berderu tu ada. Cuma tak berpusing.
Aku dah mula tertekan dan dalam masa yang sama berfikir 'ada can aku mintak washer dengan dryer ni!' Tapi ternyata suami aku lebih bagus dari aku. Dia buka habis mesin tu untuk cari kat mana faulty nya. 
Esoknya dia bagi duit kat aku dan suruh aku beli something yang namanya PULSATOR dari Shopee. Macam tahu-tahu je aku suka membeli belah di Shopee. 

Ya, nama 'lantai belah bawah dalam mesin' tu adalah PULSATOR. Orang perempuan memang complicated. Tengok orang lelaki. Tak banyak cakap, tapi sekali yang keluar dari mulut dia; PULSATOR tu tepat, jitu, benar.
Aku pun order lah dari satu seller di Shopee ni. Kalau nak tahu, taip je PULSATOR- Berderet keluar gambar lantai belah bawah dalam mesin tu dan pilihlah ikut model mesin basuh korang sendiri. Mula-mula aku takut juga nak beli sebab tak ada feedback dari pembeli sangat pun. Tapi bila aku fikir-fikir balik, memanglah tak ada feedback sangat. Orang bukan beli ni macam beli baju kan?



Apabila terima, suami aku terus gantikan pulsator lama dengan yang baru. Hasilnya taraaaaaaaaaaaaaa! Musnah terus harapan aku untuk dapat washer dengan dryer sebagai hadiah beranakkan Nuha. Hahahahhaha!

So korang, kalau mesin basuh tak berpusing- Jangan cakap rosak. Suruh suami korang beli pulsator tu dan gantikan. 
All the best!

Dhiya

Random Rants


Bismillah

Kerja aku ok sekarang. Aku dapat portfolio baru lepas 2 bulan maternity leave haritu. From supplement products, aku sekarang more to device dan AI. Haaa sekarang aku rasa adalah kena mengena sikit dengan bidang yang aku belajar. Barulah rasa berguna sikit. Hahahahhaha!

Nuha dah boleh meniarap. Lepastu dah boleh melonjak-lonjak macam ulat beluncas. Aku suspect esok lusa dia boleh merangkak. Hahahahha! Alhamdulillah Nuha membesar dengan baik. Cuma kadang-kadang aku rasa aku belum jadi amak yang baik. Aku sibuk bekerja. Malam dah penat padahal malam jelah aku ada untuk dia.
Bila sentuh bab ni, aku mulalah emo. Orang tak tahu apa yang terbuku dalam hati aku. Orang tak tahu apa perasaan tiap-tiap pagi angkat anak yang masih tidur dan hantar ke rumah pengasuh. Betapa aku nak sangat duduk di rumah, jadi WAHM, dan boleh tengok anak depan mata. Ideal condition, huh! Tapi realitinya, hanya aku yang tahu.

Suami aku Alhamdulillah doing ok. He's very helpful and very supportive. Cuma dia baru bagitahu aku, dia dapat projek baru- Audit project. Bila dengar audit je, aku down kejap. Aku tau tu rezeki dia, rezeki kami. Tapi yang tak tahannya, suami aku akan kena travel to the whole Malaysia back to back. Kami pernah melaluinya awal tahun lepas, masa tu Nuha belum ada. Aku memang uruskan diri aku sendiri. Dia sangat sibuk sampai balik lewat pagi. Kesian kat dia, kesian kat aku jugak. 
Tapi takpelah. Aku yakin Allah sedang murahkan rezeki kami. Doakan je semoga kami sekeluarga kuat dan sabar. 

Travel? 2018 menyaksikan kami tak ada perancangan khusus untuk bercuti. Percutian kami ke Krabi pada bulan Januari pun sebenarnya dirancang pada tahun 2017, masa tu aku belum mengandung. Insya Allah lepas suami aku selesai audit tu, kita pergi lah ke mana-mana. Masa tu pun Nuha dah besar sikit. Harapnya kita bertiga boleh pakai sedondon di tepi pantai nanti. Kahkahkah!

Towards end of the year ni, aku macam banyak lah juga kerja nak diselesaikan. Awal bulan 12 nanti bos nak buat alignment meeting sebelum semua team dia (sales and marketing) fly bercuti. FYI, kat sini memang biasa sangat staf ambil cuti panjang hujung tahun untuk habiskan cuti setelah setahun berpenat lelah bekerja. Aku tak macam tu. Aku imbangkan cuti aku throughout of the year. Aku ada keluarga untuk diberi perhatian. Tapi masih, baki cuti aku masih ada 9 hari, 4 hari kena guna dan 5 hari bawa ke tahun hadapan. 

Too many thing to think. Tapi overthinking buat aku nampak tua. Hhahahahaha! So banyak benda aku take it easy (mana yang boleh la). But still, aku susun hidup aku elok-elok, tak serabut supaya hati aku senang. Alhamdulillah, aku tenang sekarang. Batu api, mohon menjauh dari aku.

Salam sayang,
Dhiya
Lama tak bebel

Hannan Medispa Petaling Jaya


Bismillah

This is my post-natal story, dedicated to all ladies out there.

Aku balik ke KL awal. Tak habis pantang lagi aku dah balik sebab minggu depannya ada family day company suami aku. So aku nak ikut. Hahahahah! Sila jangan kecam.
Keputusan ni telah dipersetujui oleh mak aku sebab katanya aku dah sihat. Cuma jangan lasak sangat. Suami aku pun dah berikrar dan bersumpah setia akan jaga aku dalam pantang and yes, he did.

Lepas balik dari family day tu, suami aku bawa ke Hannan Medispa PJ. Sebenarnya sebelum tu, masa mengandungkan Nuha aku pernah ada cakap aku teringin nak reward diri especially lepas bersalin nanti. Tak sangka pula dia ingat dan betul-betul bawa. I'm blessed!

Untuk first visit, aku bagitau la nak buat skin test. Daftar kat kaunter depan dan duduk kat dalam tunggu untuk jumpa doktor. Doktor yang akan buat skin test tu, dan seterusnya akan consult kita. Lepas tu barulah dia cadangkan rawatan mana yang sesuai. Doktor ni best. Bukan setakat consult tentang kulit muka, dia juga berkongsi tentang produk penjagaan kulit yang sesuai dan jenama apa yang bagus. Selebihnya kami kepoh berdua di dalam bilik tu. Doktor tu memang cool!

Doktor bagitahu yang kulit aku jenis berminyak. Doktor tunjuk juga skin analysis result yang dia buat. Boleh nampak kawasan berminyak dengan ketara di kawasan T zone. Pores % agak tinggi, dan pigmentation % pun significant. Bila aku bagitahu yang aku baru lepas bersalin, dia cakap postnatal pun menjadi sebahagian penyumbang kepada masalah kulit muka. Cuma kata doktor aku agak bernasib baik sebab aku takde jerawat. So rawatan yang dicadangkan adalah terus kepada refining treatment. Kalau orang berjerawat, mereka kena rawat dulu jerawat tu.

Selepas berbincang, aku setuju untuk ambil pakej 7 kali rawatan, selang 2 minggu. On the first day tu, aku terus mula treatment pertama. Jadual rawatan adalah seperti berikut:

22 Julai Silk peel #1
4 Ogos Carbon peel #1
19 Ogos White peel #1
10 September Silk peel #2
27 September White peel #2
7 Oktober Carbon peel #2
21 Oktober Oxydermal dan consultation

Walaupun tak exactly setiap 2 minggu, tapi jadual rawatan aku masih dalam range yang dinasihati oleh doktor.

On the last day tu, dapat jumpa doktor sekali lagi untuk buat post-treatment skin analysis. Alhamdulillah ada improvement. Rawatan ni tak jadikan aku lawa, tapi jadikan kulit muka aku lebih sihat. Malah kesannya aku dapat rasa selepas rawatan kedua. Instead of berminyak, kulit aku memang jadi kering sedikit dan dengan penggunaan pelembap yang disarankan oleh doktor, kulit aku tak lagi berminyak dan dalam masa yang sama tak lah kering.
Cuma aku tak dapat nak snap gambar muka aku sebelum dan selepas rawatan kat komputer doktor tu. Segan pulak rasanya nak minta izin dan tertonggeng-tonggeng di situ... Hahahahah!

Doktor 'ajak' aku untuk sambung treatment as a maintenance treatment. Aku cakap nantilah aku bincang dulu dengan menteri kewangaan aku. Tapi dengan layanan tahap lima bintang di situ, aku rasa memang nak je. Mereka bukan layan aku je dengan baik, suami aku yang menunggu pun tak terabai. Nuha apatah lagi. Dah jadi 'anak angkat' kat situ dan siap jadi kawan baik kepada Kinah anak doktor. Staf-staf di situ pun tak segan nak dukung Nuha ke hulu-ke hilir dan jadi dayang. Suami aku suka sangatlah sebab Nuha ada kawan, dia boleh main phone! Kahkahkah!

Servis yang diberikan pun sangat sangat sangat memuaskan. Aku banyak tukar-tukar tarikh dan masa appointment, tapi mereka tak pernah merungut atau marah. Aku terharu sangat sebab mereka sanggup tunggu timing appointment aku yang selalunya aku set petang Ahad, sedangkan masa tu dah tak ada customer lain pun. Muka senyum, peramah, funny dan cakap lembut memanjang. Aku doakan korang dapat jodoh dari Syurga. Amin!
Tengok? Ni la bukti betapa bagusnya Hannan Medispa PJ ni. Tidur mengeruh oiiih!

Minggu lepas aku bincang dengan  suami aku; Should I continue?
Dia cakap apa tau? Kalau nak continue, boleh. Tapi funding sendiri la. Abang fund untuk yang mula-mula tu je.
I was like...
Oklah. Kalau aku kena keluarkan duit sendiri, erm...macam tak je. Aku kan cheapskate. But I must thank Hannan Medispa PJ for the great service. Maaf tak dapat continue sebab Menteri Kewangan aku dah kecilkan bajet. Doakan la aku kaya raya dan boleh sign up for the best treatment
Juga terima kasih bagi pihak Nuha yang selalu korang dukung dan main. Kadang-kadang dengan tak malunya aku pinjam bekas nak letak air panas sebab nak panaskan susu. Loqlaq sungguh laaaaahai!

Jadi lepas ni aku hanya maintain sendiri je kulit muka aku. 4 benda asas yang aku kena ada adalah:
1. Cleanser
2. Toner
3. Moisturizer
4. Sun block.

Cleanser aku guna Cetaphil (sejak kejadian muka aku outbreak teruk sampai kena jumpa dermatologist dulu). Toner dan moisturizer, aku guna jenama Neutrogena. Moisturizer Neutrogena tu yang oil-free, combination skin. Sangat ringan dan tak terasa di atas kulit. Sun block, aku guna Hada Labo Air UV Fresh Air-Light weightless formula, SPF50/ PA +++. Ni pun best. Dalam gambar tu ada penyegar Safi. Ye aku guna Safi sekejap. Tapi lepas habis Safi, aku guna toner Netrogena sebab doktor kata kalau boleh gunalah jenama yang sama sebab ada nutrient yang tak ada dalam toner tu, mungkin ada dalam moisturizer dia . Sebab tu kena guna brand yang sama.
Demikianlah pengalaman aku dengan Hannan Medispa PJ. Antara sebab utama aku ke sini semestinyalah sebab dekat dengan rumah. Semuanya terbaik! Terima kasih sekali lagi HMPJ. Semoga terus maju jaya!

Insya Allah kalua ada rezeki, aku akan datang balik nanti. :)

Salam sayang,
Dhiya