Babah, Jom Terbang Naik Malindo Airlines?


This is a letter from Nuha to Babah.

Babah, 
I know that you will be super busy for the next couple of months. Tapi lepas tu boleh tak bawak Nuha pergi mana-mana kita jalan-jalan? Jangan lupa bawak ummi sekali sebab ummi ada susu. Babah takde.
Nuha tau dulu babah fly bawak ummi kan? Bayar untuk dua orang tapi bawak 3 orang. Tak aciiii!
I think we better book flight tickets Malindo Airlines lah sebab boleh opt naik kat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang walaupun deorang ada je depart dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Rumah kita dengan Subang Airport kan dekat je? Haritu ummi bagitau ummi pernah hantar babah pergi Subang Airport lepas subuh untuk flight pukul 8 pagi. Nampak nau dekat nye kan?

Babah, 
Ni Nuha ada la baca (Ummi yang bagitau sebenarnya. Dia kempen teruk ajak babah jalan naik Malindo)-
Malindo ni HQ dia kat Petaling Jaya je. Dekat dengan rumah kita. Dan rupa-rupanya airline company ni adalah airline company yang menggabungkan Malaysia dan Indonesia. (Tu sebab la kan MAL + INDO) dan trademark mereka adalah batik which signifies both countries. Gadis-gadis cantik yang pakai batik kat airport tu, Malindo cabin crew la tu tapi babah jangan macam-macam~

Babah, 
Nuha baca lagi (ummi bacakan)-
Malindo Air mula beroperasi pada 22 March 2013, dan merupakan first airline to operate the brand new dual-class layout B737-900ER in Malaysia. Penerbangan pertama Malindo Air berlepas dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada hari pelancarannya dan sejak itu mereka banyak terbang ke pelbagai destinasi pelancongan menarik di Thailand, India, Indonesia, Singapura dan Nepal. Penerbangan antarabangsa pertama mereka adalah ke Dhaka, Bangladesh pada 28 Ogos tahun yang sama.

Babah, 
Penerbangan ni beroperasi di semua negeri di Malaysia dan di Indonesia, Thailand, Bangladesh, India, Singapura, Nepal, Sri Lanka, Australia dan Pakistan yang mana meliputi lebih kurang 40 routes. Babah pernah naik Malindo Air kan? Babah mesti admit yang kualiti servis yang baik (Haritu babah cakap fly 30 minit pun masih dapat jajan kacang, kan?) Not to forget, harga dan customer service yang tak mengecewakan. Recently deorang cakap baru je launch wifi on board on certain aircraft. Ummi seronok sangat la sebab dia kan suka live IG. Kahahahahaha!

Babah, 
Jom eh? Apa kata just say YES. Ummi boleh buatkan semua- Booking flight dan hotel cepat je sekarang sebab guna Traveloka. Traveloka tu bukan takat boleh book hotel je. Book flight pun boleh. Babah tinggal bagi duit je kat ummi. Huhuhuhu~

Cara-cara? Alah senang je:

Langkah 1
Select Route

Langkah 2
Pilih Tarikh. Harga dah akan diberitahu terus kat stage ni. Senang babah nak buat bajet.

Langkah 3
Isi maklumat penumpang

Langkah 4
Pilih kaedah bayaran dan bayar dari akaun babah. 

Langkah 5
E-tiket akan dihantar ke email, print dan jom kemas beg!

Babah, 
Kita jalan-jalan pergi mana-mana ye? Tapi Ummi ada cakap dalam 14 negeri kat Malaysia ni, Sabah je dia belum sampai. Apa kata kita pergi Sabah? Sementara Nuha belum berat ni. Nanti kalau dah cecah 10kg, babah pun dah tak larat nak dukung Nuha.
Babah, Nuha nak tengok view ni lagi. Kita naik Malindo, jommmm!

Babah
Babah
ooooo Babah

Please...

Yang benar
Nuha 
Betul Nuha ni

Percutian Keluarga Kami: Ipoh


Bismillah


Sejak ada Nuha, kami tak pernah ada proper vacation. Hence to have one, and to celebrate Nuha 6 months old, and to close this sweet year 2018, also to reward everyone in the family and before babah will be a super busy man- We choose Ipoh!

Kenapa Ipoh? Apa yang menarik sangat Ipoh?
All this while, kalau balik Taiping- Kami lalu je Ipoh ni. We don't really explore the hidden gems of Ipoh. Tapi dalam hati aku pernah cakap- One fine day, kami kena explore Ipoh ni tapi tak sangka that one fine day tu bila kami dah ada Nuha. 
22 Disember 2018 (Sabtu)


Kami keluar dari rumah dalam pukul 10 pagi. Nasib tak menyebelahi kami apabila sepanjang perjalanan kami sesak. Bayangkanlah, dari Tol Duta hingga ke Ipoh kereta bergerak perlahan. Masuk jalan dalam kat Sungkai pun perlahan. Nuha ni dari jaga, tidur, jaga balik, tidur balik- Takkkkk sampai-sampai. Mujurlah makanan dia semua dah stand by. Amak apak lapar takpe. Jangan anak lapar.
Sudut kegemaran. Kalau balik utara, ,mesti nak ambil gambar ni. Kali ni lah baru berpeluang singgah betul-betul. 
Exit tol Ipoh. Yeay dah sampai Ipoh!
Untuk hari pertama, kami check in di hotel Cheqinn. Macam biasalah aku kan pengguna tegar Booking.com. Tengok rating hotel ni ok, jadi aku pun book je lah cepat-cepat. Ini peak season, tak boleh lambat. Huhuhu!
Inilah dia hotelnya. Nampak buruk je kan? Tapi lawa, kemas, bersih dan ada lif. 
Hotel ni lot kedai je. Tapi dalam dia cantik dan bersih. Cuma tak ada parking yang proper lah. Ada tapak berbayar tapi mahal sikit. Kebetulan masa sampai, kami dapat parking depan hotel dan memang tak bergeraklah kereta tu sampai kami daftar keluar. Sebab? Sebab hotel ni dekat dengan banyak tempat menarik. Kami pun tak realize sampai lah suami aku duduk dan baca beberapa review. Jadi semua benda boleh diakses dengan berjalan kaki je. 

Hari menjelang malam, kami keluar mencari Nasi Ayam Hainan Ipoh. Masa kami sampai tu, kedai dah mula ramai orang. Kami minta menu signature dia. Nasi ayamlah~ Sepinggan RM6.30 je. Cuma portion dia agak sikit. Aku tak puas hati. Rasa sedap tapi kena order dua. Hhaahhahah!
The entrance
Sebab portion sikit kannnnn, kami order mee hailam jugak. Kalau tak, aku boleh kemurungan sebab lapar di malam hari.
Nasi dia. Sikit huh~ Hhahhahaha!
Lepas makan, kami sambung jalan. Niat di hati nak balik hotel dan rehat je. Tapi tiba-tiba kami terjumpa Gerbang Malam ni. Sebenarnya Gerbang Malam ni memang ada dalam itinerary aku cuma aku expect waktu lain. Tapi sebab benda dah ada depan mata, kita masuk jelah. Rugi kalau tak explore. Lagipun malam masih muda, dalam pukul 7.30 malam macam tu.

Basically Gerbang Malam ni macam uptown je. Tapi pergi jugak sebab suka nak tengok tempat orang.
Suasana malam di Gerbang Malam. Banyak tempat makan Cina kat sini tapi ada je tempat makan yang boleh disinggah.
Keluar dari Gerbang Malam, kami singgah di gerai ni beli makanan sikit sebab takut kelaparan di malam hari. 
Sampai di hotel dah dekat pukul 9 macam tu. Rehat dan tidur jelah sambil suami aku sibuk study tempat-tempat menarik yang nak dilawati esoknya. Suami aku ni, kalau ke mana-mana, Google memang kawan baik dia. Keyword paling dia suka adalah : "Makan menarik Ipoh, destinasi menarik Ipoh" yada yada. Dan yang paling best, tempat dia pilih memang selalunya kebabom! Thanks hubs!

23 Disember 2018 (Ahad)


Subuh-subuh lagi kawasan hotel kami tu dah bising. Rupanya dekat situ ada kedai dimsum (non-halal) yang terkenal. Jadi ramai orang dah mula beratur dan nak bersarapan di situ. Kami pun, dah siang sikit, kami berjalan untuk mencari sarapan. Kami 'terjumpa' pasar Loken atau pasar karat atau Memory Lane dan terus masuk. Di situ ada gerai-gerai yang jual makanan di samping menjual pelbagai barang termasuklah barangan antic. Alhamdulillah senang cari tempat makan sebab masih awal. Kami makan satay dan mee goreng mamak. Nuha aku bawa bubur dia siap-siap. Cayalah Nuha sarapan kat gerai je~ Memang on the go and adventurous sangat!
Pemandangan menuju ke pasar Loken. Lawa kan?
Pemandangan cantik. Hotel tengah renovate je pun. 
Welcome to Memory Lane!
Memang seronok berjalan kat sini. Tapi kena awal pagi lah sebab kalau matahari dah naik, agak panas dan tak selesa.
Lepas makan dan berjalan sikit, kami pun balik lah. Kejap lagi dah nak kena check-out. Hari pun dah mula panas. Dalam perjalanan balik tu, kami jumpa balik Gerbang Malam yang kami pergi malam tadi tu. Pusing-pusing, dok tang tu je. Memang semua tempat menarik di sini boleh pergi jalan kaki je. 
Sampai hotel, rehat-rehat sekejap dan bersedia untukk check-out. Next adventure begins!
Kami menjejak kehidupan rustic di sepanjang Jalan Concubine dan terus ke Plan B untuk makan tengahari.
Parking agak jauh, tapi masih boleh berjalan kaki. Syukur Nuha sangat behave. Tapi kami as parents memang dah sediakan semua kelengkapan dia lah macam kipas angin, minuman dan makanan dia. Sebelum sampai ke Plan B tu, kami melalui lorong yang dipanggil Concubine Lane. Di situ banyak orang menjual makanan dan minumam dan cenderahati yang menarik. Penghujung Concubine Lane adalah restoran Plan B dan kami makan tengahari di situ. 
Concubine Lane ada juga mural art yang menarik macam ni. Aku tak cari semua sebab tak larat. 
Antara pemandangan menarik Concubine Lane. Ia mengingatkan aku akan Myondong di Korea!
Plan B ni restoran sebenarnya. Ia menyediakan pelbagai menu, Asian dan Western. Walaupun harga dia agak mahal sikit, tapi apa yang menarik adalah suasananya. Plan B terletak dalam kawasan rustic, teduh yang sangat cantik. Those yang suka bergambar, ini memang tempat yang cantik.
Menu
Laksa Johor
Laksa Johor yang aku makan ni memang sedap. Rindu laksa Johor makcik di Johor. Selebihnya kami lepak je lama sikit di situ sambil menikmati pemandangan dan ragam orang.
Seterusnya kami berjalan di sekitar kawasan tu sambil bergambar. Di sini juga ada Muzium Yasmin Ahmad dan beberapa muzium lagi. Kena rajin berjalan sikit. Kami dah sampai, tapi ramai orang dan agak panas, kami undur diri lah.
Real frame
Selesai makan dan berjalan di sekitar Plan B, kami check-in di hotel kedua; Hotel Impiana Ipoh. Memang purposely aku ambil hotel yang selesa sikit sebab harini rasa macam nak rehat je. Rating Impiana ni so-so je sebab hotel ni macam old sikit. Tapi pada aku agak selesa. Cuma pihak hotel mungkin boleh perbaiki lagi. Lagipun, bulan madu kami dulu di Impiana Cherating. Jadi kami tau je Impiana macam mana. Masih lebih baik dari hotel lain disekitarnya.
Ni apesal ni?
Di Impiana, kami memang betul-betul rehat je. Tak keluar langsung kecuali makan malam. Itupun asalnya nak makan malam buffet je di hotel, tapi rupanya mereka tak sediakan makan malam buffet. Kami makan malam di 21 Grilled. 

24 Disember 2018 (Isnin)

Tidur pun lena (Nuha pun). Sarapan di Impiana pun sedap. Aku tapau sikit plain porridge dan buah-buahan untuk Nuha. Tepat jam 12 tengahari, kami pun check-out dan terus ke Restoran Simpang 3 untuk makan tengahari. 
Bye bye Impiana!
Manu makanan Padang. Kalau kat KL ni macam Selero Nogori lah. Tapi yang ni lagi sedap dan harga pun lagi berpatutan rasanya. Tempat pun luas dan selesa. Nuha tidur lena betul masa kami makan kat sini.
Dalam perjalanan balik ke KL, kami masuk tol Sungkai untuk makan durian. Gerai durian yang kami singgah ni dekat sangat dengan Nasi Bamboo. Durian kampung, RM10 sekilo. Ya rabbi nikmatnya!
Durian Sungkai RM10 sekilo.
Kami sampai di KL dah dekat jam 6 petang. Masuk je rumah, masing-masing tersadai kepenatan. Tapi inilah adat bermusafir. Walaupun penat, tapi kami gembira sebab dapat tengok tempat orang dan menambah pengalaman. 

Ini adalah percutian pertama Nuha yang kami rancang sendiri. Alhamdulillah dia baik-baik saja. Tips bawa anak kecil berjalan akan aku kongsikan dalam entri lain ya. Tapi aku percaya, jangan pernah anggap anak sebagai beban dan halangan. Kalau dari awal kita dah positif, Insya Allah everything will be okay.  

Next vacation? Kita hold dulu. Suami aku kena kerja setiap hujung minggu untuk beberapa bulan akan datang. Lepas tu Insya Allah kita akan ke mana-mana lagi, ya. Doakan aku tabah dan kuat fizikal dan emosi semasa suami aku bekerja.

Salam sayang
Dhiya

Hadiah Krismas


Thanks Yeoh
Sebelum dia terbang bercuti haritu, sempat jadi Secret Santa bagi hadiah ni kat semua orang dalam pejabat ni. 
It's very nice of you.

Yeah antara colleague yang sangat berdisiplin. Kerja rajin. Hujung tahun reward diri melancong ke luar negara. Katanya ke Switzerland. Aku? Mereput je lah dalam pejabat~

Dhiya

Parents vs Pengasuh


Bismillah

Pagi ni, aku ternampak ni.
Dipendekkan cerita, aku percaya akak ni seorang pengasuh dan jaga baby dengan gaji bulanan. Katakanlah sebulan satu baby RM350. Mak baby tu potong gaji akak ni separuh sebab mak baby ni tak hantar baby sebab pergi bercuti. 
Soalan dia: Patut ke? Wajar ke? Memang macam tu ke?

Aku sebagai parent, jawab TAK PATUT. TAK WAJAR. BUKAN ITU CARANYA.

Ye, aku parent tapi aku sokong akak ni dan tak setuju langsung dengan parent yang potong gaji akak ni atas sebab-sebab berikut:

Potong gaji pengasuh sebab kau tak hantar anak ATAS PILIHAN KAU SENDIRI adalah tidak adil. RM350 tu adalah yuran untuk sebulan. Tak kisah la sebulan tu 22 hari, 26 hari atau 18 hari je kalau ada banyak cuti umum. 
Kalau kau kerat separuh macam tu, pengasuh berhak caj anak kau ikut harga hari, which is sehari jatuh RM30. 
Konsep dia mudah la. Kau sewa rumah sebulan RM1000. Hari yang kau balik kampung atau pergi bercuti, kau masih kena bayar RM1000 walau kau tak tidur kat rumah tu kan? Ke kau pergi cakap kat tuan rumah: Nak bayar kurang sebab saya tak duduk situ minggu ni? Hah?

Sebenarnya benda ni terjadi dekat pengasuh Nuha. Mama (panggilan untuk pengasuh Nuha) jaga 2 beradik dalam lingkungan 4 dan 2 tahun. Mama pernah mengadu yang mak 2 beradik ni sangat cerewet. 
Ada sekali tu, mama ada kecemasan (kematian). Mama bagitahu kat aku pun dah tengah malam. Dalam pukul 12.30 malam. Dia cakap kalau nak tolak gaji pun tak pe (Ini dia yang volunteer suruh tolak tau!) Aku pun ambil je lah EL. Lepas selesai semua, mama ada mesej aku bagitahu; kalau nak surat pengesahan kematian boleh mintak dari dia nanti.
Lama kemudian, dia sempat bersembang (membawang) dengan aku. Dia kata, mak dua beradik tu bising sebab mama ambil cuti. Katanya dia (mak budak tu) dah banyak ambil cuti (yang dia ambil sendiri). Kalau nak kata mama kerap cuti, tak pun. Langsung tak. Dan paling sadis, mak budak tu memang potong gaji mama sampai RM50. Mama cakap dengan aku, kalau kira-kira balik, sebenarnya tak sampai pun RM50 untuk dua beradik tu. Kalau betul pun nak potong, tanya la dulu. Ni main potong je.

Dari sudut pandangan seorang parent, aku lihat mama ni kira macam pekerja dengan gaji bulanan juga lah. Cuma dia bekerja di rumah. Tak ada cubicle, tak pakai baju lawa dan tak duduk depan komputer. Dia dikira bekerja untuk jaga anak aku, gitu. Kan? 

Kalau cuti di atas pilihan parent dan parent tak hantar anak ke pengasuh, kau tak boleh buat keputusan sendiri dengan potong gaji pengasuh. Macam situasi kat atas tu lah. Sebab tu aku cakap tak wajar.
Kalau cuti tu datang dari pengasuh, dia sepatutnya akan bagitahu awal. Macam mama, dia jarang ambil cuti kecuali dia ada pergi klinik untuk medical check-up dia. Itu pun sebulan awal dia dah bagitahu aku supaya boleh ambil cuti elok-elok. Cuti kecemasan pula mama setakat ni dua kali je itupun sebab kematian dan dia memang offer tolak gaji. 
Tapi aku tak tergamak sungguh nak tolak. Bagi aku, nak tolak takat RM15 sehari tu apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan tenaga dia melayan budak kecil macam Nuha. Kerja dia ni kerja melibatkan nyawa. 

Ingat, pengasuh bukan orang gaji atau maid. Mereka ada kelas tersendiri. Aku bersyukur ditemukan mama, di saat banyak cerita tak elok didengar tentang pengasuh. Aku dapat kerja dengan tenang sebab aku tahu Nuha berada dengan orang yang baik.

So parents yang acah-acah over protective tu, I'd advice you to resign and just rise your baby by yourself. Dah jumpa pengasuh yang baik, bersyukurlah. Jangan berkira, jangan cerewet dan jangan ingat kau tuan. Treat babysitter as human, not as your maid. Mama tu, dah seminggu hantar Nuha baru aku tau yang dia anak kepada somebody. Dia dah jenuh kerja di pejabat.  Kalau kau pandang rendah kat dia sebelum ni, tak ke malu? So never underestimate people.

Aku harap kakak pengasuh ni bersabar melayan parent ni. Kalau tak tahan, resign je lah. Cari budak lain. Rezeki Allah yang bagi. Manusia ni alat je. 

Ummi Nuha

Food Jar Untuk Baby


Bismillah

Nuha dah 6 bulan. Sebagai amak mithali, aku dah mula buatkan solid food untuk dia. Minggu pertama dia makan, aku tak hantar pun makanan tu ke pengasuh. Aku bagi dia makan sekali je sehari, iaitu makan malam dalam pukul 8 macam tu.

Bila dah nak masuk dua minggu, aku baru terhegeh-hegeh fikir macam mana nak hantar makanan Nuha ke pengasuh. Kaji punya kaji- Akhirnya aku setuju yang food jar sangat membantu dan memudahkan urusan makan Nuha di rumah pengasuh. 
Sebenarnya boleh je aku letak dalam bekas kecil dan pengasuh akan panaskan bila waktu makan. Tapi aku macam sebolehnya nak mudahkan urusan pengasuh sebab all this while pengasuh Nuha ni sangat baik Alhamdulillah.

Makanya semalam aku ke Parkson dekat dengan pejabat ni untuk misi mencari food jar. Aku aim jenama Thermos atau La Gourmet (too ambitious, harga dia mahal namatieyyy!) Tapi aku optimis kut-kut ada jualan murah hujung tahun ke apa namun hampa. Hahahah!
Tapi aku jumpa food jar jenama Endo ni. Ada juga review cakap heat retention dia not bad. Boleh dipuji. Kebetulan food jar jenama ni ada 20% diskaun, jadi aku teruslah sambar. Warna ada pink dan putih je. Jadi aku ambil yang putih lah. Pink nampak feminine sangat.  
Perkenalkan, food jar Nuha, jenama Endo, buatan Jepun dengan kapasiti 500ml. Estimated  heat retention: 7 jam (wow!)
The features

Selainnya,  food jar ni ada sudu yang dilekat khas pada penutupnya untuk memudahkan kerja. Heat retention pun agak lama dan lepas ni mudahlah urusan Mama untuk beri Nuha makan. Tak perlu nak panaskan makanan. Cedok je, sejukkan sikit dan  boleh dimakan. Aku harap ini adalah sedikit usaha aku untuk mudahkan urusan pengasuh Nuha.
Food jar Nuha, amak beli. Nampak tak kaki dia yang tersentil tu? Merayap sampai masuk frame. 
Harga- Jauh lebih murah dari Thermos, RM56.51 je. Itu pun aku dapat 20% diskaun lagi. Tapi masa aku tengok tadi, ada je kombo food jar dan desktop mug jenama Thermos, RM99. Macam nak beli je- Tapi bila fikir balik, aku tak perlu sangat desktop mug tu. 

Minggu depan, hantar bubur panas untuk Nuha!
Yeay!

Amak Nuha
UmmiDhiya

Resepi Sambal Kelantan (Ala-Ala Sambal Nasi Kak Wok)


Bismillah

Malam tadi aku terlebih vitamin R. Ini semua sebab bibik bagi banyak sangat limau nipis. Dia kalau membagi, memang tak beringat. Dia ingat dalam rumah ni ada 7 orang ke? Dia lupa ke aku ada laki aku dengan Nuha je? Hari tu dia bagi setalam cili kecil yang aku dah selamat (terpaksa) buat cili jeruk. 
Dengan bibik ni, aku terpaksa jadi rajin sebenarnya!

Setelah berfikir panjang apa aku nak buat dengan limau ni, akhirnya aku buat keputusan nak buat stok sambal je lah. Boleh simpan dalam peti tak ganggu hidup aku. Bila perlu, boleh makan terus cicah ayam goreng.

Bahan-bahan:
1. Cili merah (cili besar)
2. Cili kecil
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. Limau nipis dibuang biji
6. Cuka
7. Gula, garam

Cara-Cara
1. Bawang: bakar atau sangai sampai nampak macam hangit sikit tu (tengok gambar)
2. Cili pun aku sangai sekejap untuk hilangkan air. Buat sambal ni tak guna air. Kalau ada air tu yang boleh buat sambal tak tahan. Bagi memastikan sambal aku tahan, itu yang aku sangaikan semua tu.
3. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Aku guna blender kering Cornell kesayangan aku. Putar je sampai semua hancur sekata.
4. Kalau tak puas hati dengan rasa, boleh perisakan lagi sebelum disimpan dalam bekas/balang, letak dalam peti ais.

*Sambal ni memang tak guna belacan ye. Jangan cakap "sis, sis tertinggal belacan!"
Bahan-bahan
Hasil kejadian
Tapi
Tapi
Limau nipis bibik masih banyak berbaki. Aku rasa nak bukak gerai kat pasar tani je jual limau ni.

Haila bibik...bibik~

Dhiya

Nanti Kalau dah Kaya...


Nanti kalau dah kaya...

1. Aku (suami) nak beli rumah dan pastikan ID rumah tu adalah ikut citarasa aku. Aku nak hias cantik-cantik supaya aku gembira berada di dalamnya. Aku nak ada ruang atau bilik solat yang suasana dia macam masjid tu. Karpet masjid, jam masjid dan bau masjid. Aku nak ada suasana tu di rumah. 

2. Dengan itu, aku perlukan seorang helper untuk kemas rumah, basuh, sidai, lipat dan gosok baju. Itu je. Tak payah memasak sebab aku akan memasak. Lepas aku siap memasak, kau tolong kemas je. Hahahahahha!

3. Aku nak berhenti kerja dan biar anak-anak ada depan mata aku. Korang boleh main kat halaman asalkan jangan bergaduh dan tak petik bunga. (mak-mak sangat). Kahkahkah! Cukup jam, dah nak Maghrib- Masuk, mandi, solat dan mengaji. Amak sendiri akan ajar korang mengaji sambil pegang rotan. 

4. Aku nak jadi fulltime content writer untuk blog DDD. Pengalaman telah membuktikan yang aku boleh buat duit dari blog ni. Aku tak nak jadi terkenal. Aku cuma nak orang kenal blog aku. Too ambitious, huh? Tak lah. Aku yakin aku boleh buat sebab sebelum ni aku dah buat. Cuma bagi aku masa je. 

5. Orang-orang yang pernah kenakan aku sebelum ni, aku jemput kalian datang ke rumah, kita makan-makan sama-sama dengan orang yang selalu menyokong dan selalu ada dengan aku sewaktu susah. Aku biarkan korang bersembang supaya korang saling tahu sisi aku yang lain.
Too ideal. Almost impossible. Ini life as a Lisa Surihani je ni. Tapi kan, aku sebenarnya dah cukup happy dengan apa yang aku ada sekarang. Rumah tak besar, tapi sebab tulah kami berkumpul dan buat apa-apa sama-sama. Rumah besar belum tentu ada kebersamaan. Entah-entah masing-masing duduk dalam bilik je. 
Aku ada je helper setiap hujung bulan. Kadang-kadang kami pinjam bibik mertua dan minta dia kemas rumah dan nanti kami bagi la bayaran sebagai duit poket dia. Apa kau ingat freeeeeeee? Hahahahah!
Rumah belum ada lagi. Tolong doakan. Tapi aku hias je rumah sewa ni macam syurga supaya masing-masing gembira. 
Cuma yang masih belum dibuat- Berhenti kerja. Ini terlalu berisiko dalam keadaan sekarang. Berilah aku masa beberapa tahun lagi sampai aku betul-betul bersedia. Aku rasa macam masih teringat lagi macam mana orang pandang rendah aku sewaktu aku tak ada kerja dulu. No No No...Itu tak akan berulang. Kalau resign pun, aku akan pastikan ianya dibuat secara bermaruah.

Tapi
Tapi
Tapi

Kaya banyak duit pun...
Kalau tak kaya jiwa, apalah gunanya. Ada yang kaya, ada rumah, kereta, gaji, jawatan- Tapi jiwa kosong juga.
Aku,
Bukanlah kaya jiwa pun. Tapi cemburu juga melihat orang yang kaya jiwa. Makan nasi bungkus di perhentian bas, masih boleh berikan sikit pada kucing. Mulia. Mulia. Kekayaan ini adalah kekayaan yang tak boleh dicari. Tapi dianugerahi.

Insya Allah, sentiasalah kita berazam untuk memperbaiki diri. Duniawi, ukhrawi.

Salam sayang
Dhiya

Moisturizer Cetaphil Dah Sampai!


Bismillah

Semalam aku beli moisturizer baru sebab yang Neutrogena tu sudah habis. Moisturizer ni dah lama juga aku aim sebab harga dia boleh tahan mahal. Lagi pula, ianya tak ada dalam pasaran Malaysia. Tapi sebab highly recommended sangat oleh Dr. Ju masa di spa dulu, aku menabung jugalah sejak kecil untuk membelinya.

Moisturizer ni adalah untuk untuk wajah berminyak. It's a water based moisturizer. Setakat ni, aku baru pakai dua kali. Bau memang tak wangi siap ada macam bau ubat lagi. Tapi nak kata busuk pun tak juga. Siapa yang biasa guna produk Cetaphil tahulah macam mana kan. Memang tak ada bau, tapi berkualiti tinggi.

Oh ye. Moisturizer ni ada sunblock sekali. Jadi kalau dah sapu ni, tak perlu lagi letak sunblock. It feels very light dan tak ada kesan berminyak langsung. I'm impressed! Setakat ni aku memang puas hati dengan moisturizer ni dan juga moisturizer Neutrogena. Esok lusa kalau dah tak mampu, aku akan balik semula gunakan Neutrogena. Cetaphil ni memang aku beli sebab nak cuba je memandangkan doktor pun recommend.
So this is my new friend :)
Tengok struktur dia. Nampak watery (sebab memang water based). Tak likat. Bila diletak pada kulit, rasa ringan je.

Jadi, skincare regime aku adalah: Cetaphil cleanser, Neutrogena toner, Body Shop Vitamin E serum, dan moisturizer Cetaphil. Doktor cakap Cetaphil ada keluarkan toner juga, tapi aku masih belum berjaya menjejakinya di pasaran Malaysia. Kalau ada, nanti aku cerita kat sini ok. 

Nak lawa
Mak Nuha